Anda di halaman 1dari 1

TEMU BUAL BERSAMA USTAZAH RAHMAH

1. S : Sebagai pengenalan, boleh terangkan serba sedikit latar belakang dan pengalaman Ustaz/
Ustazah/En./Pn./Tn./Dr./Prof. Umur, Jantina, Jawatan dan Pengalaman Kerja.

R : Bismillahirahmanirahim, umur 27 tahun sebagai jawatan saya sebagai guru Tahfiz, jantina
perempuan pengalaman bekerja ni saya pernah ada pengalaman untuk mengajar di sebuah
madrasah di Melaka sebagai nazirah dan tahfiz, dan juga ada pengalaman untuk mengajar
kitab. Jawatan di Madrasah Tahfiz Al Jauhar adalah sebagai Guru Tahfiz.

2. S : Pada pendapat anda, adakah releven kemahiran teknik dan vokasional diterapkan di
institusi pendidikan tahfiz di Malaysia ?-apakah yang menyebabkan perkara ini releven atau
tidak.?

R : pada saya, perkara ini perlu ada kerana pelajar banat memerlukan kemahiran-kemahiran
tertentu di dalam kehidupan seharian khususnya bidang ekonomi rumah tangga.

3. S : Apakah bidang kemahiran yang paling sesuai diterapkan dikalangan pelajar tahfiz
berkaitan teknik dan vokasional.?-apakah contoh kemahiran yang sesuai dijalankan ?

R : memasak menjahit, Di Madrasah Tahfiz Al Jauhar Juga ada diterapkan ilmu bercucuk
tanam, pendedahan kepada penjagaan kebersihan, penyediaan makanan dan lain-lain.

4. S : Adakah madrasah/ma’ahad bersedia untuk menjalankan pendidikan kemahiran kepada


pelajar ? –nyatakan contoh kesediaan madrasah/ ma’ahad dalam melaksanakan modul
kemahiran.?

R : Buat masa sekarang jika terdapat kemahiran tertentu, maka madrasah boleh sediakan.
Contoh pelajar akan ada aktiviti memasak secara harian untuk mereka. Contoh enam belas
orang pelajar kita akan digilir-gilirkan mengikut jadual bagi urusan penyediaan makanan.
Dibantu dan dipantau oleh tukang masak madrasah. Satu hari tu kita bahagikanlah kumpulan,
satu hari dua orang yang memasak. Pertanian ni biasa kita memang dah sedia maklum ada
tanaman-tanaman dekat belakang tu jadi kita kerjanya untuk merawat. Letak baja Kalau ada
rumput rumput tumbuh tu kita merawat je. Bagi aktiviti dan kemahiran jahitan madrasah akan
sediakan tempat dan peralatan.

5. S : Adakah terdapat sebarang maklumat atau pendapat tambahan yang ingin dikongsikan
berkaitan dengan bidang kemahiran dan vokasional ?

R : bidang kemahiran kemahiran ni sangat bagus untuk pelajar-pelajar agar pelajar itu sendiri
didedahkan dengan kerja-kerja memasak, pengurusan kebersihan dan bercucuk tanam
walaupun mungkin tak belajar kat tempat lain bila dekat madrasah kemahiran pelajar akan
diasah kerana apabila pelajar balik ke rumah maka mereka akan tahu sendiri cara-cara masak,
bercucuk tanam kena ada baja dengan ada keperluan-keperluan tertentu.

Anda mungkin juga menyukai