Anda di halaman 1dari 8

PENGALAMAN NAIK CAR TRAIN ( kereta naik kereta api ) DI SWITZERLAND DARI KANDERSTAG KE

GOPPENSTAIN SEMASA ON THE WAY KE ZERMATT

Fuhh, panjang tajuk posting kali ni. Tapi nak bagitahunya saya teruja semasa menaiki car train ni. Yer la
kebiasaannya kita naik kereta api, ni kita duduk dalam kereta dan naik kereta api. Memang pengalaman
kali pertama betol la.

.
Semasa trip kami di Switzerland March 2022, memang kami sewa kereta ja sepanjang perjalanan. Malah
masuk Milan, Italy juga melalui jalan darat dan pandu sendiri. Cuma nak bagitahu betapa cekapnya
sektor pengangkutan di Swiss, mereka mempunyai pelbagai cara untuk menghubungkan dari satu
tempat ke satu tempat. Tidak cukup dengan kereta api, mereka mempunyai cable car, lift train, car train,
glass train dan pelbagai lagi lah. Semuanya menjadikan tempat-tempat di daerah Swiss terhubung
dengan baik antara satu sama lain.

Cerita menaiki car train ni, kami sebenarnya dari Interlaken dan dalam perjalanan menuju ke Zermatt.
Mula-mula cuak jugak, google map bagi jalan yang ada pilihan car train ni sebab mungkin ia adalah jalan
paling cepat. Dari Interlaken Ost ke Kanderstag mengambil masa 40 minit pemanduan, kemudian dari
Kanderstag menaiki car train dalam 20 minit sehingga tiba di stesen Goppenstain, Daerah Valeis.

.
Jika korang memilih untuk memandu kereta di Swiss dan menuju ke Zermatt dari Interlaken, ini lah salah
satu route yang paling cepat. Jangan cuak semasa nak menaiki car train ni, sebab caranya cukup simple.
Korang boleh book siap2 perjalanan korang di website penyedia car train ni (
https://www.bls.ch/en/fahren/unterwegs-mit/autoverlad/kandersteg-goppenstein ) atau semasa
sampai di Kanderstag ada satu booth macam booth tol di Malaysia. Mereka akan minta korang buat
bayaran ja sebab di laluan booth ni, ada dua je. Satu yang booking online, dan satu lagi untuk yang bayar
cash / card on the spot.
.

So, bila da bayar pergi je beratur untuk menaiki car train bersama-sama kereta lain. Hehe. Kebiasaannya
paling lama menunggu dalam 15-30 minit. Korang boleh la dulu matikan enjin, biarkan kereta dalam que
untuk ke pintu car train, kemudian boleh lah nak ke tandas atau pun beli coffee dekat kedai serbaneka di
tepi jalan kereta korang que tu. Masa kami menunggu, sempat juga beli hot chocolate di vending
machine yang diorang sediakan. Perghh padu giler rasa hot chocolate walaupun machine made. Bayar
pn pakai kad debit je x payah keluarkan cash.

Kalau visel da di tiupkan, maknanya car train dah ready untuk bergerak. So korang masuk kereta dan
pandulah perlahan lahan masuk ke dalam gerabak. Jangan risau nanti akan ada orang yang akan lead
dan jaga pergerakan kereta korang. Bila car train da bergerak, matikan enjin, buka tingkap dan enjow
the view. Kalau rasa malas, on je enjin, sit back, relax dan boleh la korang lelap sekejap. Perjalanan car
train ni mengambil masa dalam 20 minit je sehingga ke station Goppenstain. Train akan mula perlahan
bila dah nak sampai, so korang boleh la standby untuk keluar dari gerabak. Dari station Goppenstain,
korang kena drive dalam satu jam lagi untuk sampai ke tempat letak kereta di Zermatt. Apa pun, semasa
perjalanan dari Goppenstain ke Tasch Terminal, Zermatt view dia sangat lah cantik terutama bila korang
keluar-keluar ja dari car train tadi.
Ok dah itu ja nak cerita pasal pengalaman menaiki car train di Swiss. Jika korang nak tahu lanjut tentang
tips dan trip DIY pandu sendiri kereta di Switzerland dan Milan. Boleh lah dapatkan di sini. Jommm

Anda mungkin juga menyukai