Anda di halaman 1dari 7

(ICCMW2021)

nd
2 International Conference on Contemporary Muslim World

Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Malaysia, 13-14 October 2021

Kelaziman Pembacaan Al- Qur’an dan Hubungkaitnya


Dengan Kemahiran Penggunaan Tulisan Jawi: Satu Kajian Rintis

Khafizatunnisa’ Jaapar a, Atiratun Nabilah Jamilb, Nurhidayah Muhamad Sharifuddinb , Abd.


Nasir Musab, Ahmad Firdaus Mohd Noora , Fathiah Fathila.
a
Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Kampus Seri Iskandar, Perak.
b
Pensyarah, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Kampus Seri Iskandar, Perak.

khafiz920@uitm.edu.my

Abstrak

Tulisan Jawi adalah suatu tradisi warisan Melayu yang bukan sahaja menggambarkan kesenian
bahkan juga melambangkan keperibadian Melayu Muslim yang berpegang teguh kepada ajaran dan
pengamalan kitab suci Al- Qur’an. Ini dapat dibuktikan melalui gaya bahasa yang dilakarkan di ruang
karya samada pada pepatah Melayu, kata bidalan, syair, gurindam bahkan pada kerangka akhbar dan
bahan- bahan bercetak yang didominasi dengan tulisan jawi pada suatu ketika dahulu. Ianya sangat
berkait rapat dengan sosio-budaya masyarakat Melayu pada ketika itu yang kebanyakannya mahir
Tilawah Al-Qur’an atas asbab melazimi pembacaan kitab suci Allah dalam kehidupan seharian.
Zaman berlalu dengan pantas sehingga budaya yang dulunya menjulang mekar kian tercantas dek arus
pembangunan moden. Dunia bukan sahaja menyaksikan ramainya belia Muslim yang tidak mengenal
Tulisan Jawi bahkan yang lebih menyedihkan, ramainya belia Muslim yang tidak boleh membaca Al-
Qur’an. Justeru, suatu kajian perlu dibuat untuk menjadi kayu ukur dalam menangani kepincangan ini.
Sebagaimana masyarakat dahulu membuktikan mereka yang mahir dengan Tulisan Jawi adalah terdiri
dari kalangan Muslim yang melazimi pembacaan Al- Qur’an, maka kertas kerja ini dibuat untuk
mengkaji hubungkait yang sangat rapat antara kelaziman pembacaan Al- Qur’an dengan kemahiran
penggunaan Tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat hari ini. Kajian ini bersifat kuantitatif dengan
mengambil kira data dan sampel responden terpilih yang terdiri dari kalangan pelajar UiTM Kampus
Seri Iskandar. Data- data akan dihurai dan dianalisis dan seterusnya akan disimpul dan dirumuskan.
Penemuan dari analisis data itu mungkin boleh diperhalusi untuk kajian lanjutan.

Kata kunci: Tulisan Jawi, kelaziman, pembacaan Al-Qur’an.

