Anda di halaman 1dari 13

Isi Kandungan

Pendahuluan 1

Apa itu 1688.com? 5

Menukar bahasa 1688 dari Bahasa Cina ke English 6

Membuat search dan mencari produk di 1688 8

Membuat tempahan di 1688 – WAJIB BACA! 9


PENDAHULUAN

Pada masa penulisan eBook ini, ramai pemborong di luar sana sedang
ghairah menceritakan bagaimana memborong dari 1688.com ini sebenarnya
adalah jauh lebih murah berbanding memborong dari Taobao.

Hakikatnya tidak semudah itu.

Ramai pemborong di luar sana tidak menyedari bahawa 1688.com ini adalah
hanya untuk pengguna/pembeli/pemborong di China sahaja. Untuk
memborong dari 1688.com, kita perlu menggunakan perkhidmatan agen
memborong seperti AskMeBuy.

Agen-agen memborong ini mengenakan cas perkhidmatan sebanyak 8 - 15%,


menambahkan kos pada proses memborong kita.

Saya perlu melalui beberapa situasi dengan client saya dimana apabila
mereka membandingkan kos memborong direct di Taobao vs memborong di
1688 dengan menggunakan agen, mereka jimat lagi di Taobao!

Ramai client pemborong saya melihat 1688 dari pelbagai sudut.


Sesetengahnya melihat 1688 sebagai ‘lubuk menjimatkan service charge’.
Mereka membayar kos sama seperti memborong sendiri di Taobao, tetapi
mendapat support dan ketenangan kerana agen yang tolong urus.

Sesetengah pula melihat 1688 sebagai laman yang boleh dilawati ketika
membuat survey harga, tetapi mereka masih memborong di Taobao kalau
harga tidak jauh berbeza.

Pada pendapat saya, 1688 tidak semestinya lebih baik dari Taobao, dan
Taobao tidak semestinya lebih baik dari 1688.
Atas kesedaran inilah ebook ini ditulis – untuk menerangkan situasi di atas,
dan juga untuk memberi sidang pembaca Rahsia Taobao satu lagi alternatif
untuk survey produk ketika memborong.

eBook ini ditulis untuk menerangkan 1688.com secara ringkas, proses


menukar bahasa, dan juga bagaimana untuk menggunakan AskMeBuy untuk
membantu memborong di 1688.

Harapan saya adalah anda dapat memahami dengan lebih mendalam


berkenaan 1688 ini.

Selamat membaca!

Rakan Niaga Anda,

Nigel Ong
Apa itu 1688.com?

Secara asasnya, 1688.com adalah satu lagi laman untuk menjalankan proses
memborong di China. Seperti Taobao, TMall, AliExpress, Alibaba, 1688.com
ini juga dimiliki oleh Alibaba Group, syarikat eCommerce gergasi yang
dipimpin oleh Jack Ma.

Jika Alibaba adalah platform B2B (business to business) untuk


menghubungkan pengilang China dengan pemborong luar negara, 1688.com
ini pula menjalankan fungsi yang sama (B2B juga), tetapi hanya untuk
pemborong dari China.

1688 juga berbeza dengan Taobao yang lebih berkonsepkan B2C atau C2C
(Business to consumer atau Consumer to Consumer).

Kerana fokus 1688 yang lebih pada bisnes, maka dalam banyak situasi, anda
boleh berjumpah produk yang diingini pada harga yang murah di sini.
Jom kita tengok bagaimana untuk menukar website 1688 ini kepada English.

Menukar 1688.com dari Bahasa Cina ke English

1688.com ini berfokus hanya dalam kawasan China sahaja, maka atas sebab
itulah mereka tidak menyediakan website ini dalah bahasa Inggeris, berbeza
dengan Alibaba atau AliExpress.

Secara asasnya, kita akan bergantung kepada Google Translate. Sebelum


kita bermula, pastikan anda menggunakan web browser Google Chrome.
Pastikan juga yang anda sedang menggunakan versi Google Chrome yang
terkini.

1. Layari 1688.com

2. Right Click pada mana-mana bahagian kosong pada page, dan pilih
opsyen ‘Translate to English’
3. Selesai! 1688.com kini berbahasa Inggeris!
Kaedah EMAS membuat search untuk produk dalam Bahasa
Cina di 1688.com

Hampir semua pembaca Rahsia Taobao ini tidak mahir Bahasa Cina, jadi
ramai menghadapi masalah untuk membuat search di Taobao atau 1688.

Jika anda ‘main terjah’ sahaja dan membuat search dalam English, anda tidak
akan mendapat hasil carian yang baik, mungkin beberapa sellers sahaja yang
akan muncul.

Oleh sebab itu, kita akan menggunakan bantuan website ini – Free Shopping
China.

Seperti biasa, pastikan anda menggunakan Google Chrome versi terkini


ketika membuat search.

1. Layari FreeChinaShopping.com

2. Perhatikan interface di sebelah atas kiri page. Kita akan menggunakan


translation tools mereka ini.
a. Pilih ‘English’ di ruangan ‘Your Language’
b. Inputkan produk carian anda.
c. Pilih 1688.com
d. Klik ‘search’

3. Selesai! Perhatikan bagaimana 1688.com membuat carian dalam


Bahasa Cina untuk anda!
Menggunakan AskMeBuy untuk memborong dari 1688.com

Pada tahap ini, mungkin anda sudah survey di Taobao, dan mendapati anda
lebih jimat jika memborong dari 1688.

Masalah dengan memborong dari 1688 ini adalah sellers di sini tidak
berurusan dengan pembeli/pemborong dari luar China.

Jadi anda perlukan khidmat agen pemborong.

Pada eBook Rahsia Taobao, saya mencadangkan anda untuk menggunakan


AskMeBuy kerana ia mempunyai interface dalam Bahasa Melayu, selain
mempunyai service yang baik dan service charge yang berpatutan.

Selain itu, AskMeBuy juga boleh menguruskan borongan anda dari 1688.

Untuk demonstrasi ini, kita akan memborong 25 pasang sarung tangan MMA.

1. Layari dan login di AskMeBuy.com

2. Pilih ‘Taobao Order’ dari menu pilihan.


3. Pilih ‘Other China Website’.

4. Di borang order, isikan dengan informasi yang berkaitan.

Seller. Dapatkan nama dan identity seller di ruangan bawah


produk, biasanya berwarna kelabu. Copy dan paste ke ruangan
di borang AskMeBuy
Item Title. Dapatkan tajuk produk di bahagian atas product
page.

Item Address. Copy URL link product page tersebut dan paste
di borang AskMeBuy

Size/Colour. Nyatakan saiz dan warna yang dikehendaki di sini.

Remark. Ada apa-apa permintaan khas? Tuliskan di sini. Saya


suka meminta supaya produk diperiksa dahulu sebelum dikirim,
atau mengucapkan terima kasih pada seller dan AskMeBuy

5. Tekan review order di akhir borang. Periksa dan buat perkiraan pada
sebut harga yang diberikan oleh AskMeBuy. Jika berpuas hati, tekan
‘Submit Order’
6. Selesai! Anda telah berjaya memborong dari 1688.com dengan
bantuan AskMeBuy!

Anda mungkin juga menyukai