Anda di halaman 1dari 4

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT

LAPORAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)

TAJUK Aplikasi Poll dalam Telegram


TARIKH 15 Februari 2021 (Isnin)
MASA 2.30 petang
TEMPAT Kediaman masing-masing (PLC melalui Streamyard)
STRATEGI PLC / ALAT Kumpulan Guru Bidang Teknik dan Vokasional
KOLABORATIF (Teacher Study Group, TSG)

AHLI KUMPULAN 1. Omelia binti Ormawi ( Penyelaras Program, GKMP TVET)


2. Siti Saudah binti Ngarbi (Moderator)
3. Raidah binti Abu Bakar (Fasilitator)
4. Semua guru yang turut serta
ISU/ MASALAH Guru kurang berkeyakinan untuk menggunakan poll dalam PDPr
kerana kurang kemahiran untuk menggunakannya.
OBJEKTIF 1. Guru dapat mempelajari cara untuk menggunakan poll dalam
PDPr terutamanya untuk mengambil kehadiran murid.

2. Guru dapat mengaplikasikan penggunaan poll dalam telegram.


PROSES PENDEKATAN PERKARA
PELAKSANAAN PLC RANCANG a. Bentuk kumpulan guru yang ingin belajar
(Plan) b. Ketua Bidang mengumpulkan maklumat
mengenai isu PDPr yang dilaporkan
guru-guru di dalam bidang.
c. Ketua Bidang menetapkan isu fokus,
masalah dan punca dengan berdasarkan
maklumat dan perbincangan dalaman
panitia semasa tempoh PKP.
LAKSANA a. GKMP TVET membimbing dan memberi
(D0) idea penambahbaikan isu fokus,
masalah dan punca yang dibincangkan
b. Mencadangkan intervensi dan program-
melalui penguasaan kemahiran ICT bagi
pemantapan aplikasi poll dalam telegram
memudahkan guru mengambil kehadiran
murid semasa sesi PDPr.
c. Mencatat kekuatan dan kelemahan
cadangan intervensi dan program
d. Buat rumusan dapatan secara kolektif
REFLEKSI a. Guru mencatat maklumat berkaitan
(Check) dengan masalah guru.
b. Guru membuat perbandingan semula
antara isu yang dicatat dengan rumusan
dapatan
c. Memutuskan intervensi dan program
untuk mengatasi isu berfokus
TINDAKAN a. Perkongsian amalan baik yang telah
(Action) dipersetujui dilaksanakan dalam bidang.
b. Kelemahan yang dapat dikesan perlu
ditambah baik
c. Amalan baik disebar luas

DAPATAN Aplikasi poll dalam telegram akan dapat membantu guru dalam
mengambil kehadiran murid dengan lebih mudah dan pantas.
Aplikasi ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk mengambil
kehadiran, malah boleh juga diaplikasikan dalam sesi pembelajaran
dan pengurusan di sekolah.

RUMUSAN Semua guru khususnya guru bidang TVET digalakkan


mengaplikasikan penggunaan poll semasa sesi PDPR kerana lebih
praktikal untuk dilaksanakan.
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT

LAPORAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)

ABSTRAK
Kehadiran murid semasa sesi PDPr tidak diuruskan dengan sistematik dan menyebabkan
pembaziran ruang sama ada di whatsapp atau telegram. Keadaan ini juga boleh
menimbulkan keadaan kurang senang dalam kalangan murid-murid atau ibu bapa kerana
kehadiran yang tidak diambil dengan sistematik menimbulkan kekeliruan.

Aplikasi poll dalam telegram adalah salah satu kaedah yang sesuai bagi mengatasi
masalah tersebut. Penggunaan poll dalam telegram bukan sahaja memudahkan, bahkan
menjimatkan masa dan juga ruang. Selain itu, aplikasi poll tidak terhad kepada mengambil
kehadiran sahaja, malah boleh juga digunakan untuk menghasillkan kuiz mudah. Di
samping itu, poll juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti pengurusan kelas dan
pentadbiran sekolah.

Semua guru digalakkan untuk menggunakan aplikasi poll dalam telegram untuk
memudahkan mereka sekali gus akan membantu guru menjalankan PDPr dengan lebih
berkesan dan sistematik.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH LAPORAN DISAHKAN OLEH:


NAMA: Raidah binti Abu Bakar NAMA:

JAWATAN: KP Sains Komputer JAWATAN: Ketua Bidang Teknik dan Vokasional


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT
LAPORAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)
LAMPIRAN GAMBAR
(sekurang-kurangnya 4 keping gambar dan keterangan gambar)

Poster hebahan pelaksanaan PLC


aplikasi Poll Dalam Telegram kepada
semua guru yang berminat.

Sesi PLC diadakan menggunakan


Streamyard dan berlangsung secara
live di youtube.

Link youtube :
https://youtu.be/CKoymCN1tH0

Fasilitator menyampaikan maklumat


tentang aplikasi poll dalam telegram
dan menunjuk cara penggunaannya.

Ahli PLC yang lain mencuba aplikasi


poll dalam telegram semasa sesi PLC
berlangsung , seterusnya berkongsi
poll tersebut ke dalam group PLC
dibina sementara bagi berkongsi
aktiviti semasa PLC dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai