Anda di halaman 1dari 14

Analisa hadis nabi ingin membunuh

diri

🔴 Dakwaan Ahlusunnah yang menyatakan Nabi Muhammad tidak mengetahui dirinya


adalah seorang nabi jelas bercanggah dengan sabda nabi sendiri. Dalam kitab
Mustadrak Ala Sahahain, jilid ke-2, penerbit Darul Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut, cetakan
ke-2, tahun 2002, ms 665, Nabi (s.a.w) bersabda:

‫ § َم ََت‬:‫صلهى هللاُ َعلَْي ِه َو َسله َم‬ ِ‫ول ه‬ِ ‫ْت لِر ُس‬ َ َ‫ ق‬،‫َع ْن َم ْي َس َرَة الْ َف ْخ ِر‬
َ ‫اَّلل‬ َ ُ ‫ قُل‬:‫ال‬
ِ َ‫اْلسن‬ ِ ‫يث‬ ِ ِ َ َ‫ت نَبِيًّا؟ ق‬
‫اد‬ ْ ِْ ‫يح‬ ُ ‫صح‬ َ ٌ ‫وح َوا ْْلَ َسد» َه َذا َحد‬ ِ ‫الر‬
ُّ ‫ْي‬ َ ْ َ‫آد ُم ب‬
َ ‫ « َو‬:‫ال‬ ُ ‫ُك ْن‬
ِ ‫يث ْاْلَوَز‬
" ‫اع ِي اله ِذي‬ ِ ِ
ْ ُ ‫َوََلْ ُُيَ ِر َجاهُ َو َشاه ُدهُ َحد‬
]‫ من تلخيص الذهيب‬- ‫[التعليق‬
‫ صحيح‬- 4209

Maisarah bertanya: "sejak bila engkau adalah nabi" Baginda bersabda: Ketika Adam di
antara roh dan jasad".

Dzahabi mengulas hadis ini dalam kitab Talkhis: Hadis Sahih

Dalam kitab Musnad Ahmad bin Hanbal, dengan ta'liq Shu'aib al-Arna'ut, jilid ke-27,
penerbit mu'asasah al-Risalah, cetakan pertama tahun 1999, diriwayatkan:

‫ْي‬ َ َ‫ْت نَبِيًّا؟ ق‬ ِ ‫ول‬


َ ‫ َم ََت ُج ِعل‬،‫هللا‬ َ َ‫َع ْن َر ُج ٍل ق‬
َ ْ َ‫آد ُم ب‬
َ ‫ " َو‬:‫ال‬ َ ‫ ََي َر ُس‬:‫ْت‬
ُ ‫ قُل‬:‫ال‬
)1( " ‫وح َوا ْْلَ َس ِد‬
ِ ‫الر‬
ُّ
Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, bila engkau dijadikan nabi? Baginda
bersabda: ketika Adam di antara roh dan jasad

Shu'aib al-Arna'ut menulis pada nota kaki:

،‫ رجاله ثقات رجال الصحيح‬،‫) إسناده صحيح‬1(


Sanadnya adalah sahih dan rijalnya adalah tsiqah dan sahih.

Justeru itu, baginda (s.a.w) sudah menjadi nabi sejak azali lagi. Mustahil baginda tidak
tahu kedudukan kenabiannya.

🔴 Penelitian sanad dan matan hadis tersebut:

Dalam kitab Sahih al-Bukhari, penerbit Dar Ibnu Katsir, cetakan pertama tahun 2002,
muka surat 1830, hadis tersebut, (na'uzubillah) menyatakan:

