Anda di halaman 1dari 29

ISC402 : PEMBANGUNAN PERSONALITI

DALAM ISLAM

TAJUK : PENGARUH MEDIA


SOSIAL DALAM PEMBENTUKAN
PERSONALITI REMAJA ISLAM
DISEDIAKAN OLEH:

JAH MARIATUL QIBTIAH BINTI OTHMAN (2020960055)


HUSNA ‘IZZATI BINTI ABDUL RAZAK (2020959401)
NUR HAFIZAH BINTI IBRAHIM (2020952991)
NURASHIKIN BINTI AZMAN (2020952661)
PENGENALAN
Pada zaman era globalisasi yang maju dan pesat ini, media sosial menjadi keperluan
bagi keseluruhan masyarakat terutamanya golongan remaja dan dewasa.

Penggunaan gadjet terutamanya telefon bimbit telah menjadi keperluan asas bagi
manusia pada masa kini dan tidak terlepas juga golongan remaja majoritinya untuk
menggunakannya. Namun, cara menggunakan media sosial itu menjadi persoalan
kepada pembentukan personaliti remaja pada masa kini terutamanya dalam kalangan
remaja Islam di Malaysia.

Satu kajian penyelidikan telah dibuat melalui borang Google dan ditanda oleh 73 orang
responden dalam kalangan remaja untuk mengukuhkan lagi kajian melalui bukti dan
mendapatkan penemuan seterusnya membuat kajian penyelidikan berdasarkan tajuk
kajian yang dipilih.
OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengetahui konsep media sosial.


ii. Mengkaji kesan media sosial terhadap remaja Islam.
iii. Mengkaji dan memahami langkah bagi mengurangkan penggunaan
media sosial secara berlebihan dalam kalangan remaja.
PENGERTIAN MEDIA SOSIAL

Menurut Andrea Kaplan dan Micheal Haenlain, media sosial didefinisikan sebagai
“sebuah kelompok aplikasi yang menggunakan internet yang membangun di
atasideologi dan teknologi Web 2.0”. (Azmi, Mohd Azmi, & Kamalanatha, 2019)

Menurut Islam, media sosial telah digariskan panduan untuk menggunakannya dengan
prinsip utama adalah media sosial perlu digunakan untuk perkara-perkara yang menuju
kebaikan. Seperti Firman Allah:

ِ ‫اْلثْ ِم َو ْالعُ ْد َو‬


ۚ ‫ان‬ ِ ْ ‫َوتَ َع َاونُوا َعلَى ْال ِب ِر َوالتَّ ْق َو ٰى ۖ َو ََل تَ َع َاونُوا َعلَى‬
Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan
takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”.
(Surah Al-Maidah [5]:2)
PENGERTIAN
REMAJA

 Rogers, (1951) ’Adolescence’ bermaksud membesar menjadi matang.


 Remaja dikatakan berusia di antara 11 hingga 21 tahun, merupakan transisi antara zaman
kanak-kanak dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosial dan
ekonomi serta melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat matang
 Zaman remaja dikatakan satu proses untuk mencapai atau memperolehi sikap dan
kepercayaan bagi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat
 Menurut perspektif islam pengertian bahasanya iaitu syabab atau fataa
 Imam al-Ghazali (1967:10) mendefinisikan remaja sebagai golongan yang mencapai peringkat
baligh iaitu ketika manusia telah dianggap mempunyai akal yang sempurna dan perkembangan
akalnya telah matang sehingga mampu untuk menguasai sesuatu dengan sendiri.
JENIS-JENIS MEDIA SOSIAL
KATEGORI MEDIA HURAIAN CONTOH APLIKASI
SOSIAL

Rangkaian Sosial Membolehkan pengguna dapat berhubung dengan kumpulan atau pengguna a) WhatsApp
lain. Ia bertujuan untuk pengguna boleh membuat pesanan ringkas atau mesej b) Telegram
segera, mendapatkan informasi dengan mudah serta dapat dikongsi informasi c) Facebook
tersebut kepada pengguna lain.
Aplikasi Bookmark Membenarkan pengguna untuk menyimpan dan mengubahsuai alamat a) Delicious
Sosial daripada berbagai media sosial dan informasi yang terdapat di Internet. (del.icio.us)
Berita Sosial Membenarkan penguna memuat naik pautan atau bahan berita kepada artikel. a) Reddit
Ia bertujuan untuk mengundi populariti bahan yang dimuat naik oleh
pengguna.
Perkongsian Media Membenarkan pengguna untuk berkongsi mesej atau status ringkas, dan a) YouTube
status tersebut akan disebarkan kepada pengguna lain yang melanggan b) Instagram
aplikasi ini c) Flickr

