Anda di halaman 1dari 2

9.

0 Cadangan

Pekerja :

i) Meningkatkan potensi kerja


Pihak pekerja perlulah Sentiasa memberikan komitmen untuk belajar dan
meningkatkan kemahiran diri . teruskan usaha meningkatkan kemahiran diri
dan membuktikan kepada pihak atasan bahawa para pekerja mempunyai
semangat berkumpulan . Oleh itu, fahami operasi dan keperluan syarikat, dan
cari jalan untuk memberi sumbangan kepada syarikat melebihi job scope
yang sedia ada supaya dapat menyesuaikan diri apabila berlakunya
sebarang perubahan keadaan kerja .

ii) Membantu majikan


Sebagai seorang pekerja , bekerjasama dengan majikan demi mencapai
matlamat merupakan perkara yang digalakkan dalam organisasi . Hal ini demi
meningkatkan kemahiran dan skill pekerja supaya dapat perbaiki peningkatan
diri . Dengan ada nya usaha untuk meningkatkan potensi , pekerja akan
dapat mengatasi kelemahan yang dimiliki dan menggantikannya dengan aura
yang positif di sekeliling agar pekerja yang lain juga dapat melakukan perkara
yang sama .

Majikan :

i) Bersikap adil terhadap pekerja


Sikap pilih kasih ialah peluru yang mampu membunuh moral pekerja-pekerja
anda. Setiap manusia tidak dilahirkan dengan keupayaan dan kemahiran
yang sama. Jadi, anda sebagai bos perlu untuk tidak menunjukkan sikap pilih
kasih kepada mana-mana pekerja walaupun hakikatnya anda ada pekerja
kegemaran tertentu . Majikan sepatutnya membina kepercayaan dalam
kalangan pekerja dengan memberikan mereka sokongan dan panduan .

ii) Memahami Pekerja

Majikan yang mampu memahami keadaan pekerja adalah salah satu ciri
majikan yang baik. Tidak semestinya majikan perlu memahami keseluruhan
peribadi pekerja tetapi cukuplah hanya tahu mengenai emosi pekerja. Jika
pekerja berada dalam tekanan, majikan perlu mencari ikhtiar supaya dapat
mengekalkan semangat para pekerja dan teruskan dalam misi mencapai
matlamat organisasi . Oleh itu , Perlu menjadi pemimpin yang baik. Pemimpin
yang baik akan menentukan kejayaan seseorang. Ketua atau pemimpin yang
baik akan memastikan anak-anak pimpinannya sentiasa berada dalam
keadaan yang baik .

Anda mungkin juga menyukai