Program 3s
Program 3s
A. BUTIR-BUTIR AM
B. PENGENALAN
Program 3S (Senyum , Salam dan Sapa) akan diadakan bagi membentuk peribadi
pelajar sekolah ini agar lebih menghormati guru, kakitangan sekolah dan para pelajar
itu sendiri. Secara langsung program ini juga dapat memupuk budi pekerti dan nilai-
nilai murni dalam diri pelajar selaras dengan kehendak kerajaan yang mahukan budi
bahasa diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Sejajar dengan hasrat tersebut,
kerajaan telah mewujudkan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang disiarkan di
dalam media cetak dan media elektronik. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling
akan menganjurkan Program 3S ini adalah bertujuan untuk menyuburkan lagi hasrat
murni kerajaan dan diadakan di peringkat sekolah. Malah ianya juga dapat mendidik
para pelajar supaya mewujudkan sikap bersopan santun, ramah mesra dan sedia
menolong di antara satu sama lain. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan
sillaturrahim dan dapat mengenali dengan lebih erat.
C. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, agar program ini dapat dijalankan
sepertimana yang telah dirancangkan.
D. OBJEKTIF
1. Agar pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri khususnya untuk
warga sekolah dan masyarakat luar.
2. Mendidik pelajar agar berbudi bahasa, bersopan santun, tolong menolong
dan menghormati guru, kakitangan sekolah, dan rakan-rakan.
3. Agar pelajar merasa dihargai kerana pelajar yang berbudi bahasa dan
berakhlak mulia akan diberi ganjaran.
4. Agar pelajar dapat mengamalkan sikap tolong menolong dalam kehidupan
seharian.
5. Memberi galakan kepada pelajar untuk berusaha mempraktikan nilai-nilai
murni diperingkat sekolah lagi.
E. ANGGARAN PERBELANJAAN
PERBELANJAAN
AJK KERJA
Pelajar digalakkan berbudi bahasa, senyum, memberi salam dan menyapa guru-guru,
rakan-rakan dan warga sekolah. Penilaian akan dibuat kepada pelajar-pelajar yang
bersahsiah terpuji dengan berdasarkan pencalonan guru-guru tingkatan dan penyelaras
tingkatan.
I. PENUTUP
Diharapkan program ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar untuk sentiasa
mengamalkan sahsiah terpuji dan berbudi bahasa. Selain itu, semoga program ini
dapat menyemai sikap ramah mesra di kalangan pelajar, guru dan warga sekolah.
Disediakan oleh,
Diluluskan oleh,