Anda di halaman 1dari 7

UW00802

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TUGASAN INDIVIDU

NAMA PENSYARAH: DR. SITI AIDAH BTE LUKIN @ LOKIN

NAMA PELAJAR: NAJMUDDIN BIN ALI

NO. MATRIKS: BA21110688

NO. TELEFON: 0177099165


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA

1 1.0 PENGENALAN

2 2.0 PERBINCANGAN ISI ARTIKEL

3 3.0 KESIMPULAN

4 4.0 RUJUKAN

PENGENALAN ARTIKEL
Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia yang
telah dibuat oleh Nabi Muhammad (SAW) pada tahun pertama hijrah yang
bersamaan pada tahun 622 Masihi. Selain daripada Piagam Madinah ia juga
sebagai Sahifah Al-Madinah dan juga Perjanjian Madinah. Selain itu, kita juga
dapat lihat bahawa Piagam Madinah ini dapat dikaitkan dengan Perlembagaan
Madinah kerana mempunyai kandungan peraturan yang berasaskan keadilan
bagi membentuk sesebuah negara yang didiami penduduk dari kepelbagaian
bangsa dan kaum.

Piagam Madinah ini telah dirangka oleh Nabi Muhammad (SAW) berdasarkan
norma masyarakat di Madinah dan dibimbing wahyu yang telah diwahyukan
kepada baginda. Penerimaan Nabi Muhammad (SAW) sebagai ketua negara
Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin yang
memimin sesebuah negara yang didiami pelbagai bangsa. Baginda (SAW)
juga mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan
memutuskan dasar-dasar negara dari semasa ke semasa 1.

Dan berkat Piagam Madinah ini telah mendamaikan dan menyatukan suku
bangsa arab di Madinah yang sentiasa bergaduh antara satu sama lain dan
juga memberi kebebasan masyarakat di Madinah untuk menjalankan kegiatan
ekonomi. Maka terbentuklah masyarakat Madinah yang dibimbing dengan
nilai-nilai Islam dan terlahirlah peradaban baru yang menyinari dunia.
Keupayaan membangun masyarakat yang mempunyai peradaban yang
moden ini dibimbibing dengan nilai kemanusiaan dan keadilan yang tinggi
oleh Nabi Muhammad (SAW).

PERBINCANGAN ISI ARTIKEL

Piagam Madinah secara dasarnya dirangka bagi mengatur hubungan sosial


antara masyarakat Madinah iaitu: yang Pertama, hubungan antara orang
1
Abu Hasan Ali Al- Hasany, As-Sirah An-Nabawiyyah
islam sesama orang islam walaupun berbeza dari segi suku kaum. Kedua,
hubungan antara orang islam dengan orang yang bukan silam yang
didasarkan pada prinsip jiran tetangga, saling bantu-membantu, saling
menasihati dan menghormati kebebasan beragama. Dan perjanjian ini secara
tegasnya merupakan suatu “Perjanjian Masyarakat” yang telah ditulis oleh
Nabi Muhammad (SAW) sebagai pemimpin kota Madinah yang memegang
amanah untuk memimpin rakyat dari berbagai golongan bangsa dan agama,
seperti yang telah termaktub di dalam mukadimah Piagam Madinah:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang "Inilah
Piagam Tertulis dari Nabi Muhammad SAW di kalangan orang-orang
yang beriman dan memeluk Islam (yang berasal) dari Quraisy dan
Yatsrib, dan orang-orang yang mengikuti mereka, mempersatukan diri
dan berjuang bersama mereka."2

Menurut ilmuwan Abdul Muta’al Shu’aidi di dalam kitabnya Khatam An-


Nabiyyin, selepas Piagam Madinah ini disepakati oleh Masyarakat di Madinah
maka terbentuklah 3 golongan iaitu Muhajirin, Ansar dan Yahudi. 3

Seterusnya, peradaban atau di dalam Bahasa arabnya dikenali sebagai


Hadharah bermaksud daerah atau kota. Dan kebudayaan di dalam Bahasa
arab bermaksud sesuatu yang diletakkan kepada manusia, dan tanpa
manusia kebudayaan tidak akan wujud. Tetapi merujuk Kamus Dewan Edisi
keempat perkataan budaya merujuk kepada adat istiadat 4. Namun di dalam
masyarakat kini, pengertian kebudayaan dan peradaban sering dianggap
sama walaupun di dalam Bahasa Inggeris civilization dimaksudkan dengan
peradaban manakala culture yang dimaksudkan dengan kebudayaan. Begitu
juga di dalam Bahasa arab hadharah bermaksud peradaban dan tsaqafah
bermaksud kebudayaan.

