Anda di halaman 1dari 4

Isnin | 17 Januari 2022

Jelajah 45 negara naik kereta api hasil jual kuih


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/182559/EDISI/Jelajah-45-negara-naik-
kereta-api-hasil-jual-kuih

Mohd Faizal merasai pengalaman menaiki kereta api laju di Shanghai


yang bergerak sejauh 431km/ sejam.
SUNGAI PETANI - Seorang penyelia teknikal di sebuah syarikat
sanggup melepaskan jawatan semata-mata mahu memenuhi
hobinya dengan melakukan pengembaraan solo menggunakan
kereta api.

Mohd Faizal Che Ani, 48, kini mengusahakan kuih-muih tradisional di


mana hasil jualan membolehkannya menjelajah ke 45 buah negara
sejak 2012.
Beliau yang sebelum ini bertugas di Pulau Pinang meletakkan sasaran
memasarkan sekurang-kurangnya 1,000 biji kuih sehari antaranya
popia, lepat pisang, kuih cara dan ketayap.

"Sebelum ini, pendapatan saya kira-kira RM3,000 sebulan namun


saya rasa susah jika nak teruskan dengan hobi ini kerana sukar minta
cuti sekiranya ingin mengembara, jadi saya ambil keputusan berhenti
kerja.
"Hasil yang diperoleh dengan jual kuih ini saya mula menabung
dengan harapan mampu meneruskan hobi ini," jelasnya.

Mohd Faizal yang berasal dari Melaka menjelaskan, pengorbanan


yang dilakukan 10 tahun lalu akhirnya berbaloi kerana kini berjaya
memperoleh pendapatan RM4,000 sebulan di mana RM1,000
daripadanya disimpan untuk hobi tersebut.
Mohd Faizal menabung melalui penjualan kuih yang diusahakan
sejak 10 tahun lalu dan antara kuih dihasilkannya bagi menampung
kehidupan dan menyimpan tabung untuk aktiviti hobinya.
"Setakat ini, saya telah pergi ke 45 buah negara antaranya Kemboja,
Vietnam, China, Mongolia, Sri Lanka dan Thailand serta merasai
pengalaman menaiki rangkaian kereta api terpanjang di dunia, Trans
Siberia yang melintasi hampir keseluruhan Rusia sepanjang 9,200
kilometer.

"Kebiasaannya perjalanan saya mengambil masa antara tujuh hingga


50 hari bergantung kepada lokasi dan jarak serta memerlukan
simpanan sehingga RM15,000.

"Selalunya apabila sampai ke sesebuah bandar, saya akan berhenti


dan bermalam untuk menikmati keindahan selain mengenali budaya,
kehidupan Muslim dan masyarakat setempat sebelum meneruskan
perjalanan," ujarnya.

Menurutnya, tidak semua lokasi yang dijelajahinya itu mempunyai


perkhidmatan kereta api, di mana dia terpaksa menempuh halangan
untuk sampai ke sana.

"Pada 2017, ketika sampai di Bandar Ho Chin Minh, terdapat


runtuhan jambatan kereta api dan stesen berdekatan ditutup
menyebabkan saya terpaksa menggunakan teksi untuk ke stesen
berikutnya.
"Bagaimanapun, pemandu teksi itu mengenakan bayaran RM365
bagi perjalanan kira-kira 30 kilometer berbanding anggaran sebenar
RM50, jika tak bayar, dia akan burukkan saya sebagai rakyat
Malaysia," jelasnya.
Bagaikan pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pemandangan' itulah yang
membuatkan Mohd Faizal teruja setiap kali sampai ke sesebuah
destinasi biarpun terpaksa menempuh pelbagai dugaan.

Beliau tetap bersyukur sekali pun terpaksa berhabis ribuan ringgit


demi hobi tersebut namun telah memupuk sifat menabung,
berjimat-cermat dan berusaha gigih bagi mencapai sesuatu
matlamat.

"Harapan saya untuk menjelajah ke seluruh Amerika dengan


menggunakan kereta api tertangguh akibat pandemik Covid-19.
"Kini perjalanan terbaharu, saya akan ke utara, selatan dan timur
seluruh Malaysia serta singgah di sembilan destinasi dalam tempoh
10 hari, bermula Khamis ini," katanya.

Mohd Faizal menjelaskan, kesemua perjalanan dimuat naik menerusi


Facebook bernama Bsa Faisal Intl agar perkongsian dan ilmu tersebut
membawa manfaat kepada pengikut laman sosial berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai