Anda di halaman 1dari 9

BENGKEL KERJA INQUIRY-BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) FASA 4 NEGERI

SARAWAK TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN

TUGASAN PERBINCANGAN

K2 : KETUA KUMPULAN
– THOMAS ANAK MECAIL DAK LOW (SMK LUAR BANDAR MIRI)

AHLI KUMPULAN
- IVY TIONG HOE HUNG (SJKC CHEE MUNG)
- RAPIAH BINTI JUMAT (SK BELIAU AHAD)
- SURIATY BINTI BUJANG (SK KG KUALA SIBUTI)
- NUR FAZLYNA BT KAMARUDDIN (SK KELAPA SAWIT NO.5)
- ROSITA SUYAH ANAK SAUH (SK KITA)
- BUSTAMI B. ZUBIR (SK RH RANGGONG)
- NUR IZZATI BINTI WAN OTHMAN (SK SG MANONG)

SOALAN PERBINCANGAN

1) Walaupun terdapat perbezaan dalam pengelasan dan interpretasi kemahiran


yang diperlukan dalam abad ke-21, namun masih terdapat kesamaan.
Anda dikehendaki membandingkan dan membezakan model-model
kemahiran abad ke-21, serta membuat pemetaan model kemahiran abad ke-
21 (rujuk Lampiran S11-1a)

Terdapat 4 model PAK-21 antaranya enGauge, P21, ATC2IC dan KPM. Dari
segi literasi era digital, keempat-empat model ini menekankan kemahiran
TMK. Jadi adalah penting untuk menguasai kemahiran TMK selari dengan
PAK-21.
Selain itu, dari segi kemahiraan inventif, kemahiran kreativiti dan kritis,
berinovasi, pemikiran aras tinggi iaitu KBAT serta berinisiatif dan terarah
sangat ditekankan dalam keempat-empat model bagi mengrealisasikan
Hasrat PAK-21. Komunikasi berkesan juga antara aspek penting yang ada
pada keempat-empat model tersebut. Cara kerja secara kooperatif dan
kolaboratif, serta berkepimpinan. Hasrat keempat-empat model adalah untuk
melahirkan murid yang berkemahiran sosial, interaktif, bertanggungjawab
untuk menempuh kehidupaan didunia.
Selain itu, dari aspek produktiviti model enGauge menekankan kemahiran
murid untuk Menyusun keutamaan, merancang dan mengurus untuk
mencapai matlamat dengan menggunakan peralatan sedia ada dengan efektif
serta berupaya menghasilkan produk yang releven dan berkualiti.
Bersesuaian dengan kemahiran PAK-21 yang menghasratkan murid untuk
merancang, menyoal dan membuat keputusan sendiri dengan guru bertindak
sebagai fasilitator. Berbeza dengan model-model lain seperti KPM yang tidak
menyatakan langsung Hasrat ini. Model P21 dan ATC2IC
BENGKEL KERJA INQUIRY-BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) FASA 4 NEGERI
SARAWAK TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN

2) Anda dikehendaki mengenalpasti kemahiran abad ke-21 yang dijumpai dalam


DSKP Sains (misalnya dalam matlamat, objektif, kerangka KSSR/KSSM,
kemahiran berfikir, kemahiran dan sikap saintifik, nilai murni, standard
kandungan dan standard pembelajaran, dan lain-lain)

Bil Perkara Kemahiran abad ke-21 yang dijumpai dalam DSKP


Sains
1 Matlamat DSKP KSSR

Matlamat Kurikulum Sains Sekolah Rendah adalah


untuk menanam minat dan mengembangkan
kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan
bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

Kemahiran abad ke-21 : Berketetapan dengan definisi


pengajaran dan pembelajaran abad-21 iaitu Kemahiran
abad ke-21 merujuk kepada beberapa kompetensi teras,
iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah. Bernet Berry (2011) menjelaskan
pembelajaran abad 21 sebagai suatu bentuk pembelajaran
yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan
menghasilkan, mensintesis (penyatuan/penggabungan)
dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran
dan sumber yang luas dengan memahami dan
menghormati budaya yang berbeza. Mereka (murid)
diharap dapat mencipta, berkomunikasi, bekerjasama
serta celik digital selain mempunyai tanggungjawab sivik.
Kemahiran abad ke-21 juga dapat mengembangkan
kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi
menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikir.

