Anda di halaman 1dari 10

Senarai Kandungan

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Peringkat Perkembangan Guru (KPM, 2016) 2

3.0 Rumusan 5

4.0 Kesimpulan 7

5.0 Rujukan 9

Lampiran 10
1.0 Pengenalan

Konsep profesional merujuk kepada sebuah ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli
dalam suatu profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), terdapat empat atribut dalam suatu
profesion iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan
kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kot etika untuk mengawal tingkah laku dan juga
mempunyai persetujuan yang diberikan kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk
beroperasi.

Mempunyai kot etika


Ahli perlu menguasai ilmu untuk mengawal tingkah
pengetahuan mandalam laku

Atribut Suatu
Profesion
Mempunyai persetujuan
yang diberikan kepada
Kecekapan dan kepakaran suatu profesion oleh
dalam bidang tertentu masyarakat untuk
beroperasi

Jadual 1: Atribut suatu profesion menurut Orstein dan Levine (1993)

Menurut Kamus Dewan (2005), profesional merujuk satu kemampuan, kemahiran, cara
pelaksanaan suatu sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada seorang profesional. Hoyle
(1980) menghuraikan profesionalisme sebagai sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek
yang berkaitan dengan pekerjaan.

Persaingan sedunia dalam era globalisasi dengan perkembangan yang pesat untuk
memperoleh modal insan yang inovatif dan mampu bersaing di taraf sedunia, guru profesional
perlu kompeten dan cemerlang. Menurut Boon (2012), semua guru perlu mengamalkan tiga
aspek amalan nilai yang digariskan dalam Standard Guru Malaysia (SGM), iaitu amalam
profesionalosme keguruan, pengetahuan mantap serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran
yang tinggi.

Amalan
profesional
keguruan

Aspek
Amalan
Nilai
dalam
Kemahiran
SGM
pengajaran Pengetahuan
dan mantap
pembelajaran

Jadual 2: Aspek amalan nilai dalam SGM menurut Boon (2012)

Seorang guru profesional pad aabad ke-21 hendaklah mempunyai kemahiran untuk
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bagi membina suatu pengajaran
yang mantap dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu berkemahiran
menggunakan teknologi maklumat dan media dalam proses PdP di samping dapat
mengaplikasikan dan menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Peringkat Perkembangan Guru (KPM, 2016)


Guru berkualiti merupakan nadi kepada kejayaan pelaksanaan dasar pendidikan negara
yang mempunyai kaitan secara langsung dengan keberhasilan murid. Untuk memastikan kualiti
guru terpelihara mencapai Standard Guru Malaysia (SGM) dan tuntutan era globalisasi,
pemimpin dasar di KPM telah mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
melalui Anjakan Keempat di bawah Pelan Pembengunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 (KPM, 2013).

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) merupakan gelaran jawatan bagi guru yang
berkhidmat di sekolah kerajaan. Pada tahun 2016, dasar letihan pembagunan profesionalisme
keguruan telah diperkenalkan oleh KPM untuk memberi peluang kepada PPP untuk
meningkatkan kompetensi profesional mereka pada setiap peringkat perkembangan dan laluan
kerjaya guru seperti yang dilaporkan dalam Dokuman Awal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan (KPM, 2016).

Menurut Khair (2007), model peringkat perkembangan guru KPM untuk pembangunan
profesionalisme guru adalah sejajar dengan model pertumbuhan profesional. Model ini telah
menerangkan enam peringkat peranan, tugas dan tanggungjawab PPP bermula dari gred DG 41
hingga ke Gred Khas. Enam peringkat perkembangan guru mengikut Khair (2007) adalah:

i. Peringkat Permulaan
ii. Peringkat Beraspirasi
iii. Peringkat Kompeten
iv. Peringkat Profisien
v. Peringkat Strategis
vi. Peringkat Berwawasan

