Anda di halaman 1dari 11

2

1
p
t-k
a
.K
l
P
4
u
Is
3
:"iry
o
c
d
h
g
n
e
FORMAT KARANGAN JENIS UCAPAN (Ringkasan)

RINGKASAN
FORMAT
KARANGAN
JENIS
UCAPAN
FORMAT KARANGAN JENIS UCAPAN

1. Pengenalan
Dimulakan Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza daripada
karangan jenis syarahan dan ceramah.
Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-
masing.
Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi.

2. Isi
Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan
dan perangsang kepada hadirin.
Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli
dengan isi-isi ucapan.
Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti hadirin yang
dihormati sekalian.
Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau peribahasa supaya ucapan
itu menjadi lebih menarik.

3. Penutup
Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat .
Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan,kesimpulan dan disudahi
dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin teristimewanya tokoh yang
diraikan.
Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata indah
CONTOH SITUASI:

Anda telah diminta untuk memberi sebuah ucapan pada hari persaraan salah seorang guru
disekolah anda.Sediakan teks ucapan yang lengkap untuk disampaikan pada hari tersebut

1. Pendahuluan
Kata alu-aluan kepada hadirin yang hadir
Contoh : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang saya
Hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Yang Berusaha
Guru-Guru Penolong Kanan,Yang diraikan……………..guru-guru serta murid-murid
yang dikasihi sekalian.

2. Isi

Ucapan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan
kepada guru yang akan bersara.

Isi-isi ucapan merangkumi :

- Latar belakang guru yang akan bersara.


- Pendidikan serta kursus-kursus yang pernah disertai.
- Pengalaman
- Pencapaian selama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru

Kata-kata penghadapan hendaklah disertakan ketika ingin memulakan isi baru.

Contoh :

– Hadirin yang dihormati

– Sudara-saudari sekalian

3. Penutup
• Akhir sekali saya mendoakan agar Puan Ramlah Bahri sentiasa berjaya dalam hidupnya
dan mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukannya.Saya akhiri ucapan
saya ini dengan dua rangkap pantun ;

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Kalau ada sumur diladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian,terima kasih.

Protokol Panggilan Hormat


PANGKAT/GELARAN CARA MENGALAMATKAN

Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda
Yang Dipertuan Agong

Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama

Raja Muda/Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia

Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat

Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri Besar/Ketua Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri/Timbalan Menteri Yang Berhormat

Wakil Rakyat/Adun Yang Berhormat

Ahli Dewan Negara/Senator Yang Berhormat Senator

PANGKAT/GELARAN CARA MENGALAMATKAN


Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri Yang Berhormat

• Setiausaha Kerajaan Negeri

• Pegawai Kewangan Negeri

• Penasihat Undang-undang Negeri

Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tun/Tan Sri/Datuk

Hakim Besar/Hakim Yang Amat Arif Tan Sri/Datuk

Mufti Sahibussamahah Tan Sri /Datuk

Kadi Sahibulfadilah Tuan Kadi

Haji/Hajjah Yang Mulia Tuan Haji/Hajjah

Ustaz/Ustazah Yang Berbahagia

Pengetua/Guru Besar Yang Berusaha

Profesor/Profesor Madya Yang Berbahagia


Contoh Karangan Jenis Ucapan

Yang saya muliakan saudari Pengerusi Majlis, Yang berusaha pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, guru-guru, para ibu bapa dan hadirin hadirat yang
saya kasihi sekalian. Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita semua
dapat berkumpul dalam dewan yang permai ini bersempena dengan program “anak dan masa
depan”. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua warga
sekolah kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan mengenai sikap terlalu
memilih kerjaya yang mengundang kepada pengangguran.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Kemantapan pemikiran bergantung kepada keteguhan hati dan sikap individu tersebut.
Pengangguran yang kian bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan adalah berpunca
daripada sikap keluarga itu sendiri. Ibu bapa adalah asas sesebuah institusi kekeluargaan. Ibu
bapa juga adalah orang yang wajib kita hormati kerana tanpa mereka siapalah kita? Tanpa ibu
bapa yang mengasuh minda sejak kecil ke arah kebaikan, dapatkah kita menikmati hidup
sebagaimana kini? Majoroti penganggur amat tertekan dengan sikap keluarga mereka yang
terlalu menumpukan sesuatu perkara tanpa memikirkan masa depan anak mereka sendiri. Ibu
bapa yang terlalu memaksa anaknya supaya mencari pekerjaan yang dipandang tinggi oleh orang
lain menyebabkan anaknya hilang daya untuk berfikir secara rasional. Seperti yang kita maklum
bahawa berfikiran secara rasional amat penting dalam menjamin masa depan individu dan
individu itu mampu mendukung negara ke peringkat antarabangsa dan memartabatkan tanah air
mereka. Hari ini kesalahan jenayah yang melibatkan golongan penganggur mengikut statistik
polis meningkat dengan mendadak. Masalah ni sebenarnya berpunca daripada sikap dan peranan
ibu bapa mereka sendiri yang bulat hati dalam memilih pekerjaan untuk anaknya.

Sidang hadirin yang penuh visi,

Selain itu, sistem politik negara juga menjadi punca kepada masalah pengangguran.
Melalui parti-parti politik yang ada dalam negara, ramai graduan yang sanggup mengenepikan
tawaran demi kepentingan parti politik yang lebih senangi. Sistem politik sepatutnya tidak
menyumbang masalah kepada negara kerana ia hanyalah bertujuan untuk memantapkan sistem
pentadbiran dan menegakkan hak-hak rakyat. Individu tidak harus terlalu taksub dengan bidang
politik. Jika ramai individu pandai menjaga diri dan membawa diri dalam bidang ini, sudah pasti
dapat mengurangkan kadar pengangguran yang sentiasa menjadi masalah bagi negara ini.

