Anda di halaman 1dari 62

NILAI AGAMA MASYARAKAT

BERBILANG KAUM DI MALAYSIA


MPU23042
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

Penulis:
Fatin Izati Binti Mohd Taher
Zahratun Sakinah Binti Jamaluddin
Surya Adliza Binti Abdul Kadir

Jabatan Pengajian Am
PENULIS
FATIN IZATI BINTI MOHD TAHER
ZAHRATUN SAKINAH BINTI JAMALUDDIN
SURYA ADLIZA BINTI ABDUL KADIR

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK


KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
KM22, JALAN MATANG,
93050 KUCHING, SARAWAK.

No. Telefon : (082) 845596/7/8


No. Faksimili : (082) 845023
E-mel : poliku.info@poliku.edu.my
Laman Sesawang: http://www.poliku.edu.my/

Hak Cipta © 2023 Politeknik Kuching Sarawak

e ISBN 978-967-2953-88-3

Hak cipta terpelihara. Mana-mana Bahagian di dalam buku ini tidak dibenarkan untuk disalin,
disimpan dalam sebarang bentuk dengan apa cara, elektronik, mekanikal, fotokopi dan rakaman
atau sebaliknya atau apa cara yang memungkinkan untuk diterbitkan semula tanpa izin daripada
Politeknik Kuching Sarawak.

Diterbitkan oleh:
Politeknik Kuching Sarawak
Kementerian Pendidikan Tinggi
PRAKATA

Segala puji-pujian bagi Tuhan pencipta semesta alam serta penciptaan manusia yang cukup
sempurna dari segi akal dan pancaindera supaya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai
hamba-Nya. Alhamdulillah, kami telah selesai menyempurnakan e-Book bagi topik 2 Kursus
MPU23042 Nilai Agama Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia dengan jayanya sebagai
satu rujukan utama kepada pensyarah dan pelajar bertepatan dengan sillibus yang telah
ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Kementerian Pendidikan Tinggi

e-Book ini disediakan sebagai satu inisiatif membantu pensyarah dan pelajar melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan interaktif bersesuaian dengan
fanomena pendidikan norma baharu hari ini. Nota dan bahan yang disediakan bersesuaian
dengan contoh-contoh releven mengikut isu semasa untuk lebih memahami topik yang
dibincangkan. Manakala aktiviti pengukuhan yang disertakan adalah untuk menguji kefahaman
dan menarik minat para pelajar mengikuti pembelajaran khususnya secara dalam talian.
Diharapkan segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan satu impak besar
kepada kecemerlangan pelajar dalam kursus MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Encik Mohd Azahar Bin Jantan selaku editor yang
telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyediakan e-buku ini. Terima kasih
juga kepada Politeknik Kuching Sarawak kerana memberi ruang dan peluang untuk
menghasilkan buku ini bagi memantapkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan Oleh:

Fatin Izati Binti Mohd Taher


Zahratun Sakinah Binti Jamaluddin
Surya Adliza Binti Abdul Kadir
ABSTRAK

Nilai Agama Masyarakat Majmuk di Malaysia merupakan suatu topik dalam subjek Nilai
Masyarakat Malaysia (MPU23042). Kursus ini merupakan kursus wajib bagi pelajar bukan
muslim semester dua di seluruh Politeknik Malaysia. E-book ini membincangkan dua sub topik
yang berbeza. Bahagian pertama menjelaskan tentang sistem nilai dalam agama Islam, Hindu,
Buddha dan Kristian. Dalam bahagian ini, penulis memberikan gambaran umum tentang
prinsip-prinsip nilai yang dipegang oleh agama-agama tersebut dan bagaimana mereka
mempengaruhi kehidupan masyarakat. Bahagian kedua membincangkan kepelbagaian adat
resam dan budaya kelahiran, perkahwinan serta kematian bagi masyarakat Melayu, Cina dan
India di Malaysia. Penulis memberikan contoh tentang adat-istiadat dan tradisi yang diamalkan
oleh masyarakat yang berlainan etnik di Malaysia dan bagaimana kepelbagaian ini
memperkayakan budaya Malaysia sebagai sebuah negara yang pelbagai budayanya. E-book ini
bertujuan untuk memberi pembaca pemahaman yang lebih mendalam tentang nilai-nilai dan
budaya di Malaysia yang kaya dan pelbagai. Ebook ini juga disertakan dengan pelbagai
maklumat tambahan dan aktiviti pengukuhan yang menarik menggunakan aplikasi web 2.0
bagi membantu para pensyarah dan pelajar meneroka mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan.

Kata kunci : Nilai, Agama dan Kebudayaan, Masyarakat Malaysia


KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Copyright i
Prakata ii
Abstrak iii
Sinopsis v
Dari Pena Penulis vi
Manual Penggunaan e-Book ix
TOPIK 2 : NILAI AGAMA MASYARAKAT
BERBILANG KAUM DI MALAYSIA

2.1 Hasil Pembelajaran Nilai Agama Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia 1


2.2 Pengenalan Konsep Sistem Nilai Dalam Agama 2-3
2.2.1 Sistem Nilai dalam Agama Islam 4-8
2.2.2 Sistem Nilai dalam Agama Hindu 9-12
2.2.3 Sistem Nilai dalam Agama Buddha 13-16
2.2.4 Sistem Nilai dalam Agama Kristian 17-20
2.3 Konsep Kepelbagaian Adat Resam dan Budaya Masyarakat Malaysia 21
2.3.1 Kepelbagaian Adat Resam dan Budaya Masyarakat Melayu 22-30
2.3.2 Kepelbagaian Adat Resam dan Budaya Masyarakat Cina 31-36
2.3.3 Kepelbagaian Adat Resam dan Budaya Masyarakat India 37-41
2.4 Kesimpulan 42
2.5 Jom Main Sambil Belajar 43-47
2.6 Rileks Minda 48
2.7 Kamus Istilah 49
Rujukan 50
MPU23042
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

E-Book

EDISI
PERTAMA
PENULIS:
FATIN IZATI BINTI MOHD TAHER
ZAHRATUN SAKINAH BINTI JAMALUDDIN
SURYA ADLIZA BINTI ABDUL KADIR

PENSYARAH
JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
SINOPSIS

Topik ini membincangkan nilai agama


masyarakat berbilang kaum di Malaysia
mengikut agama, adat resam dan budaya
masyarakat Malaysia. Selain itu, dalam topik ini
juga membincangkan sistem nilai dalam agama
Islam, agama Hindu, agama Buddha dan agama
Kristian. Di samping itu, dalam topik ini juga
menjelaskan berkaitan kepelbagaian adat
resam dan budaya kelahiran, perkahwinan
serta kematian bagi masyarakat Melayu, Cina
dan India
E-book ini juga disertakan dengan pelbagai
maklumat tambahan dan aktiviti latih tubi
pengukuhan menggunakan aplikasi web 2.0
bagi membantu para pensyarah dan pelajar
meneroka dan mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan
DARI PENA PENULIS
FATIN IZATI BINTI
MOHD TAHER

Berkhidmat sebagai Pensyarah Jabatan


Pengajian Am di Politeknik Kuching
Sarawak. Berpengalaman mengajar dan
terlibat dalam penulisan modul silibus
Mata Pelajaran Umum Versi Politeknik

ZAHRATUN SAKINAH BINTI


JAMALUDDIN

Berkhidmat sebagai Pensyarah


Jabatan Pengajian Am di Politeknik
Kuching Sarawak. Berpengalaman
mengajar dan terlibat dalam penulisan
modul silibus Mata Pelajaran Umum
Versi Politeknik

SURYA ADLIZA BINTI


ABDUL KADIR

Berkhidmat sebagai Pensyarah Jabatan


Pengajian Am di Politeknik Kuching
Sarawak. Berpengalaman mengajar,
menggubal kurikulum dan terlibat
dalam penulisan modul silibus Mata
Pelajaran Umum Versi Politeknik
ISI
KANDUNGAN
| Edisi Pertama | June 2023 |

Pengenalan & definisi istilah 2

Konsep Sistem Nilai dalam Agama : Islam, Kristian, 3-20


Buddha dan Hindu

Konsep Kepelbagaian adat resam dan budaya


masyarakat Malaysia : Melayu, Cina dan India 21-42

Jom Main Sambil Belajar


43-47

Rileks Minda
48

Kamus Istilah 49

Rujukan 50
TOPIK 2
Nilai Agama Masyarakat
Berbilang Kaum di Malaysia

KURSUS NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

MPU23042
EDISI PERTAMA 2023

HUBUNGI KAMI
Jika ada sebarang pertanyaan, maklum balas
atau pandangan yang hendak dikongsikan
sila hubungi:
fatin@poliku.edu.my
zahratun@poliku.edu.my
adliza@poliku.edu.my

e-Book
UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
MANUAL PENGGUNAAN
E-BOOK

e-Book ini dilengkapi dengan;

Huraian topik yang lebih ringkas dengan persembahan infografik bagi


membolehkan proses pengajaran pensyarah dilaksanakan dengan
lebih mudah dan berkesan. Ruangan Rilek Minda sebagai bahan
sampingan yang sarat dengan fakta daripada pakar sejarawan dunia
dan Alam Melayu. Pelajar juga boleh mendapat maklumat tambahan
dengan hanya Scan QR Code info ringkas yang disertakan dalam nota
setiap sub topik

Set aktiviti dalam bahagian Jom Main Sambil Belajar yang sangat
menarik dan memudahkan para pelajar dalam memahami kandungan
Topik 2 Nilai Agama Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia.
Seterusnya dalam bahagian Kamus Istilah pula pelajar boleh merujuk
makna perkataan yang berkaitan dengan kandungan perbincangan
dalam topik 2 serta pensyarah boleh membimbing para pelajar dengan
memberikan contoh isu semasa berkaitan Nilai Masyarakat Malaysia
TOPIK 2 :
NILAI AGAMA MASYARAKAT
BERBILANG KAUM DI MALAYSIA

Hasil Pembelajaran:
ir pe m b el a ja r a n pe la ja r dapat:
Di a kh

b in ca n gk a n si st em n ila i mengikut
Mem
m a , a d a t re sa m d a n b u daya
aga
masyarakat Malaysia:

en ta n gk a n si st em n ila i d a lam
a) Memb
agama
ta n gk a n ke pe lb a ga ia n a d at
b) Memben
u d a ya m a sy a ra ka t M a la ysia
resam dan b

01 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


E-BOOK_MPU23042

Pengenalan
Kumpulan terbesar rakyat Malaysia
adalah terdiri daripada tiga kaum utama
iaitu Melayu, Cina dan India. Walau
bagaimanapun, terdapat juga penduduk
peribumi di Semenanjung Malaysia yang
merupakan Orang Asli dan secara
umumnya terbahagi kepada tiga kaum
terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu
Proto. Negeri Sabah pula mempunyai
kumpulan etnik yang mempunyai
pelbagai dialek dan budaya terbesar
iaitu sebanyak 32 kumpulan etnik dan
etnik Kadazan dusun adalah etnik
majoriti. Manakala penduduk Sarawak
terdiri daripada 27 kumpulan etnik yang
mana etinik komuniti majoritinya ialah
etnik Iban.

Walaupun Perlembagaan Malaysia


menyatakan bahawa Islam adalah agama
rasmi bagi Persekutuan. Perlembagaan
juga membenarkan agama-agama lain
diamalkan dengan aman dan damai.
Oleh itu, rakyat Malaysia perlu
memahami nilai-nilai moral, adat resam
dan kepercayaan dalam sesebuah
masyarakat. Kestabilan dan keharmonian
yang sedia terjalin dalam masyarakat
akan musnah sekiranya kita gagal
memelihara keharmonian dan nilai moral
yang dibawa oleh agama.

02 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

SISTEM NILAI
DALAM
AGAMA
Malaysia ialah sebuah negara berbilang budaya
dan agama, dan agama persekutuan adalah
Islam. Antara agama-agama yang terdapat di
Malaysia ialah Buddha, Kristian, Hindu,
Konfusianisme, Taoisme dan agama tradisional
Cina yang lain.

Agama amat penting untuk mencapai


kesejahteraan dan keharmonian hidup. Agama-
agama yang diamalkan di Malayisa memiliki
nilai-nilai murni bagi mencorakkan cara hidup
yang sempurna.

Setiap agama mempunyai sistem nilai yang


tersendiri untuk memandu umatnya mengikut
nilai yang telah ditentukan mengikut kitab
panduan masing-masing.

Walau bagaimanapun, perbincangan tentang


sistem nilai agama Islam, Hindu, Buddha, dan
Kristian sahaja yang akan dibincangkan di dalam
buku ini.

03 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

AGAMA ISLAM

MAKSUD ISLAM?
Islam dari segi bahasa berasal
daripada bahasa Arab iaitu 'aslama'
yang bermaksud menyerah. Manakala
dari segi syarak, Islam adalah menyerah
diri kepada Allah S.W.T, tunduk dan
patuh kepada perintah-Nya serta
membenarkan segala apa yang di
sampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

ISLAM adalah agama yang


disyariatkan oleh Allah S.W.T.
PANDUAN UMAT ISLAM
kepada Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai pelengkap kepada Bagi penganut agama Islam, nilai
agama-agama Allah yang mereka pegang berpandukan
sebelumnya. Islam kepada ajaran dan panduan yang
bukan hanya sekadar terkandung dalam kitab suci al-
agama tetapi Quran dan as-Sunnah Rasul s.a.w.
sebuah cara hidup
Agama Islam mempunyai tiga
yang menyeluruh
elemen penting dalam kehidupan
berpandukan
iaitu akidah, ibadah dan akhlak.
undang-undang
Allah S.W.T.

Agama Islam melarang penghinaan terhadap agama lain tanpa mengira


sebarang pendekatan termasuklah secara lisan ataupun tindakan.
Islam menentang kekerasan dan tindakan-tindakan keganasan. Sebaliknya,
Islam menganjurkan persaudaraan dan hubungan mesra bukan sahaja
dikalangan penganut Islam, bahkan juga dikalangan bukan Islam.
Kehidupan Nabi Muhammad SAW selalu dijadikan contoh moral, dibukukan
dalam bentuk cerita untuk diajar kepada anak-anak umat Islam sejak kecil lagi.

04 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

RUKUN ISLAM
Di dalam Islam, wujud lima tiang seri yang menjadi asas
kepada kekuatannya yang dikenali sebagai rukun Islam.
Terdapat lima rukun Islam yang wajib ditaati oleh semua
umat Islam.

AH SYAHADAH
1. MENGUCAP DUA KALIMdah bermaksud
Mengucap dua kalimah syaha 4. MEMBAYAR ZAKAT
ra iaitu:
kesaksian terhadap dua perka Zakat hanya
an yang wajib di
1. Hanya Allah SWT sahaja Tuh ditunaikan sekiranya
sembah. cukup syarat.
hammad s.a.w sebagai
2. Mengakui bahawa Nabi Mu Dengan mengeluarkan
tkan Allah kepada
nabi dan rasul yang dibangki zakat, kita telah
manusia. mengabdikan diri
kepada Allah SWT
RDHU LIMA
2. MENUNAIKAN SOLAT FA
dengan menyerahkan
sebahagian harta milik
WAKTU orang
ibadah yang wajib dilakukan
Solat adalah kita kepada mereka
Islam lima kali sehari. yang berhak
g mengandungi menerimanya.
Solat ialah suatu ibadah yan
tentu yang dimulai
perkataan dan perbuatan ter
disudahk=hi dengan
dengan takbiratul ihram dan
salam. 5. MENGERJAKAN HAJI
Subuh, Zuhur, Asar,
Solat lima waktu ialah: Solat BAGI YANG MAMPU
Maghrib dan Isyak. Menunaikan haji di
Baitullah adalah
kemuncak kepada
MADAN
3. BERPUASA DI BULAN RA rukun Islam yang
madhan adalah lima.
Berpuasa sebulan di bulan Ra Ia menjadi bukti
a.
rukun Islam yang mendidik jiw aging keislaman
n memberikan
Allah SWT sendiri menjamin aka seseorang. Namun,
lahnya kepada
pahala yang tidak terhad jum hanya mereka yang
a amalan ini bersifat
mereka yang berpuasa keran mampu sahaja
dilihat kerana hanya
tersembunyi dan tidak dapat diwajibkan
u sama ada dia
individu intu sendiri yang tah
berpuasa atau tidak.

05 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

KONSEP AKIDAH
MAKSUD AKIDAH?
BAHASA: Kepercayaan yang kukuh.

ISTILAH SYARAK: Kepercayaan dengan penuh


keyakinan terhadap Allah dan rukun iman yang lain.
Kepercayaan mutlak mengandungi tiga unsur:
1. Ikrar dengan lidah
2. Membenarkan dengan hati
3. Mengamalkan dengan anggota

RUKUN IMAN
6
Terdapat enam Rukun Iman yang wajib diimani oleh umat Islam. Iman merupakan suatu
asas pegangan yang sangat penting kepada umat Islam kerana ia membezakan
seseorang itu beragama Islam atau tidak.

Beriman kepada Merupakan perkara utama yang wajib diimani oleh setiap invidu muslim.
Allah SWT Mengingkari kewujudan Allah SWT hukumnya adalah kafir.

Malaikat adalah makhluk Allah yang dijadikan daripada nur (cahaya) dan
Beriman kepada tidak mempunyai fizikal seperti manusia.
Malaikat Malaikat adalah makhluk yang sangat patuh dan taat pada perintah Allah
SWT, sentiasa beribadat kepada-Nya, dan tidak pernah ingkar pada
perintah-Nya.

Kitab adalah wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi dan Rasul
melalui malaikat Jibrail untuk membimbing manusia kepada jalan yang
Beriman kepada benar dan diredai oleh Allah SWT.
Kitab Terdapat 4 kitab yang telah diwahyukan oleh Allah iaitu Kitab Taurat,
Zabur, Injil dan Al-Quran.

Nabi dan rasul adalah manusia biasa yang diutuskan oleh Allah SWT untuk
menyampaikan ajaran-Nya kepada umat manusia.
Beriman kepada Nabi dan Rasul diutuskan daripada kaum lelaki yang terpilih untuk
Rasul membimbing manusia ke jalan yang benar dan sesuai dengan kehendak
Allah SWT.

Hari akhirat adalah hari kemusnahan dan kehancuran alam ini.


Pada hari tersebut seluruh alam akan musnah dan semua manusia akan
Beriman kepada mati.
Hari Kiamat Kemudian wujud alam baru dan semua manusia akan dibangkitkan untuk
menerima pembalasan daripada Allah SWT.

Qada'dan qadar adalah menyakini bahawa semua yang terjadi kepada


Beriman kepada
seluruh makhluk tertakluk kepada ketentuan Ilahi. Tiada satu pun yang
Qada'dan Qadar
terlepas daripada ketetapan-Nya.

06 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

KONSEP SYARIAH
Syariah ialah peraturan dan hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
sama ada perkara itu berkaitan dengan suruhan atau larangan. Syariah terbahagi
kepada empat iaitu ibadah, muamalat, munakat dan jinayat.