2.1 Peringkat Permulaan

Peringkat pertama merupakan peringkat permulaan. Pada peringkat ini, guru berada di
DG 41 dan merupakan pelaksana pengajaran berkesan dan fasilitator pembelajaran murid.
Walaupun guru pada peringkat ini sudah memahami dan dapat melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan baik, guru masih memerlukan penyeliaan dan cadangan dari guru yang
lebih mahir. Guru pada peringkat ini perlu meyumband pada peningkatan PdP dengan membantu
melaksanakan penyelidikan tindakan yang berkaitan dengan penambahbaikan amalan PdP. Guru
juga perlu menjalin kolaboratif dengan pihak ibu bapa, komuniti dalam dan luar sekolah.

2.2 Peringkat Beraspirasi


Peringkat kedua adalah peringkat beraspirasi. Pada peringkat ini, guru merupakan
penggerak kualiti PdP. Daya usaha untuk meningkatkan kualiti PdP jelas ditunjukkan seperti
menggabungkan strategi PdP berkesan demi meningkatkan taraf pembelajaran murid. Guru pada
peringkat ini mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa PdP
dijalankan. Melalui pengalaman serta refleksi kendiri, tahap profesionalisme guru dapat
ditingkatkan dengan dengan melaksanakan penyelidikan tindakan untuk menambahaikan amalan
PdP. Guru pada peringkat ini sudah bersiap sedia untuk untuk memberikan khidmat sumbangan
dan pementoran kepada guru baharu.

2.3 Peringkat Kompeten

Peringkat ketiga merupakan peringkat kompeten. Pada peringkat ini, guru merupakan
pembimbing dan mentor dalam melaksanakan PdP. Pengalaman yang luas dalam bidang
membolehkan guru untuk menyelia dan membimbing rakan sekerja. Pada peringkat ini, guru
berkebolehan untuk melaksanakan educated guess terhadap organisasi yang akan timbul masalah
dan melaksanakan langkah pencegahan. Guru pada peringkat ini sudah mempu meghasilkan
sebuah falsafah PdP melalui pengalaman yang dapati. Oleh itu, guru boleh menyumbang
pengalaman beliau dalam merangka kurikulum, peraturan dan panduan pelaskanaan PdP. Di
samping itu, guru peringkat ini mempunyai tanggunjawab untuk mendorong, memantau dan
menilai PdP dan juga merupakan seorang peneraju kepada penyelidikan dan penambahbaikan
PdP.

2.4 Peringkat Profisien

Peringkat keempat adalah peringkat profession. Guru pada peringkat ini bertanggunjawab
sebagai peneraju dan penggerak perubahan berkaitan dengan PdP. Kereativiti dan inovasi PdP
mampu dicetuskan melalui pengalaman dan kompetensi mereka. Khidmat kepakaran guru pada
peringkat ini diperluas ke institut pengajian yang lain seperti sekolah rendah dan sekolah
menengah serta institut pendidikan yang lain. Guru ini berhak dan mempunyai kemampuan atau
kepakaran untuk menilai hasil penyelidikan, meneraju permuafakatan strategik dan sebagai
penggerak pembangunan komuniti pembelajaran. Guru ini merupakan pakar rujuk, mentor dan
pembimbing serta kebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam
bidang yang merentas kurikulum.
2.5 Peringkat Strategis

Pada peringkat ini, guru merupakan suri teladan dalam PdP kerana mempunyai kepakaran yang
khusus dan mampu menghasilkan kreativiti dan inovasi dalam penambahbaikan PdP. Guru
peringkat ini merupakan pemikir strategis dan berkebolehan menguruskan perubahan secara
cekap dan berkesan. Sumbangan kepakaran bukan sahaja amat diperlukan pada peringkat
merangka strategi dalam pelaksanaan PdP tetapi sebagai penyelesai masalah pelaksanaan dasar
penmifikan. Khidmat kepakaran pada peringkat ini diperluaskan ke peringkat yang lebih tinggi
iaitu di institut pendidikan yang lain. Pemikiran strategis amat diperlukan untuk mentaksir
semula reka bentuk program pembangunan profesionalisme untuk memenuhi keperluan raka
sejawatan dalam sekolah kluster. Perkhidmatan sebagai pakar sering mendapat sambutan yang
baik dan selalu diminta khususnya dalam penggunaan metodologi dan pedagogi PdP.