Microblogging Membenarkan pengguna berinteraksi dengan pengguna lain melalui mesej a) Twitter
dikenali sebagai “tweets”.
Komen Blog dan Membenarkan pengguna dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan a) Warior Forum
Forum mengemukakan pesanan (mesej) yang berkaitan topik supaya dapat b) Digital Point
dibincangkan dengan pengguna lain Forum
KESAN POSITIF MEDIA SOSIAL TERHADAP REMAJA ISLAM

1. Penggunaan Media Sosial dalam Pembelajaran dan Pengajaran

- Para pensyarah serta pendidik pada masa kini juga justeru melakukan nilai tambah dalam cara penyampaian
maklumat bagi mewujudkan perubahan dan menghasilkan masyarakat yang lebih berilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang yang diceburi.
- Pelbagai maklumat juga boleh didapati seperti isu semasa dan mencari bahan-bahan seperti jurnal, artikel dan
bahan rujukan yang dikongsi oleh di laman-laman Facebook. Youtube menjadi pilihan ramai remaja dan pelajar
pada masa kini kerana perkongsian ilmiah dibuat dalam bentuk video yang lebih menarik dan jelas berserta
penerangan bagaikan guru di hadapan yang mengajar.
- Dengan adanya medium ini para remaja Islam pastinya tidak akan ketinggalan jika menggunakannya dengan
bijak dan berhemah lalu menjadi orang yang berguna dan mampu berbakti pada masa akan datang (Yusof &
Tahir, 2017, 3-6).

2. Mempelajari Budaya dan Bahasa Asing

- Penggunaan media sosial tidak terhad kepada sesebuah negara sahaja tetapi meliputi seluruh dunia yang
mempunyai pelbagai budaya dan bahasa masing-masing serta keunikan tersendiri seperti Bahasa Arab dan lain-
lain.
- Remaja pada masa kini boleh mempelajari budaya dan bahasa asing secara langsung atau tidak langsung
dengan penggunaan media sosial ini serta dapat menambah ilmu yang sedia ada di dalam dada mereka.
- nilai tambah kepada seseorang individu apabila berada dalam masyarakat dan lebih bersedia menghadapi
cabarang yang mendatang (Jensani, Eswaran, & Mohd Noor, 2019)
3. Menjadikan Media Sosial sebagai Peringatan

- Boleh dijadikan sebagai medan bagi seseorang untuk berdakwah iaitu mengajak kepada kebaikan dan menyebarkan maklumat
yang tepat selain menimba ilmu dan berkongsi serta betukar-tukar pandangan (Kamarudin, Mustafa Kamal, & Safar, 2019).
- Tidak terlepas bagi seseorang teruramanya remaja yang menghabiskan sisa-sisa waktu daripada terleka daripada menunaikan
kewajipan seperti solat. Dengan adanya golongan yang memberi peringatan, remaja Islam mengetahui had yang sepatutnya
dilakukan serta yang mana patut ditinggalkan. Begitu juga dengan penyebaran perkara-perkara yang tidak pasti kesahihan dan
ketepatannya, remaja Islam akan lebih berhati-hati dalam menularkan berita yang diragui statusnya.
- Melahirkan remaja akan lebih prihatin terhadap apa yang terjadi disekeliling mereka dan tidak menyalahgunakan media sosial.

4. Mengembangkan Jaringan Persahabatan di Alam Maya

- Dapat menaikkan semangat dan motivasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh apabila berhubung dan mengenali rakan-
rakan baru di alam maya yang pelbagai.
- Para remaja dapat meningkatkan sahsiah diri melalui tauladan daripada rakan-rakan yang diikuti di media sosial. Mengikuti
orang-orang yang baik akhlak, peribadi serta ilmu yang bermanfaat amat penting kerana remaja mudah terpengaruh dan
dipengaruhi berdasarkan apa yang mereka lihat dan dengar (Azmi, Mohd Azmi, & Kamalanatha, 2019).

