Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN SESI JASAMU DIKENANG TUAN HAJI ARIFF ZAINAL CGBSO

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,


Pertamanya, saya memanjatkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan limpah rahmat-Nya, dapat kita bersama-sama berhimpun dalam majlis yang
cukup besar maknanya. sempena sesi “Jasa Dikenang Budi Disanjung” pada hari
ini.

Sesungguhnya, majlis yang diadakan ini adalah sebagai satu tanda penghargaan
dan pengiktirafan serta nukilan terima kasih dari Jabatan Fleet Mangement TGBS TNB
kepadaTuan Haji Mohamad Ariff Zainol Chief Global Business Solutions Officer
kerana banyak menabur bakti sepanjang berkhidmat sebagai Ketua kami.

Setelah berkhidmat selama 35 tahun Chief pastinya dalam tempoh masa tersebut
pelbagai peristiwa pahit-manis, suka-duka dan cabaran getir yang telah ditempuhi
beliau dalam melaksanakan perancangan kerja di TNB. Bermula sebagai Juruanalisa
IT di Jabatan EDP 1986. Seiring dengan peredaran masa, Tuan Haji Ariff terus
mengorak langkah dalam kerjayanya sehinggalah dilantik sebagai Chief Global
Business Solutions Officer sebelum beliau bersara.

Menjadi tanggungjawab kita semua dalam memastikan projek-projek pembangunan


dan perancangan kerja dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan berkualiti.
Tugas yang digalas ini adalah berat tetapi saya percaya andai kita saling berganding
bahu dan bekerja sebagai satu pasukan, maka saya yakin kita akan berjaya. Tidak ada
yang mustahil untuk kita capai seandainya rajin berusaha, integriti, berdisiplin dan
saling bekerjasama. Bak kata pepatah, ‘Bulat air kerana pembetong, bulat
manusia kerana muafakatnya’
Saya amat menghargai segala sumbangan dan khidmat bakti Chief dalam mengurus
dan mengemudi JFM TGBS . Beliau seorang yang cekal hati dan memiliki aura
positif dalam berhadapan dengan cabaran dan rintangan. Sifat seperti inilah yang perlu
disemai dan disematkan dalam diri masing-masing.

Akhir bicara, saya mewakili pihak Jabatan Fleet Managment, TGBS sekali lagi saya
ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Mohamad
Ariff Zainol atas segala jasa dan pengorbanannya selama berkhidmat di Tenaga
Nasional Berhad. Saya yakin Tuan Haji akan terus aktif menyumbangkan idea dan
kepakaran yang dimilikinya.

Selamat bersara dan Selamat Maju Jaya kepada Tuan Haji Mohamad Ariff Zainol

Riuh di awan sekawan Helang


Riang senada kongsi keriangan

Jasamu Tuan Haji tidak terbilang


Inpirasi kami kekal berzaman

Berangkat sampan ke Pulau Pandan

Mencari kepah untuk hidangan

Perpisahan ini bukan sempadan

Ikatan terjalin usah diputuskan

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai