Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN DAN KELULUSAN

MESYUARAT KHAS KALI KE-1/2021


LEMBAGA PENGURUSAN MADRASAH TAHFIZ DESA WARISAN

PERJALANAN OPERASI PERSEKOLAHAN , PEMBELAJARAN TAHFIZ HARIAN & TAHFIZ ASRAMA


MADRASAH TAHFIZ DESA WARISAN

1. TUJUAN

Kertas ini dikemukakan adalah bertujuan untuk memohon kelulusan daripada ahli Lembaga
Pengurusan Madrasah Tahfiz Desa Warisan bagi menentukan perjalanan operasi
persekolahan dan pembelajaran di Madrasah Tahfiz Desa Warisan .

2. PENGENALAN

2.1 Madrasah Desa Warisan adalah sebuah insitusi pendidikan tahfiz yang
berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Johor .

2.2 Bermula pada tahun 2018 kesemua madrasah / maahad dan juga pondok di dalam
negeri Johor diwajibkan untuk mengikuti dan mematuhi standar Johor Tahfiz Quality
Assuran ( JTQA ).

2.3 Setiap insitusi madrasah dan sekolah pasti mempunyai perancangan dan sasaran
pembelajaran bagi para pelajar maka satu perancangan dan ketetapan perlu
diputuskan agar visi dan misi madrasah dapat di jayakan.

3. OBJEKTIF

3.1 Menentukan dan menetapkan waktu operasi pengurusan sekolah.

3.2 Menentukan dan menetapkan aliran persekolahan tahfiz harian dan tahfiz asrama.

3.3 Memanfaatkan dan meneruskan jariah serta infaq pewakaf / penyumbang.


4 CADANGAN PERJALANAN OPERASI PERSEKOLAHAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Tahfiz harian


4.2 Tahfiz berasrama

5 SASARAN JUMLAH KAPASITI PELAJAR

5.1 Sasaran 10 orang tahfiz harian .

5.2 Sasaran 20 orang pelajar tahfiz berasrama.

6 WAKTU PENGOPERASIAN PERSEKOLAHAN

6.1 Tahfiz harian - bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang


Kelas itensif Al Quran - bermula 8.00 – 9.00 malam ( pilihan )

6.2 Tahfiz asrama - mengikut jadual harian pelajar asrama

7 MODEL TAHFIZ

7.1 Tahfiz Akademik ( 3 tahun hafazan Al Quran + 2 tahun SPM )

7.2 Kaedah hafazan ( Deobandy )

7.3 Pembelajaran kitab turath secara berkala .

8 PEGANGAN ALIRAN

8.1 Warga besar Madrasah Tahfiz Al Quran Desa Warisan mestilah berpegang pada aliran
Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Al Asyairah & Al Maturidiyah .

9 PEMBANGUNAN INSAN

9.1 Mewujudkan aktiviti kokurikulum mingguan pada setiap hari rabu.


9.2 Mewujudkan acara sukan Sunnah secara berkala.

9.3 Mewujudkan bengkel dan kursus ibadah , kendiri mengikut takwim sekolah.

9.4 Mewajibkan pembelajaran kelas taranum , tajwid .

10 PERAKUAN
Adalah dengan hormatnya Ahli Lembaga Pengurusan Madrasah Tahfiz Al Quran Desa Warisan
dipohon :

10.1 Bersetuju dengan kesemua cadangan sepertimana butiran di atas .

11 PENUTUP

Semoga cadangan ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah demi kejayaan para pelajar
dan kegemilangan madrasah di masa akan datang.

Disediakan oleh :

……………………………………………
Mohd Sahril Bin Haji Surib

Anda mungkin juga menyukai