Anda di halaman 1dari 25

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/298790996

PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-'ADLIYYAH

Article · January 2015

CITATIONS READS

0 4,637

1 author:

Zahari Mahad Musa


USIM | Universiti Sains Islam Malaysia
82 PUBLICATIONS   7 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Kedudukan dan Amalan Tanah Adat Menurut Perspektif Syariah View project

PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN FIQH AL IBADAT WA AL MUNAKAHAT (LBI 1012): SATU PERKONGSIAN View project

All content following this page was uploaded by Zahari Mahad Musa on 18 March 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BILBIL
7, 7:
ISU2014
1:2014 e-ISSN : 1823-7126

PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH

ZAHARI MAHAD MUSA1

Abstrak

Kaedah Fiqh mengalami beberapa perubahan dan perkembangan dalam


penulisannya sehingga dikenali sebagai satu perbincangan penting dalam disiplin
ilmu fiqh. Usaha kodifikasi perundangan Islam melalui penggubalan Majallat al-
Ahkam al-cAdliyyah memberi ruang dalam penulisan kaedah fiqh dalam bentuk
baharu yang membezakannya dengan penulisan sebelum kemunculan Majallat al-
Ahkam al-cAdliyyah. Justeru itu, artikel ini ditulis dengan tujuan untuk menerangkan
penulisan kaedah fiqh dalam Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah sebagai satu bentuk
pembaharuan dalam rekod penulisannya. Analisis data akan ditumpukan kepada
sorotan perkembangan kaedah fiqh melalui karya-karya bibliografi sebelum
penggubalan majallat, rekod penulisan majallat itu sendiri dan aspek-aspek yang
terkandung di dalamnya. Secara umumnya, pengumpulan kaedah fiqh memerlukan
usaha yang berterusan kerana ia tidak terbatas kepada aspek-aspek pembaharuan
yang dibawa dalam penggubalan Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah semata-mata.

Kata Kunci: Sejarah perundangan Islam, Kaedah fiqh, Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah

PENDAHULUAN

Kaedah fiqh (al-Qawacid al-Fiqhiyyah) merupakan satu cabang penting dalam disiplin ilmu fiqh.
Ia mempunyai peranan tersendiri dalam membantu untuk menerangkan dan menentukan sesuatu
hukum kerana penggubalannya adalah berdasarkan kesimpulan dan pemerhatian terhadap
pelbagai permasalahan fiqh yang sedia ada. Tanpa penemuan kaedah fiqh sebagai satu ilmu
penting dalam menentukan hukum, nescaya setiap hukum permasalahan ditulis dalam keadaan
panjang lebar yang hanya difahami oleh pakar dalam bidangnya sahaja. Usaha penulisan kaedah
fiqh adalah sebahagian sumbangan ijtihad ilmuan fiqh selepas kemunculan aliran-aliran mazhab
tertentu dalam perundangan Islam.
Kaedah fiqh didefinisikan sebagai prinsip fiqh umum yang mengandungi hukum-hakam
bersifat menyeluruh dan digubal daripada pelbagai perbincangan fiqh dengan menghubungkan
kes-kes yang berkaitan dengannya. Ia juga dikenali dengan hukum syarak yang digubal dalam
bentuk menyeluruh dan digunakan dalam menentukan hukum-hakam sesuatu permasalahan yang
berhubung dengannya.2

1
Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru
Nilai, emel: zahari@usim.edu.my.
2
Kesimpulan perbincangan definisi kaedah fiqh dibuat oleh cAli Ahmad al-Nadwi dengan membuat analisis
beberapa takrifan yang dikemukan oleh ilmuan fiqh sebelumnya. Sebagai kesimpulan, beliau mendapati dua definisi
yang boleh dibuat adalah kaedah fiqh sebagai hukum syarak dan prinsip fiqh. Perbezaan kedua-dua istilah tersebut
tidak menjejaskan ciri-ciri kaedah fiqh iaitu bersifat umum dan menyeluruh yang terkandung di dalamnya penentuan

51
PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH
Zahari Mahad Musa

Perkembangan kaedah fiqh telah melalui pelbagai peringkat. Pada peringkat awal
perundangan Islam, ia dilihat sekadar satu bentuk kefahaman dan pemikiran dalam
menghuraikan permasalahan fiqh yang berlaku. Kondisi ini secara tidak langsung menyukarkan
dalam mengumpulkannya dalam satu bentuk dokumentasi yang tersusun.
Dokumentasi kaedah fiqh dalam bentuk yang tersusun dilihat apabila usaha kodifikasi
undang-undang Islam dibuat oleh kerajaan Uthmaniah sekitar penghujung kurun ke-13 hijrah. 3
Pengambilan Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah 4 sebagai sampel penulisan artikel ini adalah
bertujuan bagi menunjukkan kaedah fiqh mempunyai peranan yang penting dalam
menjadikannya sandaran hukum bagi urusan perundangan secara umum dan penerimaannya
dalam perkara berhubung muamalat secara khusus. Selain itu, kaedah penulisan kaedah fiqh
mengalami sejarah yang panjang dan pelbagai perubahan seiring dengan kepentingan dan
pendekatan dalam rekod penulisannya.

SOROTAN PERKEMBANGAN PENULISAN KAEDAH FIQH

Pemakaian kaedah fiqh adalah seiring dengan perbincangan fiqh itu sendiri. Sepanjang sejarah
perundangan Islam awal, beberapa kaedah telah digunakan bagi menerangkan sesuatu hukum
dan penyelesaian kepada masalah yang berlaku. Rasulullah s.a.w sendiri telah menerangkan
beberapa prinsip dalam hadis baginda dan kemudiannya diambil sebagai satu bentuk kaedah
yang penting dalam ilmu kaedah fiqh. Hal ini adalah bersesuaian dengan pendekatan jawamic al-
kalim atau mafatih al-kalim yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Pendekatan ini merujuk kepada
lafaz yang diucapkan adalah ringkas dan pendek, tetapi mempunyai penggunaan yang meluas
dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi. Rasulullah s.a.w bersabda:

‫بعثت بجوامع الكلم‬


Maksudnya: Aku diutuskan dengan jawamic al-kalim5

Beberapa ucapan Rasulullah s.a.w dalam hadisnya dianggap sebagai prinsip umum dan
kemudiannya digubal sebagai satu kaedah fiqh ataupun sebagai satu prinsip dalam pelbagai
permasalahan fiqh. Contoh-sontoh seperti “‫”ال ضرر وال ضرار‬, “‫ ”العجماء جرحها جبار‬dan “ ‫البينة على من ادعى‬
‫ ”واليمين على من أنكر‬merupakan sebahagian ucapan ringkas Rasulullah s.a.w yang memberi
pengertian meluas dalam menentukan sesuatu hukum. 6
Pendekatan ini kemudiannya turut diikuti oleh para sahabat dan tabicin dalam
menerangkan sesuatu hukum. Masih tidak terdapat penulisan khusus yang mengumpulkan
sesuatu kaedah dalam karya-karya yang tertentu sehinggalah fiqh dikenali sebagai satu disiplin
ilmu dalam Islam. Kaedah fiqh hanya dijadikan sebagai penerang kepada sesuatu permasalahan

bagi persoalan fiqh daripada pelbagai masalah atau kes. Lihat: cAli Ahmad al-Nadwi. 2004. Al-Qawacid al-
Fiqhiyyah. Beirut: Al-Dar al-Shamiyyah. cet 6, h. 39-45.
3
Muhammad al-Dasuqi & Aminah al-Jabir. t.thn. Muqaddimah fi Dirasat al-Fiqh. Qatar: Dar al-Thaqafah. h. 216-
218.
4
Penulis akan menggunakan istilah Majallat secara ringkas sahaja bagi tujuan penulisan dalam artikel ini sebagai
petunjuk kepada Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah.
5
Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab Qawl al-Nabiyy nusirtu bi al-racb, no: 2815.
6
Muhammad al-Dasuqi & Aminah al-Jabir. Op cit. h. 276.

52
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BILBIL 7: 2014
7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

fiqh dan menguatkan sesuatu hujah yang dikemukakan. Contoh penulisan seperti ini pernah
dibuat oleh Imam Abu Yusuf al-Ansari dalam tulisannya bertajuk “al-Kharraj”.7
Kemunculan kaedah fiqh sebagai satu disiplin ilmu fiqh yang berdiri sendiri berlaku pada
kurun keempat hijrah iaitu sewaktu gerakan penulisan ilmu berlaku secara pesat pada zaman
tersebut. Pada tempoh masa itu, perundangan Islam mula dikenali melalui perbincangan tokoh-
tokoh ilmuan mazhab yang menerangkan permasalahan fiqh berdasarakan dalil dan aliran
pandangan mazhab tertentu. Rekod terawal dalam penulisan kaedah fiqh adalah pengumpulan
kaedah yang ditulis oleh Abu Tahir Muhammad ibn Muhammad al-Dabbas (340H). Beliau telah
mengumpulkan sebanyak 17 kaedah dalam penulisannya berdasarkan mazhab Hanafi. Ia
kemudiaanya diikuti oleh ilmuan sezaman dengannya iaitu Abu al-Hasan al-Karkhi (340H)
dalam bukunya yang bertajuk “Usul al-Karkhi”. Dalam karya tersebut sebanyak 37 kaedah telah
dapat dikumpulkan. Penulisan kaedah ini turut diikuti oleh ulama daripada mazhab lain seperti
Al-Imam Muhammad ibn Harith al-Khushni al-Maliki (361H) dalam karyanya “Usul al-Futya”
dan Al-Imam Abu al-Layth al-Samarqandy (373H) dalam karyanya “Ta’sis al-Naza’ir”.8 Usaha
penulisan berlaku secara aktif oleh para ilmuan daripada pelbagai mazhab selepas kurun keempat
hijrah.
Terdapat dua pendapat utama berkaitan peringkat perkembangan kaedah fiqh. Pandangan
pertama dikemukan oleh cAli al-Nadwi dengan menyatakan kaedah fiqh melalui tiga peringkat
utama. Manakala pandangan kedua adalah sebanyak empat peringkat seperti yang diterangkan
oleh Muhammad cUthman Shibir. 9
Tiga peringkat perkembangan kaedah fiqh yang dikemukan oleh cAli Ahmad al-Nadwi
adalah seperti berikut 10:
i. Peringkat Pertama: Zaman Pertumbuhan (al-Nash’ah). Bermula seiring dengan kedatangan
wahyu. Kaedah Fiqh belum menjadi disiplin ilmu tersendiri tetapi difahami menerusi penerangan
sesuatu hukum. Ia diambil terus berdasarkan nas syarak primer iaitu al-Qur’an atau sunnah serta
penerangan yang dibuat oleh para sahabat dan tabicin. Keadaan ini berterusan sehingga
munculnya ilmuan mazhab yang berperanan menerangkan dan mendokumenkan ilmu fiqh.

ii. Peringkat Kedua: Zaman Perkembangan dan Penulisan (al-Numuww wa al-Tadwin). Peringkat
ini berlaku pada permulaan kurun keempat hijrah khususnya apabila telah muncul mazhab-
mazhab fiqh tertentu. Setiap ilmuan fiqh sesuatu mazhab terikat dengan pendirian imam masing-
masing. Mereka berperanan membuat penerangan kepada mazhabnya bergantung kepada dasar
dan prinsip yang digariskan oleh seseorang imam. Beberapa karya telah muncul seperti yang
disebut sebelum ini. Gerakan penulisan semakin aktif sekitar kurun ketujuh dan kelapan hijrah.

iii. Peringkat Ketiga: Zaman Pemantapan dan Penyelarasan (al-Rusukh wa al-Tansiq). Peringkat
ini berlaku apabila munculnya penggubalan majallat pada penghujung kurun ke-13H. Ia dilihat
suatu pendekatan baru dalam penulisan hukum fiqh itu sendiri apabila menerima kodifikasi
undang-undang untuk digunakan oleh mahkamah dalam kerajaan Uthmaniah di Turki.

