Anda di halaman 1dari 4

Unit Penyejukan Dan Penyamanan Udara

Kolej Komuniti Rompin

Unit Pengagih Udara (AIR HANDLING UNITS – AHU)


• Udara daripada sistem perlu diagihkan kepada sesuatu ruang bagi memberikan
keselesaan kepada pengguna atau manusia yang menerima udara tersebut. • Bagi
tujuan ini halaju, suhu, dan bentuk peredaran udara tersebut hendaklah dilaraskan pada
nilai tertentu.

FUNGSI PENGAGIHAN UDARA ( AHU)

1. Untuk membawa udara ke ruang dengan kadar kehilangan haba,


kebocoran dan kebisingan yang minimum.
2. Untuk mengawal suhu ruang secara seimbang, sama ada kehilangan atau
gandaan haba melalui dinding atau permukaan tingkap, lampu, cahaya
matahari dan beban penghuni/manusia.
3. Untuk mengawal suhu ruang secara seimbang, sama ada kehilangan atau
gandaan haba melalui dinding atau permukaan tingkap, lampu, cahaya
matahari dan beban penghuni/manusia.
4. 4. Untuk memberikan keseimbangan sistem bagi menetapkan pengaliran
udara dan suhu atau untuk melaraskan sistem agar bersesuaian dengan
beban haba.

CARA PENGAGIHAN UDARA

1. Sehala
2. 2 hala
3. 3 hala
Unit Penyejukan Dan Penyamanan Udara
Kolej Komuniti Rompin

KOMPONEN PENGAGIHAN UDARA

1. Salur udara (ducting)

2. Kipas (fan)

3. Peresap udara (diffuser)

4. Perendam/penghala udara (damper)

5. Kekisi udara

Material/bahan yang digunakan untuk membuat salur udara :

1. Kepingan besi bergalvani

2. GI sheet

3. Aluminium

4. Fabrik
Unit Penyejukan Dan Penyamanan Udara
Kolej Komuniti Rompin

Apabila anda melakukan penyelenggaraan terhadap AHU, anda mestilah mempunyai


senarai semak penyelenggaraan (maintenance checklist). Ianya sangat penting bagi
menjamin semua kerja penyelenggaraan yang sepatutnya dilakukan telah
dilaksanakan. Semua kerja penyelenggaraan adalah seperti di bawah:

1. Periksa semua bahagian: pertama sekali dalam senarai semak anda adalah


pemeriksaan terhadap semua bahagian yang terdapat dalam AHU tersebut.
a. Periksa damper udara
b. Gegelong penyejukan dan pemnasan serta injap beroperasi dengan
sempurna.
c. Pastikan talisawat motor dan skru berada dalam keadaan tegang dan
baik.
d. pastikan pengudaraan yang dihasilkan AHU menepati spesifikasi yang
ditetapkan.

2. Bersihkan : Perkara penting yang kedua adalah anda perlu memastikan semua
bahagian AHU tersebut berada dalam keadaan bersih dari sebarang kotoran dan
habuk. Pastikan gegelong pendingin berada dalam keadaan kering dan bebas
dari karat.

3. Penggantian komponen: Setiap kali penyelenggaraan dilakukan, pastikan


semua komponen AHU berfungsi dengan baik. Jika terdapat bunyi bising
semasa system beroperasi lakukan pemeriksaan rapid an tukarkan komponen
tersebut.
Unit Penyejukan Dan Penyamanan Udara
Kolej Komuniti Rompin

4. Bahagian-bahagian yang memerlukan perlinciran: Pastikan semua bahagian-


bahagian yang bergerak seperti galas (bearing) dan motor hendaklah di lincirkan
supaya dapat beroperasi dengan licin dan tidak berlaku geseran.

5. Laporan penyelenggaraan: Apabila anda siap melakukan penyelengaraan


terhadap sesebuah unit AHU, pastikan laporang penyelenggaraan dibuat untuk
sebagai rujukan apabila berlaku permasalahan selepas penyelenggaraan
seterusnya.

CONTOH SENARAI SEMAK (CHECKLIST) PENYELENGGARAAN AHU.

Anda mungkin juga menyukai