Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Majlis Penutupan oleh Pengerusi Program BIG Siri 4 2013 Yang berbahagia Encik Mansor Ahmad,

Wakil Pengarah IPGK Tuanku Bainun, yang dihormati, Tuan Haji Ismail bin Abdullah, Pemantau BIG Siri 4 2013, yang

berusaha, Encik Zahir bin Nasir, Ketua Unit Kokurikulum, para jurulatih seterusnya para peserta BIG Siri 4 2013 sekalian. Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Pertama sekali, syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya kita telah selamat menghabiskan perkhemahan BIG kali ini dengan jayanya. Saya ingin berterima kasih kepada Encik Mansor Ahmad kerana sudi hadir bagi merasmikan majlis penutup kita pada hari ini. Seterusnya, saya mewakili semua peserta ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan jurulatih kerana telah bertungkus lumus bagi menjayakan program kita pada kali ini. Tidak lupa kepada ahli jawatankuasa program BIG yang berusaha tanpa mengira penat lelah sehinggalah ke hari ini. Tanpa kerjasama dari kita semua, tidak mungkin perkhemahan ini dapat berjalan dengan lancar. Banyak yang telah kita lalui selama empat hari berada di sini. Banyak pengalaman suka, duka, pahit dan manis telah kita lalui bersama di sini. Di sini, kekuatan fizikal dan mental kita diuji. Ini adalah kerana untuk menjadi seorang guru yang hebat, kita mental dan fizikal kita perlulah kuat. Saya berasa bangga kerana kita semua dapat menghadapi dugaan dengan tenang. Sebagai contoh, malam semalam tapak perkhemahan kita dilanda ribut dan hujan lebat sehingga kebanyakan khemah runtuh dan menyebabkan barangbarang peserta basah. Alhamdulillah kita semua dapat menghadapi dugaan ini dengan tenang. Ini membuktikan bahawa kita semua mempunyai ketahanan mental yg tinggi.

Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta BIG Siri 4 2013 kerana telah menghabiskan program perkhemahan ini dengan jayanya. Sekali lagi saya ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sekian, terima kasih.

MUHAMAD HARIZ B RAZAK Pengerusi Program BIG Siri 4 Fasa 1 2013.

Anda mungkin juga menyukai