2 Objektif OBJEKTIF KSSR

1. Menyediakan peluang untuk murid menguasai


kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif.
2. Meningkatkan daya kreativiti murid.
3. Membolehkan murid mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran secara krtitis,
kreatif dan analitis bagi membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah
4. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan
seterusnya membolehkan murid
mengamalkannya.

Kemahiran abad ke-21: Membolehkan murid berfikir


secara kreatif dan kritis, berupaya menyelesaikan masalah
BENGKEL KERJA INQUIRY-BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) FASA 4 NEGERI
SARAWAK TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN

dan bersifat analitikal. Di samping itu, penerapan sikap


saintifik menerusi pendekatan inkuri dan penyelesaian
masalah membantu murid melalui proses pembelajaran
sains yang bermakna. Antara proses sains yang perlu
dikuasai seperti kemahiran memerhati, mengelas,
mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens,
meramal, mentafsir data, menghubungkait ruang dan
masa, mendefinisi secara operasi, berkomunikas.
Membuat hipotesis, mengeskperimen serta mengawal
pemboleh ubah adalah kemahiran yang diperlukan dalam
pembelajaran abad ke-21. Inkuiri secara saintifik
memerlukan dan membolehkan murid
memperkembangkan sikap yang positif. Pembelajaran
sains dapat menggalakkan semangat ingin tahu, kreativiti,
menghubungkait dengan pembelajaran baru dan ilmu
sedia ada.
3 Kerangka Kerangka asas PAK-21 ialah Kemahiran berfikir,
pentaksiran pembelajaran, ekosistem pembelajaran,
perancangan dan pembelajaran serta pembelajaran
secara kooperatif dan kolaboratif.

Kerangka asas DSKP Sains pula ialah terdiri


daripada enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang
ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada
pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan
penstrukturan secara ekplisit bidang ilmu, kemahiran
dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang
saling berhubung kait dan bersepadu. Tunjang
komunikasi adalah untuk menggalakan murid
penghubungjalin secara lisan dan bukan lisan
semasa berinteraksi. Tunjang perkembangan fizikal
dan estetika juga adalah untuk kesejahteraan
kesihatan diri dan pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi. Bagi tunjang
kemanusiaan, berteraskan ilmu tentang
kemasyarakatan dan dalam sekitar, negara dan
global. Tunjang Keterampilan diri menekankan
pemupukan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum. Bagi Tunjang Sains dan Teknologi,
penguasaan pengetahuan sains dan kemahiran dan
sikap saintifik disamping penguasaan kemahiran
berasaskan teknologi. Tunjang kerohanian dan
sikapd an nilai pula menekankan penghayatan sikap
dan nilai.

Sekiranya untuk perbandingan, secara


keseluruhannya, ada elemen abad ke-21 dalam
kerangka Tunjang KSSR sains antaranya Tunjang
BENGKEL KERJA INQUIRY-BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) FASA 4 NEGERI
SARAWAK TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN

Komunikasi dan Tunjang Sains dan Teknologi.


4 Kemahiran Kemahiran berfikir secara kritis
berfikir
Pemikiran kritis maksud murid berkebolehan
berhujah, menilai dan membuat keputusan yang
bersifat analitikal dan lojik, tidak berat sebelah,
membuat pilihan yang bijak serta dapat membuat
perbandingan serta mengesahkan sumber maklumat.
Antara ciri kemahiran berfikir secara kritis adalah
mencirikan, membanding beza, mengumpulkan dan
mengelaskan, membuat urutan, menyusun mengikut
keutamaan, menganalisis, mengesan kecondongan,
menilai dan membuat keputusan.

Kemahiran abad ke-21: Bertetapan dengan ciri-ciri murid


abad-21 iaitu berkemahiran kritis dan mampu menguasai
inisiatif. Selain itu, merujuk kepada elemen Pendidikan
abad ke-21 yang menekankan kemahiran pemikiran kritis
dan penyelesaian masalah, kemahiran literasi maklumat
dan kemahiran literasi teknologi maklumat. Murid juga
berkebolehan untuk menyelesaikan masalah setelah murid
menguasai kesemua ciri-ciri kemahiran berfikir secara
kritis seperti yang dinyatakan di dalam DSKP.

Kemahiran berfikir secara kreatif.