Ibadah
Ibadah bermaksud taat, patuh dan pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT dan
mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana yang ditetapkan di dalam Al-
Quran dan As-Sunnah.
Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah umum dan ibadah khusus.
Ibadah khusus adalah perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang
terkandung di dalam rukun Islam manakala ibadah umum adalah segala perkara atau
amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus seperti makan, tidur dan lain-lain.

Muamalat Jinayat
Muamalat bermaksud peraturan jual Jinayat ialah undang-undang
beli manakala dari segi teknikal, jenayah dalam Islam yang
muamalat merupakan sebarang bentuk merangkumi kesalahan besar. Ia
peraturan perhubungan dan terbahagi kepada tiga kesalahan
persetujuan bersama antara manusia iaitu hudud, qisas dan takzir.
untuk menyelesaikan keperluan harian Kesalahan hudud: Zina, Qazaf,
mereka terutama dalam hal-hal yang mencuri, minum arak, merompak,
berkaitan dengan perdagangan dan memberontak dan murtad.
perniagaan. Kesalahan qisas: Membunuh orang

lain dengan sengaja dan
menghilangkan atau mencederakan
anggota orang lain dengan sengaja.
Munakahat
Kesalahan takzir: Hukuman yang
Munakahat ialah peraturan berkaitan diberikan oleh pemerintah bagi
dengan undang-undang kekeluargaan. kesalahan selain hudud dan qisas.
Contoh: perkahwinan, penceraian,
pembahagian harta pusaka, hak
Tahukah Anda?
penjagaan anak, poligami dan
Kesalahan hudud dan qisas ini
sebagainya.
hanya dikenakan kepada umat
Islam yang telah disabitkan
melakukan kesalahan dengan
syarat yang tertentu.

07 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

KONSEP AKHLAK
AKHLAK
Akhlak ialah tingkah laku dan
tabiat yang menjadi amalkan HUBUNGAN ANTARA
setiap manusia dalam
kehidupannya. Akhlak dikaitkan MANUSIA DAN
dengan akhlak yang baik dan
akhlak yang tercela. ALLAH
Ia merangkumi hubungan antara
manusia dan Allah SWT, Allah SWT telah
hubungan antara manusia dan mengingatkan manusia
manusia dan hubungan antara kecelakaan yang akan
manusia dan makhluk lain. menerima mereka sekiranya
tidak dipelihara hubungan
yang sebaik-baiknya antara
manusia dengan Allah.
HUBUNGAN ANTARA
MANUSIA DAN
MANUSIA HUBUNGAN ANTARA
Hubungan manusia dan MANUSIA DAN
manusia adalah menjadi salah
satu ciri utama pembentukan MAKHLUK LAIN
masyarakat Islam yang ideal. Alam adalah anugerah
Allah yang paling berharga
Seorang muslim dituntut untuk bagi kehidupan manusia
mencurahkan kasih sayang dan seluruh kehidupan di
kepada kelompok lebih luas, muka bumi ini.
bukan hanya terbatas kepada
keluarga, sahabat handai dan Rasulullah s.a.w melarang
kaum kerabat sahaja. umatnya menganiayai
binatang dan menyuruh
Kasih sayang mestilah mereka memastikan hak
mencakupi seluruh umat binatang dipatuhi.
manusia.
Islam amat menekankan
usaha ke arah mewujudkan
masyarakat penyayang
agar masyarakat dapat
hidup dalam suasana
harmoni, aman dan damai.

08 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

AGAMA HINDU
HINDUISME
Hinduisme ialah salah satu agama tertua yang
diketahui didunia, dan yang tidak mempunyai
pengasas. Hindu seringkali dianggap sebagai agama
yang beraliran politeisme kerana memuja banyak
Dewa, namun tidaklah sepenuhnya demikian.
Dalam agama Hindu, Dewa bukanlah Tuhan
tersendiri. Tuhan itu Maha Esa tiada duanya. Tuhan
mempunyai tiga fungsi utama iaitu mencipta,
memelihara dan membinasa.

Matlamat seseorang penganut Hindu adalah


untuk mencapai Moksha. Seseorang yang
mencapai Moksha akan bersatu dengan Tuhan
dan tidak akan lahir lagi di dunia.

Oleh itu, penganut Hindu perlulah mengelakkan


daripada melakukan perbuatan yang membawa
dosa dan melakukan perkara yang
menambahkan pahala.

Veda merupakan kitab suci pertama


yang menjadi panduan dalam
kehidupan masyarakat India beragama
Hindu.

Dharmasutra pula koleksi teks-teks


yang ditulis kemudian untuk
menyampaikan ajaran veda secara
lebih mudah.

09 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

Kitab suci
agama Hindu
Veda merupakan kitab suci yang paling agung bagi penganut Hindu dan dianggap
sebagai ensiklopedia agama Hindu. Veda dibahagikan kepada empat kitab utama:

1. Rig Veda 2. Yajur Veda


Veda kedua dalam himpunan
Sebuah koleksi purba India
kitab-kitab suci Hindu. Veda ini
dalam bahasa Sanskrit. Teks ini
dikenali sebagai Adhvaryu Veda
mengandungi 1,028 him, 10600
kerana peranan utamanya adalah
ayat-ayat suci yang disusun
dalam upacara korban Vedik.
dalam sepuluh buku atau
Adhvaryu ialah ketua sami yang
mandala. Rig Vida adalah him doa
menjalankan upacara tersebut.
untuk pelbagai dewa-dewi.
Ayat-ayat suci veda ini dikenali
sebagai yajus dan berbentuk
prosa.

3. Sama Veda 4. Atharva Veda

Veda ini menumpukan kepada kehidupan


Merupakan teks klasik Sankrit.
di sini dan sekarang berbanding dengan
Sama Veda dianggap sebagai
kehidupan akan datang atau selepas
asal-usul muzik tradisional India.
kematian. Upacara ritual veda ini
Mantera-mantera Rig Veda di
kebanyakan untuk mencapai hasrat
kumpul dalam Sama Veda untuk
kehidupan duniawi. Kebanyakan di dalam
dinyanyikan semasa upacara
veda ini menyentuh tentang penyakit dan
pemujaan.
penawarnya, ritual memanjangkan usia,
menebus dosa, ilmu sihir dan sebagainya.

Empat Veda utama dalam


agama Hindu

10 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

Bahagian-bahagian
dalam setiap Veda

Samhita Brahman
Huraian tentang mantera-
Mantera-mantera suci
mantera suci sebagai
memuja Tuhan
panduan kepada sami.

Aranyaka Upanishad

Berkaitan dengan Berkaitan dengan ajaran


penyembahan, ritual dan falsafah.
meditasi.

TAHUKAH ANDA?
Keempat-empat Veda
mempunyai empat bahagian
seperti yang dinyatakan di
atas.

11 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

NILAI-NILAI MURNI
DALAM AGAMA HINDU
Ajaran agama Hindu mengutamakan beberapa nilai murni.

Dhruthi
Mempunyai keberanian dan ketetapan hati untuk menghadapi
segala cabaran dan halangan dalam kehidupan

Ahimsa
Kasih sayang terhadap semua makhluk (manusia dan haiwan)

Kahamaa
Bertimbang rasa dan baik hati terhadap semua orang serta
haiwan.

Dharma
Menjalankan tanggungjawab dan tugas dengan sempurna
serta amanah.

Damo
Mengawal fikiran agar tidak bertindak sesuka hati yang boleh
menyebabkan kecelakaan kepada orang lain.

Stheyam
Tidak tamak dalam memperoleh kebahagiaan dan mesti hidup
mengikut kemampuan sahaja.

Showcha
Kebersihan dari sudut rohani dan jasmani (mental dan fizikal).

Mindriya Nigraham
Mengawal perasaan supaya dapat bertindak dengan rasional

Dheer
Fikiran yang tetap agar mampu untuk mengawal perasaan.

12 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

AGAMA BUDDHA
Agama Buddha merupakan satu falsafah Buddha tergerak dengan sifat sengsara
yang berasaskan ajaran Siddharta semula jadi dalam kemanusiaan. Beliau
Gautama atau lebih dikenali sebagai bermeditasi berseorangan untuk satu
Buddha yang lahir pada kurun ke-5 tempoh yang berpanjangan, dengan
sebelum masihi. pelbagai kaedah termasuklah
mengelakkan diri dari terlibat dalam
Buddha adalah seorang yang memahami keseronokan dunia, dalam sifat
kebenaran alam semesta melalui kesengsaraan dan kaedah-kaedah untuk
pertapaannya. Beliau dikenali sebagai mengatasi kesengsaraan. Beliau
'Pemberi Cahaya' selepas mendapat ilham, mencapai kesedaran, menemui apa yang
pemakluman atau pengajaran agung. para penganut Buddha gelar sebagai
Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau "Jalan Kesederhanaan", suatu praktis
'Kesedaran'. rohani untuk menamatkan kesengsaraan
(dukkha) dari kelahiran semula di alam
Buddha mengajar penganutnya berkenaan Samsara.
dengan realiti kehidupan yang merangkumi
seluruh aspek kehidupan. Kandungan Pengajaran Buddha terdapat di dalam
ajaran Buddha meliputi aspek-aspek Empat Kebenaran Mulia (Four Noble
psikologi dan etika yang berkaitan dengan Truth), Jalan Lapan Lapis (Eightfold Path)
kehidupan. dan Lima Prinsip (Five Precepts).

Menurut Buddha, terdapat beberapa tahap


untuk membebaskan diri daripada
pusingan kelahiran. Pertama, mengamalkan
moral yang tinggi. Kedua, renungan
(Samadhi). Ketiga, kesedaran (Prajna),
Keempat, mengetahui kebenaran
sepenuhnya (Sambodhi) dan yang terakhir
adalah untuk mencapai nirvana.

13 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

Empat Kebenaran Mulia

Hidup penuh kesengsaraan (Dukkha)


Dukkha bermasud penderitaan atau kesengsaraan hidup.
Masalah atau konflik dalam kehidupan tetap akan timbul
dalam diri setiap makhluk dan disitulah wujudnya
dukkha. Contohnya tua, sakit, berpisah dengan orang
yang tersayang dan tidak dpat apa yang dikehendaki.

Ada sebab untuk kesengsaraan (Samudaya)


Samudaya bermaksud asal atau sumber dimana ia
menerangkan sebab-sebab semua penderitaan manusia.
Penderitaan ini berpunca dari keinginan dan keseronokan
yang tidak dipenuhi dan didorong oleh kekurangan
pemahaman tentang sifat sebenar mereka.

Perlu menamatkan kesengsaraan (Nirodha)


Nirodha adalah 'berakhir'atau 'penutupan, kemudian
menyatakan bahawa semua penderitaan akan berakhir. Ini
kerana manusia tidak semestinya tidak berdaya kerana
mereka boleh mengubah haluan hidup mereka. Dengan
menangangi kejahilan, manusia dapai mencapai Nirvana.

Cara menamatkan kesengsaraan (Magga)


Buddha menunjukkan jalan untuk membebaskan diri
daripada penderitaan dan memutuskan turutan penjelmaan
semula. Magga bermaksud jalan menuju pencerahan yang
dikenal pasti oleh Buddha. Jalan ini merupakan jalan
tengah ke arah kebahagiaan. Manusia perlu mengikut
Jalan Lapan Lapis Mulia yang menjadi panduan kepada
hidup yang sempurna.

14 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

Jalan Lapan
Lapis Mulia
1 2
PANDANGAN YANG BETUL FIKIRAN YANG BETUL
(SAMMA-DITTHI) (SAMMA-SAMKAPPA)
Pandangan yang benar bermaksud fahaman Fikiran yang benar bermaksud keadaan mental
yang sentiasa menghapus idea atau pendapat
kepada sifat sebenar sesuatu perkara melalui
yang salah. Ia juga dapat memperkembangkan
penyelidikan dan pemerhatian diri sendiri
faktor-faktor moral lain yang boleh membawa
terutamanya berkaitan kehidupan, kepada Nirvana. Semua percakapan dan
perbuatan seseorang itu bergantung kepada
pemikirannya.
3
PERTUTURAN YANG BETUL 4
(SAMMA-VACA) PERBUATAN YANG BETUL
Pertuturan yang benar adalah menghormati (SAMMA-KAMMANTA)
kebenaran dan kebajikan orang lain. Ini Perbuatan yan betul adalah termasuk
membolehkan kita mengelakkan diri daripada menghormati dan menghargai nyawa orang lain,
berbohong, menyebarkan khabar-khabar angin, hak milik orang lain dan perhubungan peribadi.
mengeluarkan kata-kata kesat dan bercakap Perbuatan ini penting kerana ianya memberikan
perkara sia-sia. keselamatan, kedamaian dan menghapus
kebimbangan pihak lain.

5 6
PEKERJAAN YANG
USAHA YANG BETUL
BETUL (SAMMA-AJIVA)
(SAMMA-VAYAMA)
Pekerjaan yang betul bermaksud mencari nafkah
Usaha yang betul dapat membawa kepada
tanpa mendatangkan keburukan kepada
kesan tenaga mental dan bukan kekuatan fizikal.
makhluk lain. Ketenteraman dan keharmonian
Dengan ini, penganut dapat memelihara sikap
masyarakat akan tergugat sekiranya, seseorang
yang positif dan bersungguh-sungguh dalam
menyerah diri kepada perkara yang berdosa dan
segala perkara dan barulah kejayaan dapat
mempergunakan orang lain.
diperolehi.

7 8
KESEDARAN YANG TUMPUAN YANG BETUL
BETUL (SAMMA-SATI)
Tumpuan yang betul adalah proses melatih
Kesedaran yang betul bermaksud sentiasa sedar fikiran melalui meditasi dengan menumpukan
akan segala yang kita lakukan pada setiap perhatian kepada satu objek. Latihan meditasi
masa, sama ada perbuatan, pertuturan ataupun dapat membantu seseorang memperoleh fikiran
fikiran. yang tenteram dan fokus.

15 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

Lima Prinsip Agama Buddha


Setiap penganut Buddhisme mengamalkan lima prinsip
kehidupan. Kelima-lima prinsip ini merangkumi pemikiran,
perasaan dan tingkahlaku moral seseorang individu.

Menghalang diri daripada 1


membunuh makhluk hidup yang
lain, contohnya manusia dan
haiwan.

2
Menghalang diri daripada
mengambil sesuatu yang
bukan menjadi hak milik
sendiri.

Menghalang diri daripada


3
melakukan dan
mengamalkan kesalahan
seksual.

4 Menghalang diri daripada


berkata bohong atau
menipu.

5
Menghalang diri daripada
mengambil bahan yang boleh
memabukkan diri.

16 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

AGAMA
KRISTIAN
AGAMA Kristian berasaskan kepercayaan kepada
Tuhan dan ajaran Jesus Christ. Nama Christ berasal
daripada perkataan Yunani iaitu Christos yang
bermaksud Penyelamat. Ajaran asas yang digariskan
oleh agama Kristian ialah mencintai Tuhan dengan
seluruh jiwa raga dan minda, di samping menyintai
diri kita sendiri.

Penganut Kristian mengganggap Jesus sebagai


Kristus. Daripada Christ ini, wujudlah perkataan
Christian yang bermaksud segolongan manusia yang
mengikut ajaran Jesus. Istilah christ sama ertinya Perjanjian Lama mewakili era Jesus Christ.
dengan perkataan Messiah yang diambil daripada Antara perkara yang terkandung dalam
bahasa Hebrew atau Ibrani. Perjanjian Lama ialah penciptaan alam dan
manusia oleh Tuhan, dosa asal manusia ,
Kitab suci bagi agama Kristian yang dipanggil sebagai
10 rukun Tuhan, ramalan tentang kelahiran
Bible mengandungi 2 bahagian utama, iaitu Perjanjian
Jesus dan sejarah kehidupan umat Israel.
Lama dan Perjanjian Baru

Perjanjian Baru
"New Testement"
Perjanjian Baru pula merujuk era selepas
kelahiran Jesus Christ dan kandungannya
adalah berkenaan kelahiran Jesus Christ,
penyingkiran dosa manusia, persoalan
gereja seperti konsep Tuhan Anak,
intelektual Kristian dalam pelbagai bidang
seperti sejarah dan falsafah serta ramalan
kejadian masa depan

Majoriti Penganut Kristian beriman dengan


doktrin Triniti atau Tritunggal iaitu Tuhan
Bapa, Tuhan Anak dan Ruh Kudus. Namun
begitu, penganut Kristian terpecah kepada
pelbagai aliran. Kepelbagaian aliran ini
bukan sahaja disebabkan oleh wujudnya
perbezaan pandangan berhubung isu-isu
ibadah dan peraturan. Kepelbagaian aliran
ini wujud kerana terdapat perbezaan
dalam memahami isu-isu berhubung
akidah dalam kalangan Kristian.

NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA


17 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
E-BOOK_MPU23042 NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA

KONSEP
TRINITI
TUHAN BAPA (GOD THE FATHER)
Gelaran Tuhan Bapa bukanlah Tuhan itu
berkeluarga yang mengandungi isteri, anak, cucu
dan sebagainya seperti manusia. Akan tetapi,
Tuhan digelar Bapa kerana Dia merupakan asal,
daripada-Nya berkembang sesuatu yang lain
seperti penciptaan, peraturan, perlindungan, nilai
dan sebagainya

TUHAN ANAK (GOD THE SON)


Tuhan Anak ialah Jesus Christ. Kebanyakan
pengikut percaya bahawa Jesus Christ sebagai
jelmaan Tuhan, iaitu tuhan yang mengambil rupa
manusia serta mempunyai sifat-sifat manusia.
Jesus meninggal dunia demi menyelamatkan
manusis

ROH KUDUS (GOD THE HOLY


SPIRIT)
AGAMA KRISTIAN Roh kudus ialah peribadi Tuhan yang perlu ada
dalam diri seorang manusia yang akan memimpin,
menolong dan menemaninya dalam kehidupan
sebelum memasuki syurga. roh yang
menghubungkan manusia dan Tuhan serta
Doktrin paling utama yang membezakan manusia dengan haiwan.

dipercayai oleh majoriti penganut


Kristian ialah konsep Ketuhanan.
Tuhan yang disembah
penganut Kristian adalah Tuhan
oleh TRINITI
Triniti membawa maksud satu
Esa yang wujud dalam bentuk tuhan tetapi di dalam kesatuan
Tuhan ada tiga peribadi yang kekal
Triniti dan sama. Ketiga-tiganya wujud
dalam satu hakikat metafizik yang
mempunyai kuasa sama rata

18 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


E-BOOK_MPU23042

1 0 R U K U N
DALAM KITAB BIBLE
Ajaran Kristian yang berkait rapat dengan kehidupan beretika ialah Sepuluh
Rukun (10 Commandments) yang terdapat dalam Perjanjian Lama. Sepuluh
Rukun ini merupakan satu perintah agama untuk diamalkan oleh penganut
Kristian, iaitu:

JANGAN ADA DEWA YANG LAIN


DARIPADA TUHAN
01
Pengikut Kristian harus menyembah Tuhan sahaja

JANGAN MEMBUAT DAN


MENYEMBAH BERHALA
02
Tidak harus membuat dan menyembah berhala
yang menyerupai apa-apa pun di langit, bumi dan
laut

JANGAN MENGGUNAKAN NAMA


TUHAN SEWENANG-WENANGNYA
03
Jangan menyebut nama Tuhan untuk melaknati
atau menyumpah orang lain

INGATI DAN KUDUSKAN HARI


SABATH
04
Hari Sabath merujuk hari ketujuh, iaitu hari Tuhan
berehat daripada kerja pencipataan alam dan manusia

HORMATILAH IBU BAPA

05
Harus menghormati ibu bapa dengan menghargainya
dan menjaga mereka

19 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

1 0 R U K U N
DALAM KITAB BIBLE
Ajaran Kristian yang berkait rapat dengan kehidupan beretika ialah Sepuluh
Rukun (10 Commandments) yang terdapat dalam Perjanjian Lama. Sepuluh
Rukun ini merupakan satu perintah agama untuk diamalkan oleh penganut
Kristian, iaitu:

JANGAN MEMBUNUH

06
Tidak boleh melakukan pembunuhan secara
sengaja atas tujuan peribadi atau niat jahat

JANGAN BERZINA

07
Harus menghormati institusi perkahwinan kerana
orang yang berzina dianggap berdosa kepada Tuhan
dan pasangan perkahwinan sendiri

JANGAN MENCURI
08
Perbuatan mencuri dilarang kerana menjejaskan
keharmonian antara ahli masyarakat

JANGAN MEMBUAT TUDUHAN


PALSU
09
Tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata kesaksian
palsu untuk menjatuhkan maruah seseorang

JANGAN BERHASRAT MEMILIKI


HARTA BENDA ORANG LAIN
10
Tidak boleh bersikap tamak, sebaliknya harus berpuas
hati dengan segala yang dimilikinya

20 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT RESAM
DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA

DEFINISI
Perkataan adat berasal daripada bahasa
Arab bermaksud kebiasaan. Adat
merupakan peraturan yang sudah
diamalkan turun temurun di dalam
sesuatu masyarakat sehingga menjadi
peraturan yang harus dipatuhi oleh
seluruh masyarakat, seolah-olah ia
merupakan kehendak atau peraturan
warisan nenek moyang. Contohnya adat
kelahiran, adat perkahwinan, adat
kematian dan sebagainya

Adat merupakan suatu bentuk tingkah laku dan cara


manusia berfikir yang telah wujud dan diamalkan
begitu lama, dipelajari dari generasi terdahulu dalam
masyarakat dan merupakan warisan turun temurun
sesuatu kaum, yang mana pengamalannya
mencakupi semua aspek kehidupan sesebuah
masyarakat.
Kelahiran
Malaysia adalah sebuah negara
masyarakat berbilang kaum meliputi
Melayu, Cina dan India dan pribumi
Sabah dan Sarawak. Keunikan
masyarakat Malaysia ialah walaupun
berbeza budaya dan corak hidup
berlainan, kita dapat hidup dalam
keadaan yang harmini dan aman
berlandaskan kepada kebudayaan
nasional. Kepelbagaian adat resam dan
Perkahwinan pantang larang yang diamalkan sejak
Kematian zaman nenek moyang yang menjadi
Rajah 1. Kitaran Hidup tradisi dalam masyarakat masing-
masing terutama memeriahkan warna
harmoni dan sejahtera negara Malaysia

21 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT
MASYARAKAT MELAYU
Kepentingan adat masyarakat Melayu jelas tergambar dalam peribahasa Melayu iaitu "Biar mati anak, jangan
mati adat". Maksud peribahasa ini ialah orang yang kuat berpegang kepada adat tersebut tidak boleh
dilanggar. Masyarakat Melayu berpegang teguh dan masih mengamalkan adat istiadat lama berdasarkan pada
pengajaran turun-temurun nenek moyang terdahulu. Tingkah laku dan kepercayaan dalam adat resam
masyarakat Melayu dipengaruhi oleh budaya luar yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam yang dibenarkan
oleh syariat Islam

"ADAT BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI HUKUM, HUKUM


BERSENDI KITAB ALLAH"

Masyarakat Melayu kaya dengan budaya dan adat bermula dari fasa kelahiran sehinggalah fasa
kematian. Adat yang diwarisi turun-temurun mempunyai kedudukan yang tinggi. Oleh itu, adat
merupakan suatu kelaziman yang diterima pakai dalam masyarakat dan dianggap sebagai peraturan
hidup (Mohd Anuar, 2006). Masyarakat Melayu sinonim dengan masyarakat beragama Islam sarat
dengan amalan tradisi yang diwarisi secara turun temurun. Adat dan budaya masyarakat Melayu
kebanyakkannya bersendikan ajaran Islam. Ciri-ciri Islam menjadi teras kelakuan dan tindakan, bentuk
hubungan, inti sari nilai dan sikap serta pandangan sistem sosiobudaya orang Melayu.

22 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT
KELAHIRAN
MASYARAKAT MELAYU

Anak merupakan anugerah Tuhan yang sangat berharga bagi setiap


pasangan suami isteri. Anak tersebut hendaklah dijaga dan diberikan didikan
yang sempurna berserta kasih sayang yang secukupnya supaya menjadi
insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara. Dalam
adat kelahiran, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu
yang diwarisi sejak turun-temurun seperti yang berikut:

TEMPOH KEHAMILAN
Ketika hamil, terdapat adat "melenggang perut". Adat ini
juga dikenali sebagai "kirim perut" oleh sebilangan
masyarakat Melayu. Upacara ini dilakukan oleh seseorang
bidan terhadap wanita hamil anak pertama. usia kandungan
mestilah dalam lingkungan 7 atau 8 bulan. Tujuan adat
ini adalah untuk membuang geruh (nasib malang) yang
mungkin menimpa wanita hamil, disamping membetulkan
kedudukan bayi dalam perut. Adat ini sudah lama
ditinggalkan oleh masyarakat Melayu kerana bertentangan
dengan agama Islam dan boleh dianggap sebagai khurafat

Di samping itu, ada juga segelintir masyarakat


TEMPOH KEHAMILAN

Melayu yang mengadakan kenduri doa selamat semasa


kandungan mencecah 7 bulan atau sebelum tarikh
dijangka bersalin. Kenduri doa selamat ini
diiringi dengan bacaan surah Yasin, tahlil dan doa
selamat bagi memohon keberkatan dari Allah dan
dipermudahkan segala urusan semasa proses bersalin
kelak. Biasanya, kenduri ini dihadiri oleh ahli
keluarga, saudara mara serta jiran tetangga yang
berhampiran.

Tempoh berpantang bagi wanita bersalin lazimnya


TEMPOH BERPANTANG

adalah antara 40 hari, 44 hari. 60 hari dan 100


hari. Selama tempoh tersebut, mereka tidak
KELAHIRAN &

dibenarkan melakukan kerja-kerja berat serta


dilarang melakukan banyak pergerakan, bahkan
mereka perlu rehat secukupnya. Selain itu, mereka
tidak dibenarkan makan makanan yang boleh
menjejaskan kesihatan. Contohnya makanan laut
seperti udang, ketam, sotong dan sebagainya.
Wanita berpantang perlu mengambil makanan tambahan
seperti jamu yang boleh membantu mereka untuk
mengembalikan kesihatan anggota badan selepas
kehamilan dan kelahiran.
23 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT
KELAHIRAN
MASYARAKAT MELAYU

Sepanjang tempoh berpantang, wanita digalakkan untuk

KELAHIRAN & TEMPOH


berbengkung bagi tujuan mengempiskan perut, mengurangkan
berat badan dan melindungi organ dalaman. lazimnya dalam
tempoh berpantang, seseorang wanita dinasihatkan untuk

BERPANTANG
berurut sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. hal
ini kerana, amalan berurut boleh memulihkan tenaga,
mengembalikan otot-otot lemah, membuang angin dalam
badan, memulihkan kembali saraf-saraf yang mengembang
dan melancarkan perjalanan darah. Wanita yang sedang
berpantang juga perlu mengamalkan adat bertungku untuk
mengecutkan rahim dan organ dalaman yang bengkak dan
memecahkan lemak.

Setiap ibu bapa untuk mengadakan amalan yang disunatkan


dalam Islam. Antaranya adalah seperti melaungkan azan
AMALAN MENYAMBUT
KELAHIRAN BAYI

(bagi bayi lelaki) dan mengiqamatkan (bagi bayi


perempuan) ke telinga bayi, bercukur jambul, memberi
nama yang baik dan tahnik. Laungan azan dan lafaz
iqamat merupakan tuntutan Islam yang bertujuan memuji
kebesaran Illahi. Bayi lelaki akan diazankan pada
telinga kanan manakala bayi perempuan akan diiqamatkan
pada telinga kiri oleh bapa atau datuk bayi
tersebut.Salah satu hikmah melakukannya adalah supaya
kalimah kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang
didengari oleh bayi tersebut
AMALAN MENYAMBUT

Amalan bercukur merujuk perbuatan mencukur rambut asal


KELAHIRAN BAYI

bayi yang sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh


kelahiran. Antara hikmah amalan adalah dari sudut
kebersihan, iaitu boleh menguatkan tenaga pertumbuhan dan
menghilangkan selaput kulit kepala, di samping
menggalakkan amalan mensyukuri kurniaan Allah. Selain itu,
ibu bapa hendaklah memilih nama yang elok dan mempunyai
nama yang baik. Tahnik adalah satu amalan yang sangat
dituntut dan merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan
oleh seseorang bapa terhadap bayinya. Amalan tahnik ialah
perbuatan mengunyah buah tamar (kurma) lantas dicalit
tamar tersebut pada lelangit mulut bayi.
NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
24 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
E-BOOK_MPU23042

ADAT
PERKAHWINAN
MASYARAKAT MELAYU

Dalam masyarakat Melayu, adat resam


perkahwinan amat diutamakan dalam
kehidupan mereka. Nilah atau
perkahwinan ialah perihal akad
(perjanjian) dengan lafaz ijab dan kabul
yang menyatukan hubungan halal antara
lelaki dan perempuan dalam satu ikatan
yang sah di sisi Islam. Antara tujuan
perkahwinan ialah membina rasa cinta
dan kasih sayang antara pasangan suami,
isteri memperoleh keturunan yang sah di
samping mengelakkan berlakunya perkara
yang tidak diingini

Dalam Islam perkara yang wajib dalam


perkahwinan adalah akad nikah. Namun
begitu, adat perkahwinan orang Melayu
masih boleh dilakukan selagi tidak
bertentangan dengan syariat Islam dan
tidak berbelanja luar kemampuan atau
melakukan pembaziran.

Peringkat yang berikut perlu


dilakukan terlebih dahulu
sebelum majlis berlangsung
iaitu adat merisik, adat
meminang, adat bertunang,
akad nikah dan majlis
perkahwinan

25 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT PERKAHWINAN
MASYARAKAT MELAYU

ADAT MERISIK
Adat merisik merupakan peringkat
pertama dalam proses perkahwinan yang
melibatkan pertemuan antara dua belah
keluarga, iaitu keluarga pihak lelaki
dengan keluarga pihak perempuan.
Biasanya, keluarga pihak lelaki yang
diwakili oleh ibu bapa dan saudaranya
akan ke rumah keluarga pihak
perempuan.
Tujuannya adalah untuk memastikan
bahawa gadis yang dihajati masih belum
berpunya, di samping menyelidik latar
belakang gadis tersebut. Melalui
peringkat awal ini, adat seterusnya akan
dilakukan sekiranya gadis yang dihajati
oleh lelaki itu masih belum berpunya dan
bersetuju untuk dipinang
ADAT MEMINANG
Adat meminang ini dilakukan oleh kaum
keluarga terdekat pihak lelaki. Pada
peringkat ini, penetapan tarikh untuk majlis
pertunangan akan dibincangkan oleh pihak
lelaki dan perempuan. Namun biasanya,
pihak perempuan tidak akan memberikan
kata putus serta merta. Mengikut adat
Melayu, pihak keluarga perempuan akan
diberikan tempoh untuk berfikir dan
berbincang sesama ahli keluarga
ADAT BERTUNANG
Majlis pertunangan melibatkan rombongan
pihak lelaki ke rumah pihak perempuan
sebagai adat bertunang secara rasmi bagi
masyarakat Melayu. Rombongan pihak
lelaki akan membawa tepak sirih dan
sebentuk cincin sebagai tanda perjanjian
sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Adat ini bertujuan membincangkan
tentang perbelanjaan perkahwinan,
tempoh pertunangan dan sebagainya

NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA


26 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
E-BOOK_MPU23042

AKAD NIKAH ADAT BERINAI


Majlis akad nikah akan dilakukan Majlis berinai biasanya diadakan secara
selepas segala perjanjian berperingkat - peringkat:
dilaksanakan seperti wang belanja,
mas kahwin dan barangan hantaran 1. Berinai curi - diadakan 3 hari tiga malam
laibn mengikut persetujuan kedua- sebelum hari langsung untuk saudara mara
dua belah pihak. Uapacara akad terdekat sahaja
nikah merupakan perkara wajib yang 2. Berinai kecil - diadakan 2 malam sebelum
ditetapkan dalam Islam, iaitu satu hari langsung untuk saudara mara, jiran
kaedah untuk menghalalkan tetangga dan sahabat handai
hubungan lelaki dan wanita sebagai 3. Berinai besar - diadakan 1 malam sebelum
pasangan suami isteri. hari langsung atau selepas akad nikah untuk
Kebiasaannya, majlis ini dilakukan di para jemputan khas daripada pihak lelaki dan
masjid atau di rumah pengantin pihak perempuan
perempuan sebelum majlis
perkahwinan berlangsung. Dalam
upacara akad nikah, bapa pengantin MAJLIS PERKAHWINAN
perempuan perlu menjadi wali untuk
menikahkan anaknya. Walau Majlis perkahwinan atau walimatulurus merupakan
bagaimanapun, seseorang wali ( atas istiadat perkahwinan orang Melayu. Walimatulurus
sebab-sebab tertentu) boleh dalam Islam amat digalakkan bagi tujuan
mewakilkannya kepada wali tertentu mengumumkan kepada masyarakat tentang
mengikut syarat yang telah pernikahan di samping meraikan sebagai raja
ditetapkan dalam agama Islam sehari. Lazimnya, majlis atau kenduri diadakan di
seperti menggunakan wali hakim rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki
akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi
dengan bunga manggar dari rumah penanggak
menuju ke rumah pengantin perempuan.
Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan
disambut taburan beras kunyit. Pengantin
perempuan akan menyambut kedatangan
pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan
pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan
duduk di tempat khas yang disediakan

27 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT KEMATIAN
MASYARAKAT MELAYU

Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan


dihormati daripada jasad yang hidup. Dalam
masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama
Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara
sesama Islam adalah fardu kifayah. Apabila berlaku
kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan
oleh keluarga di si mati ialah memberitahu kepada
tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan
kepada saudaa mara dan jiran tetangga di sekitar
kawasan itu

28 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT KEMATIAN
MASYARAKAT MELAYU

Semasa Kematian

Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan keluarga si mati
ialah memaklumkan kepada ahli qariah supaya dapat membuat persiapan.
Jenazah tersebut perlu diletakkan di ruang tengah rumah, dibaringkan dan seluruh
tubuh jenazah ditutupi dengan sehelai kain. Kakinya dihadapkan ke arah kiblat dan
jedua-dua tangannya berada di atas dada. Orang yang datang menziarahi si
mati digalakkan membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

Memandikan Jenazah
Upacara memandikan jenazah diberikan keutamaan kepada ahli keluarga. Namun
sekiranya ahli keluarga tidak mampu untuk memandikannya, maka tugas tersebut
akan diberikan kepada orang yang mempunyai ilmu serta biasa memandikan
jenazah. Jika jenazah tersebut lelaki, maka orang lelaki yang perlu memandikannya
dan begitulah sebaliknya. Tujuan memandikan jenazah adalah untuk menyucikan
tubuhnya daripada sebarang kekotoran. Semasa memandikan jenazah, aurat
mayat perlu dijaga oleh tukang mandi atau ahli keluarga dengan tertib dan sopan
supaya aib jenazah tersebut dapat dijaga

Mengkafankan Jenazah

Upacara ini dilakukan dengan cara membalut jenazah dengan kain berwarna putih
yang dipanggil kain kafan. Jenazah lelaki dikafankan dengan 3 lapisan kain,
manakala jenazah perempuan pula sebanyak 5 lapisan kain beserta telekung. Ketika
ini, ahli keluarga terdekat dan mahramnya boleh membuat penghormatan terakhir
dengan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh
mayat

29 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT KEMATIAN
MASYARAKAT MELAYU

SOLAT JENAZAH
Solat jenazah akan dilakukan di dalam masjid
dengan meletakkannya di hadapan imam dan para
jemaah. Kemudiannya, jenazah akan
disembahyangkan dengan cara berjemaah

PENGEBUMIAN JENAZAH

jenazah akan diiringi ke tanah perkuburan Islam oleh


ahli keluarga dan sahabat handai sebagai
penghormatan terakhir sebelum disemadikan. kaum
lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke
kubur, sebaliknya kaum perempuan tidak digalakkan
kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut.
Ratapan yang keterlaluan amat ditegah terutamanya
semasa di tanah perkuburan. Jenazah akan
dimasukkan ke dalam liang lahad dalam keadaan
badannya mengiringkan ke arah kiblat. Pada batu
nisan tertulis nama, tarikh lahir dan tarikh kematian.
Seterusnya, upacara talkin serta bacaan doa
dilakukan sebelum ahli keluarga dan sahabat handai
berredar dari tanah perkuburan tersebut

SELEPAS KEMATIAN
keluarga terdekat dan sanak saudara akan
mengadakan kenduri arwah selepas selesai upacara
pengebumian. Majlis akan diadakan pada hari
pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh atau seratus
hari kematian dengan dihadiri oleh saudara mara
dan jiran tetangga. Tujuan diadakan kenduri ini
adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati

30 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT RESAM KAUM CINA

Pelbagai adat resam


dan pantang larang
tertentu diamalkan
oleh masyarakat
Cina dalam aspek ini
dan ia merangkumi
peringkat sewaktu
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang mengandung dan
larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang selepas lahir.
dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib.
Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan
yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran,
perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang
larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut
kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa
yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam
masyarakat Cina secara keseluruhannya.

31 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT KELAHIRAN
Semasa Mengandung
Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa
diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan
kegiatan seharian mereka untuk memastikan bayi yang
bakal lahir selamat dan tiada kecacatan. Ibu mertua
bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan
bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat
mementingkan anak lelaki daripada anak perempuan.

Sebelum Kelahiran

Dilarang kerja memaku kerana khuatir bayi alami kecacatan.