1.0 PENDAHULUAN

Tulisan Jawi merupakan warisan peradaban Melayu yang telah diadaptasi daripada abjad-abjad Arab,
pengamalan pembacaan Al- Qur’an lalu disesuaikan dengan sebutan di dalam bahasa Melayu.
Hasilnya, tulisan Jawi berkembang pesat di alam Melayu selaras dengan perkembangan agama Islam
dan seterusnya menjadi satu alat untuk merakam segala aktiviti pentadbiran, keagamaaan,
kesusasteraan dan sebagainya. (Harun, 1966). Tulisan Jawi dicipta oleh orang Melayu dengan
berasaskan huruf Arab, untuk mengeja bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa agama Islam
1
walaupun sebelum ini bahasa Melayu sudah mempunyai ejaan Kawi (Hamdan, 2003). Ini adalah
kerana tulisan Jawi lebih serasi untuk melambangkan bunyi istilah-istilah agama Islam yang
kebanyakannya bersumberkan al-Qur'an dan al-Hadith yang wajib disebut secara betul supaya tidak
berlaku perubahan bunyi yang mudah terjadi jika dieja dalam tulisan Rumi. (Amat Johari, 1996).
Menariknya, pengamalan membaca Al-Qur’an dan kemahiran dalam tulisan jawi ini
memainkan peranan penting juga dalam membentuk jatidiri dan akhlak yang mulia dalam kalangan
anak Melayu Islam kita pada suatu ketika dahulu. Ini dapat dilihat dari pengamatan sorotan terhadap
kaedah yang digunakan oleh golongan ibubapa yang sangat mengambil berat tentang pendidikan Al-
Qur’an dan jawi terhadap anak-anak mereka bagi memastikan nilai-nilai murni itu tertanam dalam diri
permata hati (Mohd Alwee, 2005). Berbeza dengan pemuda pemudi di zaman kini yang mengambil
ringan terhadap kepentingan pengamalan bacaan Al- Qur’an dan penguasaan jawi. Arus kemodenan
menyebabkan mereka tidak membaca Al-Qur’an bahkan tidak tahu untuk membaca Al-Qur’an.
Kegagalan membaca al-Qur’an dengan lancar inilah antara faktor yang menjurus kearah kelemahan
menguasai tulisan Jawi dan menyebabkan percubaan merumikan al-Qur’an. (Siddiq, 2008)
Isu permasalahan membaca al-Quran yang meliputi aspek kemahiran lisan, kelancaran bacaan,
kemahiran fasohah, tilawah bertajwid dan bacaan secara tadwir dan tartil dalam kalangan pelajar
Islam berlaku sama ada pada peringkat sekolah rendah, menengah atau di Institusi Pengajian Tinggi.
Mohd Faisal, Zawawi & Rahimi (2008) menjelaskan bahawa sehingga hari ini, masih didapati
kebanyakan umat Islam di Malaysia pada peringkat umur dewasa mengenali huruf-huruf "hijaiiyah"
tetapi tidak mampu membaca al-Quran atau boleh membaca tetapi tidak lancar malah yang paling
menyedihkan ada yang langsung tidak mengenali huruf atau diistilahkan “buta al-Quran”. Mohd
Zainul Arifien (2006) menjelaskan bahawa ramai pelajar yang lemah dalam aspek tilawah, lemah
dalam aspek tajwid dan lemah juga dalam penguasaan jawi, bahkan terdapat juga pelajar yang gagal
membaca potongan ayat yang pendek dengan makhraj yang betul (buta al-Quran).

2.0 OBJEKTIF

Menerusi kajian ini, penulis memfokuskan kepada dua okjektif iaitu (i) Mengenal pasti faktor-faktor
kelemahan dalam membaca Qur’an dan penggunaan jawi (ii) Mengkaji tahap kelaziman pembacaan
Al-Qur’an untuk tujuan penguasaan jawi.

3.0 METODOLOGI

Reka bentuk kajian yang dipilih adalah kuantitatif di mana data kuantitatif ini dikumpulkan melalui
soal selidik. Satu set instrumen soal selidik yang terdiri daripada item-item yang dipilih dari penelitian
terperinci terhadap ulasan kepustakaan telah dibina dan diperhalusi . Populasi dan sampel responden
pula adalah dari dua kategori sampel iaitu sampel pelajar dari Fakulti Senibina Perancangan & Ukur,
Diploma Ukur Bahan serta sampel pelajar dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Diploma Fotografi
dan Pengimejan Kreatif. Masing- masing merupakan pelajar semester kedua tahun pertama di UiTM
Perak. Jumlah responden yang terlibat adalah seramai 45 orang. Menurut Johanson dan Brooks (2010)
jumlah responden minimum seramai 30 orang sudah mencukupi untuk dianalisa kesahan dan
kebolehpercayaan dalam kajian awal, dengan itu pengumpulan data melalui instrumen soal selidik
telah dilaksanakan mengikut prosedur dan mendapat kerjasama yang baik dari kalangan 45 orang
pelajar yang terlibat.
Borang soal selidik yang disediakan terbahagi kepada tiga (3) bahagian, iaitu bahagian A
(demografi), bahagian B (Amalan Membaca Al- Qur’an), bahagian C (Penguasaan Jawi),

4.0 HASIL KAJIAN

Secara keseluruhan seramai 45 orang responden yang terdiri dari pelajar Diploma tahun pertama
semester kedua telah terlibat dalam kajian ini. Kajian profil dan demografi telah dilakukan kepada
responden-responden ini (sila rujuk jadual 1) bagi mengenalpasti profil responden kajian.

