Anda di halaman 1dari 6

KESUSASTERAAN MELAYU SPM

SKOR A+
KERTAS PEPERIKSAAN

BAHAGIAN 1 : SOALAN STRUKTUR 10 SOALAN MELIPUTI SEMUA SUKATAN (WAJID DIJAWAB)


BAHAGIAN 2: SOALAN ESEI (6 SOALAN JAWAB 3 SOALAN DARI SETIAP BAHAGIAN)
A (PUISI TRADISIONAL ATAU PROSA TRADISIONAL)
B (SAJAK ATAU DRAMA)
C (CERPEN ATAU NOVEL)

FORMAT PERMARKAHAN

ISI
1. FAKTA + HURAIAN/CONTOH = 2/3/4 MARKAH
2. FAKTA TANPA CONTOH = 1/2 MARKAH
3. FAKTA BETUL CONTOH SALAH = 1/2 MARKAH
4. HURAIAN YANG MENGGAMBARKAN FAKTA = 1/2 MARKAH
5. FAKTA SALAH CONTOH SALAH = 0 MARKAH

GAYA BAHASA
1. FAKTA BETUL + CONTOH BETUL = 2 MARKAH
2. FAKTA BETUL + CONTOH SALAH = 1 MARKAH
3. FAKTA SALAH + CONTOH BETUL = 0 MARKAH
4. FAKTA BETUL TIADA CONTOH = 1 MARKAH

KAJIAN PUISI TRADISIONAL DAN SAJAK;


BENTUK

1) Berbentuk terikat/tidak terikat/Bebas contoh rima akhir/jumlah baris serangkap sama


2) Berangkap contoh berapa rangkap keseluruhan
3) Jumlah baris serangkap sama/tidak sama contoh berapa hingga berapa
4) Jumlah perkataan sebaris sama/tidak sama contoh berapa hingga berapa
5) Jumlah sukukata sebaris sama/tidak sama contoh berapa hingga berapa
6) Rima akhir setiap rangkap sama/tidak sama/berselang contoh
7) Semua baris maksud(syair/gurindam/seloka) contoh…
8) Terdapat jeda di tengah baris ( syair/pantun) contoh….letakkan tanda /
9) Disampaikan secara berlagu (syair) contoh Irama Narasi/Selendang Delima)/Disampaikan secara berintonasi
NADA
1) Melankolid (sedih) contoh…
2) Patriotik (cintakan Negara) contoh…
3) Sinis ( sindiran kepada sesuatu yang tidak disukai) contoh…
4) Protes (marah) contoh
5) Romantik (sayang/gembira) contoh

PERASAAN/SIKAP PENYAJAK

Perasaan positif seperti sayang suka gembira,bangga,rindu, contoh……..


Perasaan negatif seperti kecewa,marah tidak puas hati,hampa sedih,geram, contoh………..
********beri contoh dari petikan yang terdapat dalam sajak
SIKAP PENYAJAK

1. Bersikap berani
2. Bersikap alim
3. Bersikap menyindir
4. Bersikap insaf
5. Bersikap patuh

GAYA BAHASA/ KEINDAHAN/PENGGUNAAN BAHASA

1) Aliterasi perulangan huruf konsenan iaitu selain huruf vocal(aeiou)


2) Asonansi perulangan huruf vocal (aeiou)
3) Sinkof singkatan kata contoh aku- ku
4) Kata ganda contoh ”sama-sama”
5) Simile perbandingan kata iaitu”seperti,bak,umpama,bagai,laksana”
6) Personifikasi perbandingan memberikan sifat manusia kepada benda contoh”kipas menari”
7) Metafora perbandinagan konkrit dan abstrak contoh “istana harapan”
8) Hiperbola perbandingan yang melampau contoh “air mata melimpahi sungai”
9) Anafora perulangan kata dia awal baris
10) Responsi perulangan kata di tengan baris
11) Epifora perulangan kata di akhir baris
12) Diksi yang menarik dalam sajak yang bersesuaian dengan tema.
13) Imejan/simbolik/perlambangan contoh putih melambangkan kesucian.
14) Inversi iaitu ayat terbalik contoh”sungguh kecewa dia”sepatutnya dia sungguh kecewa.
15) Repitisi frasa dalam baris yang lain.
16) Repitisi kata dalam baris yang sama
17) Repitisi rangkap (rangkap yang diulang)
18) Peribahasa
19) Penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa arab.
********ambil contoh dari petikan sajak

NILAI MURNI/NILAI KEMANUSIAAN/NILAI SEJAGAT

Semua nilai yang baik disertakan dengan contoh antaranya;

Kasih sayang/hormat menghormati/tolong menolong/(ber)tanggungjawab/bertolak ansur/baik hati/


beriman/ketaatan/amanah/menepati janji/keberanian/keikhlasan/kebijaksanaan//kesederhanaan/ketabahan/
Berdikari /berbudi bahasa/bertimbangrasa/kesopanan/kepatuhan/kecekalan/ketaatan/kepatuhan/
keprihatinan/ambil berat/kegigihan/kepandaian/hemah tinggi/semangat setiakawan/kesetiaan/cinta akan alam
sekitar/menghargai alam/kesyukuran/keinsafan/kesedaran/kejujuran/pengorbanan/kerajinan/kesabaran/cinta
akan negara/patriotik/bermurah hati/hemah tinggi
********ambil contoh dari petikan secara memetik baris dalam petikan atau dalam bentuk huraian sendiri.

PENGAJARAN/MESEJ/AMANAT/DIDAKTIK

Positif : Kita hendaklah………………………………………..contohnya (ambil dari petikan/peristiwa dalam cerita)


Kita mestilah…………………………………………..contohnya (ambil dari petikan/peristiwa dalam cerita)
Negatif : Kita janganlah………………………………………….contohnya (ambil dari petikan/peristiwa dalam cerita)
UNSUR BUNYI DALAM PUISI TRADISIONL DAN SAJAK.

1. Aliterasi perulangan huruf konsenan selain huruf vocal (aeiou)


2. Asonansi perulangan huruf vocal (aeiou)
3. Rima akhir

GAYA BAHASA PERULANGAN


1. Aliterasi
2. Asonansi
3. Kata ganda
4. Anafora perulangan kata awal baris
5. Responsi perulangan kata tengah baris
6. Epifora perulangan kata di akhir baris
7. Repitisi kata
8. Repitisi frasa
9. Repitisi rangkap

GAYA BAHASA PERBANDINGAN SAJAK/PUISI TRADISIONL


1. Simile
2. Metafora
3. Hiperbola
4. Personifikasi

KAJIAN CERPEN DAN NOVEL

TEMA DAN PERSOALAN SAMPINGAN

TEMA: Pokok persoalan utama BERSIFAT UMUM (satu tema dalam sebuah cerita)
Contoh cerpen ‘Profesor Sufi’bertemakan keagamaan yang berkaitan konsep dan interpretasi tentang ilmu contoh….

PERSOALAN : Perkara-pekara lain atau isu yang disentuh (Terdapat banyak persoalan dalam sesebuah karya)
Mesti ditulis dengan perkataan awal Persoalan
Bersifat umum tiada nama atau nama tempat yang bersifat khas diikuti dengan contoh ambil daripada
petikan atau huraian cerita.
Contoh persoalan : Persoalan ketaatan kepada ibu contoh Aku kira Zaki lebih setia kepada ibunya daripada engkau
sendiri(Diambil dari petikan jika terdapat petikan yang diberikan dalam soalan struktur)

WATAK PERWATAKAN

WATAK : Hal tentang diri seseorang yang meliputi biodata dan fizikalnya
PERWATAKAN : Sifat baik dan sifat buruk watak (sertakan dengan contoh peristiwa)
Watak meliputi biodata dan sifat fizikal boleh ditulis dalam soalan struktur.
Sifat peribadi baik dan buruk sahaja yang ditulis dalam jawapan soalan esei.
Contoh jawapan: Jeneral seorang yang…………………….contoh………………………….

