Anda di halaman 1dari 1

AKTIVITI PDPC ABAD KE-21 (PAK-21)

1. Human Graphing (Graf Manusia)


Murid bergerak mengikut kumpulan dan membentuk corak / pattern tertentu supaya topik
mudah difahami

2. Video Clips (Klip Video)


Menggunakan klip video dengan menggunakan soalan-soalan yang diberikan.

3. Using Large Picture Card ( Gambar /photo besar )


Penggunaan gambar atau foto dalam PdPc.

4. I See, I Think, I Wonder (Saya lihat, Saya fikir dan saya bertanya)
Dengan menggunakan gambar / objek murid diminta :
a) Senaraikan / bincang apa yang mereka lihat (see)
b) Fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan kehidupan seharian / lain-lain perkara
(think)
c) Bertanya soalan-soalan berkaitan apa yang telah dipelajari sebelum ini.(wonder)

5. Recap Group (Mengulangi / mengingat semula)


Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara lisan apa yang telah dipelajari
sebelum ini.

6. Rocket writing (Penulisan pantas)


Jangka masa diberi (contohnya 5 minit) untuk murid menulis apa yang mereka tahu
berkenaan dengan topik / soalan yang diberi.

7. Y chart (Carta Y)
Tiga keping kertas ditampal dalam bentuk Y dan pada setiap kertas ditulis soalan yang
berbeza untuk murid menulis jawapan mereka.

Anda mungkin juga menyukai