Hadirin yang saya hormati,

Masalah dalam revolusi ekonomi yang tidak menentu juga menjadi penyebab kepada
meningkatnya masalah pengangguran. Ekonomi negara yang baik amat diutamakan untuk
menjamin masa depan yang lebih cerah. Pengurusan yang tidak sistematik boleh menyebabkan
ramai orang ditimpa masalah. Bak kata pepatah, “kerana nila setitik habis susu sebelanga”.
Majikan yang terlalu inginkan kemewahan sanggup mengenepikan graduan-graduan yang
mempunyai kreadibiliti yang tinggi dengan mengambil pekerja asing. Sikap ini seharusnya
dielakkan bagi memberi jalan kepada orang tempatan yang dibaratkan seperti melukut di tepi
gantang, walaupun berada di negara sendiri. Kita sepatutnya berpegang kepada yang benar dan
hindarkan diri dari sikap tamak.

Marilah kita berfikir sejenak sambil menimbau kembali pada zaman kita dijajah oleh
orang asing disebabkan oleh sikap masyarakat pada zaman dahulu yang kurang berpangetahuan.
Adakah anda semua terfikir betapa seksanya hidup di dalam negara sendiri tetapi ditadbir oleh
masyarakat asing. Ini amat berkaitan dengan sikap pihak pengurusan pekerjaan yang
mementingkan aliran wang masuk. Tidakkah kita berasa kecewa dengan sikap segelintir orang
seperti ini? Dapatkah anda rasakan semangat orang-orang Melayu yang berikhtiar membebaskan
diri daripada penjajah? Rujuk semula kepada penganggur, dapatkah penganggur menempis
semangat putus asa dan menimba kembali semangat jati diri yang hampir dikaburi permasalahan
yang pelbagai? Tanpa gabungan peranan orang lain dan penganggur itu sendiri, semangat
tersebut amat sukar dicapai. Bak kata pepatah, “kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak
diduga”.

Hadirin yang saya kasihi,

Selain itu, prosedur untuk mendapatkan pekerjaan juga amat ,menyusahkan bagi mereka
yang tiada kecelakan hati. Sememangnya, kita harus memandang ke hadapan dan tidak sama
sekali menoleh ke belakang kerana jika menoleh ke belakang walaupun hanya sekali dan untuk
pertama kali, kita akan berada jauh daripada apa yang diimpikan. Penganggur seharusnya tidak
mudah putus asa dan rajinlah seperti semut dalam mencari perkerjaan.

Oleh itu, kita seharusnya mewujudkan persefahaman dan saling bergantungan antara satu
sama lain seperti dakwat dengan keras. Dengan itu, wujudlah semangat cintakan negara dan
apabila wujudnya semangat tersebut, semestinya setiap individu itu tidak mahu negara mereka
ditmpa bencana.

Tuntasnya, saya berharap agar anda semua akan berusaha dengan lebih tekun demi masa
depan. Sebelum saya mengundur diri suka saya sampaikan serangkap pantun.

Ramai penganggur hidup melata;

Kerana pendirian tidak tetap;

Sikap masyarakat bukan semata-mata;

Kerana banyak penyelesaian belum terungkap.

Sekian, terima kasih

Bibliografi

http://www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm

http://www.tutor.com.my/stpm/SukatanSTPM/sukatan_pelajaran_bahasa_melayu_.htm

M. Isyah, R. A. Adnan, cetakan kedua, 2008, Contoh Karangan Bahasa Malaysia Bahasa

Malaysia PMR, Selangor.


S. Wahab, edisi kedua, 2005, Belajar Berucap, PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd,

Pahang.

REFLEKSI

Assalamualaikum....
Alhmandullillah. Bersyukur saya kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmat daripada-Nya
saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek Teras Bahasa Melayu ini dengan baik. Jutaan terima
kasih saya ucapkan kepada Encik Mazri selaku pensyarah Teras Bahasa Melayu yang telah
banyak memberi idea dan tunjuk ajar yang menjadi panduan kepada saya dan rakan-rakan dalam
menyempurnakan tugasan ini. Pelbagai kesulitan telah saya tempuhi sepanjang pelaksanaan
tugasan ini. Antaranya adalah kesulitan dalam membezakan jenis-jenis ucapan berdasarkan
situasi yang berbeza. Selain daripada itu, saya juga megalami masalah dalam mencari kelemahan
dan kekuatan sesuatu ucapan. Dengan penghasilan kerja kursus ini saya dapat menimba pelbagai
ilmu baru yang amat berguna untuk masa hadapan. Ini juga membantu saya dalam melakukan
persediaan untuk menempuh alam perguruan. Selain itu, daripada tugasan ini saya dapat
menerokai dangan lebih mendalam mengenaicara melafazkan ucapan dengan betul dan membuat
penyeusaian dengan sidang pendengar. Ini membantu saya dalam memantapkan kefahaman dan
ilmu pengetahuan saya yang akan saya jadikan benteng untuk bertempur di medan peperiksaan
akhir semester. Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberikan manfaat kepada semua dalam
menjalani kehidupan sebagai anak Malaysia.

Yang ikhlas,

(SITI FARAH IDAYU BINTI MADI)

Anda mungkin juga menyukai