7
Muhammad Sadqi ibn Ahmad al-Burnu. 1997. Mawsucat al-Qawacid al-Fiqhiyyah. Riyadh: Maktabah al-Tawbah.
Jill 1, h. 50-65.
8 c
Ali Ahmad al-Nadwi. Op cit. h. 135-137, Muhammad cUthman Shibir. 2000. Al-Qawacid al-Fiqhiyyah wa al-
Dawabit al-Fiqhiyyah fi al-Sharicah al-Islamiyyah. Amman: Dar al-Furqan. h. 49-50.
9 c
Ali Ahmad al-Nadwi. Op cit. h. 89, Muhammad cUthman Shibir. Op cit.. h. 48.
10 c
Ali Ahmad al-Nadwi. Op cit. h. 90-157.

53
PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH
Zahari Mahad Musa

Manakala Muhammad cUthman Shibir pula menetapkan pembahagian peringkat tersebut


kepada empat bahagian iaitu11:
i. Peringkat Pertama: Zaman Pertumbuhan (al-Nushu’). Tumpuan keadaan ini sama seperti
penerangan sebelum ini.
ii. Peringkat Kedua: Zaman Penulisan dan Perkembangan (al-Tadwin wa al-Tatawwur). Zaman
ini menumpukan bermulanya gerakan penulisan kaedah fiqh pada kurun keempat seperti
penerangan sebelum ini. Namun penambahan diberikan dari sudut tempoh masa sehingga
kurun ke sembilan hijrah sahaja. Perkara ini tidak diterangkan dalam peringkat kedua
menurut Ali al-Nadwi.
iii. Peringkat Ketiga: Zaman Pemantapan (al-Istiqrar). Zaman ini ditentukan bermula dari kurun
kesepuluh hijrah sehingga kurun ketiga belas iaitu sebelum munculnya majallat. Gerakan
penulisan dalam kaedah fiqh semakin mantap dan jelas. Karya Imam al-Suyuti dan Imam Ibn
Nujaym dilihat sebagai penerangan yang hampir lengkap dalam disiplin ilmu ini.
iv. Peringkat Keempat: Zaman Kebangkitan (al-Nahdah). Zaman ini juga merujuk pembaharuan
dalam penulisan kaedah fiqh melalui penggubalan majallat.

Kedua-dua teori ini sebenarnya tidak lari daripada maksud perkembangan kaedah fiqh
iaitu bermula dalam bentuk satu idea pemikiran yang menyelesaikan sesuatu hukum sehinggalah
dapat dimanifestasikan dalam bentuk rekod dokumentasi untuk dijadikan rujukan dan satu
cabang ilmu penting dalam fiqh. Apa yang menarik untuk ditinjau adalah kedua-dua pandangan
yang dikemukakan menyatakan bahawa kehadiran majallat dalam sejarah perundangan Islam
dilihat sebagai satu pembaharuan penulisan dalam memantapkan lagi kaedah fiqh dalam bentuk
tersusun dan lebih terfokus.

PENULISAN BIBLIOGRAFI KAEDAH FIQH SEBELUM MAJALLAT AL-AHKAM AL-


C
ADLIYYAH

Gerakan penulisan kaedah fiqh berlaku secara meluas selepas kurun keempat hijrah terutamanya
pada kurun kelapan hijrah. Setiap mazhab fiqh menerangkan kaedah mengikut aliran dan
pandangan imam mujtahid masing-masing. Beberapa penggunaan istilah seperti “al-Ashbah wa
al-Naza’ir” dan “al-Qawacid” telah digunakan bagi menunjukkan karya-karya penulisan
berkaitan dengan kaedah fiqh.12
Sebelum penggubalan majallat, penulisan kaedah fiqh telah melalui beberapa
pendekatan sebagai rekod pengumpulan dan penyusunannya. Secara umumnya, penulisan
bibliografi kaedah fiqh adalah dalam empat kategori utama seperti berikut 13:

i. Karya Al-Ashbah wa al-Naza’ir:


Karya dalam tema ini menumpukan kes-kes fiqh yang pelbagai dengan mempunyai persamaan
daripada sudut hukum bagi beberapa permasalahan fiqh. Oleh kerana itu, ia dikenali dengan
gelaran al-ashbah wa al-naza’ir yang bermaksud sesuatu yang hampir sama dan boleh
dibandingkan. Antara penulisan dalam kategori ini adalah seperti kitab al-Ashbah wa al-Naza’ir

11
Muhammad cUthman Shibir. Op cit.. h. 48.
12
Ahmad Muhammad al-Zarqa’. 1993. Sharh al-Qawacid al-Fiqhiyyah. Dimashq: Dar al-Qalam. cet 3. h. 41.
13
Salih ibn Ghanim al-Sadlan. 1999. Al-Qawacid al-Fiqhiyyah al-Kubra. Riyadh: Dar al-Balansah. 27-31.

54
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL BIL
7, ISU
7: 1:2014
2014 e-ISSN : 1823-7126

oleh Ibn al-Wakil, Abu cAbdillah Muhammad ibn cUmar (meninggal 716H), kitab al-Ashbah wa
al-Naza’ir oleh Taj al-Din cAbd al-Wahab ibn cAli al-Subki (meninggal 771H), kitab al-Ashbah
wa al-Naza’ir oleh Ibn al-Mulaqqan, cUmar ibn cAli al-Shafici (meninggal 804H), kitab Nuzum
al-Dhakha’ir fi al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Sharaf al-Din cAbd al-Rahman ibn cAli ibn Ishaq
al-Khalili al-Maqdisi (meninggal 876H), kitab al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Jalal al-Din al-
Suyuti (meninggal 911H) dan kitab al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Ibn Nujaym, Zayn al-Din ibn
Ibrahim (meninggal 970H).

ii. Karya Al-Qawacid


Istilah al-Qawacid digunakan bagi menunjukkan sesuatu penulisan itu mengumpulkan kaedah-
kaedah fiqh. Karya-karya utama dalam kategori ini adalah seperti kitab Qawacid al-Ahkam fi
Masalih al-Anam oleh cIzz al-Din ibn cAbd al-Salam (meninggal 660H), kitab al-Qawacid al-
Nuraniyyah fi al-Qawacid al-Fiqhiyyah oleh Taqiyy al-Din ibn Taymiyyah (meninggal 728H),
kitab al-Majmuc al-Mudhhab fi Qawacid al-Madhhab oleh al-cAla’iyy, Abu Sacid Salah al-Din
Kaykaladi (meninggal 761H), kitab al-Qawacid al-Fiqhiyyah oleh Ibn Qadi al-Jabal, Abu al-
c
Abbas Sharaf al-Din Ahmad ibn al-Husayn al-Hanbali (meninggal 771H), kitab al-Manthur fi
al-Qawacid oleh Muhammad ibn bahadir al-Zarkashiyy, kitab al-Qawacid oleh Taqiyy al-Din
Abu Bakar ibn Muhammad al-Hasaniyy (meninggal 829H) dan kitab Idah al-Masalik ila
Qawacid al-Imam Malik oleh Ahmad ibn Yahya al-Wansharisiyy (meninggal 914H).

iii. Karya Gabungan antara Kaedah Fiqh dan Usul al-Fiqh


Buku-buku dalam kategori ini ditulis bagi menerangkan kaedah mengeluarkan hukum melalui
perbincangan usul al-fiqh dan kaedah fiqh. Antara kitab dalam kategori ini ialah kitab Ta’sis al-
Nazar oleh Abu Zayd cAbdullah al-Dabusy (meninggal 430H) dan kitab Majamic al-Haqa’iq wa
Sharhuhu Manafic al-Daqa’iq oleh Abu Sacid Muhammad ibn Mustafa ibn cUthman al-Husayni
al-Khadimi (meninggal 1176H).

iv. Karya Al-Furuq al-Fiqhiyyah


Penulisan dalam kategori ini menumpukan pekara-perkara yang mempunyai persamaan dan
perbezaan. Isu kaedah fiqh adalah topik yang menjadi persamaan dalam permasalah fiqh yang
dibincangkan. Karya kaedah fiqh dalam kategori ini adalah seperti kitab Anwar al-Buruq fi
Anwa’ al-Furuq oleh Ahmad ibn Idris al-Qarafiyy (meninggal 684H).

Ulama yang membuat penulisan dalam setiap kategori karya sebelum ini mempunyai cara
dan kaedah yang berbeza-beza mengikut pendekatan yang digunakan. Sebahagiannya
menerangkan mengikut susunan bab-bab dalam fiqh dan sebahagian yang lain mengutamakan
penerangan berdasarkan kaedah-kaedah fiqh utama beserta dengan contoh aplikasi dan
penerangannya.

MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH SEBAGAI REKOD PENULISAN KAEDAH


FIQH

Kemunculan majallat sebagai rujukan perundangan Islam terawal dalam bentuk kodifikasi
(taqnin) undang-undang yang baru turut menjadikannya satu sumber penulisan kaedah fiqh.
Rekod penulisan tersebut membawa pendekatan yang lebih bersistem dalam susunan dalam

55
PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH
Zahari Mahad Musa

pengumpulan kaedah fiqh dan perundangan Islam secara amnya. 14 Gerakan penulisan ini tercetus
apabila tertubuhnya mahkamah yang dikenali al-Nizamiyyah dalam kerajaan Uthmaniyyah di
Turki sekitar kurun ke-13 hijrah. Sebahagian bidangkuasa berkaitan mahkamah Syariah telah
diambil oleh mahkamah tersebut yang menyebabkan hakim yang tidak terlatih sukar untuk
merujuk penulisan fiqh klasik. Justeru itu, satu jawatankuasa dibentuk yang dipengerusikan oleh
menteri keadilan kerajaan Uthmaniyyah bagi menggubal satu undang-undang yang kemudiannya
dikenali dengan Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah. Usaha pengubalan memakan masa hampir
tujuh tahun. Ia dikeluarkan pada tahun 1286H dan mula diwartakan pada 26 Sya’ban 1292H
bersamaan tahun 1876 Masihi. 15
Tujuan penggubalan dibuat adalah bagi kemudahan rujukan kerana penulisannya
dihadkan kepada satu pandangan tanpa huraian yang panjang berkaitan perselisihan pandangan
fiqh dalam sesuatu masalah. Mazhab Hanafi merupakan sandaran utama kepada setiap
perbincangan hukum yang digubal. Keterikatan kepada satu mazhab sahaja ditegaskan dalam
seksyen 1801:
“… Dan demikianlah sekiranya diwartakan perintah kerajaan untuk menggunakan
pandangan seorang mujtahid sahaja dalam sesuatu kes, kerana ia lebih hampir
kepada masyarakat dan lebih sesuai kepada kemaslahatan semasa, maka seorang
hakim tidak boleh beramal dengan pandangan mujtahid lain yang bertentangan
dengan mujtahid tersebut. Apabila dia melakukan juga maka tidak diambil kira
keputusannya.”16

Penggubalan majallat merupakan perintis kepada pembaharuan dalam penulisan


perundangan Islam secara umumnya dan penulisan kaedah fiqh secara khusus. Samir Mazin al-
Qubbaj menyatakan bahawa penulisan majallat telah membawa empat kelebihan iaitu 17:
1. Majallat mempunyai unsur seperti penggubalan undang-undang sivil yang berbeza dengan
penulisan fiqh sebelumnya, yang memudahkan untuk menjadi rujukan perundangan dengan
huraian yang ringkas dalam satu buku sahaja.
2. Majallat adalah perintis kepada penulisan semasa perundangan ketika itu untuk diamalkan di
sistem kerajaan Uthmaniyyah setanding dengan undang-undang sivil yang diperkenalkan.
3. Penyusunan majallat adalah bersesuaian, iaitu mengikut tajuk-tajuk tertentu berserta nombor
bagi setiap maklumat dengan perincian tajuk yang tersusun seperti definisi, syarat dan hukum
yang berkaitan dengannya.
4. Majallat memudahkan rujukan dalam kes-kes yang berlaku kerana keterikatan hanya berlaku
kepada satu pendapat mazhab sahaja.

Pendekatan majallat menyerupai penggubalan sesuatu akta atau statut pada masa kini
dengan meletakkan nombor tertentu bagi setiap perkara yang dibincangkan. Sebanyak 1851

14
Muhammad Kamal al-Din Imam. 1996. Muqaddimah li Dirasat al-Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Al-Mu’assasah al-
Jamiciyyah.h. 290-291.
15
Ibrahim Muhammad Mahmud al-Hariryy. 1998. Al-Madkhal ila al-Qawacid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah. Amman:
Dar Ammar. h. 59-60; Mushaddad Hasbullah. 2005. Dawr al-dawlah al-cUthmaniyyah fi taqnin al-fiqh al-Islamiyy,
Dirasat fi al-Ijtihad wa al-Taqnin. Nilai: Fakulti Syariah dan Undang-undang. h. 140-143.
16
Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah. 1968. Cet 5. h. 367.
17
Samir Mazin al-Qubbaj. 2008. Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah: Masadiruha wa Atharuha fi Qawanin al-Sharq
al-Islamiyy. Jordan: Dar al-Fath. h. 307- 310

56
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL BIL
7, ISU 1:2014
7: 2014 e-ISSN : 1823-7126

perkara atau seksyen yang disebut dengan istilah ‘maddah’ telah digubal dengan tumpuan khusus
kepada hukum muamalat, pendakwaan dan kaedah pembuktian. Setiap seksyen tersebut
diletakkan dalam bab-bab tertentu dan kemudiannya diperincikan kepada perbincangan utama
seperti takrifan, syarat-syarat dan hukum-hakam yang berkaitan.18
Penulisan kaedah fiqh merupakan isi penting kandungan majallat. Bahkan ia dikumpul
dan ditulis di bahagian awal undang-undang tersebut selepas maklumat berkaitan fiqh dan
pembahagiannya. Perincian kandungan bab berdasarkan hukum fiqh utama dalam majallat
adalah seperti jadual 1:

Jadual 1: Kandungan Bab Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah


Kitab No. Seksyen
Bahagian I: Pendahuluan fiqh 1
Bahagian II: Kaedah Fiqh 2-100
Kitab 1: Al-Buyuc 101-403
Kitab 2: Al-Ijarah 404-611
Kitab 3: Al-Kafalah 612-672
Kitab 4: Al-Hiwalah 673-700
Kitab 5: Al-Rahn 701-761
Kitab 6: Al-Amanat 762-832
Kitab 7: Al-Hibah 833-880
Kitab 8: Al-Ghasb wa al-Itlaf 881-940
Kitab 9: Al-Hajr wa al-Ikrah 941-1044
Kitab 10:Al-Sharikah 1045-1448
Kitab 11: Al-Wikalah 1449-1530
Kitab 12: Al-Sulh wa al-Ibra’ 1531-1571
Kitab 13: Al-Iqrar 1572-1612
Kitab 14: Al-Da cwa 1613-1675
Kitab 15: Al-Bayyinat wa al-Tahlif 1676-1783
Kitab 16: Al-Qada’ 1784-1852
c
Sumber: Majallat al-Ahkam al- Adliyyah. 1968. Cet 5.

Penggubalan majallat telah mendapat perhatian beberapa ilmuan untuk membuat huraian
terperinci sama ada secara menyeluruh atau menjelaskan beberapa bahagian sahaja. Dalam hal
ini, kaedah fiqh yang terdapat dalam majallat turut diterangkan secara tersendiri atau bersama-
sama penerangan keseluruhan bagi isi kandungan yang lain.
Antara karya-karya yang mengambil peranan menerangkan majallat secara keseluruhan
ialah kitab Mir’at al-Majallah oleh Mascud Afandi (meninggal 1310H), kitab Durar al-Hukkam
Sharh Majallat al-Ahkam oleh cAli Haidar (meninggal 1321H), kitab Sharh al-Majallah oleh
Salim Rustam Baz (meninggal 1338H), kitab al-Adillah al-Asliyyah al-Usuliyyah Sharh Majallat
al-Ahkam al-cAdliyyah oleh Sacid Murad al-Ghazzi (meninggal 1346H), kitab Sharh al-Majallah
oleh Muhammad Sacid cAbd al-Ghani al-Rawi (meninggal 1354H), kitab Sharh al-Majallah oleh
Khalid al-Atasi (meninggal 1359H), kitab Tahrir al-Majallah oleh Muhammad Husin Kashif al-
Ghita’ (meninggal 1373H), kitab Sharh Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah oleh Muhammad Sacid
al-Mahasini (meninggal 1374H), kitab Tansiq Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah oleh Najib
Hawawini (meninggal 1376H), kitab Sharh al-Majallah oleh Munir al-Qadi (meninggal 1389H)

18 c
Abd al-cAziz Muhammad cAzzam. 2005. Al-Qawacid al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dar al-Hadith. h. 54.

57
PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH
Zahari Mahad Musa

dan kitab Sharh al-Majallah oleh Munir ibn Khadar ibn Yusuf al-Qadi al-Baghdadi (meninggal
1392H). 19 Kesemua karya ini berperanan menerangkan kandungan majallat mengikut
pendekatan masing-masing dan dicetak tidak kurang daripada satu jilid. Secara tidak langsung,
melalui karya-karya ini kaedah fiqh turut diterangkan oleh penulis itu sendiri.
Manakala karya lain yang beperanan menerangkan kaedah fiqh sahaja yang terdapat di
dalam majallat secara khusus adalah kitab Tashrih al-Qawacid al-Kulliyyah Sharh Qawacid al-
Majallah oleh cAbd al-Sattar al-Qarimi (meninggal 1304H), kitab Sharh al-Qawacid al-
Fiqhiyyah oleh Ahmad ibn Muhammad al-Zarqa’ (meninggal 1357H), kitab al-Madkhal al-
Fiqhiyy al-cAmm oleh Mustafa ibn Ahmad al-Zarqa’ (meninggal 1420H), kitab al-Qawacid al-
Fiqhiyyah oleh cIzzat cUbayd al-Dacas dan kitab al-Mabadi’ al-Fiqhiyyah oleh Abu al-Wafa’
Muhammad Darwish al-Mahami. 20

PENILAIAN TERHADAP PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-


AHKAM AL-CADLIYYAH

Sebanyak 99 kaedah fiqh telah dipilih dan digubal sebagai panduan kepada hukum yang terdapat
dalam majallat. Ia terkandung di bahagian II iaitu selepas huraian tentang definisi fiqh Islam dan
pembahagiannya. Kaedah fiqh dalam majallat dinomborkan bermula dengan 2 hingga 100.
Secara umumnya, kaedah tersebut diambil daripada dua karya kaedah fiqh yang pernah dikarang
dalam mazhab hanafi iaitu kitab al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Imam Ibn Nujaym21 dan kitab
Majamic al-Haqa’iq oleh Imam al-Khadimi22.

i. Aspek Kandungan
Susunan kaedah adalah pelbagai tanpa mengambil kira susunan abjad mahupun susunan kaedah-
kaedah utama atau tidak. Hal ini diperakui sendiri oleh Ahmad al-Zarqa’ dalam pendahuluan
kitab Sharh al-Qawacid al-Fiqhiyyah yang menyatakan bahawa pihak penggubal majallat tidak
19
Muhammad cUthman Shibir. Op cit. h. 58-59; Muhammad al-Zuhayli. 1999. Al-Qawacid al-fiqhiyyah cala al-
madhhab al-hanafi wa al-shafici. Kuwait: Jamicat al-Kuwayt, h. 47-49; Samir Mazin al-Qubbaj. Op cit. h. 57-74.
20
Muhammad cUthman Shibir. Op cit. h. 58-59; Muhammad al-Zuhayli. Op cit. h. 47-49; Samir Mazin al-Qubbaj.
Op cit. h. 57-74.
21
Nama Ibn Nujaym ialah Zayn al-Din ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn Bakar. Dilahirkan pada tahun 926H di
Kaherah dan meninggal dunia pada tahun 970H. Beliau merupakan salah seorang ulama mazhab hanafi yang
menulis beberapa karya seperti kitab al-Rasa’il al-Zayniyyah, kitab al-Fawa’id al-Zayniyyah fi Fiqh al-Hanafiyyah,
kitab al-Bahr al-Ra’iq Sharh Kanz al-Daqa’iq, kitab Sharh al-Manar fi al-Usul dan kitab al-Ashbah wa al-Naza’ir.
Karya al-Ashbah wa al-Naza’ir merupakan sebahagian penulisan kaedah fiqh dalam mazhab hanafi. Penulisan
tersebut dibahagikan kepada tujuh bahagian yang dikenali dengan istilah al-fann dan banyak terkesan dengan
penulisan kitab al-Ashbah wa al-Naza’ir karangan Imam al-Suyuti yang muncul sebelumnya. Kitab ini mendapat
tempat yang penting sehingga terangkan dikalangan ulama lain seperti kitab Tanwir al-Basa’ir cala al-Ashbah wa
al-Naza’ir oleh sharaf al-Din al-Ghazzi (meninggal 1005H), kitab Ghamz cUyun al-Basa’ir Sharh al-Ashbah wa al-
Naza’ir oleh al-Hamawiyy (meninggal 1098H) dan kitab cUmdat Dhawi al-Basa’ir li Hall Muhimmat al-Ashbah wa
al-Naza’ir oleh Ibn Biriyy (meninggal 1099H). Lihat: Samir Mazin al-Qubbaj. Op cit. h. 92-94.
22
Nama al-Khadimi ialah Muhammad ibn Muhammad ibn Mustafa. Beliau merupaka ulama hanafi yang hidup pada
kurun kedua belas hijrah dan meninggal dunia pada tahun 1176H. Antara karya popular beliau ialah kitab Majamic
al-Haqa’iq dan kitab Hashiyyah cala Durar al-Hukkam Sharh Ghurar al-Ahkam. Karya Majamic al-Haqa’iq ditulis
mengandungi maklumat utama berkaitan usul al-fiqh dan di hujungnya diletakkan kaedah fiqh yang mencapai
sebanyak 154 kaedah. Sebahagian kaedah diambil dari kitab al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Ibn Nujaym. Karya ini
diterangkan oleh ulama lain seperti kitab Manafic al-Daqaiq Sharh Majamic al-Haqa’iq oleh Mustafa Kawzal Hasari
dan kitab Sharh Majamic al-Haqa’iq oleh Najib al-caynatabi. Lihat: Samir Mazin al-Qubbaj. Op cit. h. 94-95.

58
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL BIL
7, ISU 1:2014
7: 2014 e-ISSN : 1823-7126

menetapkan susunan di bawah keselarasan tema dan kesesuaiannya, bahkan susunannya adalah
berjauhan walaupun boleh disatukan di bawah kaedah yang sama. 23

Apa yang dapat diperhatikan adalah, susunan kandungan kaedah hanya sebagai petunjuk
untuk digunakan dalam hukum-hakam yang terdapat dalam majallat. Oleh yang demikian,
Muhammad al-Zuhayli menyatakan bahawa kaedah fiqh di dalam majallat lebih cenderung
kandungannya kepada perbahasan muamalat dan pensabitan (ithbat).24 Tiada susunan mengikut
abjad mahupun tajuk-tajuk tertentu. Perincian teks kaedah fiqh dan aplikasinya adalah seperti
jadual 225:

Jadual 2: Perincian Kaedah Fiqh dan Aplikasinya dalam Majallat


Seksyen Bilangan Kekerapan
dalam Teks Kaedah Fiqh dan terjemahannya Aplikasi Kaedah
majallat dalam Majallat
2 ‫األمور بمقاصدها‬ 5
Hukum segala pekerjaan itu dengan yang dimaksudkan oleh
yang membuatnya
3 ‫العبرة في العقود للمقاصد والمعاني ال لأللفاظ والمباني‬ 4
Diiktibar pada segala akad itu bagi maksud dan makna tidak
bagi lafaz sebutan dan peraturan hurufnya
4 ‫اليقين ال يزول بالشك‬ 6
Yakin itu tiada boleh dihilangkan dengan syak
5 ‫األصل بقاء ما كان على ماكان‬ 4
Asal itu dikekalkan apa keadaannya atas barang yang ada
6 ‫القديم يترك على قدمه‬ 6
Sesuatu yang lama ditinggalkan atas kelamaannya
7 ‫الضرر ال يكون قديما‬ 2
Darurat itu tiada keadaannya lama
8 ‫األصل براءة الذمة‬ 4
Adalah asal itu melepaskan daripada tanggungan
9 ‫األصل في الصفات العارضة العدم‬ 3
Adalah asal sifat yang baru datang itu tiada
10 ‫ما ثبت بزمان يحكم ببقائه ما لم يوجد دليل على خالفه‬ 6
Barang yang sabit pada suatu masa dihukumkan
berkekalannya
11 ‫األصل إضافة الحادث إلى أقرب أوقاته‬ 2
Adalah asal sandaran perkara-perkara yang mendatangi itu
23
Ahmad Muhammad al-Zarqa’. Op cit. h. 44.
24
Muhammad al-Zuhayli. Op. cit. h. 15.
25
Sebahagian terjemahan adalah mengikut Majalah Ahkam Johor yang mengambil kandungan daripada Majallat al-
Ahkam al-cAdliyyah pada pemerintahan sultan Abu Bakar sekitar tahun 1913M. Lihat: Majalah Ahkam Johor:
Perhimpunan Segala Hukum-hukum Faqih yang diterbitkan daripada Syariat Islam. 1331. Johor: Matbac
Khayriyyah. Dokumen Arkib Negara Malaysia, no: b/01200/100; Abd Jalil Borhan (penyelenggara). 2002. Majalah
Ahkam Johor: Kod Undang-undang Sivil Islam Kerajaan Johor 1331H/1913M. Skudai: UTM. h. 3-30.

59
PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH
Zahari Mahad Musa

kepada yang terlebih hampir waktunya


12 ‫األصل في الكالم الحقيقة‬ 2
Adalah asal pada perkataan itu hakikatnya
13 ‫ال عبرة بالداللة في مقابل التصريح‬ 3
Tiada terpakai semata-mata pertunjukan (dalalah) jika telah
berbetulan dengan terang nasnya
14 ‫ال مساغ لالجتهاد في مورد النص‬ 1
Tiada diharuskan ijtihad pada perkara yang ada nas
yang terang
15 ‫ما ثبت على خالف القياس فغيره عليه ال يقاس‬ 5
Barang yang sabit atasnya menyalahi qiyas maka barang
yang lain tiada boleh diqiyaskan atasnya
16 ‫االجتهاد ال ينقض بمثله‬ 1
Ijtihad itu tiada boleh dirosakkan dengan ijtihad yang lain
seumpamanya
17 ‫المشقة تجلب التيسير‬ 10
Kesusahan itu mendatangkan kemudahan
18 ‫األمر إذا ضاق اتسع‬ -
Pekerjaan itu apabila sempit diluaskan
19 ‫ال ضرر وال ضرار‬ 8
Tiada harus menyusahkan orang dan tiada harus
membalaskan kesusahan yang terbit daripada orang lain
20 ‫الضرر يزال‬ 41
Kesusahan itu hendaklah dihilangkan
21 ‫الضرورات تبيح المحظورات‬ -
Kesusahan (darurat) itu mengharuskan yang ditegah
22 ‫الضرورات تقدر بقدرها‬ 4
Darurat itu dikadarkan dengan kadarnya sahaja
23 ‫ما جاز لعذر بطل بزواله‬ 3
Barang yang diharuskan kerana uzur, batal dan tiada
diharuskan sebab hilang uzur itu
24 ‫إذا زال المانع عاد الممنوع‬ 3
Apabila hilang yang menegah nescaya kembali yang ditegah
25 ‫الضرر ال يزال بمثله‬ 4
Mudarat itu tiada boleh dihilangkan dengan umpamanya
26 ‫يتحمل الضرر الخاص لدفع ضرر عام‬ 8
Ditanggungkan mudarat yang khas kerana menolak mudarat
yang am
27 ‫الضرر األشد يزال بالضرر األخف‬ 1
Mudarat yang berat dihilangkan dengan mudarat yang ringan

60
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL BIL
7, ISU 1:2014
7: 2014 e-ISSN : 1823-7126

28 ‫إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما‬ 1


Apabila didatang oleh dua kejahatan dijauhkan yang lebih
besar mudarat daripada keduanya dengan membuat yang
lebih ringan daripada keduanya
29 ‫يختار أهون الشرين‬ 1
Dipilih yang lebih kurang daripada dua kejahatan
30 ‫درء المفاسد أولى من جلب المنافع‬ 3
Menolakkan kejahatan itu terlebih utama daripada
mengambil manfaat
31 ‫الضرر يدفع بقدر اإلمكان‬ 4
Mudarat itu ditolak dengan kadar yang boleh
32 ‫الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة أو خاصة‬ 3
Adalah hajat itu menepati ditempat darurat sama ada am atau
khas
33 ‫االضطرار ال يبطل حق الغير‬ 2
Mudarat itu tidak membatalkan hak orang lain
34 ‫ما حرم أخذه حرم اعطاؤه‬ 2
Barang yang haram diambil haram diberi kepada orang lain
35 ‫ما حرم فعله حرم طلبه‬ -
Barang yang haram diperbuat haram dituntut atau disuruh
buat
36 ‫العادة محكمة‬ 32
Adalah adat itu dijadikan hukum
37 ‫استعمال الناس حجة يجب العمل بها‬ 3
Yang didalam pegangan atau kuasa adat seseorang itu wajib
diamalkan dengannya
38 ‫الممتنع عادة كالممتنع حقيقة‬ 4
Perkara-perkara yang ditegah atau tiada patut pada adat itu
seperti yang ditegah atau tiada patut pada hakikatnya
39 ‫ال ينكر تغير األحكام بتغير األزمان‬ -
Tiada boleh diingkarkan berubah hukuman itu sebab berubah
masa
40 ‫الحقيقة تدرك بداللة العادة‬ 1
Hakikat itu ditinggalkan dengan petunjuk adat
41 ‫إنما تعتبر العادة إذا اطردت أو غلبت‬ 1
Hanyasanya dipakai adat itu apabila berlaku atau
kebanyakkan
42 ‫العبرة للغالب الشائع ال للنادر‬ 1
Adalah yang boleh dipakai itu kerana kebanyakkan lagi
masyhur tidak kerana jarang-jarang
43 ‫المعروف عرفا كالمشروط شرطا‬ 2
Yang makruf dan masyhur pada ahli uruf itu seperti yang

