Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Sains dan teknologi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan
kita. Sains dan teknologi amat penting kepada semua orang, tidak kira muda ataupun
tua. Malaysia amat menekankan kepentingan perkembangan sains dan teknologi
kerana kedua-dua bidang ini penting untuk menjadikan negara kita maju setanding
dengan negara-negara lain di dunia. Cabaran keenam bagi Wawasan 2020 iaitu,
‘mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi
dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan’ menunjukkan
betapa pentingnya sains dan teknologi ini kepada pembangunan negara kita. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengetahuan sains dan teknologi ini diperlukan dalam
semua bidang seperti ekonomi, perindustrian, pengangkutan, pembinaan, pertanian
dan sebagainya. Seperti bidang-bidang yang lain, bidang perubatan juga amat
memerlukan pengetahuan sains dan teknologi. Tanpa pengetahuan sains dan bantuan
teknologi, sektor perubatan tidak dapat dimajukan. (www.pmo.gov.my/ms/wawasan-
2020)

Pengkaji membuat kajian tentang penggunaan sains dan teknologi dalam rawatan
fisioterapi di Pusat Fisioterapi Impiana, Kulim, Kedah. Terdapat pelbagai jenis
rawatan fisioterapi yang ditawarkan di pusat fisioterapi ini. Pengkaji mendapati
bahawa ahli fisioterapi di pusat fisioterapi ini menggunakan pelbagai teknologi moden
untuk merawat pesakit-pesakit yang datang menerima rawatan di sini.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), perkataan ‘sains’ boleh


didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau
dibuktikan kebenarannya. Perkataan ‘sains’ juga membawa maksud cabang ilmu
pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia,
biologi dan lain-lain). Menurut kamus ini juga, perkataan ‘teknologi’ membawa
maksud aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan
praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain. Teknologi juga
boleh dikatakan sebagai kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), perkataan ‘perubatan’ membawa


maksud perihal berubat atau perkara yang berkaitan dengan ubat atau usaha
mengubati sesuatu masalah kesihatan. Perkataan ‘perubatan’ berasal daripada kata

1
akar ‘ubat’ yang boleh didefinisikan sebagai benda yang digunakan untuk
menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan. Secara umumnya, perubatan
merupakan salah sebuah bidang sains hayat yang berkaitan dengan penjagaan dan
pengekalan kesihatan badan. Dengan kata lain, perubatan banyak membantu kita
untuk menghalang pelbagai penyakit yang berbahaya dan menyembuhkan penyakit
yang kita hidapi. Perubatan juga mengandungi ilmu sains serta cara penggunaan ilmu
tersebut untuk menyembuhkan seorang pesakit yang menghidapi penyakit tertentu.

Perubatan terbahagi kepada dua jenis, iaitu perubatan tradisional dan juga
perubatan moden. Perubatan tradisional merujuk kepada cara perubatan yang
diamalkan secara turun-temurun. Kaedah perubatan ini menggunakan herba-herba
untuk merawat penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Kaum-kaum di Malaysia seperti
kaum Melayu, Cina, dan India mempunyai cara perubatan tradisional yang tersendiri.
Sebagai contohnya, kaum Melayu mengamalkan perubatan tradisional seperti
mengurut dan bekam. Kaum Cina pula mengamalkan cara perubatan tradisional
seperti akupunktur, herba Cina, dan Qigong. Masyarakat India pula mengamalkan
kaedah perubatan tradisional sepeti ayurveda, yoga, dan homeopati. Jenis perubatan
yang seterusnya ialah perubatan moden. Perubatan moden ialah perubatan yang
melibatkan penggunaan sains dan teknologi dalam merawat pesakit. Perubatan moden
mempunyai pelbagai cabang seperti penyelidikan perubatan, pembedahan, dan
perubatan klinik. (www.bharian.com.my)

Salah satu bidang perubatan yang menggunakan sains dan teknologi adalah
bidang fisioterapi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), perkataan
fisioterapi membawa maksud rawatan terhadap seseorang yang mengalami
kelumpuhan atau gangguan saraf (otot) secara senaman, urut, atau dengan
menggunakan cahaya, haba dan lain-lain. Jika perkataan fisioterapi ini dipisahkan,
akan muncul dua perkataan, iaitu ‘fisio’ dan ‘terapi’. Perkataan ‘fisio’ berasal
daripada perkataan ‘fisiologi’ yang bermaksud cabang ilmu sains yang berkenaan
fungsi organisma. Perkataan ‘terapi’ pula bermaksud rawatan sesuatu penyakit fizikal
atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan. Maka,
fisioterapi boleh ditafsirkan sebagai rawatan untuk pemulihan fungsi anggota badan.
Bidang ini adalah sebuah bidang yang memberi kepentingan kepada penjagaan
kesihatan yang berhubung dengan pengendalian dan pemulihan fungsi fizikal dan
pergerakan badan manusia.

2
Fisioterapi membantu pesakit untuk merawat masalah pernafasan yang
melibatkan paru-paru dan kahak, kecederaan yang dialami semasa bersukan,
kecederaan otot, kecederaan pada ligamen, patah dan terseliuh, palsy dan distrofi otot,
masalah sakit sendi, tulang belakang, leher, persediaan sebelum dan selepas
pembedahan dan elektroterapi bagi mengurangkan sakit dan bengkak pada anggota
badan. Selain itu, fisioterapi juga membantu seorang pesakit untuk mempercepatkan
proses penyembuhan penyakit. (www.hmetro.com.my/sihat)

Bidang fisioterapi di negara kita juga dikatakan menjadi semakin maju kerana
terdapat pelbagai kaedah baharu yang digunakan dalam merawat pesakit.
Elektroterapi dan senaman adalah antara kaedah yang digunakan untuk merawat
pesakit yang mempunyai masalah otot. Kaedah-kaedah baharu ini penting bagi
menempuh pelbagai halangan seperti cabaran dalam penjagaan kesihatan badan yang
kian bertambah di negara kita, populasi warga emas yang semakin meningkat, dan
pertambahan pesakit dengan masalah serius seperti osteoartritis, sakit belakang, dan
sakit leher. (www.hmetro.com.my/sihat)

Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa isu yang timbul di kawasan
kajian. Isu pertama ialah kesedaran masyarakat dalam mendapatkan rawatan
fisioterapi. Hal ini dikatakan demikian kerana segelintir masyarakat tempatan tidak
melihat fisioterapi sebagai rawatan yang berkesan untuk memulihkan masalah
kelumpuhan atau masalah otot yang dialami oleh mereka. Mereka tidak terfikir untuk
mencuba rawatan fisioterapi kerana masih tidak menyedari kemujarabannya dalam
merawat masalah-masalah otot. Sesetengah anggota masyarakat juga mempunyai
tanggapan yang salah terhadap rawatan fisioterapi ini. Mereka menganggap bahawa
fisioterapi hanya digunakan untuk merawat dan memulihkan anggota badan orang
kelainan upaya (OKU) dan orang yang baru habis menjalani pembedahan sahaja.

Isu seterusnya yang timbul di kawasan kajian ialah kebanyakan anggota


masyarakat tidak memilih fisioterapi bagi memulihkan masalah otot atau kelumpuhan
kerana lebih percaya kepada rawatan tradisional seperti mengurut. Mereka tidak sedar
bahawa ada sesetengah rawatan tradisional ini dilakukan oleh seseorang yang tidak
mempunyai pengiktirafan atau kelayakan daripada kerajaan. Keadaan ini mungkin
akan menyebabkan masalah otot atau kelumpuhan yang mereka alami menjadi lebih
kronik. Hal ini dikatakan demikian kerana seorang tukang urut yang tidak mempunyai

3
sijil kelayakan daripada kerajaan mungkin akan melakukan kesilapan semasa
mengurut pesakit sehingga menyebabkan bengkak pada anggota badan dan sakit-sakit
sendi.

Rasional kajian yang pertama adalah kurangnya pengetahuan dalam kalangan


anggota masyarakat tentang rawatan fisioterapi. Kekurangan pengetahuan dalam
kalangan anggota masyarakat menjadikan mereka tidak yakin dan tidak berani untuk
menjalani rawatan fisioterapi untuk memulihkan masalah kelumpuhan dan masalah
otot. Selain itu, kekurangan pengetahuan tentang rawatan fisioterapi dalam kalangan
masyarakat akan menjadikan mereka berasa tidak selesa untuk mendapatkan rawatan
fisioterapi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk memberi pengetahuan kepada
masyarakat, khususnya masyarakat di lokasi kajian.

Rasional kajian yang seterusnya ialah masyarakat tidak tahu tentang teknologi
yang digunakan dalam rawatan fisioterapi. Terdapat pelbagai teknologi yang
digunakan dalam rawatan fisioterapi pada masa kini seperti ‘sound wave’ dan ‘shock
wave’. Jadi, kajian ini akan mendedahkan tentang jenis-jenis teknologi yang
digunakan dalam rawatan fisioterapi kepada masyarakat. Oleh itu, masyarakat akan
menjadi lebih berpengetahuan tentang teknologi yang digunakan dalam rawatan
fisioterapi.

Kesimpulannya, fisioterapi merupakan cara yang terbaik untuk merawat


kelumpuhan dan masalah otot. Rawatan fisioterapi ini patut diterima oleh sesiapa
sahaja yang mempunyai masalah-masalah otot. Rawatan ini juga merupakan alternatif
kepada pembedahan kerana masalah-masalah otot dapat dipulihkan melalui senaman,
urut, dan cara-cara lain yang tidak melibatkan pembedahan. Selain itu, rawatan
fisioterapi ini juga disyorkan kepada warga emas yang tidak dapat berjalan kerana
rawatan fisioterapi boleh dijalankan di rumah pesakit. Oleh itu, mereka tidak perlu
bersusah payah berulang-alik ke pusat fisioterapi atau hospital yang berhampiran
untuk menerima rawatan. Jelaslah bahawa rawatan fisioterapi ini mendatangkan kesan
positif kepada rakyat Malaysia.

4
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggariskan dua objektif yang
digunakan sebagai panduan sepanjang pelaksanaan kajian ini. Objektif bagi kajian ini
adalah :

i. Mengenalpasti jenis-jenis perkhidmatan yang terdapat di Pusat Fisioterapi


Impiana, Kulim, Kedah.
ii. Mengkaji penggunaan peralatan sains dan teknologi dalam merawat pesakit di
Pusat Fisioterapi Impiana, Kulim, Kedah.

5
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Negeri Kedah Darul Aman

Peta 1 : Negeri Kedah

Sumber : https://www.google.com.my/maps/place/Kedah

6
3.2 Daerah Kulim Bandar Baharu

Peta 2 : Daerah Kulim Bandar Baharu

Sumber : https://www.google.com.my/maps/place/Kulim+District,+Kedah

7
3.3 Pusat Fisioterapi Impiana, Kulim, Kedah

Peta 3 : Pusat Fisioterapi Impiana, Kulim, Kedah.

Sumber : https://www.google.com.my/maps/place

3.4 Pusat Fisioterapi Impiana, Kulim, Kedah

Gambar 1 : Pusat Fisioterapi Impiana, Kulim, Kedah

Sumber : Kajian Lapangan 2020

4.0 METODOLOGI KAJIAN


8
4.1 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), perkataan ‘metodologi’


didefinisikan sebagai sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan
dalam sesuatu kegiatan, disiplin, dan sebagainya. Metodologi juga membawa maksud
kaedah, jalan, gaya, teknik, ragam, corak, rentak, dan sistem. Maksud lain bagi
metodologi ialah ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan
kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian boleh didefinisikan
sebagai kaedah-kaedah yang digunakan dalam melaksanakan sesebuah kajian yang
hendak dikaji. Jika kaedah yang digunakan oleh pengkaji betul, kaedah-kaedah
tersebut akan memudahkan pengkaji untuk mengumpul segala data yang diperlukan
olehnya dengan selengkapnya.

4.2 Cara Mendapatkan Responden

Tajuk yang dikaji oleh pengkaji adalah penggunaan sains dan teknologi dalam
rawatan fisioterapi di Pusat Fisioterapi Impiana, Kulim, Kedah. Kajian ini dijalankan
untuk mencapai objektif-objektif yang telah digariskan, iaitu mengenal pasti jenis-
jenis perkhidmatan yang terdapat di Pusat Fisioterapi Impiana, Kulim, Kedah dan
mengkaji penggunaan peralatan sains dan teknologi dalam merawat pesakit di pusat
fisioterapi tersebut. Pengkaji telah memilih beberapa orang responden dalam kalangan
staf di Pusat Fisioterapi Impiana, Kulim, Kedah. Soalan-soalan temubual yang
mempunyai kaitan dengan objektif kajian yang hendak dicapai telah dibuat oleh
pengkaji terlebih dahulu. Soalan-soalan ini disediakan untuk dijawab secara lisan oleh
para staf yang dipilih oleh pengkaji di pusat fisioterapi berkenaan.

4.3 Cara Mendapatkan Maklumat dan Data Responden


4.3.1 Data Primer

Data primer adalah maklumat asas atau sumber utama yang digunakan semasa
melaksanakan sesebuah kajian bagi mendapat informasi atau maklumat. Sumber-
sumber bagi maklumat biasanya diperoleh melalui cara-cara seperti pemerhatian, soal
selidik, dan temu bual. Data primer juga merujuk kepada maklumat yang dikumpul
oleh pengkaji itu sendiri bagi digunakan dalam kajian.

i Kaedah Pemerhatian

9
Kaedah pertama yang digunakan merupakan kaedah pemerhatian. Pengkaji
akan membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian, iaitu Pusat Fisioterapi Impiana,
Kulim Kedah. Kaedah ini digunakan bagi melihat secara langsung situasi pusat
fisioterapi tersebut. Pengkaji akan membuat pemerhatian secara langsung bagi
membuat pengiraan jumlah staf dan jumlah pesakit yang datang untuk mendapatkan
rawatan. Pengkaji juga akan menggunakan peralatan seperti kamera dalam membuat
pemerhatian. Kaedah pemerhatian membolehkan pengkaji untuk mengesahkan
ketepatan maklumat yang dikumpul.

ii Kaedah Temu Bual

Kaedah temu bual pula digunakan bagi memperoleh maklumat daripada


responden yang telah dipilih oleh pengkaji, iaitu beberapa orang staf di Pusat
Fisioterapi Impiana, Kulim, Kedah. Pengkaji akan menemu bual staf-staf yang dipilih
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk memenuhi objektif kajian.
Pengkaji akan berbual dengan staf-staf bagi mengetahui tentang jenis-jenis
perkhidmatan yang ditawarkan dan penggunaan peralatan sains dan teknologi dalam
merawat pesakit di Pusat Fisioterapi Impiana, Kulim, Kedah. Pengkaji telah menemu
bual seramai 2 orang responden yang dipilih dalam kalangan staf di pusat fisioterapi
tersebut. Responden telah dipilih dalam kalangan staf kerana mereka lebih
mengetahui tentang jenis-jenis perkhidmatan dan penggunaan peralatan sains dan
teknologi yang digunakan di pusat fisioterapi tersebut. Pengkaji akan menggunakan
alat perakam suara bagi merakam perbualan yang berlaku antara pengkaji dan para
responden. Rakaman suara tersebut akan digunakan untuk menganalisis temu bual
tersebut.

4.3.2 Data Sekunder

Data sekunder merujuk kepada maklumat yang sedia ada atau idea yang
diperoleh daripada sumber-sumber yang digunakan semula bagi tujuan membuat
kajian. Data sekunder biasanya diperoleh daripada bahan bertulis seperti artikel, buku,
surat khabar dan sebagainya. Data sekunder penting kerana membantu menyokong
sesuatu pernyataan dan keputusan yang telah dibuat oleh pengkaji. Pengkaji telah
menggunakan kaedah keperpustakaan dan internet bagi memperoleh data sekunder.

10
Pengkaji telah menggunakan kaedah keperpustakaan sebagai kaedah pertama
dalam memperoleh maklumat yang diperlukan untuk membuat kajian ini. Pengkaji
telah merujuk kamus bagi mencari maksud atau definisi bagi perkataan-perkataan
yang agak sukar untuk difahami. Sebagai contohnya, pengkaji telah menggunakan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kamus ini telah digunakan oleh pengkaji untuk
mencari makna perkataan-perkataan yang terdapat dalam tajuk kajian. Selain itu,
pengkaji juga telah merujuk kamus untuk memahami tajuk kajian secara lebih
terperinci.

Di samping itu, pengkaji juga telah melayari internet bagi mendapatkan


maklumat tambahan. Pengkaji telah menggunakan sumber-sumber daripada internet
seperti rencana daripada laman web MyMetro dan Berita Harian yang berkaitan
dengan bidang fisioterapi. Bahan-bahan tersebut telah diselidik oleh pengkaji. Sumber
daripada internet ini telah dijadikan oleh penyelidik sebagai bahan tambahan untuk
menyempurnakan kajian ini. Selain itu, pengkaji juga telah melayari laman web
Google Maps bagi mendapatkan peta lokasi kajian.

4.4 Teknik Memproses dan Mempersembahkan Data

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, pengkaji telah membuat
kajian menggunakan kaedah temu bual. Pengkaji telah menganalisis maklumat yang
diperoleh melalui sesi temu bual tersebut dan mempersembahkannya dalam bentuk
jadual. Pengkaji mempersembahkan data yang diperoleh dalam bentuk jadual kerana
memudahkan pengkaji untuk menggunakan data tersebut sebagai bukti dan sokongan
dalam dapatan kajian. Di samping itu, pengkaji telah menggunakan kaedah
pemerhatian di Pusat Fisioterapi Impiana, Kulim, Kedah. Pengkaji telah melihat cara
dan peralatan yang digunakan oleh para ahli fisioterapi untuk merawat pesakit.
Melalui kaedah perhatian juga, pengkaji akan mengambil beberapa keping gambar
bagi dijadikan sebagai bahan bukti. Gambar-gambar tersebut akan dipersembahkan
dalam dapatan kajian.

11

Anda mungkin juga menyukai