Anda di halaman 1dari 35

GARIS PANDUAN UNTUK URUSAN

PENAMATAN PENGAMBILAN
KERJA KONTRAKTOR

Ketua Pengarah Kerja Raya


Malaysia
Oktober 2006
GARIS PANDUAN UNTUK URUSAN PENAMATAN PENGAMBILAN
KERJA KONTRAKTOR

1.0 Pendahuluan

Garis panduan ini bertujuan untuk memperkemaskan langkah-langkah yang


perlu diambil terhadap kontraktor yang akan/sedang/telah diambil tindakan
berhubung penamatan pengambilan kerja kontraktor. Garis panduan ini
meliputi peringkat menyediakan surat amaran kepada kontraktor yang
berkenaan sehinggalah peringkat menyediakan perakuan muktamad bagi
kontrak yang telah ditamatkan pengambilan kerja kontraktor. Walau
bagaimanapun, proses mempelawa semula tender tidak dibentangkan
memandangkan ia membabitkan kontraktor yang selain dari kontraktor yang
akan, sedang atau telah diambil tindakan.

2.0 Ringkasan Skop Garis Panduan

Garis panduan ini akan dibahagikan kepada tiga seksyen seperti berikut:

2.1 Seksyen A

Tindakan apabila kontraktor mungkir di bawah Fasal 51(a) syarat-


syarat kontrak.

2.2 Seksyen B

Tindakan yang perlu diambil selepas kontrak dimansuhkan.

2.3 Seksyen C

Penyediaan perakuan muktamad kontrak yang ditamatkan


pengambilan kerja kontraktor.

3.0 Pemakaian

Garis panduan ini disediakan untuk projek berasaskan Borang Syarat-


syarat Kontrak siri 203. Walau bagaimanapun garis panduan ini boleh
digunapakai bagi projek berasaskan kontrak Reka dan Bina dengan membuat
pengubahsuaian ke atas rujukan klausa-klausa, jawatan pegawai yang
bertindak bagi pihak Kerajaan dan sebagainya.
SEKSYEN A – TINDAKAN APABILA KONTRAKTOR MUNGKIR DI BAWAH
FASAL 51(a) DI BAWAH SYARAT-SYARAT KONTRAK

1.0 Tindakan Apabila Kontraktor Mungkir

1.1 Sekiranya Kontraktor melakukan kemungkiran sepertimana terma yang


dinyatakan dalam Fasal 51 Syarat-syarat Kontrak, Pegawai Penguasa /
Pengarah Projek (P.P.) adalah dinasihat untuk memulakan tindakan ke
atas Kontraktor supaya penamatan ke atas sesuatu Kontrak dapat dibuat
dalam tempoh yang sewajarnya tanpa perlanjutan kemungkiran di pihak
Kontraktor.

1.2 Walau bagaimanapun, dalam semua keadaan, P.P. perlu berbincang


dengan Kontraktor mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh
Kontraktor bagi menentukan samaada terdapat sebab-sebab yang
munasabah atas kemungkiran Kontraktor sebelum tindakan penamatan
diambil atau peluang lanjut diberikan.

1.3 Apabila kontraktor melakukan kemungkiran yang membolehkan tindakan


diambil untuk menamatkan kontrak, adalah wajar surat amaran
dikeluarkan kepada kontraktor yang menyatakan bentuk kemungkiran
yang dilakukan sejajar dengan peruntukan syarat-syarat kontrak. Contoh
surat amaran yang boleh dijadikan panduan adalah seperti di
Lampiran A.

1.4 Sekiranya kemungkiran berlarutan atau berulang, P.P. hendaklah


mengeluarkan Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja
Kontraktor. Kandungan Notis hendaklah berpandukan kepada panduan
untuk menyediakan draf Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan
Kerja Kontraktor seperti di Lampiran B. Contoh Notis juga disertakan
sebagai Lampiran B1.

1.5 Jika kemungkiran terus berlaku atau berulang, kontrak akan ditamatkan
melalui pengeluaran Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor.
Jarak waktu antara Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja
Kontraktor dan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor adalah
dalam tempoh empat belas (14) hari atau tempoh yang munasabah.
Kandungan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor boleh
disediakan berdasarkan panduan seperti di Lampiran C. Contoh Notis
Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor disertakan sebagai Lampiran
C1.
A1/1
LAMPIRAN A

CONTOH

SURAT AMARAN BAGI


KEMUNGKIRAN KONTRAKTOR
________________________________________________________________

Nama dan Alamat Kontraktor. Pejabat dan Alamat JKR.

Tarikh:

AMARAN KEMUNGKIRAN KONTRAKTOR

Nombor Kontrak:

Tajuk Kontrak :
Jumlah Harga Kontrak:
Tarikh Milik Tapak Bina:
Tarikh Siap Kerja:
Tajuk : ............................................................................................................
.........................................................................................................................

Dukacita diperhatikan bahawa tuan didapati tidak menjalankan kerja dengan


bersungguh-sungguh dan kerja tuan dijangka tidak dapat disiapkan pada Tarikh Siap
Kerja yang telah ditentukan pada ________________. Kerja tuan sepatutnya sudah
_____% siap tetapi kemajuan yang dicapai setakat ini adalah hanya _____%.
Kegagalan tuan itu masih berulang sungguhpun tuan telah diberi amaran di
Mesyuarat Tapak No. ______________ pada _____________.

Tuan adalah dinasihatkan untuk meneruskan kerja serta menjalankan kerja dengan
bersungguh-sungguh agar projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sila tuan berikan sebab-sebab yang munasabah mengapa perjalanan kerja telah
tergantung serta masalah-masalah yang dihadapi dan tindakan yang akan diambil
untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

…2/-
-2-

Sekiranya tuan gagal mematuhi perkara di atas, Pejabat ini akan mengambil tindakan
sewajarnya selaras dengan Syarat-syarat Kontrak.

......................................................
Pegawai Penguasa/Wakil Pegawai Penguasa

s.k.

Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia,


Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
(u.p. Pengarah Cawangan _______________________)

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

Pusat Khidmat Kontraktor.


Pemborong di atas berdaftar di dalam Kelas ___________.

Pengurus,
Bank/Syarikat Insurans.
Surat Jaminan No.:______________________________ ada kaitan.
(untuk jaminan bon pelaksanaan dan jaminan wang pendahuluan)
LAMPIRAN B

PANDUAN UNTUK MENYEDIAKAN DRAF NOTIS UNTUK TUJUAN PENAMATAN


PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA PANDUAN PENGGUNAAN

A. Tajuk Notis

NOTIS UNTUK TUJUAN PENAMATAN Perkataan “NOTIS” digunakan di


PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR mana setelah keadaan kes telah
diambilkira, keputusan telah diambil
untuk menamatkan pengambilan kerja
Kontraktor, dan surat tersebut
sebagai amaran terakhir sebelum
penamatan.

B. Butir-Butir Kontrak

Nombor Kontrak:
____________________________ Nyatakan dengan jelas nombor
Kontrak, Tajuk Kerja, Harga Kontrak.
Tajuk Kerja: Di mana nombor Kontrak tidak
____________________________ diketahui, ianya boleh dipotong. Di
bawah ‘Tarikh Milik Tapak Bina’ dan
Harga Kontrak: ‘Tarikh Siap Kerja’, nyatakan Tarikh
____________________________ Milik Tapak dan Tarikh Siap Kerja
atau tarikh lanjutan siap kerja yang
Tarikh Milik Tapak Bina: terakhir.
____________________________

Tarikh Siap Kerja (Asal /Terkini):


____________________________
KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis

(a) Para 1, ayat pertama

Dukacita diperhatikan bahawa* Nyatakan kegagalan Kontraktor


______________________________________ yang sesuai. Enam kes
kegagalan Kontraktor yang
*i) tuan belum lagi memulakan kerja biasa diberikan di sini.
sungguhpun tuan patut Kegagalan-kegagalan
memulakannya pada tarikh milik Kontraktor yang lain seperti
tapak yang telahpun ditentu pada keengganan berkali-kali untuk
___________ dan juga hingga hari mengalih kerja dan/atau bahan
ini tuan belum lagi mengemukakan yang cacat jika berkenaan, perlu
nota-nota liputan berserta resit-resit dinyatakan.
premium bagi maksud polisi-polisi
insurans sungguhpun tuan patut Dalam (i), (ii), (iii) dan (iv)
mengemukakannya sebelum (bergantung atas mana yang
memulakan kerja. berkenaan), perkara berikut
mesti dinyatakan :
*ii) hingga hari ini tuan belum lagi
memulakan kerja sungguhpun tuan (i) & (ii) – tarikh milik tapak
patut memulakannya pada tarikh
milik tapak yang telahpun ditentukan
pada _____________

*iii) tuan didapati tidak menjalankan kerja


dengan bersungguh-sungguh dan (iii) – tarikh siap kerja atau tarikh
kerja tuan dijangka tidak akan dapat siap kerja dilanjutkan,
disiapkan pada Tarikh Siap Kerja peratus kerja yang
yang telah ditentukan pada Kontraktor sepatutnya
_____________. Kerja tuan telah disiapkan mengikut
sepatutnya sudah ______% siap program asal atau yang
tetapi kemajuan yang dicapai setakat telah disemak, dan
ini adalah hanya _____%. peratus kerja sebenar
yang telah disiapkan.
*iv) Kerja tuan telah terhenti sama
sekali tanpa apa-apa sebab sejak (iv) – tarikh Kontraktor
_____________________________ memberhentikan kerja-
iaitu ______________ hari yang lalu. kerja dan bilangan hari
kerja-kerja telah
diberhentikan.
*v) tuan didapati gagal melaksanakan
kerja mengikut kontrak ini atau (v) – nyatakan kegagalan
berulang kali cuai menunaikan kontraktor secara khusus
obligasi kontrak. Ini berlaku apabila dan dengan jelas.
tuan gagal_____________________
KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis (samb)

(a) Para 1, ayat pertama (samb)

Dukacita diperhatikan bahawa*


______________________________
(vi) – senaraikan kerja-kerja yang
*vi) tuan didapati mungkir atau cacat / bahan-bahan dan / atau
berulang kali cuai mematuhi notis barang yang tidak sesuai yang
bertulis daripada P.P. melalui dimaksudkan.
surat _______ bertarikh ________
di mana tuan didapati gagal
menukar dan mengganti apa-apa
kerja yang cacat atau bahan atau
barang-barang yang tidak sesuai.
Kerja-kerja yang cacat / bahan-
bahan dan / atau barang yang
tidak sesuai adalah: Notis ini merupakan surat amaran
__________________________ terakhir sebelum penamatan. Ayat
__________________________ yang kedua ini adalah perlu kerana
__________________________ notis ini merupakan amaran terakhir
kepada Kontraktor. Di mana
Kontraktor terlebih dahulu telah diberi
(b) Para 1, ayat kedua amaran, potong “berterusan” atau
“berulang” di mana bersesuaian.
Kegagalan tuan itu masih Juga, nyatakan dengan jelas di mana,
berterusan/ berulang sungguhpun bagaimana dan bila Kontraktor telah
tuan telahpun diberi amaran* terlebih dahulu diberi amaran. Di
___________________________ dalam (i), (ii) dan (iii), perkara berikut
___________________________ hendaklah dinyatakan :
___________________________
(i) – Nombor siri dan tarikh
*i) di Mesyuarat Tapak No.: mesyuarat tapak di mana
______________________ Kontraktor telah diberi amaran,
pada __________________
(ii) – Jawatan pegawai yang
mengeluarkan, nombor rujukan
*ii) melalui surat ____________ dan tarikh pertemuan tersebut,
bertarikh _______________
(iii) – Jawatan atau nama pegawai
yang menemui Kontraktor, dan
*iii) di perjumpaan dengan tarikh pertemuan tersebut.
_______________________
pada __________________ Di mana dua atau lebih dari (i), (ii)
atau (iii) ada kaitan, perkataan “dan
juga” hendaklah ditambah di mana
sesuai.
KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis (Samb.)

(c) Para 2, ayat pertama

Perlakuan tuan sedemikian Ayat ini adalah perlu untuk menarik


sangatlah mendukacitakan. perhatian Kontraktor terhadap
Perlakuan tuan bukan sahaja tanggungjawabnya bukan sahaja
akan/telah melewatkan penyiapkan kepada Jabatan Kerja Raya tetapi
kerja ini tetapi juga akan/telah kepada orang ramai. Potong “akan”
mengakibatkan kesusahan kepada atau “telah” mengikut mana yang
orang ramai. sesuai.

(d) Para 3, ayat pertama

Tuan adalah dikehendaki


*__________________________ Nyatakan kegagalan Kontraktor yang
__________________________ sesuai. Di mana Kontraktor gagal di
dalam kes (i) dan (ii), tambah
*i) mengemukakan nota-nota perkataan “dan juga” selepas (i).
liputan berserta resit-resit
premium bagi maksud polisi-
polisi insurans dan
memulakan kerja,

*ii) memulakan kerja,

*iii) menjalankan kerja tuan


dengan lebih cergas lagi,

*iv) memulakan kerja tuan semula.

*v) menjalankan kerja tuan


sejajar dengan obligasi
kontrak ini.

*vi) membaiki semula kerja-kerja


cacat tersebut /
menggantikan bahan /
barangan yang tidak sesuai
tersebut.

(e) Para 3, ayat kedua

Sekiranya tuan gagal mematuhi


kehendak perenggan ini dalam tempoh
14 hari selepas penerimaan Notis ini
atau di dalam tempoh yang munasabah,
pengambilan kerja tuan di bawah
Kontrak ini akan ditamatkan sejajar
dengan Fasal 51 Syarat-syarat Kontrak.
KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis (Samb.)

(f) Para 4

Tuan adalah diingatkan iaitu


sekiranya pengambilan kerja tuan
ditamatkan, kerja akan disiapkan
sejajar dengan Fasal 51(c ) Syarat-
syarat Kontrak dan segala
perbelanjaan berlebihan yang akan
timbul hendaklah ditanggung
sepenuhnya oleh tuan.

D. Edaran Notis

s.k. - Notis tersebut hendaklah disalinkan


Ketua Pengarah Kerja Raya, kepada semua pegawai-pegawai JKR
Malaysia, yang berkenaan. Potong mana yang
Ibu Pejabat J.K.R., tidak berkenaan.
Jalan Sultan Salahuddin,
Kuala Lumpur. Masukkan perenggan (i) di bawah
(U/P: Pengarah Cawangan mana-mana pejabat JKR yang
___________________________) berkenaan yang mempunyai
kedudukan yang terbaik untuk
melapor iaitu pegawai yang
- Pengarah, sebenarnya membuat kerja
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, pengawasan kerja, atau pegawai
Ibu Pejabat J.K.R., yang menerima Bon Pelaksanaan
Jalan Sultan Salahuddin, dan/atau polisi insurans.
Kuala Lumpur.
* (i) Sila beritahu Pejabat ini sama ada
- Pengarah Kerja Raya, kontraktor mematuhi kehendak
J.K.R. Negeri perenggan tiga (3) di atas dalam
___________________________ tempoh 14 hari dari tarikh tuan
*___________________________ menerima surat ini.

- Jurutera Penguasa/Kanan,
J.K.R. Unit _________________
* __________________________

Jurutera Kerja/Kanan,
J.K.R. Daerah ______________
* _________________________
KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA PANDUAN PENGGUNAAN

D. Edaran Notis (Samb.)

s.k. -

** - Ketua Setiausaha, Masukkan perenggan (ii) di bawah


Kementerian Kerja Raya, Pusat Khidmat Kontraktor dan BPU
Jalan Sultan Salahuddin, kerana pihak-pihak ini perlu
Kuala Lumpur. dimaklumkan untuk membolehkan
(u/p: Bahagian Pembangunan penyemakan semula dan tindakan
Usahawan) tatatertib ke atas pendaftaran
Kontraktor.
- Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia ** (ii) Kontraktor di atas berdaftar di
dalam Kelas ____ .
** - Pusat Khidmat Kontraktor

Pengurus
Bank/Syarikat Insurans Bank yang menjamin/syarikat insurans
bagi bon pelaksanaan dan jaminan
Surat Jaminan wang pendahuluan perlu dimaklum
No.:__________________ juga. Ia merupakan “hak”nya supaya
ada kaitan. dimaklumkan mengikut terma-terma
gerenti. Nombor rujukan jaminan
- Juruukur Bahan _________ tersebut hendaklah dinyatakan
(JUB yang terlibat dalam projek). dengan terang.
LAMPIRAN B1

CONTOH NOTIS UNTUK TUJUAN PENAMATAN


PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Pejabat dan Alamat J.K.R.

____________________
Tarikh: ______________

Nama dan Alamat Kontraktor

________________________
________________________

NOTIS UNTUK TUJUAN PENAMATAN


PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Nombor Kontrak :

Tajuk Kontrak :

Harga Kontrak :

Tarikh Milik Tapak Bina :

Tarikh Siap Kerja :

Tajuk :
___________________________________________________________________

Dukacita diperhatikan bahawa tuan didapati tidak menjalankan kerja dengan


bersungguh-sungguh dan kerja tuan dijangka tidak dapat disiapkan pada Tarikh Siap
Kerja yang telah ditentukan pada ________________. Kerja tuan sepatutnya sudah
_____% siap tetapi kemajuan yang dicapai setakat ini adalah hanya _____%
Kegagalan tuan itu masih berulang sungguhpun tuan telah diberi amaran di
Mesyuarat Tapak No. ______________ pada _____________.

2. Perlakuan tuan sedemikian sangatlah mendukacitakan. Perlakuan tuan


bukan sahaja akan melewatkan penyiapan kerja ini tetapi juga akan mengakibatkan
kesusahan kepada orang ramai.

…2/-
-2-

3. Tuan adalah dikehendaki memulakan kerja tuan semula dan menjalankan


kerja tuan dengan lebih cergas lagi. Sekiranya tuan gagal mematuhi kehendak
perenggan ini dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan notis ini atau di dalam
tempoh yang munasabah, pengambilan kerja tuan di bawah Kontrak ini akan
ditamatkan sejajar dengan Fasal 51 Syarat-syarat Kontrak.

4. Tuan adalah diingatkan iaitu sekiranya pengambilan kerja tuan ditamatkan,


kerja akan disiapkan sejajar dengan Fasal 51 (c) Syarat-syarat Kontrak dan segala
perbelanjaan berlebihan yang akan timbul hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh
tuan.

_________________________________
Pegawai Yang Dinamakan Dalam Kontrak

s.k. - Ketua Pengarah Kerja Raya,


Malaysia,
Ibu Pejabat J.K.R.,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
(U/P: Pengarah Cawangan ______________________)

- Pengarah,
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan,
Ibu Pejabat J.K.R.,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.

- Jurutera Kerja Kanan,


J.K.R. Daerah ____________________.
Sila beritahu Pejabat ini samaada Kontraktor mematuhi kehendak
perenggan tiga (3) di atas dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuan
menerima surat ini.

- Ketua Setiausaha,
Kementerian Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur.
(U/P: Bahagian Pembangunan Usahawan)

- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

- Pusat Khidmat Kontraktor.


Kontraktor di atas berdaftar di dalam Kelas _________.

- Pengurus,
Bank/Syarikat Insurans.
Surat Jaminan No.: ____________________ ada kaitan.

- Juruukur Bahan ____________(JUB yang terlibat dalam projek).


LAMPIRAN C

PANDUAN UNTUK MENYEDIAKAN DRAF NOTIS PENAMATAN


PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA PANDUAN PENGGUNAAN

PERINGATAN
A. Tajuk Notis
Kandungan dan susunkata notis hendaklah
NOTIS PENAMATAN PENGAMBILAN merujuk kepada Notis Untuk Tujuan
KERJA KONTRAKTOR Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
yang telah dikeluarkan.

B. Butir-Butir Kontrak
Nyatakan dengan jelas nombor
Nombor Kontrak: Kontrak, Tajuk Kerja, Harga Kontrak.
____________________________ Di mana nombor Kontrak tidak
diketahui, ianya boleh dipotong. Di
Tajuk Kerja: bawah ‘Tarikh Milik Tapak Bina’ dan
____________________________ ‘Tarikh Siap Kerja’, nyatakan Tarikh
Milik Tapak dan Tarikh Siap Kerja atau
Harga Kontrak: tarikh lanjutan siap kerja yang terakhir.
____________________________

Tarikh Milik Tapak Bina:


____________________________

Tarikh Siap Kerja (Asal /Terkini):


____________________________

C. Kandungan Notis Nyatakan rujukan dan tarikh Notis ntuk


Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja
(a) Para 1 Kontraktor.

Surat kami
_________________________
bertarikh __________ adalah dirujuk.
KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis (samb.)

(b) Para 2, ayat pertama

Dukacita diperhatikan bahawa Nyatakan kegagalan kontraktor


*________________________________ yang berterusan.

*i) tuan masih belum lagi memulakan


kerja sungguhpun tuan patut
memulakannya pada tarikh milik
tapak yang telahpun ditentu pada
___________ dan juga hingga hari
ini tuan belum lagi mengemukakan
nota-nota liputan berserta resit-resit
premium bagi maksud polisi-polisi
insurans sungguhpun tuan patut
mengemukakannya sebelum
memulakan kerja.

*ii) hingga hari ini tuan masih belum lagi


memulakan kerja sungguhpun tuan
patut memulakannya pada tarikh
milik tapak yang telahpun ditentukan
pada _____________

*iii) tuan masih didapati tidak


menjalankan kerja dengan
bersungguh-sungguh dan kerja tuan
dijangka tidak akan dapat disiapkan
pada Tarikh Siap Kerja yang telah
ditentukan pada _____________.
Kerja tuan sepatutnya sudah
______% siap tetapi kemajuan yang
dicapai setakat ini adalah hanya
_____%.

*iv) Kerja tuan masih terhenti sama


sekali tanpa apa-apa sebab sejak
_____________________________
iaitu ____________ hari yang lalu.

*v) Tuan didapati masih gagal


melaksanakan kerja mengikut
kontrak ini atau berulang kali cuai
menunaikan obligasi kontrak. Ini
berlaku apabila tuan
gagal________________________
KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis (samb)

(b) Para 2, ayat pertama (samb)

Dukacita diperhatikan bahawa*


______________________________

*vi) tuan didapati masih mungkir atau


berulang kali cuai mematuhi notis
bertulis daripada P.P. melalui
surat _______ bertarikh
________ di mana tuan didapati
gagal menukar dan mengganti
apa-apa kerja yang cacat atau
bahan atau barang-barang yang
tidak sesuai. Kerja-kerja yang
cacat / bahan-bahan dan / atau
barang yang tidak sesuai adalah:
__________________________
__________________________
__________________________

(c) Para 2, ayat kedua

Kegagalan tuan itu masih


berterusan/ berulang sungguhpun
tuan telahpun diberi Notis Untuk
Tujuan Penamatan Pengambilan
Kerja Kontraktor seperti yang
tersebut di atas.

(d) Para 3

Maka sejajar dengan Fasal 51


Syarat-syarat Kontrak,
pengambilan kerja tuan adalah
dengan ini DITAMATKAN.
KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis (Samb.)

(e) Para 4

Tuan hendaklah dengan serta-


merta memberhentikan semua
pekerjaan di tempat Kerja,
memindahkan kakitangan dan
pekerja dari Tapak Bina dan
menyerahkan pemilikan Tapak
Bina itu dengan meninggalkan
semua bangunan sementara, loji,
perkakas, kelengkapan, barang-
barang dan bahan takpasang di
Tapak Bina.

(f) Para 5

Kerja akan disiapkan sejajar


dengan Fasal 51 (c) Syarat-syarat
Kontrak, dan tuan adalah
dikehendaki menanggung segala
perbelanjaan berlebihan yang
akan timbul akibat dari penamatan
pengambilan kerja tuan.
KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA PANDUAN PENGGUNAAN

D. Edaran Notis

s.k. - Notis penamatan hendaklah disalinkan


Ketua Pengarah Kerja Raya, kepada semua pegawai-pegawai JKR
Malaysia, yang berkenaan. Potong mana yang
Ibu Pejabat J.K.R., tidak berkenaan. Setelah penamatan
Jalan Sultan Salahuddin, pengambilan kerja kontraktor,
50582 Kuala Lumpur. tindakan seperti di (i), (ii) dan /atau (iii)
(U/P: Pengarah Cawangan
diperlukan. Oleh itu, masukkan (i), (ii)
_________________________)
dan /atau (iii) di bawah mana-mana
- Pengarah, pejabat JKR yang berkenaan. Pusat
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Khidmat Kontraktor juga perlu
Ibu Pejabat J.K.R., dimaklumkan untuk membolehkan
Jalan Sultan Salahuddin, penyemakan semula dan tindakan
50582 Kuala Lumpur. tatatertib ke atas pendaftaran
* _________________________ Kontraktor. Oleh itu masukkan (iv) di
bawah PKK dan nyatakan dengan
- Pengarah Kerja Raya, jelas kelas pendaftaran Kontraktor.
J.K.R. Negeri Bank /syarikat insurans yang
_________________________ menjamin perlu dimaklumkan juga.
*_________________________
Nombor rujukan jaminan tersebut
- Jurutera Penguasa/Kanan, hendaklah dinyatakan dengan terang.
J.K.R. Unit
_________________________ *
*_________________________ (i) Sila ambil tindakan dengan
segera untuk mempelawa tender
Jurutera Kerja/Kanan, semula.
J.K.R. Daerah
__________________________ (ii) Sila ambil tindakan utk menuntut
*_________________________ nilai bon pelaksanaan daripada
Penjamin.
- Ketua Setiausaha,
Kementerian Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin, (iii) Sila ambil tindakan untuk
Kuala Lumpur. menuntut balik segala
(U/P: Bahagian Pembangunan perbelanjaan tambahan daripada
Usahawan) Kontraktor sejajar dengan Fasal
** __________________________ 51 (c) Syarat-syarat Kontrak.

- Lembaga Pembangunan Industri **


Pembinaan Malaysia (iv) Kontraktor di atas berdaftar di
dalam Kelas ____.
- Pusat Khidmat Kontraktor
**___________________________

- Pengurus Bank/Syarikat Insurans


Surat Jaminan No.
______________
ada kaitan.

- Juruukur Bahan _________


(JUB yang terlibat dalam projek).
LAMPIRAN C1
CONTOH

KERAJAAN MALAYSIA
JABATAN KERJA RAYA

NOTIS PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Rujukan…………………………………………
Pejabat……………….……
…………………….………
...……….…..……………...

Tarikh …………………………
Kepada………………………………………….
………………………………………………….
………………………………………………….
………………………………………………….
(Kontraktor)

Berdaftar dengan PKK dalam Kelas “……………….”

Kontrak Untuk
.……………………………..………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………...
Kontrak No………………………………
Harga Kontrak: RM……………………..
Tarikh Milik Tapak Bina: ………………
Tarikh Siap Kerja………………………..

Surat kami ________________ bertarikh ____________ adalah dirujuk.

2. Dukacita diperhatikan bahawa tuan masih didapati tidak menjalankan kerja


dengan bersungguh-sungguh dan kerja tuan dijangka tidak dapat disiapkan pada
Tarikh Siap Kerja yang telah ditentukan pada ________________. Kerja tuan
sepatutnya sudah _____% siap tetapi kemajuan yang dicapai setakat ini adalah
hanya _____% Kegagalan tuan itu masih berulang sungguhpun tuan telah diberi
Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor seperti yang tersebut
di atas.

3. Maka sejajar dengan Fasal 51 Syarat-Syarat Kontrak, pengambilan kerja tuan


adalah dengan ini DITAMATKAN.

…2/ -
-2-

4. Tuan hendaklah dengan serta-merta memberhentikan semua pekerjaan di


tempat Kerja, memindahkan kakitangan dan pekerja dari Tapak Bina dan
menyerahkan pemilikan Tapak Bina itu dengan meninggalkan semua bangunan
sementara, loji, perkakas, kelengkapan, barang-barang dan bahan takpasang di
Tapak Bina.

5. Kerja akan disiapkan sejajar dengan Fasal 51( c ) Syarat-Syarat Kontrak, dan
tuan adalah dikehendaki menanggung segala perbelanjaan berlebihan yang akan
timbul akibat dari penamatan pengambilan kerja tuan.

………………………………………………
Pegawai Yang Dinamakan Dalam Kontrak

s.k. - Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia,


Ibu Pejabat J.K.R.,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
(u.p.: Pengarah Cawangan _______________ )

- Pengarah Cawangan Kontrak & Ukur Bahan,


Ibu Pejabat J.K.R.,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.

- Pengarah Kerja Raya, } 1) Sila ambil tindakan dengan segera untuk


JKR Negeri _______. } mempelawa semula tender.
} 2) Sila ambil tindakan untuk menuntut nilai Bon
} Pelaksanaan daripada Penjamin.
- Jurutera Daerah, } 3) Sila ambil tindakan untuk menuntut balik segala
JKR ____________ . } perbelanjaan tambahan daripada Kontraktor sejajar
} dengan Fasal 51(c) Syarat-syarat Kontrak.

- Ketua Setiausaha, - Kontraktor di atas berdaftar di dalam Kelas ____.


Kementerian Kerja Raya,
(u/p: Bahagian Pembangunan Usahawan)

- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

- Pusat Khidmat Kontraktor - Kontraktor di atas berdaftar di dalam Kelas ____.

- Pengurus Bank/ Syarikat Kewangan / Syarikat Insurans.

Surat Jaminan No.: _________________________ ada kaitan.

- Juruukur Bahan ___________( JUB yang terlibat dalam projek).

_________________________________________________________
Catatan: Kandungan dan susunkata notis ini hendaklah merujuk kepada Notis Untuk
Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor yang telah dikeluarkan.
SEKSYEN B – TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SELEPAS
KONTRAK DIMANSUHKAN

1.0 Pendahuluan

1.1 Tindakan tertentu hendaklah diambil apabila sesuatu kontrak


dimansuhkan. Kerapkali tiada tindakan diambil untuk menuntut bon
pelaksanaan daripada penjamin dalam tempoh masa kuatkuasanya
jaminan tersebut. Rampasan terhadap Wang Jaminan Pelaksanaan
hendaklah diambil sekiranya kontraktor menggunakan pilihan ini.

1.2 Kadangkala tuntutan terhadap kontraktor asal untuk mendapatkan


kembali perbelanjaan tambahan bagi menyiapkan projek yang
terbengkalai itu tidak dibuat dalam tempoh masa yang sepatutnya.

1.3 Oleh yang demikian untuk mengelakkan atau mengurangkan


berlakunya perkara-perkara yang tersebut di atas, semua Pegawai
Penguasa / Pengarah Projek (P.P.) hendaklah mengambil tindakan
dan mematuhi peraturan yang ditetapkan apabila sesuatu kontrak kerja
dimansuhkan.

2.0 Tindakan Serta-merta Sebaik Sahaja


Surat Pemansuhan Kontrak Dikeluarkan

2.1 Mengarah kontraktor berhenti kerja dan meninggalkan meninggalkan


semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan, barang-
barang dan bahan takpasang di Tapak Bina dengan serta-merta.

2.2 Tutup tapak bina dan dapatkan perkhidmatan Pengawal Keselamatan


24 jam sehingga tapak bina diserahkan kepada kontraktor baru, untuk
memastikan tiada sesiapa pun dibenarkan masuk atau berada di tapak
bina tanpa kebenaran P.P. dan tiada sesuatu apa jua pun dibawa keluar
dari tapak bina tanpa kebenaran bertulis daripada P.P..

2.3 Rekodkan bilangan, jumlah, lokasi dan keadaan bangunan-bangunan


sementara, loji-loji, alat-alat jentera, peralatan binaan, bahan-bahan
binaan dan barang-barang lain yang berada atau disimpan di dalam
kawasan tapak bina dan buat pengukuran dan penilaian ke atas kerja
setakat yang telah disiapkan. Wakil kontraktor hendaklah dijemput
supaya menyaksikan pengambilan rekod dan pengukuran yang dibuat.
Gambar foto yang menunjukkan keadaan kerja bangunan-bangunan
sementara dan bahan-bahan binaan serta alat-alat yang ditinggalkan
semasa kontrak dimansuhkan hendaklah diambil, untuk rujukan masa
hadapan, jika perlu.

2.4 Keluarkan arahan kepada kontraktor untuk mengeluarkan semua loji,


peralatan dan barang-barang kepunyaan kontraktor di tapak bina.

B1/2
2.5 Pastikan keselamatan kerja-kerja yang belum siap seperti tetulang
keluli yang belum dituang konkrit, disapu simen slurry untuk
mengelakkannya dari berkarat, lubang-lubang penggalian yang dalam
hendaklah dilitupi, ditimbus dan dilindungi bagi mengelakkan
kecederaan dan pembiakan nyamuk.

2.6 Tulis surat secara A.T. Berdaftar kepada pihak bank, syarikat
kewangan atau syarikat insurans yang mengeluarkan Bon Pelaksanaan
untuk menuntut bon pelaksanaan. Pastikan surat tuntutan dibuat
dengan merujuk secara khusus kepada perkara-perkara berikut:

2.6.1 bahawa Kontraktor telah ditamatkan pengambilan kerjanya

2.6.2 Kerajaan dengan ini menuntut nilai Bon Pelaksanaan


sepenuhnya

Tuntutan ini hendaklah disegerakan dan dibuat tidak lewat dari dua (2)
minggu dari tarikh penamatan sungguhpun tempoh kuatkuasa Bon
Perlaksanaan hanya berakhir setahun selepas tarikh
pemansuhan kontrak. Tindakan yang sama hendaklah juga diambil
untuk menuntut sebarang baki bayaran balik wang pendahuluan yang
belum diterima daripada penjamin bagi jaminan wang pendahuluan.
Sekiranya bank, syarikat kewangan atau syarikat insurans tidak
melunaskan bayaran jaminan di dalam tempoh dua (2) minggu dari
tarikh tuntutan, perkara tersebut hendaklah dirujuk dengan serta-merta
kepada Penasihat Undang-undang Kementerian Kerja Raya untuk
tindakan selanjutnya.

2.7 Sekiranya WJP dipilih bagi menggantikan bon pelaksanaan, rampasan


hendaklah dibuat oleh P.P. daripada akaun amanah dan dibayar
kepada akaun hasil Kerajaan.

B2/2
SEKSYEN C – PENYEDIAAN PERAKUAN MUKTAMAD KONTRAK YANG
DITAMATKAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

1.0 Pendahuluan

Seksyen ini bertujuan untuk memaklumkan dan memperjelaskan cara


perkiraan yang terlibat dalam penyediaan Perakuan Muktamad bagi Kontrak
yang ditamatkan pengambilan kerja kontraktor dan penggunaan borang
Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan Kerja
Kontraktor. Cara perkiraan akan mengambilkira situasi di mana kontraktor
mengambil bon pelaksanaan dalam bentuk jaminan bank/insurans dan juga
wang jaminan pelaksanaan.

2.0 Cara Perlaksanaan

2.1 Penyediaan Perakuan Muktamad Kontrak Yang


Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor

2.1.1 Sebaik sahaja taksiran yang semunasabahnya ke atas kos


penyiapan muktamad yang akan ditanggung oleh Kerajaan
dapat ditentukan, Pegawai Penguasa hendaklah menyediakan
perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan
Kerja Kontraktor dalam format seperti di Lampiran D. Lazimnya
ianya disediakan apabila kontrak untuk menyiapkan kerja yang
ketinggalan diawadkan kepada kontraktor baru tanpa menunggu
Kerja disiapkan.

2.1.2 Mengikut Syarat-syarat Kontrak JKR 203 & 203A semakan


10/83, Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan
Pengambilan Kerja Kontraktor menunjukkan antara lain :

(a) Kos Penyiapan.

Kos ini meliputi :-

i) Jumlah bayaran wang pendahuluan;

ii) Jumlah bayaran interim yang telah dibayar kepada


kontraktor asal;

iii) Jumlah bayaran yang kena dibayar kepada


subkontraktor, pembekal, dsb.;

iv) Jumlah Harga Kontrak Baru;

v) Kos mempelawa semula tender;

vi) Kos kerugian kepada Kerajaan;

vii) Caj 'on-cost'.


C1/5
(b) Jumlah Harga Kontrak Asal Terlaras.

Ini meliputi :-

i) Jumlah Harga Kontrak Asal;

ii) Nilai Bersih Pelarasan Jumlah Harga Kontrak Asal;

iii) Potongan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan,


yang dikenakan terhadap Kontraktor Asal;

iv) Bayaran-bayaran lain yang dibenarkan di dalam


Kontrak.

2.2 Kiraan Butiran-butiran Dalam Perakuan Muktamad Kontrak Yang


Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor

2.2.1 Jumlah bayaran wang pendahuluan.

Bayaran ini meliputi jumlah bayaran wang pendahuluan yang


telah dibayar kepada kontraktor.

2.2.2 Jumlah bayaran interim.

Bayaran ini meliputi semua bayaran interim yang telah dibayar


kepada Kontraktor Asal berdasarkan Fasal 47 Syarat~syarat
Kontrak. Bagi kontraktor yang memilih wang jaminan
pelaksanaan, jumlah bayaran interim tidak termasuk jumlah
wang jaminan pelaksanaan yang telah ditahan.

2.2.3 Jumlah bayaran yang kena dibayar kepada subkontraktor, dsb.

Bayaran ini meliputi semua bayaran yang telah sebenarnya


dibayar kepada subkontraktor atau pembekal berdasarkan Fasal
51(c) (iii).

2.2.4 Jumlah Harga Kontrak Baru.

Ini adalah bayaran yang kena dibayar kepada Kontraktor baru


atau orang lain untuk menyiapkan Kerja yang tertinggal.
Sekiranya skop Kerja yang perlu disiapkan oleh kontraktor baru
atau orang lain berbeza dari skop kerja yang asal, (akibat dari
tambahan atau kurangan ke atas skop kerja yang asal)
pelarasan ke atas Jumlah Harga Kontrak Baru perlu dibuat
terlebih dahulu. Dalam keadaan ini, Jumlah Harga Kontrak Baru
yang telah dilaras ini hendaklah digunakan dalam kiraan.

C2/5
2.2.5 Kos Mempelawa Semula Tender.

Ini meliputi semua kos yang terlibat dalam proses mempelawa


tender seperti kos bagi penyediaan semula dokumen tender,
bayaran yuran perunding bagi penyediaan dokumen tender,
mengiklan semula tender, mengadakan penjagaan di tapak bina
dan lain-lain.

2.2.6 Kos Kerugian Kerajaan.

a) Kos Kerugian Kerajan adalah kos kerugian yang


ditanggung oleh Kerajaan akibat projek tidak disiapkan
dalam waktu yang ditetapkan dan meliputi kos
pengawasan ke atas Kerja yang perlu disiapkan.

b) Penasihat Undang-undang Kementerian Kerja Raya telah


menasihatkan bahawa kadar Ganti Rugi Tertentu dan
Ditetapkan yang terkandung di dalam Kontrak Asal
hendaklah digunakan sebagai kadar kos kerugian
Kerajaan bagi sehari atau seminggu atau sebulan
(bergantung kepada ketetapan da1am Kontrak
berkaitan).

c) Cara kiraan jika tarikh penamatan pengambilan kerja


kontraktor adalah selepas tarikh siap asal kontrak atau
tarikh akhir lanjutan masa yang diluluskan ialah:

i) Kadar kos kerugian ini hendaklah didarab dengan


jumlah hari yang terlibat dari sehari selepas tarikh
penamatan pengambilan kerja kontraktor sehingga
ke tarikh siap kerja asal oleh kontraktor baru.
Jumlah hari yang terlibat ini meliputi tempoh
mempelawa semula tender campur (+) tempoh
siap asal kontrak baru. Lazimnya tempoh
maksimum yang diperlukan bagi pelawaan semula
tender ialah seratus dua puluh (120) hari.

(ii) Tempoh seratus dua puluh (120) hari telah


ditetapkan sebagai tempoh munasabah maksimum
yang diperlukan bagi pelawaan semula tender,
bermula dari sehari selepas tarikh penamatan
pengambilan kerja kontraktor sehingga tarikh milik
tapak kontrak baru. Sekiranya tempoh mempelawa
semula tender kurang dari tempoh maksimum
yang ditetapkan, maka bilangan hari sebenar yang
terlibat hendaklah digunakan dalam kiraan kos
kerugian Kerajaan. Sebaliknya jika tempoh
mempelawa semula tender melebihi tempoh
maksimum seratus dua puluh (120) hari, tempoh
maksimum seratus dua puluh (120) hari hendaklah
digunakan dalam kiraan kos kerugian Kerajaan.

C3/5
d) Cara kiraan jika tarikh penamatan pengambilan kerja
kontraktor adalah sebelum tarikh siap asal kontrak atau
tarikh akhir lanjutan masa yang diluluskan ialah:

(i) Kadar Kos Kerugian Kerajaan (seperti yang


diterangkan dalam perenggan 2.2.6 b) hendaklah
didarab dengan jumlah bilangan hari yang terlibat
bermula dari sehari selepas tarikh siap asal
kontrak atau tarikh akhir lanjutan masa yang
diluluskan sehingga ke tarikh siap asal kontrak
oleh kontraktor baru.

(ii) Semakan hendaklah dibuat samada tempoh


mempelawa tender melebihi tempoh maksimum
satu ratus dua puloh (120) hari yang telah
ditetapkan sebagai tempoh maksimum yang
diperlukan bagi pelawaan tender. Tempoh ini
hendaklah dikira seperti yang dinyatakan dalam
perenggan 2.2.6 c) ii) di atas.

(iii) Sekiranya tempoh mempelawa tender melebihi


tempuh maksimum, maka bilangan hari yang
melebihi tempoh maksimum hendaklah
dikeluarkan dari jumlah hari yang terlibat dalam
kiraan Kos Kerugian Kerajaan yang dinyatakan
dalam perenggan 2.2.6 d) (i) di atas.

e) Contoh-contoh pengisian Perakuan Muktamad dan kiraan


Kos Kerugian Kerajaan bagi kontrak di mana tarikh
penamatan pengambilan kerja kontraktor adalah selepas
dan sebelum tarikh siap asal kontrak atau sebarang
tempuh lanjutan yang diluluskan diberikan dalam
Lampiran E.