5. Membina Kerjaya di Usia yang Muda

- Platform media sosial yang boleh digunakan secara percuma


- Remaja perlulah menggunakan masa dan peluang yang ada dengan sebaik mungkin demi
masa hadapan yang cerah dan menuju kejayaan berdasarkan apa yang mereka minat seperti
bidang perfileman, model dan lain-lain yang memerlukan portfolio (Azmi, Mohd Azmi, &
Kamalanatha, 2019).
KESAN NEGATIF MEDIA SOSIAL TERHADAP REMAJA ISLAM

o Remaja kini sering menyalahgunakan media sosial sebagai platform untuk mereka bersuka-ria.
o Remaja kini juga sering menggunakan media sosial sebagai alat untuk mereka meluahkan perasaan
sedih, hampa, dan lain-lain lagi
o Juga baru-baru ini ramai remaja dan golongan dewasa sekalipun menyebarkan banyak berita-berita
palsu yang kita sendiri tidak tahu menahu kesahihan berita tersebut.
Antara kesan-kesan negatif remaja terhadap media sosial adalah:

1. Berlakunya gejala buli siber (cyberbully)

 Seperti yang kita tahu gejala cyberbully ini sangat berleluasa dalam kalangan kanak-kanak mahupun remaja, tidak kira
lelaki mahupun perempuan masing-masing menunjukkan sikap sebegini.
 Dengan penggunaan media sosial ini gejala cyberbully dari segi mental ini lebih berleluasa peningkatannya seperti
mengutuk, menghina rupa paras seseorang yakni “body shaming” di laman sosial seseorang itu.

2. Mengubah gaya hidup dan kehidupan seseorang


 Dengan media sosial remaja kini gemar mengikuti trend- trend terkini atau lebih dikatakan fesyen-fesyen terkini yang
mereka lihat sendiri melalui laman sesawang seperti Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya.
 Jika mereka lebih kepada fesyen yang dihalalkan mengikut islam tidak mengapa namun, remaja kini lebih gemar
mengikuti fesyen-fesyen yang tidak tahu menahu asal usulnya,
 Dengan ini secara tidak langsung gaya kehidupan dan penampilan remaja kini semakin lama semakin hilang
kepatuhannya.
3. Kurang komunikasi dengan orang di sekeliling.

 Keasyikan kepada melayari internet, menonton televisyen, menggunakan gadget dan pelbagai
sumber teknologi moden yang lain menyebabkan remaja kurang berinteraksi dengan orang lain
dan bersikap ‘introvert’.
 mengundang gejala kemurungan.
 Dalam era masa kini, banyak berita-berita yang dikhabarkan golongan remaja kini sering
mengalami masalah kemurungan sampaikan ingin membunuh diri.
 Mereka yang terkesan dengan kemurungan ini perlu mendapatkan rawatan dari doktor ataupun
khidmat kaunseling

4. Kurang minat untuk mempelajari dan mendampingi ilmu agama

 Remaja kini lebih gemar menggunakan media sosial untuk hiburan seperti mendengar nyanyian
dan melihat lakonan artis pujaan mereka.
 Ini menyebabkan mereka ini leka dan lalai, sedangkan mereka boleh saja menggunakan media
sosial untuk mendengar nasyid-nasyid dan alunan zikir
 Juga boleh mendengar ceramah-ceramah atau perkongsian serta tazkirah daripada ustaz dan
ustazah serta orang- orang yang hebat tentang pembahasan ilmu agama ini
 Mereka kurang berminat untuk mengikuti ilmu agama ini kerana mereka lebih merasakan
keseronokkan dengan menonton dan melihat budaya-budaya barat ini.
 Tidak salah untuk melihat tetapi janganlah sampai lalai dan leka terhadap tanggungjawab kita
sebagai orang islam.
PUNCA REMAJA TERPENGARUH ATAU DIPENGARUHI OLEH MEDIA SOSIAL

Ketagihan media sosial ini memberi pelbagai kesan negatif kepada individu, masyarakat dan negara. Hal ini
kerana, kewujudan media sosial pada hari ini telah membunuh karakter, menjadi platform menyebarkan
fitnah, mencetuskan provokasi dan meninggalkan budaya terdahulu seperti budaya saling kenal mengenali
serta hormat menghormati antara satu sama lain. Antara puncanya ialah :

1. Kurangnya perhatian yang penuh oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.

o Ibu bapa kini lebih sibuk bekerja di luar.

o Keluar kerja pada waktu pagi dan pulang pada waktu malam jadi, ibu bapa kurang memberi perhatian
yang penuh kepada anak mereka serta melihat tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan okeh anak-
anak mereka.

o Ini menyebabkan anak-anak mereka terpengaruh dengan media sosial dengan mencari perhatian di
media sosial yakni meluahkan perasaan sedih, sayu, hampa mereka kepada warganet

o Bila tiada perhatian yang secukupnya oleh ibu bapa ,remaja atau kanak-kanak ini meminta simpati ,
meminta perhatian dari orang luar yang langsung kita tidak tahu menahu latar belakangnya.
2. Penggunaan gadjet yang tidak terkawal

o Hiburan yang keterlaluan di dalam media sosial yang disalahgunakan menjadi tarikan dan mudah menular.

o Remaja-remaja Islam perempuan terutamanya amat meminati artis-artis Korea yang dikenali sebagai ‘K-Pop’atau
Korean Pop Industry.

o Perkara ini juga berlaku adalah kerana kurangnya didikan agama dari kecil yang menyebabkan mereka ini terlalu
taksub sampaikan mengaku artis-artis korea ini tuhan mereka. Perkara ini sangat mendukacitakan.

o Tidak menjadi satu kesalahan untuk mereka meminati dan mengikuti perkembangan artis-artis korea pujaan mereka
tetapi janganlah sampai keterlaluan yang boleh terpesong dari pegangan agama islam. Ianya harus digariskan had agar
tidak berlaku perkara yang tidak diingini dan bercanggah dengan agama seperti terlalu obses dan taksub terhadap artis-
artis popular di media sosial

o Kita sepatutnya sebagai agama islam mestilah menunjukkan sikap yang baik demi menjamin masa depan yang
harmoni.
3. Pengaruh rakan sebaya

o Dengan adanya rakan bersama remaja kini lebih berani untuk melakukan sesuatu perkara yang
buruk.

o Remaja kini lebih memilih untuk melakukan sedemikian kerana sifat ingin mencuba itu tinggi yang
wujud dalam diri mereka.

o Fenomena dan pengaruh media sosial semakin hari semakin kuat sehingga bimbang jika suatu hari
nanti penggunaanya tidak terkawal terutama dari segi komen-komen yang dilemparkan, terlalu
banyak komen-komen yang negatif serta cacian dan makian yang dilemparkan
LANGKAH PENGURANGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN
REMAJA YANG KETERLALUAN
Peranan Ibubapa

-Ibubapa perlulah membuat pemantauan terhadap aktiviti anak-anak mereka terutamanya yang baru meningkat
dewasa. Seterusnya ibubapa hendaklah cilik terhadap media sosial dan teknologi tinggi bagi melakukan pemantauan
terhadap perkembangan aktiviti anak-anak. (Nurhamizah Hashim, & Asbah Razali, 2019).

-Ibubapa juga mestilah prihatin terhadap anak-anak mereka bahawasanya bahayanya keterlaluan menggunakan media
sosial dari segi kesihatan mereka, terdedah kepada jenayah siber (scammer), kesan terhadap psikologi dan tingkah
laku.

Peranan Diri Sendiri


-Mendisiplinkan diri dalam membahagikan masa untuk lebih tumpukan pada pelajaran daripada
masa untuk berseronok.
-Menggunakan dan mengakses media sosial dengan berhati-hati kerana boleh jadi kita mendapat
kesan yang positif atau negatif ketika menggunakannya.
-Media sosial ini kalau disalah gunakannya boleh melalaikan dan terlalu taksub kepada sesuatu
sampai tidak peduli dengan perkara wajib yang perlu tumpukan sebagai seorang remaja Islam.
Maksudnya: - “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan
berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak,
pangkat dan pengaruh)” (Surah At-Takathur (102):1)
Peranan Agamawan

-Penerapan nilai islam dalam diri remaja melalui media sosial menjadi tanggungjawab
golongan agawaman agar tidak membawa kepada perkara yang tidak diingini.
Islam amat mengambil berat nilai-nilai yang sepatutnya ada dalam masyarakat dalam
menyebarkan maklumat-maklumat yang diterima bagi mengelakkan sumber asal
diselewengkan.

1. Menyampaikan maklumat yang benar (al-Siddiq)


2. Menyampaikan maklumat yang tidak berat sebelah (adil)
3. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat (Tabligh)

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik
membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan
suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan
kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (Surah Al-Hujurat (49): 6)
PENEMUAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN
 PROFIL RESPONDEN
 ANALISIS DATA
PROFIL RESPONDEN
Carta Pai (1) : Peratusan
Mengikut Usia Responden
Jadual (1) : Usia Responden

BIL. USIA RESPONDEN PERATUSAN


1. 13 – 15 tahun 1.4%
2. 16 tahun ke atas 98.6%

 Seramai 72 orang responden berusia 16 tahun ke atas sebanyak (98.6%)

