Anda di halaman 1dari 4

PRAKATA

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat serta keizinan-
Nya, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka melalui Unit Pendidikan Khas dapat merealisasikan pembinaan Panduan Penulisan Rancangan
Pendidikan Individu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Unit Pendidikan Khas Negeri Melaka khususnya Biro Kurikulum Pendidikan Khas
Negeri Melaka atas penghasilan Panduan Penulisan Rancangan Pendidikan Individu ini. Saya yakin cadangan penulisan ini berupaya menjadi
panduan dan rujukan yang bermanfaat khasnya dalam bidang Pendidikan Khas di negeri Melaka dan seluruh Malaysia amnya. Selain itu, saya
berharap penghasilan panduan penulisan ini menjadi pemangkin kepada penulisan yang kreatif dalam bidang pendidikan khas pada masa
hadapan. Justeru membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam usaha melonjakkan mutu pendidikan dan kemenjadian modal insan
pendidikan khas.

Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT. Sesungguhnya, membangunkan modal insan
istimewa ini merupakan tugas dan tanggung jawab bersama. Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua
yang telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk menghasilkan Panduan Penulisan Rancangan Pendidikan Individu.

Sekian, wassalam

DATUK HAJI ABU BAKAR BIN SAHARI


PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
PRAKATA
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Puji dan syukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa atas segala rahmat, hidayah dan kasih sayangNya. Alhamdulillah berkat hasil usaha Unit
Pendidikan Khas Negeri Melaka melalui Biro Pembangunan Kurikulum Pendidikan Khas Negeri Melaka serta atas dasar tanggungjawab
terhadap anak-anak istimewa maka terhasillah Panduan Penulisan Rancangan Pendidikan Individu.

Cadangan penulisan ini dibina berdasarkan isu-isu yang biasa dialami oleh murid-murid berkeperluan khas di mana ia selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang
pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.

Bagi memenuhi keperluan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, cadangan penulisan yang dihasilkan adalah fleksibel dan
bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) Julai 2013. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu
dokumen bertulis. Ia dirancang khusus untuk seseorang murid mengikut isu-isu yang di alami oleh murid. Ia juga dibina bertujuan
mendokumentasikan segala intervensi, cadangan bahan/alat dan kaedah yang di gubal untuk murid -murid.

Pembinaan Panduan Penulisan Rancangan Pendidikan Individu ini juga bertindak berfungsi sebagai satu alat atau instrumen untuk
menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, dan murid itu sendiri. Diharap cadangan penulisan ini dapat membantu
menjana idea dan kreativiti guru bagi menangani isu-isu yang di alami oleh murid berkeperluan khas, memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan akan lebih jelas, menarik, menyeronokkan dan bermakna. Semoga panduan penulisan ini dapat digunakan
secara maksimum dan memberi manfaat kepada semua pihak.
HJ. SHAMSUDDIN BIN HARUN
KETUA SEKTOR
PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA
PRAKATA
KETUA UNIT PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T atas limpah dan kurniaNya yang memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata
dalam Panduan Penulisan Rancangan Pendidikan Individu ini. Ucapan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa
panduan penulisan ini yang telah mencetuskan idea sehingga panduan penulisan ini dihasilkan.

Panduan penulisan yang mengandungi contoh-contoh cara penulisan Rancangan Pendidikan Individu ini boleh dijadikan sebagai
panduan kepada guru-guru bagi percambahan idea dan cara mengatasi isu-isu persekitaran diri murid-murid berkeperluan khas yang
bersesuaian untuk dilaksanakan pada murid-murid dengan menjadikan sesi pembelajaran agar lebih menarik dan kreatif. Selaras dengan
konsep pembelajaran abad ke-21 di mana proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif,
pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.

Kepelbagaian Keupayaan Kognitif murid sangat menuntut para pendidik lebih kreatif semasa merancang, mengenalpasti isu-isu
permasalahan diri murid dengan merancang dan melaksanakan langkah-langkah intervensi dalam Rancangan Pendidikan Individu supaya ia
bersifat dinamik dan efektif. Justeru, diharapkan usaha murni yang disumbangkan oleh semua pihak dalam pembinaan Panduan Rancangan
Pendidikan Individu ini dapat menjadi pemangkin kepada pembinaan panduan penulisan seterusnya pada masa akan datang. Kolaboratif
yang disepadukan dengan idea-idea yang bernas pasti dapat memberi impak yang maksima terhadap usaha menyelesaikan isu-isu diri murid
berkeperluan khas dengan melahirkan modal insan cemerlang pada masa kini dan akan datang.

MD. AZIZ BIN HAJI LANI


KETUA UNIT PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA
SEULAS BICARA
PENGERUSI TEKNIK KURIKULUM RENDAH NEGERI MELAKA

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak khususnya ahli jawatankuasa pembina
panduan penulisan yang terdiri dalam kalangan guru-guru pendidikan khas seluruh negeri Melaka atas sumbangan dalam pelbagai aspek
sehingga terhasilnya Panduan Penulisan Rancangan Pendidikan Individu.

Panduan penulisan ini sebagai panduan kepada semua warga guru khususnya bagi guru-guru baharu yang umumnya yang masih
kurang pengalaman untuk membina Rancangan Pendidikan Individu murid-murid berkeperluan khas yang mempunyai kepelbagaian tahap
kognitifnya. Saya berharap panduan penulisan ini dapat membantu para guru lebih bermotivasi semasa merancang dan melaksanakan
program intervensi kepada murid dalam pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu untuk murid-murid di sekolah.

HAJAH SITI HAMIDAH BINTI SELAMAT


PENGERUSI TEKNIK KURIKULUM RENDAH
NEGERI MELAKA

Anda mungkin juga menyukai