Anda di halaman 1dari 2

Penilaian Berterusan I (AIB/AID 1006)

1. Jelaskan isu bias dalam persampelan dengan menggunakan contoh kajian kuantitatif alam sekitar

yang sesuai

Isu bias merupakan sesuatu isu yang perlu dielakkan apabila mengambil
persampelan ke atas sesuatu. Persampelan yang betul dan tepat adalah dipilih dengan
menggunakan cara yang tidak berat sebelah terhadap sesuatu individu ataupun bias
terhadap sesuatu. Hal ini kerana, isu ini akan berlaku apabila pengkaji memihak terhadap
sesuatu individu dalam sesebuah populasi. Hal ini dianggap persampelan yang tidak betul
dan tidak saksama. Keadaan ini berlaku kerana terdapat beberapa individu yang tidak
mendapat hal yang sama rata dengan semua pihak. Sebagai contoh, apabila mengambil
persampelan penduduk di sesuatu kawasan menggunakan borang soal selidik secara atas
talian, maka terdapat beberapa maklumat yang dapat kita perolehi darpada individu yang
tidak mempunyai capaian internet. Hal ini akan membawa kepada bias terhadap individu
tersebut dan nilai persampelan mungkin akan mengalami ketidaktepatan. Kesimpulannya,
persampelan yang baik adalah persampelan yang diambil dengan telus dan tidak bias.

2. Jelaskan perbezaan utama di antara persampelan rawak mudah dan persampelan sistematik

dengan contoh yang sesuai

Persampelan rawak mudah ialah persampelan yang di ambil secara rawak dalam sesuatu
populasi. Teknik ini merupakan teknik yang memerlukan jangkauan kesemua jumlah populasi.
Namun, teknik ini dapat menjadi sangat cekap apabila populasi adalah kecil manakala persampelan
sistematik ialah persampelan yang diambil secara rawak menikut urutan yang setara. Teknik ini
merupakan teknik yang lebih cekap berbanding teknik rawak mudah kerana teknik persampelan
rawak mungkin mendapatkan hasil sampel yang berdekatan membuatkan ianya tidak cekap.
Terdapat perbezaan antara persampelan rawak mudah dan juga persampelan sistematik iaitu
persampelan rawak mudah memerlukan pemilihan secara berasingan manakala persampelan
sistematik tidak perlu. Hal ini kerana persampelan sistematik lebih efisyen kerana menggunakan
teknik pengiraan manakala persampelan rawak mudah tidak menggunakan pengiraan.

Selain itu, perbezaan teknik ini apabila kebarangkalian sama dipilih mungkin akan berlaku.
Hal ini kerana, sampel ini akan berulang-ulang kali untuk mendapatkan hasil. Hal ini menunjukkan
ketidakcekapan sistem ini berbanding persampelan sistematik. Hal ini kerana persampelan sistematik
menggunakan perkiraan yang menyebabkan sampel yang di ambil secara berulang-ulang kali
mungkin tidak akan berlaku.

Kesimpulannya, persampelan sistematik merupakan persampelan yang lebih baik dan cekap
jika sampel yang besar dan kuantiti yang banyak berbanding persampelan rawak mudah kerana
ianya lebih mudah dan teratur untuk menjalankan sesebuah persampelan.
3. Anda sedang menjalankan kajian soal-selidik di kalangan pekerja sesebuah institusi untuk

memahami persepsi mereka tentang pemuliharaan alam sekitar. Syarikat tersebut mempunyai

360 orang pekerja, dibahagikan kepada jawatan berikut:

a. Pengurus 36 orang

b. Penyelidik 54 orang

c. Jurutera 90 orang

d. Pembantu teknik 180 orang

Dengan menggunakan persampelan rawak berstrata untuk memilih 20 orang responden, kirakan

saiz sampel setiap strata. Tunjukkan pengiraan anda

pengurus = 36 / 360 x 100 = 10

= 10 / 100 x 20 = 2 orang

Penyelidik = 54 / 360 x 100 = 15

= 15 / 100 x 20 = 3 orang

Jurutera = 90 / 360 x 100 = 25

= 25 / 100 x 20 = 5 orang

Pembantu teknik = 180 / 360 x 100 = 50

= 50 / 100 x 20 = 10 orang

Anda mungkin juga menyukai