 Hanya 1 orang responden sahaja yang berusia 13-15 tahun sebanyak (1.4%)
ANALISIS DATA
Carta Pai (2) : Peratusan Kegunaan
Jadual (2) : Jumlah Kegunaan Media Sosial Mengikut Responden
Media Sosial

BIL. KEGUNAAN MEDIA SOSIAL PERATUSAN


1. Ya 94.5%
2. Mungkin 5.5%
3. Tidak 0

 Seramai 69 orang responden yang menjawab “Ya” sebanyak (94.5%)

 Seramai 4 orang responden sahaja yang menjawab “Mungkin” sebanyak (5.5%)

 Tiada responden yang menjawab “Tidak”


Carta Pai (3) : Peratusan Jumlah Masa
Responden Menggunakan Media Sosial
Jadual (3) : Jumlah Masa Responden
Menggunakan Media Sosial

BIL. JUMLAH MASA PERATUSAN


1. 6 jam ke atas 60.3%
2. 5 jam ke bawah 39.7%

 Seramai 44 orang responden yang menggunakan media sosial selama 6 jam ke


atas sebanyak (60.3%)

 Seramai 29 orang responden yang menggunakan media sosial selama 5 jam ke


bawah sebanyak (39.7%)
Carta Pai (4) : Peratusan Tujuan
Jadual (4) : Tujuan Menggunakan Menggunakan Media Sosial
Media Sosial

BIL. TUJUAN MENGGUNAKAN PERATUSAN


MEDIA SOSIAL
1. Bersosial 49.3%
2. Berniaga 13.7%
3. Bermain game online 11%
4. Mencari maklumat 16.4%
5. Tujuan lain 1.4%

 Seramai 36 orang responden lebih menggemari untuk bersosial sebanyak (49.3%)

 Seramai 12 orang responden menggunakan media sosial untuk mencari maklumat


sebanyak (16.4%)

 Seramai 10 orang responden menggunakan media sosial untuk berniaga lebih tinggi
peratusannya sebanyak (13.7%) daripada bermain game online sebanyak (11%) iaitu
seramai 8 orang
Carta Pai (5) : Peratusan Aplikasi
Jadual (5) : Jenis Aplikasi Responden Responden Guna
Guna

BIL. JENIS APLIKASI PERATUSAN


1. Instagram 27%
2. WhatsApp 36.5%
3. Facebook 10.8%
4. Twitter 18.9%
5. Aplikasi lain 1.4%

 Seramai 27 orang responden yang mempunyai aplikasi WhatsApp sebanyak (36.5%)

 Seramai 20 orang responden yang mempunyai aplikasi Instagram sebanyak (27%)

 Seramai 14 orang responden yang mempunyai aplikasi Twitter lebih tinggi peratusannya
sebanyak (18.9%) daripada aplikasi Facebook seramai 8 orang dan sebanyak (10.8%)
Carta (6): Kali Terakhir Responden Menggunakan Media Sosial Jadual (6): Hasil Bilangan Maklum Balas Respon

10 minit lepas

3 minit yang lepas BIL. PERKARA PERATUSAN

I jam yang lepas 1. Sekarang 22%


5 minit yang lepas 2. Sebentar tadi 16%
2 jam yang lepas 3. Hari ini 3%
Hari ini 4. Semalam 2%
Sekarang 5. 10 saat hingga 10 minit yang lalu 13%
0 5 10 15 20 25 6. 1 jam -2 jam yang lalu 8%
7. Sebelum tidur 4%
8. Tiada pengakhiran 1%
• Seramai 69 dari 76 responden yang memberi maklum balas terhadap
soalan yang telah dikemukakan.
• Hasil maklum balas yang diperolehi setelah disoal selidik adalah
bilangan maklum balas responden yang menaip ‘sekarang’ adalah yang
paling banyak sekali iaitu (22%)
• responden yang menaip ‘sebentar tadi’ mempunyai peratusan yang
kedua tertinggi iaitu (16%).
• Untuk responden yang menaip ’10 saat hingga 10 minit yang lalu’
mempunyai peratusan sebanyak (13%).
Carta Pai (7): Peratus Remaja yang Mudah Terpengaruh dan
Dipengaruhi Media Sosial

Jadual (7): Peratusan Responden


BIL. PERKARA PERATUSAN

1. Ya 91.8%

2. Tidak 8.2%

• Seramai 73 orang dari 76 orang yang memberi maklum balas


terhadap soalan ini.
• (91.8%) responden yang memilih perkataan ‘ya’
• (8.2%) responden yang memilih perkataan ‘tidak’.
Carta Pai (8): Pengaruh Media Sosial

