Anda di halaman 1dari 10

PERATURAN, TEKNIK DAN STRATEGI PERMAINAN

TEKNIK MEMEGANG FRISBEE

Pertama :

Kilas / Backhand :

1. Teknik yang mudah dan banyak digunakan semasa permainan frisbee


2. Genggam cakera dengan jari anda mengelilingi bawah cakera dan ibu jari berada di atas cakera (tetapi
dalam keadaan yang tidak lurus)
Kedua :

Balingan Depan / Forehand :

1. Teknik yang wajib diketahui dalam permainan Frisbee


2. Genggam cakera di tangan anda antara ibu jari dan jari telunjuk. Ibu jari anda perlu berada di atas cakera.
3. Jari tengah dan telunjuk hendaklah di atas bahagian dalam cakera.
4. Untuk kestabilan, lanjutkan jari telunjuk di tengah-tengah cakera.

TEKNIK "PASSING"

Pertama :
Kilas / Backhand :

1. Kaki anda perlu dibuka kira-kira lebar bahu dan selari dengan sasaran anda.
2. Pusingkan bahagian atas badan anda ke sasaran dan kaki digunakan untuk menyokong berat badan anda.
3. Kemudian, beralih berat badan anda ke hadapan dengan langkah , putar bahagian atas badan ke arah
sasaran dan ayunkan lengan tahap yang sesuai untuk menetapi sasaran.
4. Sentap pergelangan tangan anda melepaskan cakera pada sasaran anda untuk meletakkan lebih banyak
spin di atasnya. Gerakan ini yang sama seperti menyentap tuala.

Kedua :

Balingan Depan / Forehand :

• Kaki anda harus dibuka selebar bahu dan anda harus berhadapan dengan penerima.
• Mulakan dengan berat badan anda beralih kepada kaki anda.
• Kebelakangkan sedikit lengan anda dan cakera.
• Alihkan berat badan ke badan dan ini akan menjadikan badan, bahu dan lengan ke hadapan kerana anda
akan menyentap pergelangan tangan dan melepaskan cakera kepada sasaran anda (penerima)
TEKNIK "BLOCKING"

Pertama :

Kedua :
TEKNIK MENANGKAP FRISBEE

Apabila frisbee pada paras pinggang :

Boleh ditangkap dari arah depan atau sisi, dengan kedua - dua belah tangan atau sebelah tangan :
Apabila frisbee pada paras atas kepala :

Boleh ditangkap menggunakan satu tangan dengan loncatan untuk mencapai frisbee :
Permainan Ultimate Frisbee sebenarnya masih lagi asing di Malaysia.

Berikut adalah info serba ringkas berkaitan permainan tersebut.

1. Sebanyak 7 pemain bagi setiap pasukan yang akan bertarung (7 sebelah)


2. Ultimate Frisbee bermula pada tahun 1968 di Maplewood, New Jersey oleh beberapa orang pelajar sekolah
menengah di Columbia dan kemudian dikembangkan sebagai permainan baru sebagai aktiviti di waktu
petang.
3. Ultimate Frisbee adalah sukan tanpa sentuhan (noncontact) yang pantas dan dimainkan oleh dua pasukan
yang terdiri dari tujuh orang sepasukan. Objektif permainan ialah untuk membaling disk dari pasukan sendiri
sehingga ianya ditangkap oleh pasukan sendiri di dalam zon hujung pihak lawan.
4. Permainan ini menggabungkan beberapa elemen dari sukan lain seperti berlari dalam permainan bola
sepak; melompat, menghantar, gerak kaki dalam permainan bola jaring, tukar peranan (turnover) dari
menyerang kepada bertahan dalam permainan bola keranjang.
5. Di Malaysia Ultimate Frisbee telah dimainkan beberapa tahun dahulu tetapi hanya di kalangan warga asing
yang menetap di Kuala Lumpur yang mempelajarinya dari negara asal mereka.
6. Ultimate Frisbee telah dipertandingkan di Kejohanan Dunia dan sedang menunggu kebenaran Badan
Olimpik Antarabangsa untuk menyertai Olimpik.

PADANG PERMAINAN

1. Padang adalah berbentuk segi empat tepat di mana terdapat kawasan jaringan gol di
penghujung padang“zon hujung” (end zone).
2. Ukuran padang :
3. Kawasan padang hendaklah rata dan bebas daripada sebarang halangan.
4. Garisan gol adalah garisan yang memisahkan kawasan permainan dari kawasan mendapatkan mata di zon
hujung.
5. Setiap zon hujung hendaklah ditandakan dengan kon atau skitel yang berwarna cerah.

PERALATAN

1. Alatan utama yang digunakan dalam Ultimate Frisbee ialah Disk seberat 175 gram dan diperakui sah oleh
Ultimate Players Association (UPA).
2. Pakaian yang dipakai hendaklah sesuai dan tidak membahayakan diri sendiri dan pemain lain.
3. Setiap pemain dalam satu pasukan hendaklah memakai uniform atau jersi yang sama dan mempunyai
nombor di bahagian belakang bajunya.
PERTUKARAN PEMAIN

Pertukaran hanya dibenarkan sekiranya:


1. Selepas jaringan mata
2. Sebelum separuh masa pertama dan kedua
3. Menggantikan pemain yang cedera
POSISI

1. Adalah menjadi tanggungjawab pemain untuk mengelak sentuhan fizikal dalam apa cara sekalipun.
2. Setiap pemain berhak mengambil posisi di mana-mana dalam kawasan permainan yang tidak diduduki
oleh pemain lawan. Jika kawasan lain sudah dipenuhi maka pemain boleh mengambil posisi dengan bebas
tanpa bersentuhan dengan pihak lawan.
3. Seorang pemain yang melompat berhak mendarat di tempat yang sama tanpa dihalang oleh pihak lawan.

SKOR / JARINGAN GOL / KUTIPAN MATA

1. Gol dikira apabila seorang pemain menangkap hantaran yang sah dalam kawasan zon hujung pihak lawan.
2. Kaki mendarat pemain yang menerima disk dalam kawasan zon hujung mesti berada dalam kawasan zon
hujung pihak lawan
3. Pemain tidak dibenarkan berlari membawa disk ke dalam kawasan zon hujung.
4. Jika seorang pemain menerima disk di luar kawasan zon hujung dan menyebabkannya terjatuh dalam
kawasan zon hujung, pemain tersebut mesti membawa disk ke titik terdekat dengan zon hujung pihak
lawan dan membuat hantaran semula (restart).

TUKAR PERANAN (TURNOVERS / CHANGE POSSESSION)

1. Hantaran yang tidak gagal, diterima oleh pihak lawan, hantaran disk yang dihalang ataupun Luar Kawasan
(out-of-bound) akan menyebabkan disk bertukar peranan.
2. Disk dikira bertukar peranan apabila disk diterima oleh pihak lawan meskipun pihak lawan menjatuhkan disk
tersebut.
3. Perkara berikut mengakibatkan pertukaran peranan (turnover) dan permainan diberhentikan sementara.
a. Kiraan pengawal (stall count) mencapai angka maksimum (10 saat).
b. Disk dihulurkan (short pass) kepada rakan sepasukan.
c. Disk yang dihantar disambut semula oleh penghantar (thrower)
d. Penghantar (thrower) meminta Time-Out apabila Time-Out.Pasukan telah habis.
e. Pergerakan menghadang pasukan pertahanan dibantu oleh rakan sepasukannya (pick)

Anda mungkin juga menyukai