‫ فَ ُكله َما‬،‫ال‬ ِ َ‫وس َشو ِاه ِق اْلِب‬ ِ ِ ِ ِ


َ ِ ُ‫ ُح ْزاًن غَ َدا م ْنهُ م َر اارا َك ْي يَتَ َردهى م ْن ُرء‬،‫يما بَلَغَنَا‬ َ‫ف‬
،‫ ََي ُُمَ هم ُد‬:‫ال‬
َ ‫ فَ َق‬،‫يل‬ ِ
‫ْب‬ ْ ِ ُ‫أَو ََف بِ ِذروِة جب ٍل لِ َكي ي ل ِْقي ِم ْنهُ نَ ْفسهُ تَ ب هدى لَه‬
‫ج‬
ُ َ َ َ ُْ َ َ َْ ْ
‫ فَِإ َذا‬،‫ فَ يَ ْرِج ُع‬،ُ‫سه‬ ‫ف‬
ْ َ‫ن‬ ‫ر‬ُّ َِ‫ وت‬،ُ‫ك جأْ ُشه‬
‫ق‬ َ ِ‫ فَ يس ُكن لِ َذل‬،‫اَّلل ح ًّقا‬ ِ‫ول ه‬ُ ‫ك َر ُس‬َ ‫إِنه‬
ُ َ َ ُ ْ َ َ
ِ َ ِ‫الو ْح ِي غَ َدا لِ ِمثْ ِل َذل‬
ُ‫ فَِإ َذا أ َْو ََف بِ ِذ ْرَوة َجبَ ٍل تَ بَ هدى لَه‬،‫ك‬ ِ ْ َ‫طَال‬
َ ُ‫ت َعلَْيه فَ ْت َرة‬
‫ك‬َ ِ‫ال لَهُ ِمثْ َل َذل‬ ُ ‫ج ِْْب‬
َ ‫يل فَ َق‬ ِ

Apa yang sampai kepada kami, beliau pergi beberapa kali untuk menjatuhkan diri dari
puncak gunung. Sesampainya beliau di puncak gunung untuk menjatuhkan diri, Jibril
pun menjelma seraya berkata: ‘Wahai Muhammad! Sesungguhnya engkau benar-benar
utusan Allah.’ Rasulullah pun kembali tenang dan beliau pulang kembali. Namun setiap
kali wahyu terputus lama, maka beliau berbuat perkara yang sama, sehingga saat sudah
di puncak gunung, Jibril pun menjelma lagi dan mengatakan yang sama seperti
sebelumnya.

➡️ Teks hadis ini adalah penambahan

Ibnu Hajar al-'Asqalani mengesahkan bahawa kisah ini adalah penambahan dari
Ma'mar. Dalam kitab Fathul Bari, jilid ke-16, penerbit Darul Tayyibah, cetakan petama
tahun 2005, muka surat 290, Ibnu Hajar al-Asqalani menulis

‫يع‬ِ ‫فِيما ب لَغَنَا َه َذا وما ب ْع َدهُ ِمن ِزَي َد ِة م ْعم ٍر َعلَى ِرواي ِة عُ َق ْي ٍل ويونُس و‬
ُ ‫صن‬
َ َ َ َُ ََ َ َ َ ْ َ ََ َ َ
ِ ‫وهم أَنهه د‬
‫اخ ٌل ِِف ِرَوايَِة عُ َق ْي ٍل‬ َ ُ ُ ِ ُ‫ف ي‬ ِ ِ‫الْم َؤل‬
ُ
Apa yang telah sampai kepada kami tentang hadis ini dan setelah itu adalah daripada
penambahan Ma'mar, berasaskan melalui riwayat `Uqail dan Yunus. Cara persembahan
pengarang boleh mengundang salah faham bahawa ucapan ini juga ada pada riwayat
`Uqail dan Yunus...

‫صةٌ بِ ِرَوايَِة َم ْع َم ٍر فَ َق ْد‬ ِ ‫َواله ِذي ِع ْن ِدي أَ هن َه ِذ ِه‬


‫الزََي َد َة َخا ه‬
Manakala sepengertahuan saya, ia hanya terdapat pada riwayat Ma`mar sahaja.