2.6 Peringkat Berwawasan

Peringkat terakhir merupakan peringkat berwawasan. Pada peringkat ini, guru memiliki
pemikiran yang holistik dn diperakui sebagai perunding cara. Beliau akan sering dijadikan
sebagai contoh kepemimpinan dalam profesionalisme bidang PdP. Guru ini sudah memiliki
banyak ilmu, kepakaran dan pengalaman. Oleh itu, guru ini selalu dilantik sebagai pakar rujuk
dalam merangkan strategi yang komprehentif dan melaksanakan latihan yang tepat untuk
memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Guru pada peringkat ini juga menjadi perunding cara
model pembelajaran berkaitan dengan penggunaan strategi pengajaran dan pengurusan PdP yang
mempu menginsprisikan murid di pelbagai aspek dan bidang.

3.0 Rumusan

Pemudah cara pembelajaran dan pentaksiran merupakan bidang keberhasilan kompetansi


profesional utama untuk PPP dalam kumpulan laluan PdP. Kompetansi profesional yang perlu
ditunjukkan pada setiap peringkat perkembangan adalah berdasarkan lima atribut prestasi, iaitu
beraspirasi, kompeten, profisien, strategis dan berwawasan (KPM, 2016).
Rajah 1: Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007)

Rajah 2: Model Pembangunan Profesionalisme Berterusan


4.0 Kesimpulan

Teori perkembangan guru dihasilkan berdasarkan pengetahuan pratikal, teoretikal dan


empirikal. PIPPK disediakan sebagai landasan kefahaman kepada PPP bahawa kepentingan
perkongsian ilmu dan kepakaran bersama orang lain merupakan satu daripada elemen penting
untuk meningkatkan kompetensi diri. Namun begitu, perkembangan guru menurut KPM (2016)
juga mendapat idea daripada teori Fuller (1969) dan Trotter (1986). Seorang guru yang
dibekalkan pengetahuan berasaskan penyelidikan dapat membantunya dalam membuat
keputusan yang sesuai semasa menghadapi cabaran dalam bidang profesion beliau. Guru perlu
bersikap inovatif dan kreatif dalam cara bekerja, berfikir dan berkomunikasi. Kesediaan untuk
berudah daripada paradigm lama kepada pembudayaan pendidikan sepanjang hayat dapat
melestarikan guru untuk memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21.
5.0 Rujukan
Boon, P.Y. (2012). Usaha pendidik mengamalkan perancangan pengajaran dan pembelajaran
seperti dinyatakan dalam Standard Guru Malaysiademi meningkatkan kualiti
pembelajaran
dalam organisasi. Jurnal IPGKBA, Jilid 4:2012. Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa
Antarabangsa: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Orstein, A.C. & Levine, D.V. (1993). Foundation of Education. Boston: Houghton Miflin
Company.

K. W. Wong, Noriati A. Rashid, P.Y. Boon. (2018). Asas Kepemimpinan dan Pembangunan
Profesionalisme Guru Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khair bin Mohamad Yusof. (2007). Latihan Berorentasikan Pertumbuhan Untuk Pemimpin
Pendidikan. Institut Aminuddin Baki: Genting Highlands.

Hoyle, E. (1980). Professionalization and De-Professionalisation in Education, dalam Hoyle, E.


&
Megarry, J. (eds.). World Yearbook od Education 1980: The Professional Development
of
Teacher. London: Kogan Page

Trotter. (1986). The Mystery of Mastery, Psychology Today. 20 (7). 32-38.


LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai