Anda di halaman 1dari 2

4.

7 Pahala beramal soleh ketika uzur

َ
ُ‫كان يعْ مل‬ َ
‫سافر كُتِب لَ ُه مَ ا‬ ‫د َأ ْو‬ ْ ‫مر َض‬
ُ ‫الع ْب‬ ُ ‫ َقالَ َر‬: َ‫ي رضي هَّللا عنه َقال‬
ِ ‫ "ِإ َذا‬:‫سول هَّللا ﷺ‬ ِّ ‫األشعر‬
ِ ‫عن َأبِي موسى‬
.‫صحيحا ً" رواه البخاري‬
ِ
ً ‫مُ قِ يما‬

Daripada Abu Musa Al Asy’aari ra, berkata, Rasulullah saw telah bersabda, "Apabila seorang hamba itu sakit dan
musafir maka akan ditulis amal kebaikan yang biasa ia kerjakan seperti saat ia sehat dan mukmin"

 Mengenali abu muasa al Asy’ari


 Tdk memutuskan pahala ketika uzur seperti sakit dan musafir
 Berusaha membiasakan amal yang baik

Periwayat hadith:

Abu Musa al Asy’aari

Mengenali Abu Musa al-Asy’ari

 Nama sebenar: Abdullah bin Qais


 Al-Asy’ar: Moyong moyangnya yang berasal dari Yaman
 Memeluk Islam di Makkah, kemudian pulang ke kampungnya di Yaman
 Bersama orang Yaman yang memeluk Islam berhijrah ke Habshah menaiki kapal
 Pergi ke Madinah dari Habshah bersama Ja’afar bin Abi Talib setelah pembukaan Khaibar
 Dihantar oleh Nabi bersama Muadz bin Jabal ke Yaman
 Dilantik oleh Umar menjadi Gabenor Basrah
 Pada zaman Uthman digantikan dan berpindah ke Kufah
 Diminta oleh penduduk Kufah supaya menjadi Gabenor Kufah
 Terkenal kerana menjadi jurucakap Ali dalam perselisihannya dengan Muawiyah, dan juga kerana
suaranya yang sedap dalam membaca al-Qur’an
 Meninggal tahun 40-an atau tahun 50H, al-Imam ad-Dhahabi menguatkan pandangan tahun 44H.

Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir

‫ت َأبَا‬
ُ ْ‫سمِ ع‬ ‫َأ‬
َ ‫َصومُ َف َقالَ لَ ُه ب ُو ب ُ ْرد ََة‬ ُ ‫دي‬ُ ‫ان ي َِزي‬َ َ‫س َف ٍر َوك‬ َ ‫ش َة فِي‬ َ ‫ْن َأبي كَ ْب‬
ِ ُ ‫دب‬ ُ ‫َب‬
ُ ‫ه َو َوي َِزي‬ َ ‫اص َطح‬ْ ‫وسى َو‬ َ ُ‫ْن بِي م‬
‫َأبَا بُرد ََة ب َ َأ‬
ْ
َ َ‫ن اَأْلج ِْر مِ ْثلُ مَ ا ك‬
‫ان‬ ْ ِ‫ِب لَ ُه م‬ ‫ت‬ُ ‫ك‬ ‫ر‬ َ
‫اف‬ ‫س‬ ‫و‬ ‫َأ‬ ُ
‫د‬ ‫ب‬ َ‫ع‬ ْ
‫ال‬ ‫ض‬ َ ‫ر‬ َ‫م‬ ‫ا‬‫ذ‬َ َ‫م‬َّ ‫ل‬‫س‬ ‫و‬ ِ‫ه‬ ‫ي‬ َ
‫ل‬ َ‫ع‬ ُ ‫هَّللا‬ ‫ىَّل‬‫ص‬َ ِ ‫هَّللا‬ ُ‫ول‬‫س‬ ‫ر‬ َ‫ال‬‫ق‬َ ُ‫ول‬ ُ
‫َق‬ ‫ي‬ ‫ا‬‫ر‬ ‫ا‬‫ر‬ ِ‫م‬ ‫ى‬ ‫وس‬ ُ‫م‬
َ َ َ ْ ْ ِ ‫ِإ‬ َ َ ْ ُ َ ً َ َ
‫يَعْ مَ لُ مُ قِ يمً ا َصحِ يحًا‬

Abu Burdah bin Abu Musa bahwa ia menemani Yazid bin Abu Kasyabah dalam suatu perjalanan, dan pada waktu
itu Yazid sedang berpuasa. Abu Burdah berkata kepadanya; Saya berkali-kali mendengar Abu Musa berkata;
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba sakit atau dalam menempuh perjalanan, maka dicatat baginya
pahala kebaikan sebagaimana ketika ia bermukim dan dalam keadaan sihat." (HR Ahmad No: 18848) Status: Isnad
Tsiqah
Pengajaran:

1. Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika kita sihat dan bermukim

2. Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal solleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap
mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat,
setiap magrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap
mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir)

3. Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir. Contohnya amalan puasa sunat yang
dilakukan semasa tidak bermusafir. Ketika dia bermusafir, dia tidak berpuasa. Dia turut mendapat pahala puasa
tersebut.

Marilah kita laksanakan amal solleh semasa kita sihat dan tidak kemana-mana. Moga Allah memberikan ganjaran
yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir

Anda mungkin juga menyukai