Anda di halaman 1dari 7

2022 [CABARAN SEPAK TAKRAW KOTA SAMARAHAN (CTKS) EDISI KE-3]

PERSATUAN SEPAK TAKRAW BAHAGIAN SAMARAHAN (SDTA)


2022 [[CABARAN SEPAK TAKRAW KOTA SAMARAHAN (CTKS)
EDISI KE-3]

MENGETENGAHKAN BAKAT PEMAIN UNTUK BERSAING


1 DI PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI.

MENYEMAI SEMANGAT KEKITAAN DAN PERPADUAN


2 MELALUI SUKAN.

MEMARTABATKAN SUKAN WARISAN AGAR TERUS


3 POPULAR.

SDTA Page 2
2022 [[CABARAN SEPAK TAKRAW KOTA SAMARAHAN (CTKS)
EDISI KE-3]

PERATURAN
CABARAN SEPAK TAKRAW KOTA SAMARAHAN (CTKS)
EDISI KE-3

1. PENDAHULUAN
Sepak Takraw merupakan sukan yang diminati ramai dan melahirkan sinergi
kepada suburnya perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Mengambil kira kelebihan sukan ini di mata masyarakat, maka


Persatuan Sepak Takraw Bahagian Samarahan mengambil inisiatif untuk
menganjurkan Cabaran Sepak Takraw Kota Samarahan (CTKS) Edisi Ke-3
Tahun 2022. Edisi Ke-3 yang penuh ketangkasan, keberanian dan semangat
melawan ini akan kembali lagi dan dijadikan sebagai acara tahunan yang
pasti menjadi daya tarikan di Bahagian Samarahan saban tahun.

Cabaran Sepak Takraw Kota Samarahan memberi signifikan kepada


identiti Kota Samarahan sebagai Kota Ilmu dengan masyarakat yang sihat
dan progresif. Sukan yang membariskan bakat-bakat Samarahan, Sarawak
serta Kebangsaan diharap membuahkan perpaduan yang erat ke arah
memartabatkan sukan warisan ini.

2. GELARAN

2.1 Kejohanan sepak takraw ini dikenali sebagai CABARAN SEPAK


TAKRAW KOTA SAMARAHAN (CTKS) EDISI KE-3.

3. TEMA

“Takraw BerSinergi”

SDTA Page 3
2022 [[CABARAN SEPAK TAKRAW KOTA SAMARAHAN (CTKS)
EDISI KE-3]
4. FORMAT KEJOHANAN

4.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara regu dan format pertandingan
adalah secara LIGA KUMPULAN. ( 8 KUMPULAN )

4.2 JUARA & NAIB JUARA KUMPULAN sahaja yang layak ke pusingan
KALAH SINGKIR.

5. ANJURAN

5.1 Persatuan Sepak Takraw Bahagian Samarahan (SDTA) dengan


kerjasama Perbadanan Sukan Negeri Sarawak (SSC) dan
Divisional Tourism Task Group Samarahan.

6. TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN

6.1 Tarikh : 18 – 20 FEBRUARI 2022

6.2 Tempat : Stadium Tertutup, Kota Samarahan

6.3 Tarikh Tutup Penyertaan : 11.02.2022 @ 1700hrs (5.00 petang)

6.4 Tarikh Cabut Undi : 11.02.2022 @ 1700hrs (5.00 petang) di


Stadium Tertutup, Kota Samarahan.

7. PENYERTAAN DAN YURAN PERTANDINGAN

7.1 Pasukan yang akan menyertai kejohanan ini hendaklah mendaftar


terlebih dahulu dengan menggunakan borang pendaftaran yang
disediakan. (Lampiran 1)

7.2 Yuran pertandingan adalah RM150.00 untuk satu regu.

7.3 Setiap pegawai dan pemain adalah tertakluk kepada SOP (COVID-19)
yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
Sarawak (SDMC) seperti WAJIB mengambil suhu badan sebelum
masuk ke dewan, menggunakan pelitup hidung dan mulut dan
penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

SDTA Page 4
2022 [[CABARAN SEPAK TAKRAW KOTA SAMARAHAN (CTKS)
EDISI KE-3]
8. KELAYAKAN DAN PENDAFTARAN PEMAIN

8.1 Terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja.

8.2 Setiap regu hendaklah terdiri daripada seorang pengurus, seorang


jurulatih dan 3 orang pemain serta 2 pemain simpanan (jika ada).

8.2.1 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu sahaja.

8.3 Setiap regu yang berdaftar hanya dibenarkan untuk mendaftar


seorang sahaja pemain di dalam gelanggang yang pernah
mewakili Malaysia (Pemain Kebangsaan).
8.4 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana regu gagal mematuhi
peraturan yang ditetapkan, PIHAK PENGANJUR BERHAK
MEMBATALKAN PENYERTAAN REGU BERKENAAN DARI
MENYERTAI KEJOHANAN INI.

8.5 Pendaftaran pemain hendaklah dihantar ke meja urusetia selewat-


lewatnya 15 minit sebelum perlawanan dijalankan.

8.6 Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

9. HADIAH
Cabaran Sepak Takraw Kota Samarahan 2022 ini menyediakan hadiah
seperti berikut:-

9.1 Johan ● RM 4000.00 Tunai


● Piala Pusingan YB Hajah
Rubiah bt Haji Wang
● 1 Piala Iringan & Medal
9.2 Naib Johan ● RM 2000.00 Tunai
● 1 Piala Iringan & Medal
9.3 Ketiga Bersama ● RM 700.00 Tunai x 2
● 1 Piala Iringan x 2 &
Medal

9.4 Tekong Terbaik

9.5 Apit Kiri Terbaik

9.6 Apit Kanan Terbaik

SDTA Page 5
2022 [[CABARAN SEPAK TAKRAW KOTA SAMARAHAN (CTKS)
EDISI KE-3]
10. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
10.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat
perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

10.2 Semua regu dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat
pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

10.3 Pasukan yang gagal berada ditempat permainan selepas 15 minit


daripada masa yang telah ditetapkan, akan dikira terbatal (walkover),
dan pasukan tersebut akan dikira kalah.

10.4 Semua regu / pasukan yang bertanding hendaklah memakai jersi yang
seragam dan mempunyai nombor di hadapan dan belakang jersi.

10.5 Tarikh, masa dan tempat pertandingan yang telah ditetapkan /


dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubahsuai
oleh pasukan atau regu yang mengambil bahagian.

10.6 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah


sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada regu yang terlibat
atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu

10.7 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua


Pengadil 15 minit sebelum pertandingan dan apabila telah disahkan,
TIDAK BOLEH DIUBAH dalam keadaan apa sekali pun.

10.8 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan


sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

10.9 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan


menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 500.00 tidak lewat
dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

10.10 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah


Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan
jawatankuasa ini adalah muktamad.

10.11 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh
Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu
keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan
rayuan atau bantahan tersebut.

10.12 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya
rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

10.13 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh
penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang
akan bertanding.

10.14 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

SDTA Page 6
2022 [[CABARAN SEPAK TAKRAW KOTA SAMARAHAN (CTKS)
EDISI KE-3]
11. UNDANG-UNDANG

11.1 Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang


Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

12. PENGADIL

12.1 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari


Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang diketuai oleh seorang
Ketua Pengadil.

13. PERATURAN AM

13.1 Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh undang-
undang, syarat penyertaan dan pertandingan atau mana-mana
peraturan, ianya akan diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan
amalan biasa yang diterima umum.

13.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan


Penganjur Kejohanan Cabaran Sepak Takraw Kota Samarahan
(CTKS) Edisi Ke-3 adalah muktamad.

13.3 Penganjur kejohanan berhak mengubah mana-mana peraturan am,


syarat penyertaan dan syarat pertandingan serta jadual permainan di
saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tanpa
perlu memberitahu pasukan-pasukan yang bertanding.

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi


Encik Naser bin Ramli – 013 8474341
Encik Nurudin bin Pawi – 017 3394149
Encik Aziman bin Samat – 019 4670004
Encik Zamri bin Boserah – 013 8801764
Encik Ishak bin Ner – 019 8784473

SDTA Page 7

Anda mungkin juga menyukai