Anda di halaman 1dari 5

Oleh

Amirul Udzir bin Azmi

Jabatan Kejuruteraan Geomatik

E mail: audzir2@utm.my , Hp: 013-7018441

Sistem kadaster diperkenalkan di Malaysia berasaskan kepada Sistem Torrens dimana


sebelum ini telah dipraktikkan di Australia Selatan oleh Sir Robert Torrens pada tahun 1958.
Ianya lebih menekankan kepada pembuktian hakmilik, menentukan pembeli dan penjual
yang sah, konsisten dengan maklumat transaksi yang asal serta dijamin oleh kerajaan
menerusi undang-undang apabila disangsikan. Sistem ini amat mementingkan garis
sempadan (bearing dan jarak) bagi setiap lot tanah yang ditentukan melalui proses
pengukuran yang boleh diterima pakai. Selaras dengan era perkembangan peralatan ukur
terkini seperti Sistem Penentududukan Sejagat (Global Positioning System, GPS) dan Total
Station disamping teknologi termaju seperti Teknologi Informasi dan Komunikasi
(Information and Communication Technology, ICT) dan Sistem Maklumat Geografi
(Geographic Information System, GIS) maka sistem kadaster negara perlu diselaraskan.Oleh
itu, Pihak kerajaan Malaysia melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah
memperkenalkan amalan eKadaster bagi menggantikan amalan kadaster secara
konvensional.

Menurut Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 5/2009, eKadaster merupakan
suatu sistem yang memanfaatkan teknologi ICT, GIS dan ukur masa kini bertujuan untuk
mempercepat dan memantapkan lagi sistem penyampaian ukur kadaster negara melalui
pengintergrasian sistem yang berkesan. Ianya melibatkan rombakan daripada proses kerja
ukuran konvensional Bowditch dan Transit kepada Survey Accurate Coordinate melalui
Pelarasan Ganda Dua Terkecil dan pewujudan Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit
Kebangsaan (NDCDB - National Digital Cadastral Database) serta Pangkalan Data Ukur
Strata / Stratum / Marin (PDUSSM). Pelaksanaan eKadaster adalah bertujuan memastikan
sistem penyampaian ukuran hakmilik tanah dapat disegerakan dan disiapkan dari tempoh
dua tahun kepada dua bulan.

Perlaksanaan ekadaster secara tidak langsung dapat mempercepatkan sistem penyampaian


ukur Kadaster negara selain meringkaskan proses kerja sedia ada berkaitan Kadaster. Ianya
membolehkan pelbagai teknik pengukuran Kadaster dapat dijalankan dimana selama ini
terbatas dengan kaedah yang lama seperti kutipan data kini boleh dilaksanakan dengan
menggunakan kaedah-kaedah Global Navigation Sattelite System (GNSS), terabas, radiasi,
persilangan, silangalikan atau gabungan kaedah yang dibenarkan oleh JUPEM pada
pekeliling yang diedarkan pada 2009. Selain itu, aplikasi sistem ekadaster ini telah
dibangunkan secara Web Base bagi membolehkan akses ke aplikasi dapat dibuat pada bila-
bila masa serta membolehkan pemprosesan hasil kerja di lapangan boleh dibuat secara
online. Dengan aplikasi Web Base ini, kelulusan dan tanda tangan berdigit dapat dibuat
secara online selain memudahkan urusan carian maklumat, semakan status kerja dan
penghantaran kerja. Disamping itu, perlakasanaan konsep pengukuran Survey Accurate
Coordinate dapat mengoptimumkan kaedah Pelarasan Ganda Dua Terkecil bagi
mendapatkan hasil kerja pengukuran yang lebih tepat Disebabkan itu, sistem unjuran
koordinat kini berubah kepada Cassini Soldner Geosentrik melalui GDM2000. Secara tidak
langsung konsep Survey Accurate Coordinate ini membolehkan kaedah pengukuran dibuat
secara Real Time Kinematik dan MyRTKNet yang dibangunkan oleh JUPEM.

Terdapat tiga komponen utama didalam merealisasikan e-kadaster supaya ianya berjaya
dan berjalan lancar selaras dengan kehendak negara dan JUPEM khasnya iaitu Sistem Ukur
Maya (SUM), Sistem Keutuhan Data Kadaster (SKDK) dan Sistem Kadaster Berkoordinat
(CCS). Sistem Ukur Maya ini mengubah metodologi kerja ukur melalui penggunaan peralatan
bantuan satelit di mana ianya menerima pakai kaedah Real-Time Kinematic (RTK Net) dan
menyokong komponen SKDK dan CCS.
Manakala Sistem Keutuhan Data Kadaster diwujudkan bertujuan memelihara kesahihan dan
integriti data PDUK yang sedia ada dan juga menguruskan `data message’ bagi Pangkalan
Ukur Data Kadaster (PDUK). Dengan demikian data-data sedia ada di jabatan sentiasa
dikemaskini dan dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa agar ianya selari dengan
perkembangan terkini. Sebelum Sistem Kadaster Berkoordinat (CCS) diperkenalakan,
Pangkalan Data Ukur Kadaster bersifat tempatan iaitu mengikut ORIGIN negeri secara
berasingan. Oleh itu, PDUK Negeri tidak dapat digabungkan antara satu sama lain. Apabila
CCS diperkenalkan, PDUK bagi setiap negeri dapat digabungkan menjadi National Digital
Cadastral Database (NDCDB), dimana sistem koordinatnya adalah bersifat universal
(GDM2000).Sebagaimana yang diketahui pengukuran CCS banyak menggunakan cerapan
Global Positioning System (GPS) di mana kedudukan tanda sempadan telah ditentukan terus
berdasarkan kepada koordinat terlaras yang didapati hasil daripada cerapan satelit yang
terpilih dengan menggunakan Pelarasan Kuasadua Terkecil (Least Square Adjustment, LSA).
Sebagaimana amalan yang termaktub di Pekeliling Ukur 2009, kedudukan tanda sempadan
menggunakan cerapan GPS bukan lagi ditentukan berdasarkan kepada melalui cerapan
bearing dan jarak, sebaliknya berdasarkan kepada perkiraan koordinat terus tanda
sempadan tersebut.

Selaras dengan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 5/2009 yang telah
dikuatkuasakan, ukuran kadaster kini telah berbeza berbanding kerja ukuran kadaster yang
ditetapkan dalam Peraturan Ukur Kadaster 2002. Antaranya adalah pengukuran terabas bagi
lot tidak lagi perlu dilakukan secara terabas tertutup kecualilah jika penggukuran yang
dijalankan masih menggunakan pengukuran Kaedah Bowditch. Jarak Asas kini tidak lagi
diperlukan untuk Tanam Pastian malaui penggunakan kaedah ‘point to point fixing’ kecuali
pengukuran masih menggunakan pengukuran Kaedah Bowditch disamping kaedah ukur
radiasi boleh digunakan dengan mudah pada masa kini.

Bagi permulaan datum yang memuaskan, tanda-tanda Cadastral Reference Mark (CRM) kini
boleh ditentududukan seperti sekurang-kurangnya dua tanda CRM yang berjarak tidak
kurang daripada 30 meter dibuat cerapan serentak dengan kaedah MyRTKnet bagi tanda
pertama dan kaedah statik bagi tanda kedua atau sekurang-kurangnya dua tanda CRM yang
berjarak tidak kurang daripada 30 meter dibuat cerapan serentak dengan kaedah statik bagi
kedua-dua tanda dimana penentuan koordinat tanda CRM pertama boleh melalui pasca
pemprosesan Virtual Reference Station (VRS).Selain itu, sekurang-kurangnya dua tanda
CRM baru yang berjarak tidak kurang daripada 30 meter dibuat cerapan dengan kaedah
MyRTKnet atau sekurang-kurangnya dua tanda CRM yang berjarak tidak kurang daripada 75
meter dibuat cerapan dengan kaedah MyRTKnet.

Pihak JTB juga tidak perlu lagi membuat Jilid Kiraan sebaliknya menghantar keputusan Ujian
Chi Square kepada pihak JUPEM .JTB juga tidak perlu lagi wajib menyediakan Pelan Akui
dimana semua Pelan Akui akan dijana sendiri oleh sistem di JUPEM. Ianya disahkan
menggunakan 'Digital Signature' selain semua Pelan Akui di'embedded' dengan '2D Barcode'
bagi tujuan sekuriti. Bagi penghantaran 16 fail ASCII seperti di Pekeliling KPUP7/2005, ianya
tidak berubah dimana bilangan dan format fail ASCII adalah kekal kecuali bagi kerja
gabungan Total Station dan GNSS atau GNSS sepenuhnya
Perubahan ketara juga dapat dilihat apabila JUPEM mengamil inisiatif untuk menetapkan
semua semua 'data lodgement' oleh JTB adalah melalui JUPEM2U (internet). Oleh itu ianya
dilakukan secara online dengan kata laluan dan id ditetapkan .Ini dapat memudahkan pihak
jurukur kerana tidak lagi perlu menghantar kerja secara pos atau 'hand deliver' ke JUPEM
Selain itu, semua penghantaran Pelan B1Tiff kepada PTG/PTD untuk Penyediaan Hakmilik
(FT) adalah secara online dimana CD tidak lagi dihantar secara pos kepada PTG/PTD selain
memudahkan PTG/PTD menyediakan FT khususnya melibatkan Hakmilik Gantian

Dengan terlaksananya ekadaster melalui Pekeliling Ukur 2009 yang berkuatkuasa semua
maklumat digital akan dapat dicapai dengan mudah melalui pangkalan data NDCDB.
Maklumat NDCDB yang lengkap akan dapat membantu usaha-usaha kerajaan
merealisasikan hasrat kerajaan bagi mengadakan sistem penyampaian perkhidmatan yang
lebih cekap dan efisien dalam urusan pentadbiran dan pembermilikan tanah. Dengan
kejayaan dalam perlaksanaan ekadaster diharap dapat membantu mempertingkatkan
aspek kedaulatan dan pertahanan negara disamping pemodenan pengurusan tanah ke arah
yang lebih cekap dan efisien suatu hari nanti.
RUJUKAN

1. Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan bil 5/2009 - 6/2009

2. Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 3/2002

3. Ekadaster HELP DESK ,

http://ekadaster.clicdev.com/f/index.php?trk=ekadaster&showtopic=16

4. Isu-Isu Perundangan Dalam Pelaksanaan Sistem Kadaster Berkoordinat Di


Semenanjung Malaysia, Mustafa Bin Hj. Md. Kasim

5. Pelan hak milik tanah siap satu hari, Berita Harian bertarikh 2010/10/15

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelanhakmiliktanahsiapsatuhari/A
rticle/index_html

6. e-Kadaster jadi rujukan negara serantau, UTUSAN bertarikh 15/10/2010

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=1015&pg=dn_01.htm&pub=Utu
san_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&y=2010