Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN TAHUNAN

UNIT PERMAINAN BOLA JARING


Pada 10 Januari 2018,Mesyuarat Agung Unit Bola Jaring yang terdiri daripada 25 orang
murid perempuan dan 4 orang guru telah dijalankan untuk memilih murid mengisi jawatan-
jawatan yang ditetapkan dan merancang aktiviti tahunan Unit Bola Jaring. Pengenalpastian bakat
telah dilaksanakan pada hujung tahun lepas dan pada tahun ini pemilihan wakil sekolah dalam
kalangan murid tahun 3,4,5 dan 6 telah dimulakan pada 22 Januari 2018.

Setelah pemilihan 14 orang murid dibuat,latihan bersama guru dan pasukan PIBG (Kaum
Ibu) yang diketuai oleh Pn Nor Saadah Bt Ahmad Shukri dilaksanakan bermula 6 Februari 2018
sehinggalah penyertaan sekolah untuk Kejohanan Bola Jaring MSSD Manjung pada 3 April 2018.

Sebagai persiapan menghadapi Kejohanan tersebut,Unit Bola Jaring telah membeli satu set
Bib Bola Jaring bernilai RM160 untuk kegunaan ketika perlawanan (Rujuk Kewangan) dan juga
menganjurkan perlawanan persahabatan menentang SK Lekir yang berakhir dengan kemenangan
SK Sg Tiram 18-0.

Walaubagaimanapun,penyertaan pasukan SK Sg Tiram di peringkat daerah yang diiringi


oleh guru pengiring dan jurulatih,Cik Nurul Afifah Bt Zainal Abidin,Pn Hjh Rohani Bt Abd
Majid dan Cik Norfarahafizah Bt Mohd Rasip berakhir di peringkat kumpulan sahaja dengan
memenangi hanya satu daripada 4 perlawanan, iaitu rekod yang lebih buruk berbanding tahun
lepas.

Antara faktor utama kegagalan pasukan Bola Jaring pada tahun ini untuk menyerlah
termasuklah:

1) Murid tidak biasa bermain di bawah panas terik matahari.Hal ini menguji fokus dan
stamina murid yang selama ini berlatih di gelanggang ARENA yang berbumbung
2) Ketiadaan penjaring berkebolehan dan faktor ketinggian jaring telah dinaikkan daripada
8m ke 10m
3) Kesalahan contact dan bahagian serangan yang lemah walaupun banyak peluang dapat
dibuat tetapi disudahi dengan kesilapan kecil.

Adalah diharapkan pada tahun hadapan pencapaian Pasukan Bola Jaring SK Sg Tiram
dapat dipertingkatkan dengan memperbaiki kelemahan-kelemahan ini dan menggunakan
peluang yang ada dengan lebih baik.
Disediakan oleh Disemak oleh

.......................................... ..........................................
(CIK NURUL AFIFAH BT ZAINAL ABIDIN) (PN RAMLAH BT MUSA)
Ketua Unit Permainan Bola Jaring Penolong Kanan Kokurikulum
SK Sg Tiram SK Sg Tiram

Anda mungkin juga menyukai