Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang
dijalankan di luar bilik darjah.Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurangnya satu daripada aktiviti tersebut.Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya.
Antara kepentingan afdal aktiviti kokurikulum ialah mengisi masa
lapang.Hal ini demikian kerana,kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa yang telah ditetapkan.Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa.Tamsilannya, para pelajar diwajibkan menghadiri kegiatan kokurikulum yang diadakan setiap hari Rabu.Dengan ini , mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dan menjadi kaki joli yang akan berfoya-foya di pusat penularan maksiat.Oleh itu, masa yang diibarat pedang dapat dapat dimanfaatkan oleh pelajar.
Sementelahan itu, aktiviti kokurikulum dapat mendisiplinkan
diri.Hal ini dikatakan demikian kerana,dalam badan beruniform atau persatuan, terdapat pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli- ahlinya.Misalnya, seseorang pelajar mesti mematuhi beberapa peraturan tertentu seperti pakaian seragam, aktiviti, masa berlatih dan tempoh akhiran untuk menyiapkan sesuatu projek itu.Kegiatan kokurikulum amat menekankan disiplin ahli yang tinggi.Tegal itu, setiap ahli yang berdisiplin akan menjalankan tugas dengan sempurna.
Selain itu, para pelajar dapat meningkatkan daya kepimpinan. Daya
kepimpinan dapat dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik menjadi ketua dalam sesuatu kegiatan.Biar kita ambil contoh, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada sesuatu hari nanti. Daya kepimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa. Lantaran itu, daya kepimpinan ini dipupuk sejak awal lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan
perpaduan dan meyemaikan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Semangat kerjasama dan perpaduan merupakan unsur-unsur penting dalam masyarakat majmuk. Sebagai analogi, semanagat dipupuk apabila ahli-ahli pengakap bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mendirikan khemah, menyalakan unggun api dan sebagainya. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar berbilang ras dan warna kulit akan bertambah kukuh dan erat ibarat isi dengan kuku. Justifikasinya, kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah dapat menyatupadukan pelajar-pelajar.
Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga menyumbang ke arah
kecemerlangan seseorang pelajar. Sebagaiman kita sedia maklum, markah kokurikulum sangat penting kerana diambil kira untuk permohonan ke universiti. Selain keputusan akademik yang cemerlang, pihak universiti akan menilai dan memilih murid yang aktif dlam kegiatan kokurikulum. Jika keputusan akademik seseorang murid itu cemerlang tetapi penglibatannya dalam kegiatan kokurikulum kurang baik, belum tentu pihak universiti akan menerimanya. Oleh itu, seseorang pelajar yang ingin diterima masuk ke universiti haruslah menyertai kegiatan kokurikulum agar mendapat markah yang baik dalam kegiatan ini.
Konklusinya, setiap pelajar perlu bergiat cergas dalam kegiatan
kokurikulum. Pihaksekolah dan ibu bapa seyogianya menggalakkan golongan muda melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan yang berfaedah. Degan usaha-usaha kolektif ini, pelajar-pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif , dan inovatif dapat dilahirkan.
【Ceramah】Peranan Pertubuhan Sukarela dalam Masyarakat di Malaysia
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapakan kepada
seluruh kulawangsa dewan yang dihormati tuan pengerusi, yang dimuliakan tuan pengetua, penolong-penolong kanan, dan rakan-rakan yang saya hormati . Terlebih dahulu, izinkan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya menyampaikan sepatah dua kata pada pagi yang nirmala ini./mauduk 题目 ceramah saya pada hari ini ialah Peranan Pertubuhan Sukarela dalam Masyarakat di Malaysia.
Pertubuhan sukarela merupakan peranan signifikan dlam masyarakat
kita. Terdapat beberap pertubuhan sukarela di Malaysia yangtelah menjalankan tanggungjawab murni mereka dengan baik. Sebagai analogi, Persatuan Pengguna, Persatuan St. John Ambulans dan sebagainya.Bahawasanya, objektif pertubuhan sukarela adalah menjaga dan memelihara kebaikan orang awam tetapi bukan bersikap tamak haloba dan ingin mengenyangkan perut koceknya.Pertubuhan sukarela mengutamakan sumbangan dan khidmat dalam usaha membela kebajikan dan kesejahteraan umum. Justifikasinya, badan sukarela ini perlu mendapat sokongan dan bantuan pelbagai pihak.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa. Antara peranan pertubuhan
sukarelawan adalah untuk meringankan beban golongan susah bagai kain basah kering di pinggang. Hal inin demikian kerana, para sukarelawan sedia menghulurkan bantuan kepada golongan yang susah. Tamsilannya, golongan sukarelawan yang berhati mulia akan membantu mangsa banjir, kebakaran, dan bencana alam. Bukan itu sahaja, mereka turut membantu anak-anak yatim, warga tua dan orang kuran upaya. Lazimnya, badan sukarela akan memungut derma, melancarkan tabung kebajikan, majlis amal 慈善晚宴, gotong-royong.Sudah terang lagi bersuluh bahawa menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Persis kata peribahasa, orang mengantuk disorongkan bantal / lemah ditopang, sakit dianduh.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi ,
Dari perspektif yang lain, pertubuhan sukarela mengambil inisiatif
untuk menjalankam program tertentu dalam usaha meringankan beban kerajaan.Hal ini dikatakan demikian kerana, pertubuhan tersebut turut memikul obligasi untuk membantu kerajaan memberitahu orang ramai berkenaan sesuatu isu. Kempen derma darah yang diadakan pada hujung minggu di mana-mana gedung beli-belah akan menambah tabung darah hospital.Masyarakat turut terlibat dalam kempen tersebut dengan menderma darah. Masyarakat turut menyumbang jasa dalam menambahkan tabung darah hospital-hospital di negara kita sekaligus dapat menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa. Oleh itu, program dan kempen yang dijayakan oleh pertubuhan sukarela dan mendapat sokongan masyarakat berjaya mencapai matlamatnya.
ILMU PERUBAHAN DALAM 4 LANGKAH: Strategi dan teknik operasional untuk memahami bagaimana menghasilkan perubahan signifikan dalam hidup Anda dan mempertahankannya dari waktu ke waktu