Anda di halaman 1dari 4

STANDARD OPERATION PROSEDURES (SOP) BAGI

MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)

1.0 TUJUAN

Politeknik Sultan Idris Shah sentiasa mengikuti dan memantau perkembangan penularan
jangkitan COVID-19 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. (KKM).

Tujuan SOP ini adalah bagi membantu pentadbiran Politeknik Sultan Idris Shah serta
pihak-pihak lain yang terlibat termasuk lulusan dan ibu bapa/waris mengambil langkah-
langkah mengawal penularan wabak Covid-19. Semua yang terlibat juga diminta sentiasa
melayari laman web rasmi Politeknik Sultan Idris Shah untuk mendapatkan perkembangan
terkini bagi pemakluman berkaitan majlis konvokesyen ini.

2.0 PEMAKAIAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)

2.1 SOP ini menjelaskan tatacara menguruskan kehadiran lulusan dan ibu bapa/waris ke
Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah ke-15 selaras dengan:

2.1.1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) - Prosedur Operasi Standard Fasa 4 (Tarikh
kemaskini 7 November 2021);

2.1.2 Kenyataan Media YAB Perdana Menteri berkaitan Peralihan Fasa dan
Kelonggaran Baharu bertarikh 29 September 2021;

2.1.3 Garis Panduan Pengurusan Operasi Politeknik dan Kolej Komuniti Dalam
Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara

2.2 Pemakaian SOP ini tertakluk juga kepada SOP semasa yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa di Malaysia.

2.3 Majlis rasmi Kerajaan dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin
tertakluk kepada kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

3.0 LANGKAH-LANGKAH

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh lulusan, ibu bapa (atau waris)
yang mengiringi lulusan :
KEHADIRAN LULUSAN DAN IBU BAPA/WARIS

PERINGATAN PENTING
1. Setiap lulusan hanya DIBENARKAN membawa DUA (2) orang ibu
bapa/waris sahaja
2. Hanya satu kenderaan sahaja DIBENARKAN masuk ke kampus
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Setiap kenderaan dibenarkan
maksimum TIGA (3) orang sahaja.

TINDAKAN PENERANGAN RINGKAS

Sebelum hadir ke kampus a. Semua lulusan dan ibu bapa/waris yang hadir
PSIS mestilah telah lengkap divaksin dengan 2 dos dan
telah mencapai tempoh matang vaksinasi;

b. Semua graduan dan ibu bapa/waris


DIWAJIBKAN menjalani pre event test
menggunakan Kit Ujian Kendiri Covid-19 (Saliva
Test) SATU (1) hari sebelum hadir ke Majlis
Konvokesyen dan melengkapkan Borang
Keputusan Ujian Kendiri Covid-19 serta
mengemaskini status dalam aplikasi
MySejahtera. Borang Keputusan Ujian Kendiri
Covid-19 boleh dimuat turun melalui igraduan.
Lulusan dan ibu bapa/waris yang positif TIDAK
DIBENARKAN hadir ke Majlis Konvokesyen.

c. Hanya SATU (1) Borang Keputusan Ujian Kendiri


Covid-19 (Saliva Test) perlu dicetak dan dibawa
bersama ke Majlis Konvokesyen.

Pintu Masuk Utama PSIS a. Semua lulusan dan ibu bapa/waris WAJIB:

i. Membuat imbasan QR code melalui


aplikasi MySejahtera
ii. Membuat pemeriksaan suhu badan.
Suhu badan melebihi 37.5 Celcius atau
bergejala seperti demam, selsema dan
batuk tidak dibenarkan masuk.
iii. Menunjukkan Sijil Vaksinasi Digital
pada aplikasi MySejahtera.
iv. Menunjukkan Borang Keputusan Ujian
Kendiri Covid-19 (Saliva Test).
v. Pas Masuk Kenderaan
Pengambilan Jubah a. Petugas di kaunter agihan jubah dan lulusan
(Dewan Rekreasi) WAJIB memakai pelitup muka (face mask) dan
sentiasa membersihkan tangan dengan
menggunakan (hand sanitizer).

b. Lulusan mengambil jubah dan mortar board.


Jubah dan mortar board yang digunakan tidak
dikongsikan dengan lulusan lain.

c. Lulusan yang telah lengkap memakai jubah akan


ke Dewan Seri Lang.

Semasa Majlis Konvokesyen a. Lulusan dan ibu bapa/waris WAJIB mematuhi


(Dewan Seri Lang) penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

Lulusan dan ibu bapa/waris WAJIB memakai


pelitup muka (face mask) dan sentiasa
membersihkan tangan dengan menggunakan
(hand sanitizer). Pelitup muka (face mask) perlu
dibawa sendiri oleh lulusan dan ibu bapa/waris

Fotografi a. Jurugambar WAJIB memakai pelitup muka (face


mask) dan sentiasa membersihkan tangan
dengan menggunakan (hand sanitizer).

b. Semasa sesi fotografi, semua lulusan WAJIB


memakai pelitup muka (face mask).

c. Lulusan akan berdiri di lokasi yang telah ditanda


untuk dirakam gambar.

Pemulangan Jubah a. Petugas di kaunter agihan jubah dan lulusan


(Dewan Rekreasi) WAJIB memakai pelitup muka (face mask) dan
sentiasa membersihkan tangan dengan
menggunakan (hand sanitizer).

b. Lulusan akan memulangkan jubah dan mortar


board dengan memasukkannya ke dalam bekas
yang telah disediakan di kaunter pemulangan
jubah.

c. Lulusan yang telah memulangkan jubah akan ke


kaunter pengambilan transkrip dan sijil.

d. Jubah yang telah digunakan akan diserahkan


kepada syarikat yang telah dilantik untuk proses
cucian kering (dry clean).

Penyerahan transkrip dan a. Petugas dan lulusan WAJIB memakai pelitup


sijil muka (face mask) dan sentiasa membersihkan
(Dewan Rekreasi) tangan dengan menggunakan (hand sanitizer).
b. Lulusan yang telah memulangkan jubah bersama
borang pemulangan jubah mengambil transkrip
dan sijil sebelum keluar dewan.

 Semua lulusan dan ibu bapa/waris WAJIB mematuhi amalan penjarakan fizikal,
memakai pelitup muka (face mask) dan sentiasa membersihkan tangan
menggunakan (hand sanitizer). Tempat duduk lulusan dan ibu bapa/waris akan
dijarakkan 1 meter di antara satu sama lain bagi tujuan pematuhan kepada SOP
pencegahan Covid-19.

 Semua lulusan dan ibu bapa/waris perlu:

o Membawa cecair pembasmi kuman yang mencukupi;

o Mematuhi apa-apa arahan petugas keselamatan dan kesihatan ketika berada


dalam kawasan dewan dan kampus;

 Menghindarkan diri daripada hadir dan berada dalam kawasan kampus serta
mendapatkan rawatan dengan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya
mempunyai sebarang gejala jangkitan Covid-19.

 Semua lulusan dan dan ibu bapa perlu sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan
sepanjang Majlis Konvokesyen ke-15 Politeknik Sultan Idris Shah berlangsung bagi
memastikan keselamatan dan perlindungan daripada jangkitan Covid-19.

Disediakan oleh: Jawatankuasa SOP Majlis Konvokesyen ke-15 Politeknik Sultan Idris
Shah

Anda mungkin juga menyukai