Tidak berkata-kata kesat dan memukul haiwan bertujuan
hindari bayi dari terkena badi. Digalakkan bekerja supaya
mudah bersalin. Menghindari sebarang konflik supaya
kandungan tidak mengalami sebarang gangguan.

Selepas Kelahiran
Wanita yang telah bersalin hendaklah berpantang selama 40
hari. Mereka hendaklah memakai pakaian dan stoking yang
tebal kerana bimbang akan masuk angin. Masyarakat Cina juga
turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur
sebulan. Selain itu ada upacara memberi nama kepada bayi dan
bercukur rambut .

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan


yang dimulai dengan nama keluarga. Patah
kedua mewakili nama generasi di kalangan
adik-beradik dan saudara. Nama ketiga pula
merupakan nama bagi panggilan sendiri.

32 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT PERKAHWINAN
Kaum cina tidak perlu melalui apa-apa
kursus yang berkait tentang hal ehwal
alam perkahwinan seperti mana kaum
Melayu. Mereka boleh terus ke pejabat
pendaftaran untuk mendartarkan
perkahwinan mereka. Bakal pengantin
akan menandatangani dua pucuk surat
perkahwinan iaitu Keat Foon dan Ching Su
di hadapan beberapa orang saksi sebagai
bukti perkahwinan. Saksi-saksi adalah
dikalangan kaum keluarga terdekat.
Kemudian dari situlah kedua-dua buah
keluarga akan membincangkan tarikh yang
sesuai bagi melangsungkan perkahwinan
mereka yang berpandukan kalendar cina
dan seperti yang telah dipersetujui oleh
sami. Namun, ada juga pantang larang
yang perlu dipatuhi sebagai contoh,
perkahwinan tidak boleh dilangsungkan
semasa tarikh tertentu kerana dipercayai
akan mengundang malapetaka tidak kira
semasa majlis mahupun terhadap
pengantin itu. Namun, pada hari ini
masyarakat Cina kurang mengamalkan
adat perkahwinan secara tradisi
sebaliknya menjalankan perkahwinan
secara sivil iaitu dengan mendaftarkan
perkahwinan di gereja, terutamanya di
kalangan mereka yang beragama Kristian.

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu


titik tolak yang membawa perubahan besar dalam
kehidupan mereka. Mengikut kepercayaan mereka,
pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan
yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit (perkahwinan
yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah)
dan implisit (perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan
perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan
masing-masing.

33 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

Pada asasnya adat resam perkahwinan masyarakat Cina


merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis
perkahwinan

1. Merisik 2. Meminang
Dilaksanakan untuk mengetahui Seorang wakil dipilih untuk
latar belakang gadis yang dihajati. berkunjung ke rumah pihak
Ibu bapa pihak lelaki akan perempuan untuk berbincang
menanyakan kenalan dan rakan perkara berkaitan dengan
taulan yang kenal dengan perkahwinan. Ibu pihak perempuan
keluarga si gadis. Biasanya berbincang mengenai mas kahwin
mengadakan perbincangan di dan perbelanjaan yang ditanggung
restoran. Tradisi makan bersama oleh pihak lelaki.
adalah penting untuk
mengeratkan hubungan.

4. Majlis Kahwin
3. Bertunang Perkahwinan sivil dimana bakal
perngantin itu perlu berdaftar
Dilakukan mengikut kalendar Cina dahulu sebagai suami isteri yang
berdasarkan bintang kedua-dua sah dari segi undang – undang.
pasangan. Khidmat tukang tilik Upacara minum teh adalah
diperlukan untuk penetapan tarikh merupakan satu budaya tradisional
perkahwinan berpandukan buku Cina di mana pengantin baru
Toong Su bagi mengelakkan memberi teh kepada ahli – ahli
berlakunya perkara buruk seperti keluarga yang lebih tua untuk
perceraian. Upacara menyarung minum sebagai tanda pengenalan
cincin pada jari manis tangan kiri antara satu sama lain. Jamuan
perempuan. Hantaran ditetapkan makan jua akan diadakan. Pada
seperti cincin emas,sepersalinan jamuan ini semua saudara mara
pakaian,kain dan wang tunai. dan kawan-kawan akan dijemput.

34 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

Kematian itu pasti. Setiap


yang masih hidup perlu
KEMATIAN teruskan kehidupan.

Masyarakat Cina begitu berpegang


teguh kepada adat resam yang
berkaitan dengan soal-soal kematian.
Setiap adat yang dijalankan
mempunyai maksud yang tersendiri.

Didalam masyarakat Cina, upacara


pengkebumian adalah acara yang
amat meriah dengan dipenuhi
dengan peraturan dan adat tertentu.
Selepas pengkebumian mayat, akan
diadakan pelbagai upacara lain
terutama adat pembakaran colok
dan alatan yang diperbuat daripada
kertas sebagai bekalan hidup si mati
di alam akhirat. Upacara ini biasanya
akan diketuai oleh seorang Sami
yang diamanahkan oleh keluarga si
mati. Oleh kerana adat kematian ini
dianggap terlalu penting dalam
masyarakat Cina, banyak
kepercayaan dan pantang larang
mesti diperhatikan dan dipatuhi
apabila berlaku sesuatu kematian.
Adat resam masyarakat Cina dalam
aspek kematian merangkumi tiga
perkara utama iaitu semasa
kematian, Semasa pengebumian
dan upacara pengebumian.

35 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
ADAT
E-BOOK_MPU23042

KEMATIAN
2. SEMASA PENGEBUMIAN
Bagi masyarakat Cina Tradisional,mereka
memasukkan pelbagai harta milik si mati
untuk menunjukkan darjat si mati ketika
di dunia. Amalan tersebut tidak lagi
dilakukan kerana banyak kejadian
kecurian yang berlaku. Oleh itu ianya
digantikan dengan kertas yang bercop
bentuk duit sahaja bagi mengelakkan
kejadian kecurian. Semasa pengebumian,
keluarga akan membakar kertas joss
(atau kertas semangat) untuk
memastikan orang yang mereka sayangi
mempunyai perjalanan yang selamat ke
dunia bawah.

1. SEMASA KEMATIAN
Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat
handai dikehendaki menangis atau
meratapi pemergian si mati. Masyarakat
cina juga akan mengupah lebih ramai orang
untuk meratapi si mati. Tangisan ini
menggambarkan kesedihan keluarga dan
sahabat handai terhadap pemergian si mati.
Mayat akan dibersihkan dan disolek agar
kelihatan cantik dan tenteram. Selain itu
3. UPACARA PENGEBUMIAN
upacara sembahyang mayat bergantung Kawasan perkuburan atau jirat yang
kepada kepercayaan agama yang di anuti berada di kawasan yang tinggi adalah
oleh si mati. lebih baik berbanding daripada tanah
yang rata. Tanah perkuburan juga akan di
hias dengan menarik.Hiasan yang cantik
samada daripada ukiran,warna atau
bentuk -melambangkan kekayaan si mati
ketika hidup. Kubur atau jirat yang besar
dan mempunyai bentuk yang menarik
menjadi lambang kemewahan.

36 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT RESAM KAUM INDIA

Masyarakat India Kelahiran,


Masyarakat India merupakan
Perkahwinan,
etnik ketiga terbesar
Malaysia, dan juga salah satu
di Kematian
kaum yang telah
menyumbang ke arah Ini jelas terlihat dalam
pembentukan sesebuah aspek kelahiran dan
masyarakat majmuk di negara
kita. Seperti masyarakat lain, perkahwinan. Seperti juga
masyarakat India juga kaya masyarakat lain,
dengan ciri-ciri kebudayaan
mereka dan masih
masyarakat India juga
mengekalkan kebudayaan terdiri daripada pelbagai
tersebut sehingga kini. suku kaum, justeru itu
maklumat berikut
Adat Resam
memaparkan adat
Masyarakat India biasanya
mengikuti adat resam yang
resam masyarakat India
berteraskan agama Hindu secara umum.
meskipun ramai orang India
pada hari ini beragama
lain.Adat resam yang di
amalkan oleh masyarakat
India mempunyai banyak
persamaan dengan
kebudayaan masyarakat
melayu.

37 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT KELAHIRAN
Adat resam masyarakat India dalam aspek
kelahiran merangkumi tiga tahap iaitu semasa
kehamilan, sebelum kelahiran dan selepas
kelahiran.

SEMASA KEHAMILAN
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil
menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan
sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu yang bermaksud melindungi
bayi dalam kandungan daripada kesukaran sewaktu ibunya bersalin. Adat ini diadakan pada
hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Hadiah kepada wanita yang hamil tersebut
atau dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil iaitu barang
kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah- buahan, sirih pinang, sikat dan
cermin serta pelbagai manisan.

SEMASA KELAHIRAN
Sebaik sahaja bayi dilahirkan sami Hindu membisikkan gayatri mantiram iaitu mantera Tuhan
ke telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Tindakan ini adalah untuk membolehkan bayi tadi
mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain, dan juga untuk memberi
rahmat kepada bayi tersebut. Bagaimanapun, adat ini boleh disesuaikan dengan keadaan
semasa dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi berkenaan jika tidak dapat
berada di dalam bilik bersalin. Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan
tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang.
Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan
tidak digunakan oleh ahli sihir. Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur
minyak sapi pada lidahnya supaya dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi
bertutur.

SELEPAS KELAHIRAN
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh
dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara
aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka daripada
berlaku. Bayi bersama ibu diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang
sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka
kecuali untuk tujuan perubatan. Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru
bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal
ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu
akan mandi selang sehari selepas bersalin. Selain itu amalan mendodoi bayi juga merupakan
upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali
sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi
seorang yang berguna. Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama
dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian. dan dikendalikan oleh ahli
keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-
dewa.

38 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

adat PERKAHWINAN

SEBELUM PERKAHWINAN

1. merisik 4. PARISAM
Penting bagi menyelidik atau menyiasat latar Dalam masyarakat India
belakang gadis pilihan itu sebelum dijadikan parisam umpama sebuah
isteri. Semasa merisik, beberapa aspek perlu majlis pertunangan. Adat
diberi perhatian seperti faktor etnik, sub teknik, pemberian parisam akan
kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain diadakan pada hari yang telah
seperti status ekonomi dan status sosial dipersetujui oleh kedua-dua
merangkumi aspek umur, tahap pendidikan, jenis belah pihak. Pihak pengantin
pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar lelaki akan menyediakan
belakang keluarga juga turut diambil kira. beberapa jenis hantaran dalam
jumlah ganjil. Hantaran ini perlu
disediakan oleh wanita yang
2. Kunjungan Ke Rumah Bakal sudah bersuami sahaja dan
Pengantin Perempuan mereka dipanggil cumanggali.
Parisam akan dibawa ke rumah
Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal
pengantin perempuan diketuai
pengantin perempuan untuk melihat sendiri oleh bakal pengantin lelaki
rupa paras dan perwatakan calon isterinya. dengan memakai pakaian
Adat ini dikenali sebagai pen paarttal iaitu tradisional masyarakat India.
melihat bakal isteri. Ketika itu, wakil lelaki perlu Thaali atau tjirumaangalyam
datang dalam jumlah yang ganjil walaupun merupakan lambang suci
bilangan tersebut ramai. Buah tangan turut perkahwinan yang dikalungkan
dibawa seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, pada leher kedua-dua
buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk pengantin.
kumkum.

3. IKAT JANJI
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melakukankan ikat janji bagi
menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin
perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan
kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan kedua-dua pengantin
akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.
Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari
perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan kad
jemputan dan sebagainya.

39 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

adat PERKAHWINAN

UPACARA PERKAHWINAN
Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui
perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal
hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan
The highest
dalam masyarakat India iaitu vaitikat thirumanam, tamil
happiness on thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan
earth is the ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.
happiness of Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan
mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang
marriage dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu
kedalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki kedua ibu
bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa
mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang). Biasanya
pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga
sebanyak tiga kali dan berkongsi minum' air susu
bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini
menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami
isteri

SELEPAS PERKAHWINAN
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat
The highest
India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan.Antara
adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi happiness on
ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami earth is the
selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri.
happiness of
Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke
rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa marriage
itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua

pengantin dengan mengadakan jamuan.

40 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

ADAT KEMATIAN
Masyarakat India mempercayai bahawa UPACARA KEMATIAN
penjelmaan dan kematian adalah sebagai
Terdapat tiga upacara kematian dalam masyarakat
pandangan jiwa beralih daripada satu badan ke
India iaitu upacara menanggalkan Thaali, upacara
satu laluan untuk mencapai Nirwana, iaitu
Vaaikkarisi dan Kolli Catti.
syurga.Mereka mempercayai konsep kelahiran
semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan
mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India 1. UPACARA MENANGGALKAN THAALI
juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh Upacara Thaali vaangutal merupakan upacara
dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi menanggalkan thaali semasa berlakunya kematian
kembali ke alam barzakh. Dalam masyarakat India, sesebuah keluarga. Thaali Ialah rantai suci
mayat akan dibakar atau di kebumikan. Untuk perkahwinan yang hanya boleh ditanggal oleh
melaksanakan upacara ini pelbagai adat seorang isteri setelah suaminya meninggal dunia.
ditentukan.

SEMASA KEMATIAN
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia,
2. UPACARA VAAIKKARISI
mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala
mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah Upacara memandi dan menghiaskan mayat
lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku sebelum dimasukkan ke dalam keranda.Kapur barus
dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau
terbelah dua dan sirih pinang diletakkan dan sedikit makanan dimasukkan ke dalam mulut
berhampiran si mati. Serbuk suci atau tiruniiru mayat menandakan pemberian terakhir.
disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang.
Setelah itu barulah si mati dibalut dengan
menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk
membunuh kuman dan seterusnya duit syiling 3. UPACARA KALLI CATTI
diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan Kolli catti bermaksud periuk tanah liat yang
dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung mengandungi api. Kalli Catti dibawa oleh ahli
akan disumbatkan dengan kapas.. Mayat akan keluarga si mati mengelilingi mayat sebanyak 3 kali
dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas mengikut arah jam. Pada pusingan ketiga,
katil di ruang tamu atau halaman rumah. Selepas pembawa kollic catti berada di hadapan mayat
dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat
pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan
dhoti bagi mayat lelaki.

NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA


41 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
E-BOOK_MPU23042

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, penonjolan identiti
serta nilai-nilai budaya bagi setiap kaum
perlu didokumentasi agar generasi kini
mengetahui asal usul budaya mereka. Ini
juga akan membantu masyarakat agar saling
memahami dan menghayati ketinggian dan
kemurnian nilai-nilai hidup yang terpancar
dalam budaya kita bersama.

42 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
E-BOOK_MPU23042

MARI UJI KEFAHAMAN ANDA!

JOM MAIN
SAMBIL
BELAJAR !

43 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


E-BOOK_MPU23042

Seronoknya menerok
a!!

CARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

44 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


E-BOOK_MPU23042

SIRI CERDIK

Silang
Kata

45 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


E-BOOK_MPU23042

NMM
WORD SCRAMBLE

46 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


E-BOOK_MPU23042

WORD SEARCH
PUZZLE

47 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


E-BOOK_MPU23042

RILEK MINDA
Belajar daripada tokoh-tokoh sejarawan dunia & Alam Melayu

PROF EMERITUS CHE HUSNA AZHARI

Kehebatan Pemikiran Saintifik


Tamadun Melayu

PROF DR. MAT ROFA

Sejarah Islam Alam Melayu

TEDXDU

The Interfaith Amigos - Breaking


The Taboos of Interfaith Dialogue

IMAM OMAR SULEIMAN

Islam, Judaism and Christianity

48 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


49 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL E-BOOK_MPU23042

KAMUS ISTILAH
TAHNIK VALAIKAAPU
Upacara pranatal atau
Perbuatan memasukkan
sedikit benda manis (spt AQIQAH perayaan yang serupa
dengan mandi bayi, yang
kurma yg telah dimamah) Penyembelihan binatang diadakan oleh golongan
ke dlm mulut bayi yg baru ternakan (lembu, kambing) wanita yang berasal dari
lahir sebelum diberi susu. yg dilakukan selepas ke-­ India Selatan
lahir­an bayi (lebih afdal pd
hari ketujuh) sbg tanda
kesyukuran kpd Allah

TRINITI DUKKHA
Keesaan dr tiga wujud Kelahiran, sakit, tua,
Tuhan (Bapa, Anak dan VEDA berpisah dengan orang
tersayang dan tidak
Roh Kudus) menurut
kepercayaan Roman Kitab suci Hindu. Terdiri mendapat apa-apa yang
Katolik, tritunggal, daripada 4 bahagian; dikehendaki,
trimurti. Samhita, Brahman, penderitaan/kesengsaraan
Aranyaka dan Upanishad

MOKHSHA
Dipanggil vimoksha, vimukti dan
IJTIHAD mukti, adalah konsep dalam
Usaha utk mendapatkan sesuatu agama Hindu, Buddha, Jain dan
kesimpulan baru melalui kajian Sikh yang merujuk kepada
atau penyelidikan berdasarkan berbagai-bagai bentuk
sumber dan kaedah yg sah (dlm
pembebasan, pencerahan dan
kaitannya dgn agama Islam)
pelepasan
E-BOOK_MPU23042

RUJUKAN
Abdullah, A. R. (2013). Iman: Rukun, hakikat & pembatalannya. Pustaka
Darussalam Sdn Bhd.

Abu, S.N., Abdul Kadir, S.A., Kaharuddin, K., Mohamad, D., Jantan, M. A., Neo, B.,
& Abdullah, N. S. A. (2014). DUB2012 Nilai Masyarakat Malaysia. Politeknik
Kuching Sarawak.

Baharuddin, S. A. (2012). Modul Hubungan Etnik. Institut Kajian Etnik (KITA).

Esa, M. S., Sansalu, D., & Mohd Tamring, B. A. (2011). Hubungan Etnik:
Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Ibrahim, M. A., Othman, M. A., Tiu, C. K., Abdul Malek, A., Ismail, S., & Kassim, A.
(2013). Hubungan Etnik. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohammad Zain, I., Mamat, N. A., Daud, M., & Mohammad, A. (2015). Sejarah
Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) STPM Penggal 3. PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.
Mohd Ali, M., Yusoff, S. N., & Md Saad, K. (2015). Nilai Masyarakat Malaysia Siri
Politeknik. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nasih 'Ulwan, A. (2012). Pendidikan Anak Dalam Islam. Penerbit Insan Kamil.

Nordin, M., & Hussiin, H. (2014). Pengajian Malaysia Edisi Kelima. Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Nurul Huda, M. F., & Umar, M. R. (2011). Ensiklopedia Asas Fardhu Ain. Crescent
News (K.L) Sdn. Bhd.

Syed Ibrahim, S. M. (2007). Adat Resam Masyarakat Melayu. Siri 50 Tahun


Malaysia. Cooray's House of Publication.

50 | UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


Terbitan

Anda mungkin juga menyukai