61
PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH
Zahari Mahad Musa

disyaratkan
44 ‫المعروف بين التجار كالمشروط بينهم‬ 3
Yang makruf antara saudagar-saudagar itu seperti yang
disyaratkan antara mereka itu
45 ‫التعين بالعرف كالتعين بالنص‬ 2
Menentukan dengan ahli uruf itu seperti yang menentukan
dengan nas
46 ‫إذا تعارض المانع والمقتضى يقدم المانع‬ 3
Apabila berlawan antara pertegahan dan keluasannya
didahulukan pertegahan
47 ‫التابع تابع‬ 4
Yang berikut itu diikutkan
48 ‫التابع ال يفرد بالحكم‬ 1
Yang mengikut itu tiada boleh diceraikan pada hukum
49 ‫من ملك شيئا ملك ما هو من ضروراته‬ 1
Barangsiapa memiliki akan sesuatu nescaya memilikilah ia
apa-apa yang tiada boleh tidak daripadanya
50 ‫إذا سقط األصل سقط الفرع‬ 3
Apabila gugur asal nescaya gugurlah cawangannya
51 ‫الساقط ال يعود كما أن المعدوم ال يعود‬ 5
Barang yang telah gugur itu tiada boleh dikembalikan seperti
barang yang tiada itu tiada boleh dibalikkan
52 ‫إذا بطل الشيء بطل ما في ضمنه‬ 1
Apabila batal sesuatu nescaya batallah barang yang dalam
kandungannya
53 ‫إذا بطل األصل يصار إلى البدل‬ 55
Apabila batal asal dijadikan kepada ganti
54 ‫يغتفر في التوابع ما ال يغتفر في غيره‬ 2
Dimaafkan pada yang mengikut barang yang tiada
dimaafkan pada lainnya
55 ‫يغتفر في البقاء ما ال يغتفر في االبتداء‬ 1
Dimaafkan pada yang berkekalan barang yang tiada
dimaafkan pada permulaan
56 ‫البقاء أسهل من االبتداء‬ 2
Mengekalkan itu lebih mudah daripada memulakan
57 ‫ال يتم التبرع إال بالقبض‬ 3
Tiada boleh sempurna pemberian itu melainkan dengan
diterima
58 ‫التصرف على الرعية منوط بالمصلحة‬ 2
Memerintah atas rakyat itu bergantung dengan maslahat
59 ‫الوالية الخاصة أقوى من الوالية العامة‬ 1

62
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL BIL
7, ISU 1:2014
7: 2014 e-ISSN : 1823-7126

Pemerintahan yang khas terlebih kuat daripada pemerintahan


yang am
60 ‫إعمال الكالم أولى من إهماله‬ -
Menggunakan perkataan itu terlebih utama daripada
mensiakannya
61 ‫إذا تعذرت الحقيقة يصار إلى المجاز‬ -
Apabila uzur memaknakan hakikatnya dijadikan kepada
makna majaz
62 ‫إذا تعذر إعمال الكالم يهمل‬ -
Apabila uzur menggunakan dan memakai perkataan itu maka
disesiakan
63 ‫ذكر بعض ما ال يتجزأ كذكر كله‬ 1
Menyebut setengah pada barang yang tiada boleh disuku-
sukukan itu seperti menyebut sekeliannya
64 ‫المطلق يجري على إطالقه إذا لم يقم دليل التقييد نصا أو داللة‬ 11
Mutlak itu berlaku atas itlaqnya apabila tiada berdiri dalil
menentukan pada nas atau pada petunjukkan
65 ‫الوصف في الحاضر لغو وفي الغائب معتبر‬ 1
Mensifatkan barang yang hadir itu lagha (tiada terpakai) dan
pada barang yang ghaib dipakai
66 ‫السؤال معاد في الجواب‬ -
Soal itu dikembalikan pada jawabnya
67 ‫ال ينسب لساكت قول ولكن السكوت في معرض الحاجة بيان‬ 14
Tiada boleh disandarkan kepada semata-mata diam itu
perkataan tetapi diam pada waktu datang hajat itu nyata
akuannya
68 ‫دليل الشيء في األمور الباطنة يقوم مقامه‬ 5
Dalil bagi sesuatu pada segala pekerjaan yang batin itu
didirikan ditempatnya
69 ‫الكتاب كالخطاب‬ 3
Tulisan itu seperti perkataan
70 ‫اإلشارة المعهودة لألخرس كالبيان باللسان‬ 3
Isyarat yang boleh difahamkan daripada orang yang bisu
seperti menyatakan dengan lidah
71 ‫يقبل قول المترجم مطلقا‬ -
Diterima perkataan penterjemah itu semata-mata
72 ‫ال عبرة بالظن البين خطؤه‬ 3
Tiada boleh dipakai dengan zan barang yang nyata salahnya
73 ‫ال حجة مع االحتمال الناشئ عن دليل‬ 7
Tiada boleh dibuat hujah perkara-perkara yang disangka-
sangka ada dalilnya
74 ‫ال عبرة للتوهم‬ 3
Tiada boleh dibilang (dipakai) semata-mata waham

63
PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH
Zahari Mahad Musa

75 ‫الثابت بالبرهان كالثابت بالعيان‬ 3


Yang sabit dengan burhan atau dalil itu seperti sabit dengan
pandangan
76 ‫البينة للمدعي واليمين على من أنكر‬ 2
Bayyinah itu bagi orang yang mendakwa dan sumpah atas
orang yang ingkar
77 ‫البينة الثبات خالف الظاهر واليمين البقاء األصل‬ 3
Bayyinah itu kerana menetapkan bersalahan yang terang dan
sumpah itu kerana mengekalkan asal
78 ‫البينة حجة متعدية واإلقرار حجة قاصرة‬ 1
Bayyinah itu hujjah yang melampaui pada yang lain dan
ikrar itu hujjah yang tiada melampaui
79 ‫المرء مؤاخذ بإقراره‬ 4
Manusia itu dipegang dengan ikrarnya
80 ‫ال حجة مع التناقض لكن ال يختل معه حكم الحاكم‬ 3
Tiada hujjah dengan berlawanan tetapi tidak mencederakan
hukum hakim
81 ‫قد يثبت في الفرع مع عدم ثبوت األصل‬ -
Terkadang disabitkan pada cawangan dengan tidak
disabitkan pada asal
82 ‫المعلق بالشرط يجب ثبوته عند ثبوت الشرط‬ 4
Yang ditanggungkan dengan syarat itu wajib disabitkannya
ketika sabit syaratnya
83 ‫يلزم مراعاة الشرط بقدر اإلمكان‬ 28
Lazim memelihara syarat itu dengan seberapa yang boleh
84 ‫المواعيد باكتساب صور التعاليق تكون الزمة‬ 2
Sesuatu yang dijanjikan dengan takliq (pergantungan) itu
nescaya jadilah ia lazim
85 ‫الخراج بالضمان‬ 7
Sesuatu yang keluar atau faedah itu dapat dipunya dengan
sebab tanggungan
86 ‫األجر والضمان ال يجتمعان‬ 8
Sewa dan tanggung itu tiada boleh berhimpun keduanya
87 ‫الغرم بالغنم‬ 12
Barangsiapa dapat kadar manfaat pada sesuatu nescaya
menanggunglah ia akan kadar mudaratnya
88 ‫النعمة بقدر النقمة والنقمة بقدر النعمة‬ 3
Nikmat itu dengan kadar kesusahan dan kesusahan itu
dengan kadar nikmatnya
89 ‫يضاف الفعل إلى الفاعل ال اآلمر ما لم يكن مجبرا‬ 9
Disandarkan perbuatan itu kepada yang membuat tiada
kepada yang menyuruh selagi tiada menyuruh dengan paksa

64
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL BIL
7, ISU 1:2014
7: 2014 e-ISSN : 1823-7126

90 ‫إذا اجتمع المباشر والمتسبب يضاف الحكم إلى المباشر‬ 1


Apabila berhimpun dua perkara iaitu yang mengenai atau
yang membuat dengan yang menyebabkan nescaya
disandarkan hukum kepada yang mengenai
91 ‫الجواز الشرعي ينافي الضمان‬ 4
Keharusan syarie itu menafikan tanggungan
92 ‫المباشر ضامن وإن لم يتعمد‬ 4
Orang yang membuat itu menanggung sekalipun tidak
sengaja
93 ‫المتسبب ال يضمن إال بالتعمد‬ 4
Pekerjaan orang yang membuat itu tiada menanggung
melainkan jika dengan sengaja
94 ‫جناية العجماء جبار‬ 3
Apa-apa yang dirosakkan oleh binatang itu percuma sahaja
95 ‫األمر بالتصرف في ملك الغير باطل‬ 1
Menyuruh memerintah harta pada milik orang lain itu batal
96 ‫ال يجوز ألحد أن يتصرف في ملك الغير بال إذنه‬ 3
Tiada harus bagi seseorang memerintah harta pada milik
orang lain dengan tidak izin tuannya
97 ‫ال يجوز ألحد أن يأخذ مال أحد بال سبب شرعي‬ 2
Tiada harus seorang mengambil harta orang lain dengan
tiada sebab syarie
98 ‫تبدل سبب الملك قائم مقام تبدل الذات‬ 4
Pertukaran sebab milik itu menepati pertukaran zatnya
99 ‫من استعجل الشيء قبل أوانه عوقب بحرمانه‬ -
Barangsiapa gopoh pada sesuatu perkara yang belum sampai
masanya dibalakan akhirnya dengan tiada mendapat
100 ‫من سعى في نقض ما تم من جهته فسعيه مردود عليه‬ 8
Barangsiapa merosakkan sesuatu yang sudah
disempurnakannya maka pekerjaanya itu ditolakkan atasnya
Sumber: Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah. 1968. Cet 5.

Keseluruhan kaedah fiqh menjadi sandaran kepada hukum-hukum muamalat yang


terdapat dalam majallat. Setiap penyataan daripada kaedah yang digubal adalah dalam bentuk
yang ringkas tetapi mengandungi maksud dan penerangan hukum yang jelas dan padat. Semua
struktur kaedah fiqh dalam majallat tidak menjangkaui 15 perkataan. Kaedah yang paling
ringkas ialah hanya terdiri daripada dua perkataan sahaja seperti kaedah seksyen 20, 36, 47, 69,
85 dan 87. Apa yang diambil kira ialah setiap kaedah akan mengandungi dua komponen utama
iaitu penyataan subjek (qadiyyah/ amr kulliy) dan penyataan hukum yang hendak diputuskan.