‫َْحَ ُد َوُم ْسلِ ٌم‬ ِ ‫اْل ْْس‬


ِ ‫اعيلِ ُّي أَ هن‬
ْ ‫الزََي َد َة ِِف ِرَوايَِة َم ْع َم ٍر َوأَ ْخ َر َجهُ أ‬ َ ِْ ‫ص هر َح‬
َ
ِ ‫اب اللهْي‬
ِ ‫َص َح‬ ِ ِ ‫اعيلِي وغَي رهم وأَبو نُعي ٍم أَي ا‬ ِ ِْ ‫و‬
‫ث َع ِن‬ ْ ‫ضا م ْن طَ ِر ِيق ََجْ ٍع م ْن أ‬ ْ ْ َ ُ َ ْ ُ ُ ْ َ ُّ َ‫اْل ْْس‬ َ
ِ ‫ث بِ ُد‬
‫وِنَا‬ ِ ‫اللهْي‬
Al-Isma`ily juga menerangkan: Tambahan ini ada di dalam riwayat Ma`mar. Hadis ini
juga diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Ismaili dan lain-lain. Abu Nu`aim juga
meriwayatkan daripada riwayat sekolompok murid al-Lais daripada al-Lais tanpa
tambahan ini.

Maksudnya, hadis ini diriwayatkan dengan jalur yang sama tanpa penambahan kisah
percubaan nabi membunuh diri. Dalam Sahih al-Bukhari cetakan yang sama muka surat
1262, hadis yang sama diriwayatkan daripada Aisyah, tanpa sanad daripada Ma'mar
dan sanad yang tiada perawi bernama Ma'mar tiada teks kisah Nabi ingin membunuh
diri.

Ibnu Hajar menceritakan lagi:

‫ص َل إِلَْي نَا‬ ِ ِ
َ ‫ َوَم ْع ََن الْ َك ََلم أَ هن ِِف َُجْلَة َما َو‬، ‫الزْه ِري‬ َ ‫إِ هن الْ َقائل ف‬
ُّ ‫يما بَلَغَنَا ُه َو‬
‫صة َو ُه َو ِم ْن بَََلغَات‬ ‫اَّلل َعلَْي ِه َو َسله َم ِِف َه ِذ ِه ال ِْق ه‬
‫صلهى ه‬ ‫ِم ْن َخ َْب َر ُسول ه‬
َ ‫اَّلل‬
‫وًل‬
‫صا‬ ُ ‫س َم ْو‬َ ‫الزْه ِري َولَْي‬
ُّ

Sesungguhnya yang berkata, 'apa yang sampai kepada kita' (balaghana) adalah
al-Zuhri. Perkataan ini bermakna kenyataan tersebut telah sampai kepada kita khabar
kisah ini dari Rasulullah SAW dan ia merupakan balāghat al-Zuhri dan ia tidak
bersambung sanadnya.

maksud balaghat di sini ialah kisah ini diceritakan oleh Zuhri, Ali bin Muhammad dan ia
tidak bersambungan (‫ ) متصل‬dan tidak musnad (‫) مسند‬. Dalam ilmu hadis Ahlusunnah,
sekiranya hadis itu tidak muttasil maka ia tidak disandarkan kepada Rasulullah.

Teks tambahan ini tidak musnad, kerana tidak diktahui siapa yang memberitahu Zuhri
pada ungkapan Balaghana, tidak muttasil kerana kisah ini tidak bersambungan sanad
antara para perawi hingga sampai ke Zuhri

Iaitu, perkataan balaghana atau telah sampai kabar kepada kami, tidak diketahui
siapakah yang menyampaikan kabar ini kepada perawi bernama Zuhri. Sebagaimana
yang diceritakan oleh Ibnu Hajar.
Ini adalah perbandingan kedua-dua hadis yang sama dalam kitab Sahih Muslim, perawi
pertama adalah Aisyah, kemudian Urwah bin Zubair, dan Ibnu Shihab atau az-Zuhri
kedua-duanya adalah orang yang sama, nama asalnya ialah Muhammad bin Muslim,
tabaqatnya di peringkat ke-empat tabi'in. Hadis di atas tiada perawi bernama Ma'mar,
dan tiada teks penambahan kisah Nabi berhasrat terjun dari atas gunung. Manakala
hadis kedua ini mempunyai perawi yang bernama Ma'mar, dan hadis ini dengan nombor
6982 mengandungi tambahan kisah tersebut dalam matannya.

