Anda di halaman 1dari 1

Rumusan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah rumusan yang tidak
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Rakan sebaya boleh didefinisikan sebagai sekumpulan kanak-kanak, remaja, orang dewasa, atau
warga tua yang hampir sama dari segi umur, pendidikan atau kelas sosial. Kelompok ini gemar menghabiskan
masa bersama-sama sahabat yang mempunyai julat umur sebaya dengan mereka. Oleh itu, sebagai seorang
remaja amatlah penting untuk memilih rakan sebaya yang mampu membimbing ke jalan yang benar.

Pelbagai panduan yang boleh dijadikan panduan oleh remaja dalam memilih rakan sebaya mereka.
Seorang rakan sebaya itu haruslah memiliki iman dan takwa supaya mampu membimbing diri remaja. Seorang
remaja cenderung untuk meniru tingkah laku rakan sebayanya kerana mereka merasakan peniruan itu
membuktikan kebersamaan mereka sebagai satu kumpulan. Oleh itu, amat penting bagi seorang remaja untuk
memilih rakan sebaya yang berprinsip dan teguh jati diri sebagai teman atau sahabat mereka. Seorang rakan
sebaya perlulah mempunyai ciri yang sering mengajak ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Hal
ini supaya keperibadian rakan sebaya yang positif mampu memberi sumbangan terhadap pembetukan sahsiah
dan akhlak remaja. Tambahan pula, ciri wajib lain yang perlu ada dalam diri rakan sebaya ialah seorang yang
berakhlak mulia. Hal ini supaya, rakan sebaya itu mampu berperanan sebagai pembimbing yang mampu
memandu rakannya ke arah kebaikan. Rakan sebaya juga perlu memiliki minat dan cita-cita yang hampir sama
dengan diri remaja. Hal ini demikian kerana, rakan sebayalah orang yang akan banyak menghabiskan masa
dengan diri remaja. Oleh itu, penting untuk diri seorang remaja untuk memilih seorang rakan sebaya yang
memiliki ciri-ciri seorang rakan sebaya yang baik.

Jelaslah bahawa setiap rakan sebaya itu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang
remaja. Pilihlah rakan sebaya yang akan menyuluh sepanjang jalan dan hindarkan rakan sebaya yang akan
memberikan contoh serta pengaruh yang tidak baik kepada diri kita.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Rakan Sebaya Sebagai Agen Kawalan Sosial Remaja’
Oleh Zulfazlan Jumrah
Dewan Siswa bil. 2, 2017.

Anda mungkin juga menyukai