65
PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH
Zahari Mahad Musa

Contoh penentuan komponen dalam kaedah fiqh ialah berdasarkan rajah 1 berikut:

Rajah 1: Komponen Utama dalam Kaedah Fiqh

Komponen
Kaedah Fiqh

II I

Penyataan Hukum Subjek

Contoh aplikasi:

‫األمور بمقاصدها‬

‫بمقاصدها‬ + ‫األمور‬

Rajah 1 menunjukkan setiap kaedah fiqh terdiri daripada dua komponen utama. Bagi
contoh kaedah fiqh “‫ ”األمور بمقاصدها‬perkataan pertama ‫ األمور‬adalah subjeknya, dan perkataan kedua
‫ بمقاصدها‬adalah penyataan hukum yang ingin ditentukan. Oleh itu, Kaedah-kaedah fiqh lain boleh
dibandingkan berdasarkan panduan ini iaitu meneliti persamaan mengikut dua komponen utama
bagi mengetahui kandungan yang dibincangkan bagi sesuatu kaedah.
Kandungan kaedah fiqh dalam majallat juga tidak terlepas daripada saduran disiplin ilmu
fiqh yang lain terutama kaedah usul fiqh (qawacid usuliyyah). Dalam hal ini, beberapa kaedah
fiqh dianggap sebahagian kaedah usul fiqh adalah seperti berikut 26:

1- Seksyen 14 : ‫ال مساغ لالجتهاد في مورد النص‬


2- Seksyen 15 : ‫ما ثبت على خالف القياس فغيره عليه ال يقاس‬
3- Seksyen 16 : ‫االجتهاد ال ينقض بمثله‬
4- Seksyen 64 : ‫المطلق يجري على إطالقه إذا لم يقم دليل التقييد نصا أو داللة‬

ii. Aspek Pembahagian Kategori


Kaedah fiqh boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Ini kerana sebahagian kaedah adalah
bersifat umum dan sangat sesuai diaplikasikan dalam mana-mana situasi permasalahan.
Manakala sebahagian yang lain hanya tertumpu dalam bab-bab fiqh tertentu sahaja. Dari sudut
yang lain, tidak semua kaedah berada pada aras yang sama penerimaanya. Hal ini berpunca
kerana penghasilannya berlaku lewat iaitu selepas pelbagai isu fiqh diselesaikan. Setiap mazhab

26
Ibrahim Muhammad Mahmud al-Hariryy. Op cit. h. 181-184

66
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL BIL
7, ISU 1:2014
7: 2014 e-ISSN : 1823-7126

pula mempunyai penyelesaian tersendiri dalam menentukan sesuatu hukum mengikut sumber
dalil dan pendekatan masing-masing.27
Oleh yang demikian, pembahagian kaedah fiqh yang dikumpulkan oleh fuqaha’ adalah
mengikut satu daripada kategori berikut 28:
a. Kaedah Fiqh Utama: Kaedah ini merupakan kaedah asas yang digunakan secara meluas
dalam kebanyakkan permasalahan fiqh dan disepakati penerimaanya oleh Jumhur Ulama
daripada pelbagai mazhab fiqh. Kaedah yang disepakati ini terdiri daripada lima kaedah
iaitu29:

i. Kaedah fiqh: ‫األمور بمقاصدها‬


ii. Kaedah fiqh: ‫اليقين ال يزول بالشك‬
iii. Kaedah fiqh: ‫المشقة تجلب التيسير‬
iv. Kaedah fiqh: ‫ال ضرر وال ضرار‬
v. Kaedah fiqh: ‫العادة محكمة‬
b. Kaedah Fiqh Cawangan: Kaedah ini bersifat umum tetapi kurang menyeluruh seperti
kategori kaedah yang pertama. Kebiasannya kaedah fiqh dalam ketegori ini berperanan
menyokong dan menghuraikan kaedah fiqh utama atau atau melengkapkan kaedah yang
lebih umum daripadanya.
c. Kaedah Fiqh Terhad: Kategori ini merujuk kepada semua kaedah fiqh yang tidak
diletakkan dalam dua kategori sebelum ini. Perbahasan kaedah lebih terfokus kepada
sesuatu permasalahan fiqh atau hanya diterima dalam sesuatu mazhab fiqh sahaja.

Pembahagian kategori ini adalah berasaskan keutamaan sesuatu kaedah fiqh. Daripada 99
kaedah dalam majallat, jumlah peratusan kaedah fiqh mengikut pembahagian kategori sebelum
ini adalah berdasarkan rajah 1 berikut:

27
Muhammad cUthman Shibir. Op cit. h. 72-74.
28
Muhammad Sadqi ibn Ahmad al-Burnu. Op cit. h. 29-35; Muhammad al-Zuhayli. 2006. Al-Qawacid al-Fiqhiyyah
wa Tatbiqatuha fi al-Madhahib al-Arbacah. Dimashq: Dar al-Fikr. h. 32. Bagi tujuan analisis kaedah fiqh yang
terdapat dalam majallat, penulis akan mengikut pembahagian yang dikemukakan oleh Dr. Muhammad al-Zuhayli.
Oleh itu, kategori kaedah fiqh utama terdiri daripada lima kaedah sahaja. Manakala kategori kedua, penulis hanya
memilih maksud kaedah cawangan yang menyokong kaedah fiqh utama sahaja. Selebihnya, akan dimasukkan dalam
kaedah fiqh yang terhad.
29
Terdapat perbincangan ulama terdahulu mahupun kontemporari untuk menambah kaedah lain bagi menjadikan
kaedah fiqh utama lebih daripada lima. Sebagai contoh, Imam Ibn Nujaym dalam kitab al-Ashbah wa al-Naza’ir
yang menjadi sandaran rujukan kaedah fiqh dalam majallat turut menjadikan kaedah fiqh utama sebanyak enam
kaedah dengan tambahan kaedah: ‫ال ثواب إال بالنية‬. Lihat: Ibn Nujaym, Zayn al-Din ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn
Bakar. 1998. Al-Ashbah wa al-Naza’ir cala Madhhab Abi Hanifah al-Nucman. Beirut: Al-Maktabah al-cAsriyyah. h.
128.

67
PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH
Zahari Mahad Musa

Rajah 1: Peratusan Kaedah Fiqh dalam Majallat Mengikut Kategori Keutamaan


100%
90%
80%
70%
60% 56%
50% 39% Jumlah Kaedah Fiqh (KF)
40%
30%
20%
10% 5%
0%
KF Utama KF Cawangan KF Terhad

Berdasarkan rajah 1, jumlah peratusan kaedah fiqh mengikut kategori keutamaan yang
terdapat dalam majallat adalah berbeza-beza. Peratusan tertinggi ialah kategori kaedah fiqh
terhad iaitu sebanyak 55% seiring dengan peranan perkembangan ijitihad yang mengeluarkan
pelbagai kaedah sebagai penyelesaian kepada sesuatu hukum. Kategori kaedah fiqh utama
merupakan jumlah peratusan yang sedikit iaitu sebanyak 5% sahaja. Ini menunjukkan kaedah
fiqh utama yang disepakati ulama adalah terbatas walaupun aplikasinya sangat meluas kepada
pelbagai permasalahan hukum fiqh. Manakala kategori kaedah fiqh cawangan adalah sebanyak
40% sahaja. Perincian kaedah fiqh dalam majallat mengikut kategori ini adalah seperti jadual 3
berikut:

Jadual 3: Kaedah Fiqh dalam Majallat mengikut keutamaan


Bil Kategori Seksyen dalam Majallat Jumlah
1 Kaedah Fiqh Utama 2, 4, 17, 19 dan 36 5
2 Kaedah Fiqh Cawangan 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 13, 18, 20, 21, 22, 23, 24, 39
25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 37, 38, 39, 40,
41, 42, 43, 44, 45, 46, 67, 69, 70, 72, 73 dan 74
3 Kaedah Fiqh Terhad 3, 12, 14, 15, 16, 34, 35, 47, 48, 49, 50, 51, 52, 55
53, 54, 55, 56, 57, 58, 59 ,60, 61, 62, 63, 64, 65,
66, 68, 71, 75, 76, 77, 78, 79, 80, 81, 82, 83, 84,
85, 86, 87, 88, 89, 90, 91, 92, 93, 94, 95, 96, 97,
98, 99 dan 100
Jumlah 99

Selain daripada pembahagian kategori sebelum ini, kaedah fiqh yang terkandung dalam
majallat juga boleh dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan tema atau skop tertentu.
Perincian pembahagian kaedah fiqh mengikut tema atau skop adalah seperti jadual 4 berikut 30:

30
Ibrahim Muhammad Mahmud al-Hariryy. Op cit. h. 71.

68
‫‪JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS‬‬
‫‪ISSN 1823-7126‬‬ ‫‪BIL BIL‬‬
‫‪7, ISU‬‬ ‫‪1:2014‬‬
‫‪7: 2014‬‬ ‫‪e-ISSN : 1823-7126‬‬

‫‪Jadual 4: Pembahagian Kaedah Fiqh dalam Majallat Mengikut Tema‬‬


‫‪Seksyen‬‬
‫‪Bil‬‬ ‫‪Tema/ Skop‬‬ ‫‪dalam‬‬ ‫‪Teks Kaedah Fiqh‬‬ ‫‪Jumlah‬‬
‫‪majallat‬‬
‫‪1‬‬ ‫‪Kaedah Utama (1) dan‬‬ ‫‪2‬‬ ‫األمور بمقاصدها‬
‫‪cabangnya‬‬ ‫‪2‬‬
‫‪3‬‬ ‫العبرة في العقود للمقاصد والمعاني ال لأللفاظ والمباني‬
‫‪2‬‬ ‫‪Kaedah Utama (2) dan‬‬ ‫‪4‬‬ ‫اليقين ال يزول بالشك‬
‫‪cabangnya‬‬
‫‪5‬‬ ‫األصل بقاء ما كان على ماكان‬
‫‪6‬‬ ‫القديم يترك على قدمه‬
‫‪8‬‬ ‫األصل براءة الذمة‬
‫‪9‬‬ ‫األصل في الصفات العارضة العدم‬
‫‪10‬‬ ‫ما ثبت بزمان يحكم ببقائه ما لم يوجد دليل على خالفه‬
‫‪12‬‬
‫‪11‬‬ ‫األصل إضافة الحادث إلى أقرب أوقاته‬
‫‪12‬‬ ‫األصل في الكالم الحقيقة‬
‫‪13‬‬ ‫ال عبرة بالداللة في مقابل التصريح‬
‫‪72‬‬ ‫ال عبرة بالظن البين خطؤه‬
‫‪73‬‬ ‫ال حجة مع االحتمال الناشئ عن دليل‬
‫‪74‬‬ ‫ال عبرة للتوهم‬
‫‪3‬‬ ‫‪Kaedah Utama (3) dan‬‬ ‫‪19‬‬ ‫ال ضرر وال ضرار‬
‫‪cabangnya‬‬
‫‪5‬‬ ‫الضرر ال يكون قديما‬
‫‪20‬‬ ‫الضرر يزال‬
‫‪25‬‬ ‫الضرر ال يزال بمثله‬
‫‪26‬‬ ‫يتحمل الضرر الخاص لدفع ضرر عام‬
‫‪10‬‬
‫‪27‬‬ ‫الضرر األشد يزال بالضرر األخف‬
‫‪28‬‬ ‫إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما‬
‫‪29‬‬ ‫يختار أهون الشرين‬
‫‪30‬‬ ‫درء المفاسد أولى من جلب المنافع‬
‫‪31‬‬ ‫الضرر يدفع بقدر اإلمكان‬
‫‪4‬‬ ‫)‪Kaedah Utama (4‬‬ ‫‪17‬‬ ‫المشقة تجلب التيسير‬
‫‪dan cabangnya‬‬
‫‪18‬‬ ‫األمر إذا ضاق اتسع‬
‫‪21‬‬ ‫الضرورات تبيح المحظورات‬
‫‪6‬‬
‫‪22‬‬ ‫الضرورات تقدر بقدرها‬
‫‪32‬‬ ‫الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة أو خاصة‬
‫‪33‬‬ ‫االضطرار ال يبطل حق الغير‬

‫‪69‬‬
‫‪PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH‬‬
‫‪Zahari Mahad Musa‬‬

‫‪5‬‬ ‫‪Kaedah Utama (5) dan‬‬ ‫‪36‬‬ ‫العادة محكمة‬


‫‪cabangnya‬‬
‫‪37‬‬ ‫استعمال الناس حجة يجب العمل بها‬
‫‪38‬‬ ‫الممتنع عادة كالممتنع حقيقة‬
‫‪39‬‬ ‫ال ينكر تغير األحكام بتغير األزمان‬
‫‪40‬‬ ‫الحقيقة تدرك بداللة العادة‬
‫‪10‬‬
‫‪41‬‬ ‫إنما تعتبر العادة إذا اطردت أو غلبت‬
‫‪42‬‬ ‫العبرة للغالب الشائع ال للنادر‬
‫‪43‬‬ ‫المعروف عرفا كالمشروط شرطا‬
‫‪44‬‬ ‫المعروف بين التجار كالمشروط بينهم‬
‫‪45‬‬ ‫التعين بالعرف كالتعين بالنص‬
‫‪6‬‬ ‫‪Kaedah‬‬ ‫‪penggunaaan‬‬ ‫‪60‬‬ ‫إعمال الكالم أولى من إهماله‬
‫‪kata-kata‬‬ ‫‪dan‬‬
‫‪pengabaiannya‬‬ ‫‪62‬‬ ‫إذا تعذر إعمال الكالم يهمل‬
‫‪4‬‬
‫‪66‬‬ ‫السؤال معاد في الجواب‬
‫‪67‬‬ ‫ال ينسب لساكت قول ولكن السكوت في معرض الحاجة بيان‬
‫‪7‬‬ ‫‪Kaedah Penghalang (al-‬‬ ‫‪23‬‬ ‫ما جاز لعذر بطل بزواله‬
‫‪Manic) dan Pemboleh‬‬
‫)‪(al-Muqtadi‬‬ ‫‪24‬‬ ‫إذا زال المانع عاد الممنوع‬ ‫‪3‬‬
‫‪46‬‬ ‫إذا تعارض المانع والمقتضى يقدم المانع‬
‫‪8‬‬ ‫‪Kaedah dominan sesuatu‬‬ ‫‪34‬‬ ‫ما حرم أخذه حرم اعطاؤه‬
‫‪yang haram‬‬ ‫‪2‬‬
‫‪35‬‬ ‫ما حرم فعله حرم طلبه‬
‫‪9‬‬ ‫‪Kaedah‬‬ ‫‪berkaitan‬‬ ‫‪47‬‬ ‫التابع تابع‬
‫‪sesuatu yang berkait (al-‬‬
‫)‪Tawabic‬‬ ‫‪48‬‬ ‫التابع ال يفرد بالحكم‬
‫‪49‬‬ ‫من ملك شيئا ملك ما هو من ضروراته‬ ‫‪5‬‬
‫‪54‬‬ ‫يغتفر في التوابع ما ال يغتفر في غيره‬
‫‪63‬‬ ‫ذكر بعض ما ال يتجزأ كذكر كله‬
‫‪10‬‬ ‫‪Kaedah asal (al-asl) dan‬‬ ‫‪50‬‬ ‫إذا سقط األصل سقط الفرع‬
‫)‪cabang (al-farc‬‬
‫‪51‬‬ ‫الساقط ال يعود كما أن المعدوم ال يعود‬
‫‪4‬‬
‫‪52‬‬ ‫إذا بطل الشيء بطل ما في ضمنه‬
‫‪81‬‬ ‫قد يثبت في الفرع مع عدم ثبوت األصل‬
‫‪11‬‬ ‫‪Kaedah asal (al-asl) dan‬‬ ‫‪53‬‬ ‫إذا بطل األصل يصار إلى البدل‬
‫)‪pengganti (al-badl‬‬
‫‪61‬‬ ‫إذا تعذرت الحقيقة يصار إلى المجاز‬
‫‪65‬‬ ‫الوصف في الحاضر لغو وفي الغائب معتبر‬ ‫‪7‬‬
‫‪69‬‬ ‫الكتاب كالخطاب‬
‫‪70‬‬ ‫اإلشارة المعهودة لألخرس كالبيان باللسان‬

‫‪70‬‬
‫‪JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS‬‬
‫‪ISSN 1823-7126‬‬ ‫‪BIL BIL‬‬
‫‪7, ISU‬‬ ‫‪1:2014‬‬
‫‪7: 2014‬‬ ‫‪e-ISSN : 1823-7126‬‬

‫‪71‬‬ ‫يقبل قول المترجم مطلقا‬


‫‪98‬‬ ‫تبدل سبب الملك قائم مقام تبدل الذات‬
‫‪12‬‬ ‫‪Kaedah sesuatu yang‬‬ ‫‪55‬‬ ‫يغتفر في البقاء ما ال يغتفر في االبتداء‬
‫‪kekal (al-baqa’) dan‬‬ ‫‪2‬‬
‫)’‪dimulakan (al-ibtida‬‬ ‫‪56‬‬ ‫البقاء أسهل من االبتداء‬
‫‪13‬‬ ‫‪Kaedah‬‬ ‫‪berkaitan‬‬ ‫‪82‬‬ ‫المعلق بالشرط يجب ثبوته عند ثبوت الشرط‬
‫‪sesuatu syarat‬‬
‫‪83‬‬ ‫يلزم مراعاة الشرط بقدر اإلمكان‬ ‫‪3‬‬
‫‪84‬‬ ‫المواعيد باكتساب صور التعاليق تكون الزمة‬
‫‪14‬‬ ‫‪Kaedah‬‬ ‫‪berkaitan‬‬ ‫‪95‬‬ ‫األمر بالتصرف في ملك الغير باطل‬
‫‪perlakuan dan hakmilik‬‬
‫‪96‬‬ ‫ال يجوز ألحد أن يتصرف في ملك الغير بال إذنه‬ ‫‪3‬‬
‫‪97‬‬ ‫ال يجوز ألحد أن يأخذ مال أحد بال سبب شرعي‬
‫‪15‬‬ ‫‪Kaedah‬‬ ‫‪berkaitan‬‬ ‫‪85‬‬ ‫الخراج بالضمان‬
‫‪tanggungan‬‬ ‫‪gantirugi‬‬
‫)‪(al-Daman‬‬ ‫‪86‬‬ ‫األجر والضمان ال يجتمعان‬
‫‪87‬‬ ‫الغرم بالغنم‬ ‫‪5‬‬
‫‪88‬‬ ‫النعمة بقدر النقمة والنقمة بقدر النعمة‬
‫‪91‬‬ ‫الجواز الشرعي ينافي الضمان‬
‫‪16‬‬ ‫‪Kaedah‬‬ ‫‪berkaitan‬‬ ‫‪89‬‬ ‫يضاف الفعل إلى الفاعل ال اآلمر ما لم يكن مجبرا‬
‫‪tanggungjawab‬‬ ‫‪dan‬‬
‫‪hukuman‬‬ ‫‪90‬‬ ‫إذا اجتمع المباشر والمتسبب يضاف الحكم إلى المباشر‬
‫‪92‬‬ ‫المباشر ضامن وإن لم يتعمد‬ ‫‪5‬‬
‫‪93‬‬ ‫المتسبب ال يضمن إال بالتعمد‬
‫‪94‬‬ ‫جناية العجماء جبار‬
‫‪17‬‬ ‫‪Kaedah Pensabitan dan‬‬ ‫‪68‬‬ ‫دليل الشيء في األمور الباطنة يقوم مقامه‬
‫‪keterangan‬‬
‫‪75‬‬ ‫الثابت بالبرهان كالثابت بالعيان‬
‫‪76‬‬ ‫البينة للمدعي واليمين على من أنكر‬
‫‪77‬‬ ‫البينة الثبات خالف الظاهر واليمين البقاء األصل‬
‫‪8‬‬
‫‪78‬‬ ‫البينة حجة متعدية واإلقرار حجة قاصرة‬
‫‪79‬‬ ‫المرء مؤاخذ بإقراره‬
‫‪80‬‬ ‫ال حجة مع التناقض لكن ال يختل معه حكم الحاكم‬
‫‪100‬‬ ‫من سعى في نقض ما تم من جهته فسعيه مردود عليه‬
‫‪18‬‬ ‫‪Kaedah‬‬ ‫‪Siyasah‬‬ ‫‪58‬‬ ‫التصرف على الرعية منوط بالمصلحة‬
‫‪Syariyyah‬‬
‫‪59‬‬ ‫الوالية الخاصة أقوى من الوالية العامة‬ ‫‪3‬‬
‫‪99‬‬ ‫من استعجل الشيء قبل أوانه عوقب بحرمانه‬
‫‪19‬‬ ‫‪Kaedah Ijtihad dan Usul‬‬ ‫‪14‬‬ ‫ال مساغ لالجتهاد في مورد النص‬
‫‪Fiqh‬‬ ‫‪4‬‬
‫‪15‬‬ ‫ما ثبت على خالف القياس فغيره عليه ال يقاس‬

‫‪71‬‬
PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH
Zahari Mahad Musa

16 ‫االجتهاد ال ينقض بمثله‬


64 ‫المطلق يجري على اطالقه إذا لم يقم دليل التقييد نصا أو داللة‬
20 Kaedah berkaitan ‫ال يتم التبرع إال بالقبض‬
57 1
hukum pemberian
Jumlah 99

iii. Aspek Sumber kaedah


Melihat kepada aspek sumber setiap kaedah fiqh, kebanyakkannya adalah hasil pemerhatian
fuqaha’ (al-istiqra’) melalui ijtihad yang dibuat berdasarkan nas-nas syarak atau kes-kes fiqh
yang pernah berlaku. Tidak semua kaedah diambil secara terus teks lafaznya menerusi nas syarak
primer iaitu al-Quran dan sunnah. 31 Justeru itu, dua kategori utama berdasarkan rujukan asal
sesuatu kaedah ialah:
1- Al-Qawacid al-Mansusah: Kaedah yang diambil secara langsung berdasarkan nas syarak
iaitu al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w.
2- Al-Qawacid al-Mustanbatah: Kaedah fiqh yang disusun hasil pemahaman fuqaha ke atas
kumpulan dalil-dalil yang hampir sama atau permasalahan hukum fiqh yang serupa.

