Anda di halaman 1dari 3

TEKS DEBAT BAHASA MELAYU MENTERI KE-2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua
Dewan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Ketiga, barisan
pembangkang dan sidang dewan yang saya hormati sekalian.

Berdirinya saya disini sebagai Menteri kedua menyokong sepenuhnya usul yang telah disidangkan
oleh Perdana Meteri sebentar tadi yang berbunyi

“Krisis Covid-19 Pembangunan Bioteknologi Lebih Penting”

Dan sudah semestinya saya menolak sepenuhnya definisi usul yang telah dibentangkan oleh ketua
pembangkang tadi iaitu _______________________________________________________

Tuan yang dipertua,

Sebelum saya meneruskan hujah-hujah saya, saya akan membidas hujah mengarut yang telah
dibahas oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebentar tadi. Usul yang dibawa oleh pihak
pembangkang sangatlah tidak berpendirian dan rapuh, mereka bagaikan tong kosong yang banyak
bunyinya.

Bidasan:

1.________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

2. masalah
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

3. fakta
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

Selesai sudah bidasan saya tehadap hujah Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Maka terbuktilah,
usul kerajaan kuat pendiriannya berbanding dengan usul pihak pembangkang.
Sidang dewan yang dihormati sekalian,

Sekarang, marilah dengar hujah bernas dari pihak kerajaan yang kedua ini dengan hujah yang
berpaksikan frasa _____________________________________________________________.

Tuan yang dipertua,

Inovasi dalam bidang sains dan teknologi telah mengubah kehidupan manusia menjadi lebih canggih,
selesa dan sempurna. Pencapaian manusia dalam bidang ini sentiasa menimbulkan sesuatu
penemuan yang luar biasa sehingga tidak tercapai oleh akal yang singkat.

Kini, satu lagi kaedah sains dan teknologi yang sedang berkembang ialah inovasi dalam bidang
bioteknologi. Bidang ini telah menyumbangkan perubahan yang besar dalam kehidupan

Kita boleh ambil kit ujian kendiri contohnya.

Tuan yang Dipertua,

Pada awal pandemik, antara perkara yang paling mencabar ialah mengesan kontak rapat pesakit
yang boleh mencecah ribuan orang hanya bermula dari seorang pesakit. Bagaimanapun, menjadi
tugas dan langkah awal yang penting untuk dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengekang
penularan wabak itu daripada menjadi lebih teruk lagi.

Hakikat ini diakui sendiri oleh petugas kesihatan yang terbabit dengan Kluster Batu 7 di sini, yang
membabitkan lebih 400 pesakit yang dimasukkan ke hospital dan lebih 6,000 kontak menjalani
saringan dalam proses kawalan dan pencegahan penularan wabak COVID-19.

Pegawai Perubatan Unit Penyakit Berjangkit PKDBP, Dr Nur Akma Anis Tajuddin yang membantu Dr
Akashah berkata, mereka perlu mencari kontak rapat bagi setiap pesakit yang adakalanya terdiri
daripada puluhan malah mencecah ratusan individu bagi satu-satu pesakit yang disahkan positif
COVID-19.

Kakitangan PKDBP yang bertugas di unit berkenaan perlu menghubungi setiap kontak rapat terbabit
untuk mereka menghadirkan diri ke Klinik Kesihatan Batu Pahat (KKBP) bagi menjalani ujian
pensampelan dengan melakukan 'swab test' RT-PCR.

Tuan yang dipertua,

Antara cabaran yang perlu ditempuhi mereka adalah apabila sebahagian pesakit dan kontak rapat
terbabit enggan melakukan ujian pensampelan serta merahsiakan gejala wabak COVID-19 yang
dihidapi.Individu yang dijangkiti juga adakalanya tidak mengetahui yang mereka telah pun mendapat
penyakit tersebut.
Oleh kerana wabak Covid-19 amat cepat merebak kepada manusia melalui pelbagai cara, sebab itu
perlunya ujian saringan Covid-19 bagi mengesan individu yang positif terhadap wabak berkenaan.

