ِ ال َّسالَ ُم عَ َل ْي ُك ْم َورَ حْ َم ُة هللا َوبَرَ َكا ُته Abu Hurairah رَ ضِ يَ هَّللا ُ عَ ْن ُهpernah bercerita, “Demi Allah..! Terkadang aku menekan perut ke tanah kerana sangat lapar..! Terkadang juga aku mengganjal perutku dengan batu..!" Pada suatu hari, Aku duduk di pinggir jalan yang biasanya dilalui oleh Para Sahabat رَ ضِ يَ هَّللا ُ عَ ْن ُه..! Tiba-tiba Saidina Abu Bakar رَ ضِ يَ هَّللا ُ عَ ْن ُهpun lewat di situ. Maka aku bertanya mengenai salah satu ayat Al-Qur’an..!" Padahal sebenarnya aku tidak semata-mata bertanya Beliau رَ ضِ يَ هَّللا ُ عَ ْن ُه melainkan dengan harapan supaya dia mengajak aku ke rumahnya..! Tetapi Abu Bakar رَ ضِ يَ هَّللا ُ عَ ْن ُهtidak pula mengajakku..!" Kemudian Saidina Umar رَ ضِ يَ هَّللا ُ عَ ْن ُهpula lewat di tempat itu..! Kepadanya juga aku buat-buat bertanya mengenai ayat Al-Qur’an, dengan harapan dia akan mengajakku ke rumahnya..! Tetapi Saidina Umar رَ ضِ يَ هَّللا ُ عَ ْن ُهpun tidak mengajakku..!"* "Tidak lama kemudian Rasulullah ﷺlewat di tempat itu. Ketika Baginda ﷺmelihat raut wajahku, Baginda ﷺmemahami apa yang ada dalam hatiku.!" Maka Baginda ﷺberkata, “Wahai Abu Hurairah..! Ke marilah..! Aku menyahut, “Labbaik ya Rasulullah..!” Nabi ﷺberkata, “Marilah ikutku..!” Ketika sampai di rumah Baginda ﷺ, aku minta izin untuk masuk, Baginda ﷺmengizinkan aku masuk. Di dalam rumah, aku melihat ada semangkok susu. Lalu Rasulullah ﷺbertanya kepada keluarganya, “Dari mana kamu dapat susu ini..?” Keluarga Baginda ﷺmenjawab, “Ada seseorang menghantarnya ke mari sebagai hadiah untuk kita..!" Nabi ﷺberkata padaku, “Wahai Abu Hurairah..! Pergilah kepada ahli Suffah dan panggillah mereka ke sini..!" Abu Hurairah رَ ضِ يَ هَّللا ُ عَ ْن ُهberkata bahwa ahli Suffah adalah para tetamu Islam yang tidak mempunyai rumah dan juga tidak mempunyai harta benda. Apabila ada suatu HADIAH datang kepada Rasulullah ﷺ maka sebagian dimakan oleh Nabi ﷺdan sebagian lagi diberikan kepada ahli suffah. Apabila sesuatu yang datang kepada Baginda ﷺsebagai SEDEKAH, maka Baginda ﷺ tidak memakannya melainkan memberikan semuanya kepada ahli suffah. Ketika aku disuruh memanggil ahli suffah, aku merasa sedih hati, karena sebenarnya aku sangat berharap dapat minum susu tersebut, untuk pulihkan tenagaku untuk sehari semalam..! Sedangkan aku disuruh Rasulullah ﷺuntuk memanggil mereka. Jika mereka datang, maka pasti aku di suruh beri susu itu kepada mereka..! Mereka semua akan meminumnya sehingga tidak akan ada yang tinggal lagi untukku. Akan tetapi tidak ada jalan lain selain taat kepada Allah ﷻdan Rasul-Nya. Aku lalu pergi memanggil mereka. Mereka datang dan meminta izin masuk dan duduk di tempat masing-masing. Kemudian Rasulullah ﷺberkata, Wahai Abu Hurairah..! Ambillah susu itu dan berikan kepada mereka..! Akupun mengambil mangkok susu itu dan memberikannya kepada mereka. Mereka secara bergantian meminumnya hingga kenyang, dan aku memberikan hingga kepada orang yang terakhir di antara mereka. Setelah selesai, aku serahkan kembali mangkok susu itu kepada Rasulullah ﷺ..! Baginda ﷺmenerimanya yang ternyata di dalam mangkok itu masih ada susu lagi. Kemudian Nabi ﷺmengangkat kepalanya melihat ke arahku sambil tersenyum dan berkata, “Wahai Abu Hurairah..! Kini tinggal aku dan kamu..!" Aku menjawab, “Engkau benar ya Rasulullah..!" Baginda ﷺberkata, “Sekarang duduk dan minumlah..!” Maka aku pun duduk dan minum susu itu sepuasnya. Nabi ﷺmenyuruhku minum lagi. Aku pun minum lagi. Baginda ﷺterus menyuruhku untuk meminumnya lagi..!* Sehingga aku berkata, “Cukup..! Demi Dzat yang telah mengutus engkau dengan kebenaran, tidak ada lagi tempat yang kosong dalam perutku..!" Rasulullah ﷺpun berkata, “Baiklah, berikanlah mangkok itu padaku..!" Maka aku pun memberikan mangkok itu kepada Baginda ﷺ. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد Semoga bermanfaat Silahkan share "HR. Al- Bukhari"