2
Jadual 1: Profil Sampel Mengikut Fakulti, Jantina, Latar Belakang, Sejarah
Penyertaan aktiviti Keagamaan dan Lingkungan Sosial

Faktor Kategori N Peratus


Fakulti FSPU (Ukur Bahan) 23 48.8
FSSR (Fotografi) 22 51.2
Jantina Lelaki 17 37.8
Perempuan 28 62.2
Lokasi kediaman Bandar 23 51.0
Luar Bandar 22 49.0
Latar belakang Pendidikan Agama 42 93.3
Pendidikan Konvensional 3 6.7
Penyertaan aktiviti Keterlibatan Aktif 28 62.2
keagamaan Pasif 17 37.8
Sahabat rapat Aktif aktiviti keagamaan 38 84.4
Pasif aktiviti keagamaan 7 15.6
Jumlah 45 100

Data dalam jadual menunjukkan seramai 23 orang responden (48.8%) adalah dari Fakulti
Senibina Perancangan & Ukur, Jabatan Ukur Bahan dan 22 orang responden pula (51.2%) adalah dari
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif. Jumlah pelajar
perempuan yang terlibat dalam menjawab kajiselidik adalah sebanyak 28 orang (62.2%) dan jumlah
pelajar leaki adalah sebanyak 17 orang (37.8%). Dari segi lokasi kediaman, data dalam jadual
menunjukkan seramai 23 orang responden (51%) berasal dari golongan penduduk yang tinggal di
bandar dan sebanyak 22 orang responden (49%) merupakan penduduk luar bandar. Perhatikan pula
pada komponen latar belakang dan lingkungan sosial keagamaan, terlihat dari jumlah ini, sebanyak 42
orang (93.3%) daripadanya mempunyai latar belakang pendidikan agama dan 3 orang (6.7 %)
daripadanya adalah dari latarbelakang konvensional. Seterusnya, 28 orang responden (62.2%)
mempunyai sejarah penyertaan dan keterlibatan yang aktif terhadap program yang bersifat keagamaan
dan pondok manakala 17 orang lagi (37.8%), merupakan golongan yang pasif dengan keterlibatan
program sebegini. Akhir sekali, 38 orang responden (84.4 %) mempunyai kaitan hubungan rapat
dengan individu atau perkumpulan yang bergiat aktif dengan aktiviti keagamaan, manakala 7 orang
(15.6%) lagi berada dalam lingkungan individu dan perkumpulan yang pasif dalam aktiviti yang
sedemikian.

Seterusnya, kajian diteruskan dengan menganalisa dapatan untuk bahagian profil sampel amalan dan
kelaziman pembacaan Al-Qur’an (boleh rujuk jadual 2).

Jadual 2: Profil Sampel Bagi Amalan dan Kelaziman Pembacaan Al-Qur’an

Faktor Kategori N Peratus


Membaca Al- Qur’an Membaca Al-Qur’an lancar 30 66.5
Membaca Al-Qur’an tidak lancar 10 23.0
Tidak pandai membaca Al-Qur’an 5 10.5
Kaedah membaca Melalui tatacara pembacaan Al-Qur’an 35 78.5
Melalui ikut bacaan Qari dari video 6 12.8
Melalui hafalan surah 4 8.7
Kekerapan bacaan Qur’an Membaca di masa lapang 16 35.5
Membaca setiap hari 11 24.4
Membaca setiap minggu 6 13.3
Membaca selepas solat fardu 4 9.0
Membaca pagi & petang 2 4.4
Membaca setiap bulan 1 2.2
3
Membaca setiap tahun 1 2.2
Menjelang Ramadhan 4 9.0
Deskriptif kelaziman Surah tertentu sahaja 27 59.6
Bacaan Dari awal ayat Qur’an 18 40.4
Jumlah 45 100