Namun, pelbagai alasan yang diberikan oleh pesakit dan kontak rapat untuk tidak mengambil ujian
saringan covid-19, antaranya ialah kerana sakit atau lebih tepatnya tidak selesa. Bahkan sampai ada
yang mengatakan rasa sakitnya hingga ke otak. Contohnya, Janna Nick yang sudah tidak dapat tahan
menanggung kesakitan apabila mengambil ujian calitan setiap minggu pada awal pandemik hari itu
kerana ujian calitan menjadi satu kewajipan buat semua selebriti tempatan apabila ingin memulakan
sesebuah penggambaran atau rakaman program.
Antara sebab individu tidak mahu mengambil ujian calitan bukan sahaja kerana sakit, malah ia juga
kerana harga untuk mengambil ujian calitan khususnya yang melibatkan fasiliti kesihatan swasta
yang berbeza dan mahal menyebabkan ramai rakyat enggan melakukannya sekali gus menjadi risiko
penyebaran virus berbahaya itu.

Kebanyakan klinik dan pusat perubatan swasta menetapkan caj bagi ujian jenis Real-Time Reverse
Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) adalah antara RM250 hingga RM350.
Bagaimana rakyat mahu membayar harga semahal itu lebih-lebih lagi ramai orang telah hilang
sumber pendapatan semasa musim pandemik ini?
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subbarow berkata, harga ujian
calitan Covid-19 yang tidak selaras dan mahal menyebabkan individu yang mungkin berisiko atau
bergejala akan teragak-agak untuk melakukan saringan. Perkara ini menyebabkan proses
pengesanan kontak susah untuk dilakukan.

Tuan yang dipertua,


Memandangkan virus covid-19 ini sangat berbahaya, usaha menghasilkan kit ujian COVID-19
menjadi keutamaan kepada syarikat-syarikat bioteknologi tertentu.
Antara syarikat yang berjaya menghasilkan kit ujian covid-19 ialah JOYSBIO Biotechnology pada
jun 2020. Kit ini hanya menggunakan air liur yang mudah dan praktikal serta tidak menyakitkan.
Bukan sahaja syarikat dari luar negara bahkan syarikat bioteknologi di Malaysia seperti Vivantis
Technologies Sdn Bhd juga mengembangkan kapasiti pengeluarannya untuk muncul sebagai
pengeluar terkemuka kit ujian covid-19 di Asia Tenggara.
Syarikat-syarikat bioteknologi ini berjaya menghasilkan kit ujian covid-19 yang menyebabkan
ramai rakyat membelinya kerana penggunaan kit amat praktikal berbanding dengan melakukan ujian
calitan yang sakit di klinik dan makmal.

Tuan yang dipertua,


Sepertimana yang saya katakan, pada awal pandemik covid-19 harga kit ujian covid-19 ini mahal dan
ramai rakyat tidak mampu membelinya dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan.
NAMUN, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander
Nanta Linggi, berkata biarpun kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling runcit RM19.90 dan
harga siling borong RM16.90 bagi setiap unit kit ujian kendiri, usaha Kabinet turut menyaksikan ada
peruncit menjualnya serendah RM4.90 seunit. Datuk Alexander berkata, orang ramai tidak perlu
bimbang kejituan hasil diperoleh menggunakan kit ujian berharga lebih murah kerana ia
memerlukan kelulusan ketat oleh MDA. Dan sekarang kita boleh lihat semakin banyak kit ujian covid-
19 dijual dengan harga yang murah.

Tuan yang dipertua dan sidang dewan yang dihormati sekalian,


Sudah terang lagi bersuluh dengan bantuan industri bioteknologi dalam penghasilan kit ujian covid
19 ini, urusan semua pihak untuk melakukan pengesanan kontak semakin mudah. Bukan itu sahaja,
kita juga boleh lihat dengan krisis covid-19 yang tidak terkawal mampu ditangani ini mampu
ditangani oleh pembangunan bioteknologi.

Anda mungkin juga menyukai