Ada dakwaan menyatakan bahawa tambahan dari riwayat ma'mar, jadi dalam istilah
orang panggil syarah, bila syarah ia tidak sahih, yang ini tidak sahih

Kritikan:

1. Wajarkah Imam al-Bukhari sengaja memasukkan syarah yang tidak sahih?

Dakwaan bahawa penambahan ini tidak sahih adalah bertentangan dengan prinsip
Ahlusunnah Wal Jamaah bahawa seluruh hadis dalam kitab Sahih al-Bukhari adalah
sahih, Dalam kitab Sharh al-'Aqidah al-Tahawiyyah, terbitan al-Maktab al-Islami, cetakan
ke-8 tahun 1984, muka surat 22, Nasiruddin al-Albani menulis

،‫ فقد جاوز القنطرة‬،‫أن احلديث إذا أخرجه الشيخان أو أحدمها‬


‫ وأنه هو‬،‫ وًل ريب ِف ذلك‬,‫ودخل ِف طريق الصحة والسَلمة‬
‫اْلصل عندًن‬

Sesungguhnya jika Imam al-Bukhari dan Muslim, atau salah seorang daripada mereka
mengeluarkan hadis, maka ia telah melepasi ilmu jarh wa ta'dil, dan telah masuk ke
jalan yang sah dan selamat, tidak ada keraguan padanya, sesungguhnya itu adalah usul
bagi kita.
2. Tidakkah tambahan ini menghina Rasulullah?

Firman Allah s.w.t dalam surah Qalam ayat 4:

‫ك لَ َعلَى ُخلُ ٍق َع ِظ ٍيم‬


َ ‫َوإِنه‬

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat agung.

Ayat tersebut jelas menunjukkan akhlak Nabi tiada tolok bandingan. Cerita nabi
berkali-kali berhasrat membunuh diri adalah bertentangan dengan al-Qur'an. Justeru itu,
bagaimana mungkin ia boleh berada dalam kitab yang dinamakan Sahih?

3. Bukankah berdusta atas Nabi hukumnya neraka?

Menurut kepercayaan Ahlusunnah Imam al-Bukhari amat teliti dalam mengambil hadis
sehingga menamakan kitabnya sebagai Sahih al-Bukhari sedangkan hukum berdusta
atas nabi adalah menyediakan tempatnya di neraka. Dalam kitab sahih al-Bukhari, Nabi
(s.a.w) bersabda:

‫ب َعلَ هي ُمتَ َع ِم ادا فَ لْيَ تَ بَ هوأْ َم ْق َع َدهُ ِم َن النها ِر‬


َ ‫َوَم ْن َك َذ‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja maka siaplah
tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (110)]

Oleh itu, penambahan cerita palsu bahawa Nabi ingin membunuh diri adalah berdosa
dan tidak wajar dimasukkan dalam kitab yang dinamakan sahih.

🔴 Ahlusunnah beramal dengan tambahan teks.


Ahlusunnah beramal dengan teks yang ditambah ke dalam hadis. Dalam isu solat
sedekap, iaitu meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri tatkala solat, umat Islam
mengamalkannya dengan bersandar kepada tambahan.