Bagi kategori amalan membaca Al- Qur’an, seramai 30 orang responden (66.5%) mengakui bahawa
mereka boleh membaca Al- Qur’an dengan lancar, 10 orang responden (23%) pula menyatakan
bahawa mereka boleh membaca Al-Qur’an tetapi tidak lancar manakala baki 5 orang responden
(10.5%) mengakui bahawa mereka tidak pandai membaca Al-Qur’an. Dalam kaedah pembacaan Al-
Qur’an pula, 35 orang (78.5%) daripadanya menggunakan kaedah huruf dan tatacara pembacaan Al-
Qur’an, 6 orang lagi (12.8%) menggunakan kaedah mengikut bacaan Qari’ Al-Qur’an dari video dan
baki 4 orang lagi (8.7%) menggunakan kaedah menghafal surah dan bacaan. Melihat dari segi
kekerapan dan kelaziman membaca Al- Quran pula, sebanyak 16 orang (36.2%) daripada mereka
mengakui bahawa mereka hanya membaca Al- Qur’an ketika masa terluang, 11 orang (23.4%)
membaca pada setiap hari, 6 orang (12.8%) membaca pada setiap minggu dan 3 orang lagi (6.4%)
melazimi pembacaan Al- Qur’an setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Baki 9 orang lagi (21.2%)
terpecah pada beberapa bahagian. Ada yang membaca pada setiap pagi dan petang iaitu seramai 2
orang (4.4%). Hanya seorang responden (2.2%) membaca sekali sebulan dan seorang responden lagi
(2.2%) membaca Al-Qur’an sekali setahun. Terdapat 2 orang responden (4.4%) yang membaca Al-
Qur’an sempena program besar Islam sahaja dan baki 3 orang responden lagi (6.6%) hanya melazimi
pembacaan Al- Qur’an pada bulan Ramadhan. Untuk tujuan pengukuhan, penulis mengajukan soalan
tentang bagaimana responden mengaplikasi amalan ini. Adakah hanya untuk surah tertentu sahaja
atau pembacaan dilakukan daripada awal Surah. Hasilnya, seramai 27 orang responden (59.6%)
mengakui bahawa mereka mengaplikasikan kelaziman pembacaan Al- Qur’an hanya pada surah
tertentu sahaja manakala hanya 18 orang responden (40.0%) yang melazimi bacaan bermula dari ayat
awal Al- Qur’an.

Setelah dibuat perbandingan frofil latar belakang dan demografi serta amalan kelaziman pembacaan
Al-Qur’an, kita dapat lihat sejarah perjalanan hidup dan lingkungan sosial yang berlaku di sekeliling
responden memainkan peranan penting dalam menyuntik rasa cenderung terhadap kecintaan
mengalunkan Ayat-Ayat Allah yang indah ini. Kajian diteruskan lagi dengan menganalisa dapatan
untuk bahagian profil sampel kemahiran Jawi dan kaitan rapatnya dengan kelaziman pembacaan Al-
Qur’an (boleh rujuk jadual 3).

Jadual 3: Profil Sampel Kemahiran Jawi dan Hubungkaitnya dengan


Kelaziman Pembacaan Al- Qur’an

Faktor Kategori N Peratus


Kemahiran Membaca Boleh membaca 41 91.5
Jawi Tidak boleh membaca 4 8.5
Kemahiran Menulis Boleh menulis 34 74.5
Jawi Tidak boleh menulis 11 25.5
Mahir Baca Qur’an Setuju 43 95.7
dengan Tajwid & Tidak setuju 2 4.4
Kaedah, Menyumbang
Mahir Jawi
Tak Boleh Baca Qur’an, Setuju 28 62.2
Tidak Mahir Jawi Tidak setuju 17 37.7
Tulisan Jawi Sebagai Setuju 42 93.6
Jatidiri Melayu Islam Tidak setuju 3 6.4
Tulisan Jawi &Kaitannya Setuju 45 100.0
dengan Budi Belia Dahulu Tidak Setuju 0 0
4
Jumlah 45 100

Jadual 3 menunjukkan hubungkait yang rapat antara kemahiran jawi dengan kelaziman pembacaan
Al- Qur’an. Seramai 41 orang responden (91.5%) mengakui bahawa mereka boleh membaca dalam
tulisan jawi sementara 4 orang lagi responden (8.5%) menyatakan dengan jujur bahawa mereka tidak
mampu membaca dalam tulisan jawi. Seterusnya, sebanyak 34 orang responden (74.5%) menyatakan
mereka boleh menulis jawi (merangkumi Jawi Lama atau Baru), manakala baki responden seramai 11
orang (25.5%) lagi tiada kemahiran dalam menulis Jawi. Sebanyak 43 orang responden (95.7%) dari
45 orang respoden pelajar ini sepakat bersetuju terhadap pandangan bahawa orang yang boleh
membaca Al- Qur’an dengan kaedah mengenal huruf, tajwid dan tatacara pembacaan Al-Qur’an
mampu membaca Jawi, baki 2 orang responden pula (4.4%) tidak bersetuju dengan pendapat ini.
Untuk soalan bagi pendapat yang menyatakan bahawa orang yang tidak pandai baca Al-Qur’an
biasanya tidak mampu untuk membaca Jawi, sebanyak 28 orang responden (62.2%) menyetujuinya
dan baki 17 orang responden (37.7%) tidak menyetujui pandangan ini. Untuk aspek sisipan jatidiri
dan peradaban Muslim, sebanyak 42 orang responden pelajar (93.6%) bersetuju bahawa tulisan jawi
ini dilihat sebagai jatidiri Melayu Islam dan baki 3 orang pelajar (6.4%) tidak menyetujuinya. Respon
yang sangat menggembirakan adalah apabila kesemua 45 orang responden pelajar (100%) bersetuju
bahawa tulisan jawi mempunyai hubungan rapat dengan kesantunan dan budi bahasa pemuda pemudi
Islam satu ketika dahulu.

Data dalam jadual 3 jelas menunjukkan bahawa kemahiran dalam membaca Al- Qur’an dengan
kaedah tatacara dan tajwid yang betul sangat diperlukan bagi memperkasakan kemahiran dan
kemampuan dalam medium jawi. Data juga menunjukkan pengukuhan jatidiri dan keutuhan budi
bahasa pemuda pemudi Melayu Islam pada suatu ketika dahulu sangan berkait rapat dengan
penggunaan tulisan, bahasa dan adat Melayu yang ulung dan disanjung.

Tambahan pada instrumen soalan terakhir, penulis mengemukakan soalan tentang faktor utama yang
menyebabkan seseorang itu lalai sehingga tidak membaca Al- Qur’an pada zaman kini.

2
6

11

81

Rajah 1: Faktor Pengabaian Tilawah Al-Qur’an

. Hasilnya, sebanyak 36 orang responden pelajar (81%) berpendapat bahawa gajet dan alatan-
alatan yang seumpamanya merupakan faktor terbesar yang membawa kepada implikasi pengabaian
pembacaan Al- Qur’an. Baki 9 orang dari responden pelajar (19%) pula masing- masing berpendapat
punca kelekaan itu adalah kerana pecahan-pecahan faktor berikut. Seramai 5 orang responden (11%)
berpendapat masalah sibuk bekerja menjadi punca kepada pengabaian ini, manakala 3 orang
responden (6%) pula berpendapat kegiatan suka melepak dan berhibur menjadi punca kepada
5
kelalaian membaca Al- Qur’an dan baki seorang pelajar (2%) berpendapat perasaan tidak berminat
untuk membaca Al- Qur’an menjadi asbab individu Muslim itu tidak membaca Al- Qur’an. Ini adalah
faktor yang paling menyedihkan kerana seorang Muslim tidak sepatutnya mempunyai perasaan yang
sebegini. Al- Qur’an adalah mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang menjadi bekalan yang sangat
berharga untuk umat Islam, sumber kekuatan di kala berduka, pandu arah kepada jalan kebenaran
bahkan penawar bagi diri dan emosi yang sakit. Maka, jika timbul rasa tidak minat membaca Al-
Qur’an, berusahalah untuk belajar dan sebaiknya melalui kaedah tatacara pembacaan seperti
Muqaddam atau Iqra’ agar kelak membaca Al- Qur’an itu tidak lagi menjadi suatu beban bahkan
menjadi suatu kemestian dalam diri kita justeru merasai manisnya ketika melantunkan Ayat-Ayat
Allah yang indah ini.
Sebagai penutup, antara cadangan yang dikemukakan agar pemuda pemudi Islam istiqamah dalam
membaca Al- Qur’an dan memantapkan diri dengan penguasaan jawi adalah antaranya
membanyakkan program diskusi tilawah al-Qur’an dan Jawi. mengadakan pertandingan dan
merancakkan lagi penulisan dalam tulisan Jawi. Bahkan, ada yang berpendapat sepatutnya subjek
Jawi dijadikan subjek wajib lulus dan tulisan jawi menjadi medium penulisan utama dalam agensi
kerajaan dan media massa.

5.0 KESIMPULAN

Melalui sorotan analisa daripada keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa kelaziman
pembacaan Al- Qur’an mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kemahiran penggunaan
tulisan jawi. Bukan suatu yang asing kerana sejarah tulisan Jawi juga disadur dari huruf-huruf
‘hijaiyyah’ yang terdapat dapat Al- Qur’an dan Hadith. Dapatan kajian ini sejajar dengan kehendak
ajaran Islam yang meletakkan pengetahuan Islam pada kedudukan yang sangat penting termasuklah
pendidikan dalam kemahiran tulisan Jawi. Usaha untuk memperolehi dan mencapai pengetahuan
Islam bukan sekadar minat atau keperluan bahkan adalah satu arahan yang mutlak dari Allah kepada
seluruh umat Islam (Hashim Hj. Musa, 2005).
Justeru, langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan amalan baik ini berterusan dalam
memupuk jatidiri Muslim yang berwibawa. Sebagai contoh, bagi mereka yang boleh membaca Al-
Qur’an tetapi kaedahnya bukan dengan membaca dari tatacara pembacaan Al- Qur’an, tetapi dengan
kaedah menghafal dan mengikut bacaan Qari perlulah berusaha untuk ke peringkat yang terbaik iaitu
dengan membaca dengan kemahiran tatacara bacaan Al- Qur’an. Ini penting, agar tumpuan
pembacaan bukan hanya pada surah-surah tertentu sahaja sebaliknya bacaan Al- Qur’an diamalkan
terus menerus dari awal surah sehingga ke akhirnya.

RUJUKAN

Amat Juhari Moain, (1996). Sejarah Aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamdan Abdul Rahman. (2003). Imbasan Sejarah Pemerkasaan dan Penguasaan Tulisan Jawi,
Majalah Pelita Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h.21.

Harun Aminurrashid. (1966). Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Singapura: Pustaka
Melayu Malaysia Press Limited, h. 154.

Hashim Hj. Musa. (2005). Peranan Tulisan Jawi dalam Perkembangan Islam di Malaysia, Jurnal
Pengajian Melayu, Jilid 16, 2005: 87-115.

Johanson, G. A., & Brooks, G. P. (2010). Initial Scale Development: Sample Size for Pilot Studies.
Educational and Psychological Measurement, 70(3), 394–400.

Mohd. Alwee Bin Yusoff. (2005). Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya dalam Masyarakat
Islam di Malaysia. Jurnal Usuluddin Universiti Malaya.
6
Mohd Faisal, Mohammad Zawawi & Rahimi. (2008). Celik al-Quran: Cabaran dan Realiti dalam
Pendidikan Islam di Sekolah. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Mohd Zainul Arifien bin Mohd. (2006). Kaedah Pembelajaran Tajwid dan Hafazan al-Quran. Fakulti
Pendidikan: UKM.

Siddiq Fadzil. (2008). “Tulisan Jawi : Peranannya Dalam Penyebaran Islam”, (Kertas Kerja Seminar
Kebangsaan Tulisan Jawi Dan Terjemahan, Anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris), h.6.

Anda mungkin juga menyukai