Anda di halaman 1dari 3

Nama : Thomas Timoti Anak Thomas Tomi

No. Matriks : 05DTP21F1029

Kelas : DTP1A – S2

Program/Section : JKM

1. Permainan badminton ialah permainan yang dimainkan di gelanggang yang tertutup dan
ianya melibatkan dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun empat (2
lawan 2). Sukan ini melibatkan satu raket (racket) dan bulu tangkis (shuttlecock) yang

khas untuk badminton sahaja. Gelanggang badminton juga mempunyai jaring di tengah

dan kedua kumpulan juga akan berlawan dengan membuat pukulan raily dan akan

mendapat mata apa bila bulu tangkis jatuh kle laintai disebabkan lawannya tidak dapat

membalas pukulannya.

Pada asalnya, badminton diperkenalkan di pada zaman silam. Sukan ini mula dimainkan di
Yunani silam dan Mesir. Sukan ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton

House, Gloucestershire. Pada waktu itu, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi

Badminton.

2. Terdapat banyak langkah-langkah untuk mengelakkan kecederaan dalam sukan badminton


dan yang akan dinyatakan ialah beberapa langkah yang sangat penting,
 Pemanasan badan dan regangan (warmup and stretching)
~ Sebelum bermula semua aktiviti sukan, kita mesti melakukan regangan otot dan
memanaskan badan. Dengan ini, risiko kecederaan akan kurang. Contoh, berlari
untuk memastikan system jantung berfungsi dengan baik, membuat regangan untuk
membuat otot kita bersedua dengan aktiviti lasak.
 Memastikan peralatan seperti raket dalam keadaan baik
~ Sebelum mula, pastikan raket tidak mengalami kerosakan seperti berkarat, tali
putus, grip yang licin. Jika raket dalam keadaan baik, kitab oleh bermain tanpa risau
akan kemalangan yang berlaku.
 Pakaian yang sesuai
~ Kita mestilah tidak memakai pakaian yang tidak sesuai seperti kasut yang bukan
untuk badminton, baju yang bercolar. Akan tetapi kita haruslah memakai baju sukan
yang sesuai dan kasut yang sesuai supaya kita tidak akan terjatuh dengan gunaan
kasut yang salah dan kita tidak akan terseliuhhdengan mengunaakan pakaian yang
tidak sesuai ketika bermain.
 Bulu tangkis yang berkualiti
~ Kita mestilah menggunakan bulu tangkis yang tidak rosak dan dalam keadaan yang
baik. Hal ini disebabkan jika bulu tangkis kita rosak dan terdapat beberapa bahagian
yang dapat mencederakan kita, ia akan mencederakan kita tanpa disedari.
 Gelanggang yang sesuai
~ Kita mesti lah bermain di gelanggang yang berada di dalam stadium dan tertutup.
Kita juga perlu memastikan gelanggang kita tidak basah dan kotor untuk memastikan
kita tidak tergelincir Ketika bermain.
 Memukul dengan teknik yang betul
~ Kita haruslah mengetahui Teknik pukulan Ketika bermain. Hal ini kerana, jika kita
memukul sesuka hati, kita akan lebihkan risiko untuk mencederakan bahagian tubuh
badan kita.
 Mematuhi peraturan dan undang-undang permainan
~ Kita hendaklah sentiasa patuh akan peraturan dan undang-undang kerana jika
tidak kita mungkin akan menyusahkan orang lain dan kita mungkin akan
mencederakan diri sendiri.

3. Peraturan dan format yang disediakan oleh permainan dan pertandingan.


 Peraturan dalam pertanding sering kali dilakukan dalam kumpulan yang terdiri dari
umur, level kemahiran dan sebagainya. Contoh, pemain veteran hendaklah bermain
berlawan dengan pemain veteran juga. Selain itu, kategori umur mestilah bermain
dengan umur yang sama. Di samping itu, jika sukan ini bukan dimainkan secara
pertandingan, ianya boleh dimainkan tanpa kumpulan dan kategori.
 Pada masa perlawanan, sistem kiraan 21 akan digunakan. Jika keputusannya terikat
20-20 sama, pemain yang terlebih dahulu mencapai kelebihan dua (2) mata
diisytiharkan sebagai pemenang. Contoh, 22-20, 23-21, 25-23 dan seterusnya.
 Permainan atau pertandingan badminton boleh dimainkan dalam beberapa
pusingan untuk memeng. “Best of 3” perlu memenangi 2 pusingan dalam 3
pusingan. “Best of 5” perlu memenangi 3 pusingan.
 Ketika kita mahu membuat pukulan servis, kita harus tahu posisi servis kita samaada
di bahagian kiri atau kanan gelangang menurut markah kita Ketika itu. Ketika markah
kita dalam nombor genap, kita hendaklah servis dari sebelah kanan gelangang.
Ketika markah kita dalam nombor ganjil, kita hendaklah servis dari sebelah kiri
gelanggang. Contoh, 14 markah akan melakukan pukulan servis dari sebelah kanan
manakala 17 markah akan melakukan pukulan servis dari sebelah kiri gelanggang.
Ketika pukulan servis juga, kita harus lah servis kea rah silang “X”. Contohnya, dari
kiri ke sebelah kanan gelangang pihak lawan.
 Selain itu, pakaian kita hendaklah sesuai. Dengan pakaian yang salah kitab boleh
mendapat kecederaan dan berkemungkinan hilang kelayakan untuk menyertai
pentandingan.

Anda mungkin juga menyukai