Dalam kitab Sahih al-Bukhari, cetakan seperti sebelum ini, muka surat 746,
diriwayatkan:

َ َ‫هاس يُ ْؤَم ُرو َن أَ ْن ي‬


‫ض َع ال هر ُج ُل الْيَ َد الْيُ ْم ََن‬ ‫ن‬ ‫ال‬ ‫ن‬
َ ‫ا‬‫ك‬َ ‫ال‬
َ َ‫ق‬ ، ٍ ‫س ْه ِل ب ِن سع‬
‫د‬
ُ َْ ْ َ
‫ال أَبُو َحا ِزٍم ًلَ أَ ْعلَ ُمهُ إًِله يَ ْن ِمي‬ َ َ‫ ق‬. ‫صَلَ ِة‬ ِ ‫علَي ِذر‬
‫اع ِه الْيُ ْس َري ِِف ال ه‬َ َ
.‫هيب صلي هللا عليه وسلم‬ َ ِ‫َذل‬
ِ ِ‫ك إِ ََل الن‬

Dalam kitab Sahih al-Bukhari, diriwayatkan Sahl bin Sa'd berkata: Manusia disuruh
meletakkan tangan kanan ke atas lengan kiri tatkala solat. Abu Hazim berkata: Aku tidak
tahu tentangnya melainkan ia dikaitkan dengan Nabi (s.a.w).

Kini di kalangan umat Islam, hanya mazhab Maliki sahaja yang masih solat dengan
meluruskan tangan. Perbahasan solat tangan sedekap bukan sunnah nabi tidak akan
dibahaskan dalam klip ini.

Dalam kitab Bidayatul Mujtahid, jilid pertama, penerbit Maktabah Ibnu Taimiyyah,
cetakan pertama tahun 1415 Hijrah, muka surat 335:

،- ‫س ََل ُم‬ ‫ َعلَْي ِه ال ه‬- ‫ص ََلتِِه‬


‫ص ََلةُ َوال ه‬ ِ ِ ْ َ‫آَثر ََثبِتَةٌ نُِقل‬
َ ُ‫ت ف َيها ص َفة‬ ٌَ ‫ت‬ ْ ‫اء‬
َ ‫قَ ْد َج‬
َ ‫ضا أَ هن الن‬
‫هاس‬ ‫ت أَيْ ا‬ َ َ‫َوََلْ يُ ْن َق ْل فِ َيها أَنههُ َكا َن ي‬
َ َ‫ َوثَب‬،‫ض ُع يَ َدهُ الْيُ ْم ََن َعلَى الْيُ ْس َرى‬
‫ َعلَْي ِه ال ه‬- ‫ص ََلتِِه‬
ُ‫ص ََلة‬ ِ ِ ِ ‫ك أَي ا‬ ِ َ ِ‫َكانُوا يُ ْؤَم ُرو َن بِ َذل‬
َ ‫ضا م ْن ص َفة‬ ْ َ ‫ َوَوَر َد َذل‬.‫ك‬
‫ك‬َ ِ‫ت َذل‬ْ َ‫يث أَِِب ُْحَْي ٍد فَ َرأَى قَ ْوٌم أَ هن ْاْل ََث َر الهِِت أَثْ بَ ت‬ ِ ‫ ِِف ح ِد‬- ‫س ََلم‬
َ ُ ‫َوال ه‬
‫ت ِزََي َد اة َعلَى ْاْل ََث ِر‬ ْ ‫ض‬ َ َ‫اقْ ت‬

Dalam atsar yang telah sabit, telah dinukilkan di dalamnya sifat solat Nabi (s.a.w), dan
tidak pernah dinukilkan bahawa bainda meletakkan tangan kanannya ke atas tangan
kiri. elah dibuktikan lagi bahawa manusia disuruh demikian

telah terbukti bahawa manusia disuruh bersedekap, dan perkara ini juga telah termasuk
dalam sifat solat Nabi dalam hadis Abi Hamid, yang sebahagian orang meyakini bahawa
atsar yang tersabit demikian itu menuruti *tambahan* atas *atsar*

Perkara ini membuktikan bahawa umat Islam beramal dengan tambahan teks dalam
hadis dari kitab Sahih al-Bukhari.

🔴 Tahrif dalam kitab Sahih al-Bukhari

Jika hadis yang menganduni penambahan itu tidak dinulik oleh Imam al-Bukhari, maka
ia adalah penambahan orang setelah al-Bukhari yang menyalin naskah-naskah
manuskrip Sahih al-Bukhari.

➡️ Contoh tahrif penambahan dalam Sahih al-Bukhari.

Terdapat beberapa penambahan dan pengurangan telah dikesan terjadi dalam kitab
Sahih al-Bukhari, yang diistilahkan sebagai tahrif, sebagai contoh, dalam kitab sahih
al-Bukhari cetakan yang sama, muka surat 730, diriwayatkan:
ٌ‫اجتَ َم َع َعلَْي َها قِ َر َدة‬ ِ ِ ِِ ٍ ‫عن َعم ِرو ب ِن م ْيم‬
ْ ‫ت َِف ا ْْلَاهليهة ق ْر َد اة‬
ُ ْ‫ال َرأَي‬
َ َ‫ون ق‬ َُ ْ ْ
‫وها فَ َر ََجْتُ َها َم َع ُه ْم‬
َ ُ‫ فَ َر ََج‬، ‫ت‬
ْ َ‫قَ ْد َزن‬

Amr ibn Maimun berkata: Pada zaman jahiliyah, saya melihat monyet
berkumpul mengerumuni monyet yang telah berzina dan
merejamnya. Aku pun turut merejamnya.

Hadis ini jelas tidak berasas sama sekali. Dalam kitab al-Jam' bainas Sahihayn
al-Bukhari wa Muslim, karangan al-Imam Muhammad bin Futuh al-Humaidi, jilid ke-3,
penerbit Dar Ibni Hazm, muka surat 490, pengarang menulis:

‫حكى أبو مسعود أن له ِف الصحيح حكاية من رواية حصْي عنه‬


‫قال رأيت ِف اْلاهلية قردةا اجتمع عليها قردةٌ قد زنت فرَجوها‬
‫فرَجتها معهم كذا حكاه أبو مسعود وَل يذكر ِف أي موضع أخرجه‬
‫البخاري من كتابه‬

Ibnu Mas'ud menceritakan bahawa dalam Sahih al-Bukhari terdapat riwayat Hushoin
yang berkata di zaman jahiliyyah ada monyet telah berzina yang dikerumuni
monyet-monyet, maka beliau merejamnya bersama monyet-monyet itu. Kisah ini
diceritakan oleh Abu Mas'oud dan tidak menyebutkan dari mana Imam al-Bukhari
keluarkan kisah tersebut dalam kitab mana.

‫فبحثنا عن ذلك فوجدًنه ِف بعض النسخ ًل ِف كلها قد ذكر ِف أَيم‬


‫اْلاهلية وليس ِف رواية النعيمي عن الفربري أصَلا شيءٌ من هذا‬
‫اخلْب ِف القردة ولعلها من املقحمات الِت أقحمت ِف كتاب البخاري‬

،‫ ُممد بن فتوح احلميدي‬،‫اْلمع بْي الصحيحْي البخاري ومسلم‬


490 ‫ صفحهی‬3 ‫جلد‬

_Maka kami mencari perkara tersebut ada dalam sebahagian naskah manuskrip Sahih
al-Bukhari, tidak semuanya. Telah disebut pada zaman jahiliyah; Dan dalam riwayat
Naeemi dari Firabri, tiada langsung yang riwayat tentang monyet itu. Barangkali ia
berpunca dari beberapa perkara yang berserakan terselit dalam kitab Sahih al-Bukhari._

➡️ pengakuan ulama Sunni tentang penambahan dalam kitab Sahih al-Bukhari.

Dalam kitab Huda al-Sari, Muqaddimah Fathil Bari, jilid pertama, penerbit Dar
al-Tayyibah, muka surat 12, pengarang menulis:

‫ال انتسخت‬ َ َ‫َْحد املستملى ق‬ ْ ‫ال َحدثنَا ا ْحلَافِظ أَبُو إِ ْس َحاق إِبْ َر ِاهيم بن أ‬
َ َ‫ق‬
ِ ِ
‫وسف الْفرب ِري‬ ُ ُ‫صاحبه ُُمَ همد بن ي‬َ ‫كتاب البُ َخا ِري من أَصله الهذي َكا َن ع ْند‬
ِ ِِ
َ ‫فَ َرأَيْت فيه أَ ْشيَاء َل تتم َوأَ ْشيَاء ُمبَ يهضة م ْن َها تراجم َل يثبت ْبع‬
‫دها َش ْيئا‬
‫اديث َل يرتجم ََلَا‬ ِ ‫وِم ْن ها أَح‬
َ َ َ
Al-Hafiz Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Al-Mustamli berkata: Aku menyalin kitab Bukhari
dari naskah asalnya, iaitu naskah pemiliknya Muhammad bin Yusuf Firabri, dan aku
dapati beberapa perkara yang tidak sempurna, termasuk beberapa lembaran kosong
yang tidak dapat disabitkan terjadi setelah itu. Dan terdapat hadis-hadis yang tidak
dijelaskan maknanya,

‫اجي َوِِمها يدل على‬


ِ ‫ال أَبو الْولِيد الْب‬ ِ
َ َ ُ َ َ‫فأضفنا بعض َذلك إِ ََل بعض ق‬
ِ
‫ص َحة َه َذا ال َق ْول أَن ِرَوايَة أِب إِ ْس َحاق املستملى َوِرَوايَة أِب ُُمَ همد‬
‫رخسي َوِرَوايَة أِب ا َْلَْيثَم الكشمهيَن َوِرَوايَة أِب زيد الْمروِزي‬ِ ‫س‬ ‫ال ه‬
ِ ‫ُُمْتل َفة ابلتقدمي والتهأ ِْخري مع إِنههم انتسخوا من أصل و‬
‫احد َوإِ هَّنَا َذلِك‬ َ ُ ََ َ َ
‫ضافَة أَنه‬ َ ‫يما َكا َن ِِف طرة أَو رقْ َعة ُم‬ ِ‫احد ِم ْنهم ف‬
ِ ‫ِِبسب ما قدر كل و‬
َ ُ َ َ َ
‫وضع َما فأضافه إِلَْي ِه َويبْي َذلِك انك ََِتد ترَجتْي َوأ ْكثر من‬ ِ ‫من م‬
َ
ِ ‫َذلِك مت‬
ِ ‫هصلَة لَيس بينها أَح‬
‫اديث‬ َ َ ََ ْ ُ

maka kami tambahkan sebahagiannya antara satu sama lain. Abu Walid al-Baji berkata:
Di antara kes yang menunjukkan kebenaran kenyataan ini ialah ini Riwayat tentang Abu
Ishaq Mustamli dan riwayat Abu Mohammad Sarakhsi dan riwayat Abu Haytham
Kashmahini dan riwayat Abu Zayd Maruzi, berbeza antara satu sama walaupun semua
naskah disalin dari satu naskah yang asal. Setiap satu teks disalin dari
lembaran-lembaran sekadar yang terdaya, atau disalin dari lampiran tambahan dari
judul yang ditambah padanya, dan ia menjelaskan engkau pasti menemukan dua
penjelasan atau lebih dari itu yang bersambungan. Tidak ada di antaranya hadis-hadis,

Berasaskan pengakuan ini maka diketahuilah bahawa terdapat lembaran-lembaran


kosong dalam naskah-naskah Sahih al-Bukhari. Kemudian penyalin manuskrip
menambah hadis di tempat yang kosong tersebut.
🔴 Teks tambahan itu menceritakan perbuatan Nabi

Hakikatnya teks tersebut menceritakan perbuatan Nabi, dan bukan atsar sahabah. Jika
imam bukhari ingin mensyarahkan atau meninggalkan komen, beliau akan menyebut
akan menulis namanya supaya diketahui bahawa itu adalah kata-katanya, bukan hadis.

Dalam kitab sahih al-Bukhari, terbitan Baitul Afkar al-Dawliyyah, cetakan tahun 1998,
muka surat 854, pengarang menulis:

‫وقال ُممد يقال انه عمر‬


Telah berkata Muhammad (iaitu Muhammad bin Ismail al-Bukhari), sesungguhnya ia
adalah Umar.

🔴 Terdapat matan hadis yang menyerang kedudukan Nabi dalam kitab Sahih
al-Bukhari

Seorang pengkaji kitab-kitab umat Islam kontemporari, bernama Ustaz Rashid bin
Hamid Aylal, dalam kitabnya berjudul Sahih al-Bukhari Nihayatul Usturah, penerbit
Darul Watam. cetakan pertama tahun 2017, muka surat 8, beliau menulis:

‫وأًن كغريي من الباحثْي توجهت ِف بداَييت إَل التنقيب ِف هاته‬


‫ فوجدت أن املئات منها حتبل‬،‫اْلحاديث املروية ِف صحيح البخاري‬
‫ ومنها ما‬،‫ فمنها ما يسيء إَل مقام اْللوهية‬،‫بكوارث خطرية‬
‫ منها ما يسيء إَل مقام اْلنسان نفسه واملرأة‬،‫يسيءإَل مقام النبوة‬
‫ إَل أن ملع ِف تفكريي سؤال خبصوص أصالة‬،‫على وجه اخلصوص‬
‫كتاب "اْلامع املسند الصحيح املختصر من أُمور ر سول اَّلل‬

Saya, seperti pengkaji lain, pada awalnya saya menggali hadith-hadith yang
diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari ini, dan saya dapati beratus-ratus daripadanya
sedang menanggung malapetaka yang serius, sebahagian daripadanya menyinggung
kedudukan ketuhanan, dan sebahagian daripadanya menyinggung kedudukan kenabian
yang sebahagiannya menyinggung kedudukan lelaki dan wanita , khususnya sehingga
timbul persoalan di benak saya tentang kesahihan kitab “Al-Jami' Al-Musnad Al-Sahih
Al-Mukhtasar apakah ia dari urusan perkara kenabian?. ”

🔴 Kesimpulan

Hadis bahawa nabi berkali-kali ingin membunuh diri merupakan penghinaan terhadap
kedudukan Nabi yang berakhlak mulia dan tambahan teks yang tidak sahih menurut
ulama Ahlusunnah. Walaubagaimanapun belum ditemukan mana-mana pengkaji yang
menyatakan tarafnya samada dhaif atau mawdhu' kerana ia pasti menjejaskan peribadi
perawi kitab, lebih-lebih lagi Imam al-Bukhari yang terkenal begitu teliti dalam
mengeluarkan hadis. Berasaskan keterangan dan catatan ulama Ahlusunnah, kitab ini
tidak terpelihara dari tokok tambah. Justeru itu, jika bukan Imam al-Bukhari yang
memasukkan hadis yang menghina Nabi (s.a.w), maka ia ditambah oleh ulama
Ahlusunnah yang terkemudian. Selain itu, kandungan kitab ini perlu dibuat klasifikasi
semula, samada sahih, hasan, dhaif atau mawdhu' demi kemaslahatan umat.

Imam al-Baiquniy di dalam manzhumahnya telah memberi definisi hadith Muttasil seperti
berikut:
ِ ‫صطََفى فَالْمت‬
‫هص ْل‬ ‫ْم‬‫ل‬ِ‫ادهُ ل‬
ُ َ‫ن‬‫س‬ ِ
‫إ‬ * ‫ل‬ ِ ‫وما بِسم ِع ُك ِل را ٍو ي ت‬
‫هص‬
ُ ْ ُ ْ ْ َ َ ْ َ ََ

Maksudnya: “Dan apa yang didengar oleh setiap perawi yang bersambung, Sanadnya
kepada al-Mustafa (Nabi SAW) dinamakan al-Muttasil.”

Anda mungkin juga menyukai