LATAR

TEMPAT: Nama tempat Negara/negeri daerah/Bandar/pekan/kampung/.gunung ,sungai,bukit, rumah


MASA: Jam,petang ,pagi,malam,waktu solat/maghrib/subuh/zohor/,2.30 petang
MASYARAKAT: Tingkahlaku masyarakat baik atau buruk…………..
Contoh: Masyarakat yang ……………(contoh mesti lebih daripada satu watak)
TEKNIK PENCERITAAN/TEKNIK PLOT

1. Pemerian/Deskripsi (penceritaan langsung) contoh…..


2. Imbas kembali (ingatan masa lalu) contoh…
3. Imbas muka (rancangan masa hadapan) contoh…..
4. Monolog dalaman (berkata-kata dalam hati tanpa bersuara) contoh………
5. Monolog luaran (berkata-kata keluar suara tetapi tidak jelas/bisiknya) contoh……
6. Dialog/Perbualan (perbualan antara watak-watak) contoh…..
7. Kolaj/Surat (tulisan surat/nota) contoh……
8. Saspens/Suspens (sesuatu yang menjadi tanda tanya) contoh…..
9. Kejutan (sesuatu yang tidak disangka-sangka/luar biasa) contoh………….

PLOT/JALINAN PLOT

1. Kronologi (mengikut urutan masa) contoh


2. Tidak kronologi (banyak unsur imbas kembali) contoh….
3. Permulaan cerita/eksposisi (peringkat awal cerita) contoh…
4. Perkembangan cerita (cerita berkembang) contoh…
5. Konflik (masalah-masalah yang timbul) contoh
6. Klimaks cerita (puncak segala masalah/kejayaan) contoh….
7. Anti klimaks (menyelesaikan masalah) contoh…
8. Peleraian (penyelesaian masalah) contoh….
9. Akhiran cerita (cerita berakhir-happy ending/suspen/tragis) contoh….

SUDUT PANDANGAN

1. Sudut Pandangan Orang Pertama (menggunakan perkataan “aku” dalam cerita)


2. Sudut Pandangan Orang Ketiga ((menggunakan perkataan-mereka/nama/dia)contoh mesti digaris.

PROSA TRADISIONAL

CIRI-CIRI SASTERA PANJI

1. Watak-watak raja jawa contoh sang nata


2. Unsur pengembaraan contoh betara kala perjalanan ke istana sang nata
3. Ada wira dan wirawati contoh raden menteri wira/ken tambohan ialah wirawati
4. unsur kesaktian contoh bentara kala menghidupkan raden menteri dan ken tambohan
5. Alam kayangan contoh tempat tinggal bentara kala
6. Kepercayaan kepada dewa dewi contoh bentara kala
7. Watak pembantu kepada watak utama contoh ken tadahan dan ken penglipur
8. Unsur jampi serapah contoh jampi serapah semasa bentara kala menghidupkan ken tambohan
9. Penyamaran
10. Unsur hindu contoh percaya kepada dewa dewi seperti bentara kala
11. Unsur metos contoh peristiwa luar biasa
12. Nama jawa contoh raden puspa kencana
13. Unsur percintaan contoh antara ken tambohan dan ken menteri
14. Latar tempat Negara jawa contoh daha(banjar kulon)/kuripan
CIRI- CIRI SASTERA EPIK

1. Unsur kepahlawanan contoh tokoh watak Hang Tuah sebagai watak utama
2. Unsur peperangan contoh Hang Tuah bertikam dengan Phra Cau
3. Unsur semangat cinta Negara contoh Hang Tuah taat kepada Sultan Melaka`
4. Unsur metos kesaktian contoh bedil pendekar Jepun tidak meletup setelah dibaca pustaka oleh Hang Tuah.
5. Unsur tokoh epik tempatan contoh Hang Tuah sebagai tokoh epik kebangsaan sebagai watak utama.
6. Unsur tiada nama pengarang contoh tidak dicatat nama penulis dalam epk tersebut.
7. Unsur sejarah contoh hubungan diplomatik antara Melaka dan Siam/nama jawatan Laksamana.

UNSUR-UNSUR SASTERA HIKAYAT

1. Unsur rekaan semata-mata contoh cerita tidak mempunyai unsur sejarah.


2. Tiada nama pengarang contoh tidak dicatat nama penulis hikayat.
3. Watak golongan bangsawan/ raja dan putera puteri raja contoh syahbandar dan Duli Syah Alam Tuanku.
4. Cerita berakhir dengan kegembiraan contoh budak miskin berjaya memiliki parang putting dan cincin hikmat.
5. Unsur metos contoh anak naga dan datuk naga
6. Unsur kesaktian contoh parang puting boleh menebang pokok dengan sendirinya.
7. Unsur pengembaraan contoh budak miskin bersama anak helang dan anak tikus mencari anak naga di hutan.
8. Kepercayaan kepada dewa dewi contoh Raja Indera Maha Dewa berkaul di Pulau Cahaya Purnama untuk
memohon supaya dikurnakan anak.
UMUM
UNSUR-UNSUR ISLAM

1. Nama watak Islam contoh Said/Syarifah dalam cerpen Perspektif


2. Perayaan Islam contoh Hari raya Puasa
3. Ibadat dalam Islam contoh ibadat haji/puasa Ramadan/zakat
4. Buku /kitab Islam contoh al-quran
5. Solat dalam Islam contoh solat subuh/solat maghrib dsb.

UNSUR-UNSUR SEJARAH

1. Nama watak bersejarah contoh raja Melaka


2. Jawatan bersejarah contoh laksamana
3. Tempat bersejarah contoh Negara Melaka/benua siam
4. Kenderaan bersejarah contoh gajah
5. Peristiwa bersejarah contoh peristiwa kes Pulau Sipadan dan Ligitan
6. Tarikh bersejarah contoh …..

BIODATA PENULIS

1. Nama pengarang
2. Tarikh dan tempat kelahiran
3. Sejarah pendidikan pengarang
4. Nama Karya karya yang dihasilkan
5. Anugerah yang diperolehi.

MENCIPTA KARYA SASTERA

PUISI TRADISIONAL DAN PUISI MODEN(SAJAK)


1. Tema – tepat mengikut kehendak soalan
2. Bentuk – tepat contoh pantun/syair/gurindam/seloka/sajak/cerpen/drama/jumlah baris dan rangkap/
3. Bahasa – tiada kesalahan tatabahasa/lebih 2 gaya bahasa
4. Kreativiti –menarik dan ciptaan sendiri/tajuk tidak ditulis sama dengan tema.

DRAMA/CERPEN/NOVEL
1. Isi – tepat dengan kehendak tema dan jumlah perkataan yang dikehendaki.
2. Teknik/bentuk – menggunakan teknik penceritaan dan bentuk karya yang betul.
3. Gaya bahasa – kepelbagaian penggunaan gaya bahasa yang tepat.
4. Kreativiti – karya asli dan idea yang menarik.

SOALAN PERBANDINGAN

Mesti perbandingan langsung dengan menggunakan perkataan = tetapi/sedangkan


Contoh jawapan
Pantun 2 kerat mempunyai 2 baris serangkap tetapi syair mempunyai 4 baris serangkap.

KONFLIK WATAK

Contoh jawapan
Konflik antara siapa dengan siapa contoh……(perkara yang dipertikaikan)

CIRI CIRI SEBUAH DRAMA

1. Pengarah drama
2. Pelakon drama
3. Skrip drama
4. Prop drama (peralatan)
5. Kostum (pakaian)
6. Latar/pentas drama
7. Ada babak dan adegan

PERKEMBANGAN JENIS-JENIS DRAMA DI MALAYSIA

1. Drama Bangsawan 1940-an


2. Drama Sandiwara 1950-an
3. Drama Realisme 1960-an
4. Drama Surealisme 1970-an
5. Drama Kontemporari 1980-an

ISTILAH DRAMA

1. Babak =bahagian utama sesebuah drama melibatkan pertukaran watak dan latar drama.
2. Adegan =sebahagian kecil aksi yang terdapat di dalam sesebuah babak.
3. Drama sebabak =persembahan drama yang mempunyai satu latar sahaja.
4. Prolog = permulaan sesebuah karya
5. Epilog =bahagian akhir sesebuah karya.

Anda mungkin juga menyukai