Anda di halaman 1dari 5

Teks Ucapan Alu-Aluan Encik Nor Azman Bin Mohd Nor

Pengarah LPPKN Negeri Melaka


Sesi Ramah Mesra Sempena Lawatan Rasmi Pengerusi LPPKN Ke
LPPKN Negeri Melaka
Tarikh: 3 Oktober 2022

Bismillahirrahmanirrahim…
Yang Berbahagia Dato’ Haji Suhaimi Bin Mohd Ghazali ;
Pengerusi LPPKN beserta isteri
Yang Berusaha Encik Hairil Fadzly Bin Mad Akir ; Tim. Ketua
Pengarah Dasar LPPKN
Pegawai-Pegawai Kanan LPPKN
Anggota LPPKN Negeri Melaka
Dan seterusnya kepada para hadirin yang dihormati.

Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam yang telah
mengizinkan kita untuk sama-sama berhimpun di dalam Bilik Seminar
LPPKN Melaka di petang yang berbahagia ini bagi sama-sama meraikan
lawatan kerja rasmi dan sesi ramah mesra Pengerusi LPPKN ke LPPKN
Negeri Melaka.

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga


kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Suhaimi Bin Mohd Ghazali ;
Pengerusi LPPKN di atas kesudian hadir ke LPPKN Melaka pada hari
ini. Bagi memulakan sesi ramah mesra ini, saya menjemput Pegawai-
Pegawai dan Anggota LPPKN Melaka bagi memperkenalkan diri
masing-masing dimulai dengan Cik Shajaratuddur. Dipersilakan.

( Sambung membaca teks ucapan setelah selesai sesi perkenalan


diri )

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Untuk makluman Yang Berbahagia Dato’, LPPKN Melaka beroperasi di


lot kedai Kota Fesyen MITC Ayer Keroh sejak tahun 2010 lagi.
InsyaaAllah pada tahun ini, kami akan mula beroperasi di bangunan
milik LPPKN sendiri yang akan diberi nama Pusat Keluarga LPPKN
Negeri Melaka di mana lokasinya terletak berhadapan dengan Pusat
Beli Belah Mydin MITC.

Dalam usaha untuk mengimarahkan Pusat Keluarga LPPKN Negeri


Melaka yang bakal beroperasi tidak lama lagi, saya bersama Encik
Mohd Zakri iaitu Pegawai Penerangan LPPKN Melaka telah
melaksanakan sesi kunjung hormat ke beberapa buah agensi kerajaan
seperti Jabatan Belia & Sukan, Perbadanan Perpustakaan Awam
Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka, Pejabat Kementerian
Pelancongan Seni & Budaya Malaysia serta Perbadanan Pembangunan
Sungai dan Pantai Melaka pada awal dan pertengahan tahun 2022.
Antara tujuan sesi kunjung hormat ini dilakukan adalah untuk
mendapatkan kerjasama dalam pelbagai program yang berkaitan,
berkongsi sumber yang ada antara agensi kerajaan dan
mempromosikan produk / perkhidmatan LPPKN dengan lebih meluas.
Berikut akan saya bentangkan pencapaian program Sasaran Kerja
Tahunan bagi LPPKN Negeri Melaka dari tahun 2020 hingga September
2022:

BIL NAMA KURSUS / PROGRAM / PENCAPAIAN


PERKHIDMATAN

1 Kursus Ilmu Keluarga Program 18 Siri

599 peserta

2 Kursus Keluarga@Kerja Program 8 Siri

150 peserta

3 Kursus Pendidikan Keselamatan Program 11 Siri


Keluarga & Anak (PEKA)
3412 peserta

4 Kursus SMART Belanja Program 7 Siri

222 peserta

5 Kaunseling Individu 387 klien

6 Kaunseling Kelompok 1850 klien

7 Terapi Kesunyian Program 3 Siri

90 peserta

8 Terapi Minda Program 13 Siri

483 peserta

9 Mamogram 2678 klien


10 HPV DNA 1119 klien

11 Perancang Keluarga 1460 klien

12 PAP Smear 102 klien

13 Pemeriksaan Kesihatan 1741 klien

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Saya tidaklah berhajat untuk berucap panjang kerana ucapan selepas


ini lebih penting yakni ucapan amanat yang akan disampaikan oleh Yang
Berbahagia Dato’ Haji Suhaimi Bin Mohd Ghazali ; Pengerusi LPPKN.
Saya sudahi ucapan saya dengan serangkap pantun:

Kalau mahu seribu daya,

Mari bersua di Tanjung Papan,

Andai ada tersasul bicara,

Salah silap mohon dimaafkan.

Sekian, assalamualaikum w.b.t dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai