Anda di halaman 1dari 1

Rumusan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah rumusan yang tidak
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Rakan sebaya boleh didefinisikan sebagai sekumpulan kanak-kanak, remaja, orang dewasa, atau
warga tua yang hampir sama dari segi umur, pendidikan atau kelas sosial. Kelompok ini gemar menghabiskan
masa bersama-sama sahabat yang mempunyai julat umur sebaya dengan mereka. Oleh itu, sebagai seorang
remaja amatlah penting untuk memilih rakan sebaya yang mampu membimbing ke jalan yang benar.

Pelbagai panduan yang boleh dijadikan panduan oleh remaja dalam memilih rakan sebaya mereka.
Seorang rakan sebaya itu haruslah memiliki iman dan takwa supaya mampu membimbing diri remaja.
Seorang remaja cenderung untuk meniru tingkah laku rakan sebayanya kerana mereka merasakan peniruan
itu membuktikan kebersamaan mereka sebagai satu kumpulan. Oleh itu, amat penting bagi seorang remaja
untuk memilih rakan sebaya yang berprinsip dan teguh jati diri sebagai teman atau sahabat mereka. Seorang
rakan sebaya perlulah mempunyai ciri yang sering mengajak ke arah kebaikan dan meninggalkan
kemungkaran. Hal ini supaya keperibadian rakan sebaya yang positif mampu memberi sumbangan terhadap
pembetukan sahsiah dan akhlak remaja. Tambahan pula, ciri wajib lain yang perlu ada dalam diri rakan
sebaya ialah seorang yang berakhlak mulia. Hal ini supaya, rakan sebaya itu mampu berperanan sebagai
pembimbing yang mampu memandu rakannya ke arah kebaikan. Rakan sebaya juga perlu memiliki minat
dan cita-cita yang hampir sama dengan diri remaja. Hal ini demikian kerana, rakan sebayalah orang yang
akan banyak menghabiskan masa dengan diri remaja. Oleh itu, penting untuk diri seorang remaja untuk
memilih seorang rakan sebaya yang memiliki ciri-ciri seorang rakan sebaya yang baik.

Jelaslah bahawa setiap rakan sebaya itu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang
remaja. Pilihlah rakan sebaya yang akan menyuluh sepanjang jalan dan hindarkan rakan sebaya yang akan
memberikan contoh serta pengaruh yang tidak baik kepada diri kita.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Rakan Sebaya Sebagai Agen Kawalan Sosial Remaja’
Oleh Zulfazlan Jumrah
Dewan Siswa bil. 2, 2017.

Kesimpulannya, kita haruslah memilih rakan sebaya yang

Anda mungkin juga menyukai