21%
Jadual (8): Bilangan Maklum Balas Responden
30%
Terhadap Media Sosial
13%

16%
20%
BIL. PERKARA PERATUSAN

1. Keburukan 21%
Keburukan Kebaikan Seimbang Bergantung kepada individu Tidak memberi maklum balas
2. Kebaikan 13%

3. Seimbang 20%

4. Bergantung kepada individu 16%

• Sebanyak 53 dari 76 responden yang memberi maklum balas kepada soalan yang telah diberikan.
• Keburukan merupakan paling tinggi peratusan responden yang memberi maklum balas iaitu (21%).
• Responden yang menaip ‘seimbang’ iaitu (20%).
• Responden yang menaip ‘bergantung kepada individu adalah (16%).
• Responden menaip perkataan ‘kebaikan’ adalah (13%).
Carta Pai (9): Remaja Mengenalpasti Maklumat yang Diperolehi

Jadual (9): Bilangan Maklum Balas Responden

BIL. PERKARA PERATUSAN

1. Mempercayai tanpa selidik 0%

2. Menunjuk kepada orang yang mahir 89.2%

3. Meninggalkannya 10.8%

• Seramai 74 orang dari 76 yang menjawap soalan yang telah memberi maklum balas.
• Sebanyak (89.2%) responden yang memilih untuk menunju kepada orang lebih mahir berbanding.
• Sebanyak (10.8%) sahaja yang meninggalkan sesuatu maklumat
• Sebanyak (0%) sahaja yang mempercayai tanpa selidik
Carta (10): Jawapan Responden Tentang Kesan Media Sosial
Terhadap Diri Sendiri

dapat menjana income dengan berniaga


Jadual (10): Peratusan Responden
Lebih matang dlm melakukan sesuatu
Membantu dalam urusan komunikasi saya…
Media massa memberi banyak info kepada… BIL. PERKARA PERATUSAN
Akan rasa lebih tercabar untuk lebih barjaya…
memberi banyak maklumat yang positif dan…
1. Negatif 19.117%
Saya dipengaruhi oleh media massa ke arah…
Dapat membantu mencari maklumat dan info…
tambah ilmu 2. Positif 63.235%
Memudaratkan
Ada waktu membuatkan saya malas untuk… Kedua-duanya 2.94%
0 5 10 15

• Hasil maklum balas yang dapati,


• Peratus negatif (63.235%).
• Peratus positif (19.117%).
• Peratus kedua-duanya sebanyak (2.94%).
Carta (11): Jawapan Tanggapan Responden Terhadap Pengguna
yang Menggunakan Peranti Mereka Lebih dari 10 Jam

kemungkinan dia seorang yang tidak mempunyai…


Sedikit anti sosial di mana hanya melihat telefon… Jadual (11) Peratusan Responden
Tiada masalah, kerana saya juga guna lebih dari…
Mungkin, dia terlalu bergantung pada peranti…
BIL. PERKARA PERATUSAN
pengguna selalu menggunakan platform media…
Ianya akan menjadi ketagihan dalam Masa yang…
1. Positif 17.647%
Perlu dirujuk sebab seseorang menggunakan…
0 2 4 6 8 10 12 14
2. Negatif 58.8%

3. Kedua-duanya 22.0588%

• Tanggapan responden yang negatif sebanyak (58.8%).


• Peratus yang memilih positif dan negative (22.0588%)
• Peratus positif sebanyak (17.647%)
KESIMPULAN
• Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kesan positif dan negatif, punca
terpengaruh atau dipengaruhi, langkah pengurangan dan isu semasa dalam kalangan
personaliti remaja terutamanya remaja Islam menggunakan dan mengakses media
sosial di telefon pintar mereka.
• Antara cadangannya adalah semua pihak berperanan dalam pembentukan rejama Islam pada hari
ini seperti sahabat kita untuk menegur dan menasihati dalam pengurangan menggunakan media
sosial yang keterlaluan.
• Tanggungjawab ibu bapa agar memantau penggunaan gadjet seperti menetapkan masa yang sesuai untuk
menggunakannya untuk hiburan media sosial

• Semua pihak perlu prihatin dan bertanggungjawab dalam pengawalan kegunaan media sosial.
TERIMA KASIH

MARIAH FIZAH
THANK YOU

KAMSAHAMNIDA

HUSNA SHIKIN

Anda mungkin juga menyukai