Pemikiran kreatif bermaksud murid diberi peluang


untuk meneroka idea yang pelbagai, menghasilkan
sesuatu yang maujud, dapat mencipta anologi dan
menyelesaikan masalah. Pemikiran kritis pula
membawa maksud murid berkebolehan berhujah,
menilai dan membuat keputusan yang bersifat
analitikal dan lojik, tidak berat sebelah, membuat
pilihan yang bijak serta dapat membuat
perbandingan serta mengesahkan sumber maklumat.

Kemahiran abad ke-21: Antara ciri-ciri murid abad ke-21


adalah murid kreatif menjana idea serta fleksible. Murid
mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif serta murid
berupaya mendengar, menganalisis makluat dan
membuat refleksi kendiri. Murid perlu menguasai
kemahiran menaakul dalam membuat pertimbangan
secara lojik, adil, rasional dan saksama.

Strategi berfikir seperti mengkonsepsikan,


menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
adalah bertetapan dengan kemahiran abad-21.

5 Sikap saintifik KSSR: Sikap dan nilai positif yang dipupuk dalam
BENGKEL KERJA INQUIRY-BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) FASA 4 NEGERI
SARAWAK TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN

dan nilai pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap saintifik


murni dan nilai murni seperti yang berikut:

1) Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam


sekeliling.
2) Jujur dan tepat dalam merekod dan
mengesahkandata.
3) Rajin dan tabah dalam menjalankan atau
menceburi sesuatu perkara.
4) Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri
dan rakan serta terhadap alam sekitar
5) Menyedari bahawa sains merupakan satu
daripada cara untuk memahami alam.
6) Menghargai dan mengamalkan kehidupan
yang bersih dan sihat.
7) Menghargai keseimbangan alam semula jadi.
8) Berhemah tinggi dan hormat menghormati.
9) Menghargai sumbangan sains dan teknologi.
10)Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.
11) Berfikiran kritikal dan analitis.
12) Luwes dan berfikiran terbuka.

Kemahiran abad ke-21:PAK21 ada mengamalkan nilai


murni dan etika. Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai
tingkah laku yang baik, beradab dan menjaga tatasusila,
manakala, etika pula merujuk kepada keperibadian atau
perwatakan seseorang. Guru memainkan peranan yang
amat penting dalam mendidik murid-murid untuk sentiasa
berkelakuan sopan. Guru juga berupaya untuk mengubah
persepsi mereka terhadap nilai murni, maka, terhasillah
seorang murid yang beretika dan berkelakuan baik. Guru
perlu meminta mereka untuk memberi pandangan tentang
nilai-nilai murni dan etika yang harus diterapkan dalam
diri mereka, dari segi kesan amalan nilai tersebut
terhadap diri, masyarakat, agama dan juga negara. Kelas
abad ke-21 ini amat sesuai dilaksanakan kerana ia banyak
memberi impak-impak yang positif dalam diri murid.
Dengan wujudnya kelas abad ke-21 ini, murid-murid akan
dilatih untuk memiliki kemahiran yang boleh digunakan
pada masa akan datang, seperti kemahiran komunikasi
yang baik, mampu berkolaborasi dan menyelesaikan
masalah berdasarkan realiti kehidupan. Selain itu, murid
juga bersedia untuk menghadapi peperiksaan, di mana
peperiksaan kini diterapkan dengan unsur-unsur KBAT
Kelas abad ke-21 juga membantu murid untuk bersedia ke
alam pekerjaan. Majikan kini amat mementingkan
beberapa aspek, seperti kemahiran komunikasi, mampu
menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif
bagi membolehkan individu yang ditemuduga diterima
bekerja di syarikat mereka.
BENGKEL KERJA INQUIRY-BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) FASA 4 NEGERI
SARAWAK TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN

6 Standard Standard Pembelajaran merupakan objektif


Pembelajara pembelajaran yang ditulis dalam bentuk objektif
n perlakuan yang boleh diukur. Standard Pembelajaran
merangkumi skop pembelajaran dan kemahiran
saintifik serta kemahiran berfikir yang menuntut murid
melakukan sains bagi membolehkan mereka
menguasai konsep sains yang di hasratkan. Secara
am, Standard Pembelajaran disusun mengikut
hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu
urutan Standard Pembelajaran boleh diubahsuai
mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.

Kemahiran abad ke-21: Bersesuaian dengan kemahiran


PAK-21 yang menekankan murid menguasai kemahiran
berfikir untuk menyelesaikan masalah dibantu dengan
penguasaan konsep sains yang dihasratkan dalam DSKP.
Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat
melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran
secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping
menggunakan teknologi. Guru digalakkan merancang
aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi
menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan
kreatif di samping menggunakan teknologi dimana ini ini
juga hasrat pembelajaran abad ke-21.
7 Standard Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih
Kandungan Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan ber-
dasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard
Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain
kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan
ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi
unsur pengetahuan, kemahiran saintifik, kemahiran
berfikir, sikap saintifik dan nilai murni yang sesuai
dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan.

Kemahiran abad ke-21:Bersesuaian dengan PAK-21 yang


menekankan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
dalam penyelesaian masalah. Murid digalakan untuk
menemui hasil dapatan menerusi pendekatan inkuri
dengan penguasaan terhadap kemahiran proses sains dan
kemahiran saintifik.

3) Adakah terdapat pertindanan (overlap) atau persilangan (intersection) antara


kemahiran abad ke-21 dengan pengetahuan dan kemahiran yang dihasratkan
dalam KSSR dan KSSM Sains?
BENGKEL KERJA INQUIRY-BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) FASA 4 NEGERI
SARAWAK TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN

Hampir keseluruhan ciri dan kemahiran yang ada pada Pendidikan abad ke
21 juga memaparkan apa yang dihasratkan dalam KSSR dan KSSM Sains.
Ini sebahagian besarnya dapat dilihat dari segi ciri pemikiran inventif dan
aspek kemahiran berkomunikasi berkesan. Untuk Pak-21, ciri pemikiran
inventif yang terbahagi kepada kemahiran belajar dan inovasi serta
kemahiran hidup dan kerjaya memfokuskan pemikiran kritis dan keupayaan
dalam menyelesaikan masalah. Ciri yang sama juga sangat jelas ditekankan
oleh pihak KPM dalam KSSR dan KSSM Sains iaitu kemahiran berfikir
merangkumi kreatif, kritis, menaakul, inovatif, penyelesaian masalah dan
boleh membuat keputusan. Ciri-ciri keluwesan, kemampuan menyesuaikan
diri dan berinisiatif dan terarah kendiri untuk aspek kemahiran hidup dan
kerjaya dimiliki oleh kedua-dua model ini.
Dari aspek komunikasi berkesan, Pak-21 menekankan bekerja dalam
pasukan, berkolaboratif, dan mampu berkomunikasi secara interaktif. Aspek
yang sama dapat dilihat dalam KSSR dan KSSM iaitu pelajar mempunyai
kemahiran komunikasi, boleh bekerjasama serta berkepimpinan.
Aspek literasi era digital juga satu kemestian untuk kedua-dua model
ini,terutamanya dengan cabaran pendidikan pada masa kini memerlukan
pelajar menguasai kemahiran dalam bidang maklumat, media dan teknologi.
Tiada persilangan(intersection) yang ketara antara kedua model ini.
Apa yang dapat dinyatakan adalah setiap model mempunyai ciri atau
kemahiran tambahan yang tidak terdapat pada model lain masing-masing.
Pak-21 mempunyai ciri untuk produktiviti tinggi yang boleh dicapai dengan
cara menyusun mengikut keutamaan, merancang, dan mengurus untuk
mencapai matlamat. Penggunaan peralatan sedia ada dengan efektif.
Berkeupayaan menghasilkan produk yang relevan dan berkualiti tinggi. Ciri ini
tiada pada KSSR atau KSSM Sains. Namun nilai kerohanian diberikan
penekanan dalam KSSR dan KSSM Sains yang tidak nampak dengan ketara
pada PAK-21.

4) Apakah pendekatan atau model yang dapat membangunkan kemahiran ini


dalam pendidikan Sains?

Pendekatan Inkuiri-penemuan

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains melalui pendekatan Inkuiri-


Penemuan. Pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang
mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am
bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena
yang berlaku. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara
penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemu oleh
murid itu sendiri. Melalui aktiviti seperti eksperimen murid akan menyiasat
sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian
membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri-
penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan
semasa proses inkuiri-penemuan ini.
BENGKEL KERJA INQUIRY-BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) FASA 4 NEGERI
SARAWAK TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN

5) Jelaskan kemahiran abad ke-21 yang terlibat jika murid terlibat dalam aktiviti
IBSE dan mempraktikkan amalan sains.

Menggunakan model IBSE ‘La Main a La Pate’, terdapat 4 fasa dalam


pengajaran dan pembelajaran iaitu pada permulaan kelas, guru
menggalakkan murid bertanya sehingga murid mampu memberi soalan.
Daripada semangat ingin tahu ini, guru boleh memanipulasikan murid untuk
berfikir dan mencari penyelesaian kepada soalan mereka. Fasa 2, selepas
memilih persoalan murid, guru memainkan peranan untuk menggalakan
murid membina hipotesis. Teknik penyoalan sangat penting untuk bimbing
murid membina hipotesis. Murid mula mendapat idea mengenai perkaitan
perkara tertentu dengan persoalan mereka, maka kita teruskan dengan
biarkan mereka fikirkan penyelesaian terbaik untuk menyiasat perkara
tersebut. Dalam erti kata lain, biar murid menjalankan eksperimen dan ujikaji
kepada perkara yang mereka fikirkan berkait dengan persoalan mereka tadi. 

Fasa akhir ini menggalakkan murid untuk berkomunikasi, menyampaikan ilmu


kepada rakan mereka dengan cara yang tersendiri dan kreatif. Proses ini
penting, kerana memberi petunjuk sama ada pelajar tersebut mendapat
kefahaman yang mendalam atau tidak dalam pdp tadi. Pelajar juga
digalakkan untuk membuat kesimpulan terhadap hipotesis yang dinyatakan
tadi, sama ada boleh diterima, atau pun ditolak . 

Merujuk kepada kemahiran abad ke-21, murid dapat meneroka sesuatu


fenomena yang dipelajari. Kemudian, murid merancang dan menjalankan
penyiasatan. Murid mensintesiskan apa yang telah mereka pelajari dan
membuat kesimpulan. Murid berkongsi kefahaman dan berkomunikasi
dengan murid lain. Teroka, menyiasat, membuat komunikasi dan membuat
kesimpulan merupakan ciri-ciri inkuiri sains yang dapat diperolehi dalam
pembelajaran sains. Sesuai dengan prinsip 1 PAK21, pengajaran
berpusatkan pelajar. Murid tidak lagi mendengan guru bercakap dan
menyerap maklumat. Murid perlu berupaya menggabung maklumat dengan
pengetahuan sedia ada dan menggunakannya untuk penyelesaian masalah.

6) Bagaimanakah aktiviti sains yang menyokong pembangunan kemahiran abad


ke-21? Anda dikehendaki membincangkan konteks dan amalan sains yang
menyokong pembangunan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar.

Antara aktiviti-aktiviti pembelajaran PAK-21 yang menyokong pembelajaran


abad ke-21 adalah pembelajaran penyelesaian masalah, eksperimen dan
inkuari penemuan. Bersesuai dengan kemahiran yang perlu dikuasai oleh
murid dalam PAK-21 iaitu berupaya berfikir dan menyelesaikan masalah.
Peranan guru adalah pemudahcara.

Aktiviti sains juga menyokong 4 kemahiran yang harus dikuasai murid dalam
pembelajaran abad ke-21 iaitu komunikasi, pemikiran kritis, kolaboratif dan
kreativiti. Sebagai contoh, menjalankan eksperimen jirim dan bahan. Antara
BENGKEL KERJA INQUIRY-BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) FASA 4 NEGERI
SARAWAK TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN

aktiviti Sains yang menyokong pembelajaran PAK-21 adalah, murid


menjalankan aktiviti ‘brainstorming idea’ melalui pembelajaran kooperatif dan
kolaboratif, menggunakan struktur Think, Pair dan Share. Murid berupaya
bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan untuk mencapai kata sepakat
kemudia membuat keputusan. Kemudian, di bahagian perkembangan pdpc,
murid boleh menjalankan langkah eksperimen secara dalam kumpulan.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif diperlukan agar murid berupaya
merungkai langkah-langkah ke arah hasil dan keputusan yang dibuat.
Bahagian penutup pdpc, murid boleh berkongsi dapatan dengan rakan-rakan
melalui aktiviti pembentangan dan learning walk. Murid boleh berkongsi
pendapat dan membuat refleksi terhadap sesuatu tugas yang diberikan untuk
tambah baik hasil kerja mereka.

Anda mungkin juga menyukai