Penggunaan kaedah fiqh dalam majallat juga tidak berada pada status sumber yang sama
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2 berikut:

Rajah 2: Pembahagian Sumber Kaedah Fiqh dalam Majallat

4%

Al-Mansusah
96%
Al-Mustanbatah

Berdasarkan rajah 2, sebahagian besar kaedah iaitu sebanyak 96% di dalam majallat
adalah dalam kategori al-qawacid al-mustanbatah. Ini menunjukkan sumber penggubalan teks
kaedah fiqh adalah hasil penelitian fuqaha sesuai dengan perkembangan ijtihad selepas
kemunculan pelbagai mazhab fiqh sepanjang sejarah perundangan Islam. Setiap mazhab fiqh
membawa pendekatan masing-masing dalam menyelesaikan hukum-hukum tertentu. Sebanyak
4% sahaja kaedah fiqh yang bersifat al-qawacid al-mansusah yang diambil terus daripada nas
tanpa sebarang pindaan atau perubahan yang terlalu kecil. Sumber yang diambil hanya berlaku
kepada hadis Rasulullah s.a.w sahaja seperti jadual 5 berikut:

31
Muhammad cUthman Shibir. Op cit. h. 73.

72
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL BIL
7, ISU 1:2014
7: 2014 e-ISSN : 1823-7126

Jadual 5: Kategori al-Qawacid al-Mansusah dalam majallat


No.
Bil Kaedah Fiqh Teks Hadis
Seksyen
ِ َ ‫َن رس‬ ِ ِ ِ ِ
1 19 ‫ال ضرر وال ضرار‬ ‫صلَّى‬ َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َّ ‫َح َّدثَني يَ ْحيَى َع ْن َمالك َع ْن َع ْم ِرو بْ ِن يَ ْحيَى ال َْما ِزن ِّي َع ْن أَبِيه أ‬
32 ِ
‫ض َرَر َوَال ض َر َار‬َ ‫ال َال‬ َ َ‫اللَّهُ َعلَ ْي ِه َو َس َّل َم ق‬
2 76 ‫َح َّدثَنَا َعلِ ُّي بْ ُن ُح ْج ٍر أَنْ بَأَنَا َعلِ ُّي بْ ُن ُم ْس ِه ٍر َوغَيْ ُرهُ َع ْن ُم َح َّم ِد بْ ِن عُبَ ْي ِد اللَّ ِه َع ْن البينة للمدعي واليمين على من‬
‫أنكر‬ ‫ال فِي‬ َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬ َ ‫َن النَّبِ َّي‬َّ ‫ب َع ْن أَبِ ِيه َع ْن َجدِّهِ أ‬ ٍ ‫َع ْم ِرو بْ ِن ُش َع ْي‬
33 ِ
‫ين َعلَى ال ُْم َّد َعى َعلَْيه‬ ِ ِ ِِ
ُ ‫ُخطْبَته الْبَ يِّ نَةُ َعلَى ال ُْم َّدعي َوالَْيم‬
3 85 ‫الخراج بالضمان‬ ‫ْم َق َّد ِم ُّي َع ْن ِه َش ِام بْ ِن‬ ِ ٍ
ُ ‫َح َّدثَنَا أَبُو َسلَ َم َة يَ ْحيَى بْ ُن َخلَف أَ ْخبَ َرنَا ُع َم ُر بْ ُن َعل ٍّي ال‬
‫اج‬
َ ‫ْخ َر‬ َ ‫َن ال‬َّ ‫ضى أ‬ َ َ‫صلَّى اللَّهُ عَلَيْ ِه َو َسلَّ َم ق‬ َ ‫َن النَّبِ َّي‬ َّ ‫عُ ْرَوةَ عَ ْن أَبِ ِيه عَ ْن َعائِ َشةَ أ‬
34 ِ ِ
‫َّمان‬ َ ‫بالض‬
4 94 ‫جناية العجماء جبار‬ ‫ب‬ ِ َّ‫يد بْ ِن ال ُْم َسي‬ ِ ِ‫اب عَن سع‬ ِ
َ ْ ٍ ‫ك عَ ْن ابْ ِن ش َه‬ ٌ ِ‫ف أَ ْخبَ َرنَا َمال‬َ ‫وس‬ ِ
ُ ُ‫َح َّدثَنَا عَ ْب ُد اللَّه بْ ُن ي‬
‫ول اللَّ ِه‬َ ‫َن َر ُس‬ َّ ‫ضي اللَّهُ َع ْنهُ أ‬ ِ ِ
َ ‫الر ْح َم ِن َع ْن أَبي ُه َريْ َرَة َر‬ َّ ‫َو َع ْن أَبِي َسلَ َم َة بْ ِن َع ْب ِد‬
ِّ ‫ار َوفِي‬
‫الرَكا ِز‬ ِ
ٌ َ‫ار َوال َْم ْعد ُن ُجب‬ٌ َ‫ار َوالْبِْئ ُر ُجب‬
ٌ َ‫ال ال َْع ْج َماءُ ُجب‬َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬ َ
35
‫س‬ ُ ‫الْ ُخ ُم‬

KESIMPULAN

Penulisan kaedah fiqh sebelum kedatangan Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah adalah dalam
pelbagai bentuk mengikut pandangan ilmuan yang merekodkannya. Setiap satu daripadanya
mempunyai nama tersendiri bagi menggambarkan satu disiplin ilmu penting iaitu kaedah fiqh.
Usaha pengumpulan kaedah fiqh dalam Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah merupakan
kesinambungan kepada sumbangan ulama terdahulu. Ia membawa penambahbaikan daripada
aspek struktur yang ringkas untuk dijadikan panduan hukum dalam kandungan majallat tersebut
sesuai dengan kondisi taqnin itu sendiri.
Gerakan penulisan kaedah fiqh selepas kemunculan majallat semakin meluas. Bukan
sekadar terhad kepada menerangkan semula majallat mengikut pandangan yang berbeza, malah
turut memperkenalkan rekod penulisan ilmu kaedah fiqh yang lebih tersusun seiring dengan
pendekatan semasa dan kondisi perundangan ketika itu. Huraian dan penyusunan kaedah fiqh
turut berlaku dengan pesat kerana tidak terikat kepada 99 kaedah yang hanya terdapat dalam
majallat sahaja.
Tiga aspek berkaitan dengan majallat telah dibincangkan dalam artikel ini iaitu aspek
kandungan, pembahagian kategori dan sumber bagi setiap kaedah fiqh. Walaupun kandungan
kaedah fiqh dalam majallat tertumpu kepada perbincangan hukum muamalat, namun kaedah
yang dikategorikan sebagai kaedah utama dan cabangnya masih boleh digunakan dalam
perbincangan hukum fiqh lain seperti dalam ibadah, munakahat, jenayah dan lain-lain lagi. Dapat

32
Malik. Muwatta’. Kitab: al-Aqdiyyah, Bab: al-Qada’ fi al-marfiq, no: 1461.
33
Sunan al-Tirmidhi, Kitab: al-Ahkam can Rasulillah, no: 1341.
34
Sunan al-Tirmidhi, Kitab: al-Buyuc, no: 1286.
35
Sahih al-Bukhari. Kitab: al-Zakat, bab: fi al-rikaz al-khumus, no:1428.

73
PENULISAN KAEDAH FIQH DALAM MAJALLAT AL-AHKAM AL-CADLIYYAH
Zahari Mahad Musa

diperhatikan juga bahawa pemilihan sebanyak 99 kaedah fiqh sahaja adalah sebagai asas
sandaran hukum bagi setiap hukum dalam bab muamalat yang digubal dalam majallat.

RUJUKAN

Abd Jalil Borhan (penyelenggara). 2002. Majalah Ahkam Johor: Kod Undang-undang Sivil
Islam Kerajaan Johor 1331H/1913M. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Muhammad al-Zarqa’. 1993. Sharh al-Qawacid al-Fiqhiyyah. Dimashq: Dar al-Qalam.
cet 3.
c
Abd al-cAziz Muhammad cAzzam. 2005. Al-Qawacid al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dar al-Hadith.
c
Ali Ahmad al-Nadwi. 2004. Al-Qawacid al-Fiqhiyyah. Beirut: Al-Dar al-Shamiyyah. cet 6.
Ibn Nujaym, Zayn al-Din ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn Bakar. 1998. Al-Ashbah wa al-Naza’ir
c
ala madhhab Abi Hanifah al-Nucman. Beirut: Al-Maktabah al-cAsriyyah.
Ibrahim Muhammad Mahmud al-Hariryy. 1998. Al-Madkhal ila al-Qawacid al-Fiqhiyyah al-
Kulliyyah. Amman: Dar Ammar.
Majalah Ahkam Johor: Perhimpunan Segala Hukum-hukum Faqih yang diterbitkan daripada
Syariat Islam. 1331. Johor: Matbac Khayriyyah. Dokumen Arkib Negara Malaysia, no:
b/01200/100.
Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah. 1968. Cet 5.
Muhammad al-Dasuqi & Aminah al-Jabir. t.thn. Muqaddimah fi Dirasat al-Fiqh. Qatar: Dar al-
Thaqafah.
Muhammad al-Zuhayli. 1999. Al- Qawacid al-Fiqhiyyah cala al-Madhhab al-Hanafi wa al-
Shafici. Kuwait: Jami’at al-Kuwait.
Muhammad al-Zuhayli. 2006. Al-Qawacid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Madhahib al-
Arbacah. Dimashq: Dar al-Fikr.
Muhammad cUthman Shibir. 2000. Al-Qawacid al-Fiqhiyyah wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah fi al-
Sharicah al-Islamiyyah. Amman: Dar al-Furqan.
Muhammad Kamal al-Din Imam. 1996. Muqaddimah li Dirasat al-Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Al-
Mu’assasah al-Jamiciyyah.
Muhammad Sadqi ibn Ahmad al-Burnu. 1997. Mawsucat al-Qawacid al-Fiqhiyyah. Riyadh:
Maktabah al-Tawbah.
Mushaddad Hasbullah. 2005. Dawr al-dawlah al-cUthmaniyyah fi taqnin al-fiqh al-Islamiyy, dlm
Dirasat fi al-Ijtihad wa al-Taqnin. Nilai: Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM.
Salih ibn Ghanim al-Sadlan. 1999. Al-Qawacid al-Fiqhiyyah al-Kubra. Riyadh: Dar al-Balansah.
Samir Mazin al-Qubbaj. 2008. Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah: Masadiruha wa Atharuha fi
Qawanin al-Sharq al-Islamiyy. Jordan: Dar al-Fath.

74
View publication stats

Anda mungkin juga menyukai