2.2.7 Caj ‘On-Cost'

Caj 'on-cost' dikenakan ke atas kontraktor bagi maksud


membayar balik kos pentadbiran yang ditanggung oleh Kerajaan
kerana mempelawa semula tender. Nilai caj yang telah
dipersetujui oleh Kementerian Kewangan ialah 10% daripada
Jumlah Harga Kontrak Baru atau jumlah kos yang dibayar
kepada kontraktor baru atau orang lain untuk menyiapkan kerja
yang tertinggal.

2.2.8 Jumlah Harga Kontrak Asal Terlaras

Ini adalah bayaran yang akan dibuat kepada kontraktor


seandainya pengambilan kerja kontraktor tidak ditamatkan. Bagi
menentukan Nilai Bersih Pelarasan Jumlah Harga Kontrak Asal
seperti di butiran 2.1.2(b), perkara-perkara berikut hendaklah
diambilkira :

C4/5
(a) Semua Arahan Perubahan Kerja (APK) yang dikeluarkan
kepada Kontraktor sebelum pengambilan kerjanya
ditamatkan, tidak kira samada APK berkenaan telah
dilaksanakan atau tidak.

(b) Jumlah Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan yang


dikenakan ke atas kontraktor berdasarkan tempoh dan
kadar Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan. Jumlah ini
hendaklah dipotong dalam pengiraan.

(c) Bayaran-bayaran lain yang dibenarkan di dalam kontrak


yang mengakibatkan pelarasan Jumlah Harga Kontrak
Asal seandainya pengambilan kerja Kontraktor tidak
ditamatkan.

2.3 Tindakan Dan Peraturan Menyelesaikan Akaun Dengan Kontraktor Asal

2.3.1 Sekiranya didapati Kos Penyiapan melebihi Harga Kontrak Asal


Terlaras, Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan
Pengambilan Kerja Kontraktor hendaklah dikeluarkan kepada
Kontraktor berserta dengan satu surat tuntutan terhadapnya
untuk membayar kepada Kerajaan perbezaan tersebut yang
merupakan jumlah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan.

2.3.2 Surat tuntutan tersebut hendaklah dihantarkan secara A.T.


Berdaftar ke alamat terkini kontraktor, sebaik sahaja nilai ini
diketahui tetapi hendaklah tidak lewat dari sembilan (9) bulan
selepas kontrak ditamatkan pengambilan kerja kontraktornya.

2.3.3 Hantar surat peringatan pertama sekiranya tidak ada tindakan /


maklumbalas diterima daripada pihak kontraktor dalam tempoh
dua (2) minggu dari tarikh surat tuntutan tersebut. Surat
peringatan ini hendaklah dihantar sebanyak tiga (3) kali, setiap
satu hingga dua minggu sekali. Sekiranya tiada sebarang
tindakan /maklumbalas daripada kontraktor selepas tiga surat
peringatan itu dihantar, rujuk kepada Penasihat Undang-undang
di Kementerian Kerja Raya bagi projek-projek Persekutuan atau
Penasihat Undang-undang di negeri bagi projek-projek Negeri
untuk tindakan selanjutnya.

C5/5
LAMPIRAN D

PERAKUAN MUKTAMAD KONTRAK YANG


DITAMATKAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Tajuk Projek :

No. Kontrak :

A. KOS PENYIAPAN

(a) Bayaran Wang Pendahuluan RM

(b) Bayaran Interim RM

(c) Bayaran kepada Pembekal/Subkontraktor dll. RM

(d) Jumlah Harga Kontrak Baru RM

(e) Kos Mempelawa Semula tender


(i) Kos penyediaan dokumen RM
(ii) Kos yuran perunding RM
(iii) Kos iklan RM
(iv) Kos mengadakan Pengawal keselamatan RM
(v) RM
RM RM

(f) Kos Kerugian Kerajaan (Rujuk Lampiran B) RM

(g) Caj 'on-cost'


10% x (d) RM_

___________
B. JUMLAH HARGA KONTRAK ASAL TERLARAS

(a) Jumlah Harga Kontrak Asal RM

(b) Nilai Bersih Pelarasan Jumlah Harga Kontrak RM


(Tambahan/Kurangan)*

(c) Tolak Potongan Denda Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan


(Dari _________ ke _______ @ RM /hari) (RM )

(d) Bayaran-bayaran lain yang dibenarkan di dalam kontrak, RM


nyatakan jika ada

JUMLAH HARGA KONTRAK ASAL TERLARAS ___________

*Potong jika tidak berkaitan

1/2
LAMPIRAN D (Samb.)

C. PERBEZAAN ANTARA KOS PENYIAPAN DAN


JUMLAH HARGA KONTRAK ASAL TERLARAS

Kos Penyiapan (dari A) RM

Tolak Jumlah Harga Kontrak Asal Terlaras (dari B) RM __

TOLAK

D. Rampasan Jaminan Bank/Syarikat Kewangan/


Syarikat Insurans* atas baki
Wang Pendahuluan RM

E. Rampasan Bon Perlaksanaan/


Wang Jaminan Pelaksanaan* RM RM

Jumlah Bayaran Yang Perlu Dibayar oleh Kontraktor/Kerajaan*


Kepada Kerajaan/Kontraktor*

……………………..
Tarikh :
Pegawai Penguasa

* Potong jika tidak berkaitan

2/2
LAMPIRAN E - 1
CONTOH 1
PERAKUAN MUKTAMAD KONTRAK YANG
DITAMATKAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Kontraktor Ditamatkan Pengambilan Kerjanya Selepas Tempoh Kontrak Yang diBenarkan

Tajuk Projek: Membina dan Menyiapkan Satu Blok Tambahan Sekolah Menengah Bistari
Di Taman Kejayaan, Jalan Akademik, Kuala Lumpur
No. Kontrak: JKR/PERS/KL/xxx/1996

A. KOS PENYIAPAN
(a) Bayaran Wang Pendahuluan RM0.00

(b) Bayaran Interim* RM1,000,000.00

(c) Bayaran kepada Pembekal/Subkontraktor dll. RM180,000.00

(d) Jumlah Harga Kontrak Baru RM750,000.00

(e) Kos Mempelawa Semula Tender


(i) Kos penyediaan dokumen RM2,000.00
(ii) Kos yuran perunding RM0.00
(iii) Kos iklan RM1,000.00
(iv) Kos mengadakan Pengawal RM3,000.00
Keselamatan
(v) RM0.00
RM6,000.00 RM6,000.00

(f) Kos Kerugian Kerajaan (Rujuk Lampiran F-1) RM75,500.00

(g) Caj 'on-cost'


10% x (d) RM75,000.00
RM2,086,500.00

B. JUMLAH HARGA KONTRAK ASAL TERLARAS

(a) Jumlah Harga Kontrak Asal RM1,800,000.00

(b) Nilai Bersih Pelarasan Jumlah Harga Kontrak RM68,500.00


(Tambahan/Kurangan)

(c) Tolak Potongan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan


(Dari 31.1.1998 ke 30.6.1998 @ RM250/hari) (RM37,500.00)

(d) Bayaran-bayaran lain yang dibenarkan di dalam kontrak RM3,000.00


i) Bayaran premium insurans
ii) Bayaran kepada pihak ketiga untuk membaiki kerja-kerja kecacatan

JUMLAH HARGA KONTRAK TERLARAS RM1,834,000.00

Muka surat 1/2

Catatan di bawah adalah untuk makluman dan bukan sebahagian dari format Perakuan
*Nilai bayaran interim ini adalah nilai sebenar yang telah dibayar kepada Kontraktor, setelah
potongan dibuat bagi Wang Jaminan Perlaksanaan (sekiranya berkaitan)
LAMPIRAN E-1 (samb)

C. PERBEZAAN ANTARA KOS PENYIAPAN DAN JUMLAH HARGA KONTRAK


ASAL TERLARAS

Kos Penyiapan (dari A) RM2,086,500.00

Tolak Jumlah Harga Kontrak Asal Terlaras (dari B) RM1,834,000.00


RM252,500.00
TOLAK
D. Rampasan Gerenti Bank/Syarikat Kewangan/ Syarikat Insurans*
atas baki Wang Pendahuluan RM0.00

E. Rampasan Bon Pelaksanaan/Wang Jaminan Pelaksanaan* & RM90,000.00 RM90,000.00

Jumlah Bayaran Yang Perlu dibayar oleh


Kontraktor kepada Kerajaan RM162,500.00

Tarikh:
Pegawai Penguasa

* Potong jika tidak berkaitan

Muka surat 2/2

Catatan di bawah adalah untuk makluman dan bukan sebahagian dari format Perakuan
** Rampasan Wang Jaminan Perlaksanaan adalah berdasarkan nilai sebenar yang telah dipotong melalui bayaran interim
LAMPIRAN E-2
CONTOH 2
PERAKUAN MUKTAMAD KONTRAK YANG
DITAMATKAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Kontraktor Ditamatkan Pengambilan Kerjanya Sebelum Tempoh Kontrak Yang Dibenarkan

Tajuk Projek: Membina dan Menyiapkan Satu Blok Tambahan Sekolah Menengah Bistari
Di Taman Kejayaan, Jalan Akademik, Kuala Lumpur
No. Kontrak: JKR/PERS/KL/xxx/1996

A. KOS PENYIAPAN
(a) Bayaran Wang Pendahuluan RM0.00

(b) Bayaran Interim* RM1,000,000.00

(c) Bayaran kepada Pembekal/Subkontraktor dll. RM180,000.00

(d) Jumlah Harga Kontrak Baru RM750,000.00

(e) Kos Mempelawa Semula Tender


(i) Kos penyediaan dokumen RM2,000.00
(ii) Kos yuran perunding RM0.00
(iii) Kos iklan RM1,000.00
(iv) Kos mengadakan Pengawal RM3,000.00
Keselamatan
(v) RM0.00
RM6,000.00 RM6,000.00

(f) Kos Kerugian Kerajaan (Rujuk Lampiran F-2) RM45,250.00

(g) Caj 'on-cost'


10% x (d) RM75,000.00
RM2,056,250.00

B. JUMLAH HARGA KONTRAK ASAL TERLARAS

(a) Jumlah Harga Kontrak Asal RM1,800,000.00

(b) Nilai Bersih Pelarasan Jumlah Harga Kontrak RM68,500.00


(Tambahan)

(c) Tolak Potongan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan


(Dari ke @ RM250/hari) RM0.00

(d) Bayaran-bayaran lain yang dibenarkan di dalam kontrak RM3,000.00


i) Bayaran premium insurans
ii) Bayaran kepada pihak ketiga untuk membaiki kerja-kerja kecacatan

JUMLAH HARGA KONTRAK TERLARAS RM1,871,500.00

Muka surat 1/2

Catatan di bawah adalah untuk makluman dan bukan sebahagian dari format Perakuan
*Nilai bayaran interim ini adalah nilai sebenar yang telah dibayar kepada Kontraktor, setelah
potongan dibuat bagi Wang Jaminan Perlaksanaan (sekiranya berkaitan)
LAMPIRAN E-2(samb)

C. PERBEZAAN ANTARA KOS PENYIAPAN DAN JUMLAH HARGA KONTRAK


ASAL TERLARAS

Kos Penyiapan (dari A) RM2,056,250.00

Tolak Jumlah Harga Kontrak Asal Terlaras (dari B) RM1,871,500.00


RM184,750.00
TOLAK
D. Rampasan Gerenti Bank/Syarikat Kewangan/ Syarikat Insurans*
atas baki Wang Pendahuluan RM0.00

E. Rampasan Bon Pelaksanaan/Wang Jaminan Pelaksanaan* & RM90,000.00 RM90,000.00

Jumlah Bayaran Yang Perlu dibayar oleh


Kontraktor kepada Kerajaan RM94,750.00

Tarikh:
Pegawai Penguasa

* Potong jika tidak berkaitan

Muka surat 2/2

Catatan di bawah adalah untuk makluman dan bukan sebahagian dari format Perakuan
** Rampasan Wang Jaminan Perlaksanaan adalah berdasarkan nilai sebenar yang telah dipotong melalui bayaran interim
LAMPIRAN F-1
Kiraan Kos Kerugian Kerajaan

Butir-butir Projek

Tarikh Milik Tapak Kontrak Asal: 13-Jun-96

Tarikh Siap Kontrak Yang Dibenarkan: 31-Jan-98

Tarikh Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor: 30-Jun-98

Tender Semula Dipelawa: 30-Oct-98

Tarikh Milik Tapak Kontrak Baru: 31-Dec-98

Tarikh Siap Asal Kontrak Baru: 30-Jun-99

Kadar Kos Kerugian Kerajaan sehari: RM250.00

Kiraan

Tempoh antara Tarikh Siap Kontrak Yang Dibenarkan


dan Tarikh Siap Asal Kontrak Baru iaitu dari
31.1.1998 sehingga 30.6.1999 515 hari

Tolak

a) Tempoh Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan


di bawah Kontrak Asal dari 31.1.1998 sehingga
30.6.1998 150

b) Tempoh Perlantikan Kontraktor Baru


melebihi 120 hari 63 213 hari

Tempoh kerugian 302 hari

Kos Kerugian Kerajaan = 302 hari @ RM250.00 = RM75,500.00


LAMPIRAN F-2
Kiraan Kos Kerugian Kerajaan

Butir-butir Projek

Tarikh Milik Tapak Kontrak Asal: 13-Jun-96

Tarikh Siap Kontrak Yang Dibenarkan: 31-Jan-98

Tarikh Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor: 30-Oct-97

Tender Semula Dipelawa: 30-Jan-98

Tarikh Milik Tapak Kontrak Baru: 30-Jun-98

Tarikh Siap Asal Kontrak Baru: 30-Nov-98

Kadar Kos Kerugian Kerajaan sehari: RM250.00

Kiraan

Tempoh antara Tarikh Siap Kontrak Yang Dibenarkan


dan Tarikh Siap Asal Kontrak Baru iaitu dari
31.1.1998 sehingga 30.11.1998 303 hari

Tolak

a) Tempoh Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan


di bawah Kontrak Asal dari sehingga
-

b) Tempoh Perlantikan Kontraktor Baru


melebihi 120 hari 122 122 hari

Tempoh kerugian 181 hari

Kos Kerugian Kerajaan = 181 hari @ RM250.00 = RM45,250.00

Anda mungkin juga menyukai