Dan Piagam Madinah ini turut dikatakan sebagai konsep etika dan peradaban
kerana perjanjian bertulis yang dibuat oleh Nabi Muhammad (SAW) ini

2
Zainal Abidin Ahmad, Piagam Madinah kontitusi tertulis pertama di dunia.
3
Abdul Muta’al Shu’adi, Khatam An-Nabiyyin
4
Kamus Dewan Edisi Keempat
dirangka sebagai panduan bagi Masyarakat Madinah untuk berinteraksi antara
satu sama lain. Dan hal ini menjadi asbab masyarakat Madinah mempunyai
hak kebebasan untuk berkarya, berinovasi dalam mengembangkan diri sama
ada secara individu ataupun secara sosial. Oleh kerana itu, pelaksanaan
Piagam Madinah dianggap sebgai konsep dalam mengaplikasi etika dan
peradaban terhadap masyarakat yang patut dicontohi oleh negara lain 5.

Dan Nabi Muhammad (SAW) juga telah menjadikan persaudaraan antara


kaum muhajirin dan ansar sebagai prinsip keadilan sosial yang terbaik di
dunia. Lalu, prinsip ini berkembang menjadi undang-undang tetap yang
berasaskan dengan ukhuwah islamiah. Namun, persaudaraan yang dilakukan
oleh Nabi Muhammad (SAW)bukan sahaja antara muhajirin dan ansar malah
mengeratkan kaum suku Aus dan Khazraj yang sering berperang antara satu
sama lain sebelum kedatangan Nabi Muhammad (SAW) ke Madinah 6. Dan
menurut ilmuwan Abdul Rahman al-Khats’ami menyebutkan: “maksud
persaudaraan ini untuk menghilangkan kesepian selepas meninggalkan
kampung halaman mereka, menghiburkan kerana berpisah dengan keluarga
dan bantu-membantu antara satu sama lain 7”.Dan dengan asbab nilai inilah
pada akhirnya menjadikan masyarakat Madinah tinggi martabatnya serta
berkebudayaan tinggi8.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat disimpulkan, Piagam Madinah dirangka dengan


kebijaksanaan Nabi Muhammad (SAW) yang mengatur strategi dalam
membentuk masyarakat yang mempunyai peradaban moden dan berkualiti
5
http://www.tarbawi.my/2020/01/piagam-madinah-model-penyatuan-ummah.html
6
Ahzami Samiun Jazuli, Hijra Dalam Pandangan Al-Quran
7
Abdul Rahman Al-Khats’ami, Ar-Raudhul Unuf
8
M.Natsir, Kebudayaan Islam Dalam Perspektif Sejarah
serta menentang konsep masyarakat peradaban yang telah diperkenalkan
barat. Dan nilai islam yang boleh didapati dalam kehidupan masyarakat
Madinah ialah menghapuskan buta huta huruf, seimbang ilmu dan akhlak,
seimbang ikhtiar dan doa serta membina bakat dan potensi yang seimbang.
Dengan itu, Piagam Madinah dapat dijadikan asas kepada piagam islam yang
baharu, terutama sekali kepada negara Islam yang mempunyai penduduk
yang berbilang kaum, bangsa dan agama seperti Malaysia.

RUJUKAN

Abdul Muta’al Shu’adi, Khatam An-Nabiyyin

Abu Hasan Ali Al- Hasany, (1976) As-Sirah An-Nabawiyyah


Ahmad Zainal Abidin, (2014) Piagam Madinah Konstitusi Tertulis Pertama di
Dunia

Ahzami Samiun Jazuli, Hijra Dalam Pandangan Al-Quran

Mohd Asri, M. D. (2020, January 23). PIAGAM MADINAH MODEL PENYATUAN

UMMAH. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia. Retrieved

December 30, 2021, from http://www.tarbawi.my/2020/01/piagam-madinah-

model-penyatuan-ummah.html

Natsir, M., (1988). Kebudayaan Islamdalam Perspektif Sejarah

Anda mungkin juga menyukai