Anda di halaman 1dari 5

Sidang jumaat yg dirahmati Allah, Saya berpersan kepada diri saya sendiri dan kepada saudara2

sekalian, supaya kita bertakwa kepada Allah SWT, laksanakanlah segala titah perintah Allah SWT, sama
ada yang berbentuk wajib ataupun yang sunnah, dan paksalah dan gesalah diri kita untuk
meninggalkan segala tegahan Allah SWT, mahupun yang makruh apatah lagi yg haram. Dan kita
bersegera bertaubat kepada Allah SWT setiap kali kita terlanggar akan larangan Allah SWT itu.
Semogalah Allah taala merahmati kita dan mengampunkan segala dosa2 kita.

Firman Allah SWT, A’uzubillahiminassyaitanirrajim ,

Yg ertinya, ‘wahai orang2 beriman, taatilah kamu kepada Allah dan taatilah kamu kepada rasulullah
SAW dan jugak kepada Ulil Amri iaitu mereka yang berkuasa di kalangan kita, seandainya kamu
berselisih di atas satu perkara, maka kembalikanlah urusan itu kepada Allah dan rasulnya yakni Al
Quran dan hadis Nabi SAW, jika kamu benar2 beriman kepada Allah Taala dan kepada Yaumil Akhir.
Yang sedemikian itu, adalah sepaling baik kesudahannya bagi kamu.’

Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT, kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja, hanya
beberapa hari saja lagi, akan tamatlah kehidupan kita di dunia ini, dan bermulalah kita memasuki
kehidupan baru, iaitu kita kembali kealam barzakh. Setelah tamat tempoh di alam barzakh pula, semua
insan akan dibangkitkan, untuk sama2 dihisab oleh Allah SWT, iaitu kita akan tampil, di alam mahsyar
pulak saudara2 sekalian, yang lamanya sehingga 50,000 tahun. Sesudah tamat hisab, maka manusia
terbagi kepada 2 golongan. Itulah kehidupan yang kekal abadi selepas itu. Kehidupan akhirat, sama
ada dimasukan dalam syurga Alllah SWT, yang penuh kenikmatan, ataupun diazab seksa oleh Allah
SWT, di dalam api neraka yang menyala-nyala, yang tidak ada siapa pun dapat tahan akan api yang
besar itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud ‘ katakanlah Wahai Rasulku, bahawasanya kebenaran itu adalah
dari tuhanmu, barangsiapa yang berkehendak untuk beriman, maka berimanlah. Namun barangsiapa
yang memilih kekufuran, maka kufurlah. Sesungguhnya akan Kami kembalikan, orang2 yang zalim itu,
kedalam api neraka yang meliputi mereka, seperti dalam peti2, yang mana jika mereka mintak tolong,
dan mintak diberikan minuman kerana tersangat dahaga, maka mereka diberikan minuman, dengan
air yang mendiidih, sehingga menggaringkan wajah2 mereka itu. Sesungguhnya itulah minuman yang
terpaling dasyat. Dan sesungguhnya, Neraka itu adalah tempat kerehatan , yang tersangat2 dahsyat.

Apabila kita menyebut tentang syurga dan neraka saudara2 sekalian, janganlah kita bayangkan,
sesudah puluh2 ribu tahun nanti, barulah kita Nampak yang Namanya syurga dan neraka. Ketahuilah
bahawasanya, bergitu putus sahaja nyawa kita, bahkan sebelum putus nyawa kita, kita akan
diperlihatkan tempat kembali kita, sama ada menjadi ahli syurga ataupun ahli neraka. Dan ketahuilah
bahawasanya alam barzakh itu, adalah babak pertama dari babak2 akhirat. Dan kubur itu, samaada
ianya taman syurga, ataupun ianya adalah lubang daripada api neraka yang dipinjamkan oleh Allah,
untuk diazab akan hamba2nya yang derhaka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, kita berlindung dengan Rahmat Allah SWT. Kita bermohon akan
pengampunan Allah SWT, Kita mengharap akan keselamatan dari Allah SWT, berlindung kita dari azab
dan murka Allah SWT. Ketahuilah, neraka itu bukanlah tempat yang mudah. Azab neraka itu, tidak
dapat ditanggung oleh sesiapa jua pun. Tetapi, kerana berlaku derhaka kepada Allah SWT, dengan
keadilan Allah SWT terhadap hambaNya yang Derhaka itu, maka diseksanya dalam api neraka. Dan
kerana keadilan Allah Taala, terhadap hamba2nya yang bertakwa itu, maka orang2 yang zalim ini, tidak
diletakkan ke dalam syurga. Kerana tidak sama orang yang penat Lelah, beribadat kepada Allah Taala,
menahan hawa nafsunya, dimasukan dalam syurga nikmat Allah taala, dan orang2 derhaka jugak
ditempatkan dalam tempat yang sama. Maka dengan keadilan Allah SWT, hamba2nya yang derhaka
itu akan dimasukkan dalam seksa api neraka.

Dalam sebuah Hadis, Baginda SAW ada menyebutkan ‘ Buatlah kamu akan maksiat, kadar
ketahananmu dalam api neraka. Mafhum dalam hadis ini, jika kita mampu duduk dalam neraka
menanggung azab seksa neraka staon 2 taon umpamanya, makalah buat maksiat sekadar itu jangan
lebih dari itu. Kalau kita sanggup azab neraka sminggu 2 minggu, buatlah maksiat kadar itu. Namun
api neraka itu, walau sedetik pun, tidak ada siapa yang tertanggung> maka elakkanlah berbuat maksiat
walau sedikit sekalipun. Dan jika kita langar sehingga membuat dosa, bersegeralah bertaubat kepada
SWT.

Ketahuilah saudara2 yang dirahmati Allah SWT, bahawasanya, sifat api neraka itu sangat2
menggerunkan dan menakutkan. Warnanya api neraka itu, tidaklah sama dengan warna api di dunia
ini, api neraka dinyalakan oleh Allah SWT, sehingga 1000 tahun lamanya, sehingga warnanya menyala-
nyala menjadi merah. Kemudian dihangatkan lagi dibakar lagi oleh Allah SWT, untuk seribu tahun
berikutnya, sehingga warnanya menjadi putih pulaknya. Dan apabila sesudah itu dibakarkan lagi,
sehingga 1000 tahun lagi, maka bernyala-nyalah api neraka itu sehingga hitam warnanya. Dan api
neraka itu ada hitam, gelap warnanya. Dan kepanasan Api neraka saudara2 sekalian, senandainya ahli
neraka, diletakkan di atas api yang terpanas dalam dunia ini, maka orang itu, akan dapat berehat
dengan lenanya, sehingga 70 tahun, kerana begitu selesa dia rasanya api dunia ini. Kerana Nabi SAW
ada menyebutkan bahawasanya, panasnya api dunia, adalah hanya 1 per 70 dari api neraka. Dan api
neraka itu bermakna, 70 kali lebih panas daripada api dunia.

Ketahui saudara2 sekalian, sebagaimana syurga, ada di antara hamba2 Allah Taala, masuk syurga
tanpa hisab. Ada pula hamba2 Allah taala, masuk syurga selepas hisab. Ada pula hamba2 Allah taala,
masuk ke dalam syurga selepas azab. Begitulah jugak dengan api neraka. Ada jugak di antara hamba2
Allah taala yang masuk neraka tanpa hisab, iaitu orang2 kufar. Dan ada jugak yang dimasukan dalam
api neraka, setelah hisab. Dan ada pula yang dikeluarkan api neraka, setelah azab.

Maka diketahui disini bahawasanya, neraka itu sama ada ia adalah tempat kekal, atau tempat
sementara untuk menjalani hukuman. Neraka yang sementara ini, adalah untak hamba2 Allah Taala,
yang derhaka kepadaNYa, namun masih terdapat dalam hati, walau sebutir walau sebesar biji sawi
akan keimanan kepada Allah SWT.Maka pelihara iman kita saudara2 sekalian.

Cara pelihara iman kita supanya mengelakkan maksiat, mengelak perkara2 kederhakaan, patuh
kepada Allah Taala, itu tandanya kita mensyukuri nikmat iman ini, jangan sampai diluput oleh Allah
taala, kerana kita tidak mensyukuri nikmat iman dengan berleluasa melakukan maksiat.
Pertahankanlah iman kita, kuatkanlah iman kita, sehingga iman itu dapat mengatasi nafsu kita, sehigga
kita dapat masuk syurga tanpa hisab. Dan yang terpaling parah sekali na’uzubillah, masuk ke dalam
api neraka tanpa hisab, dan kekal abadi.

Dan ketahuilah, bahawasanya neraka yang sementara yang kita katakana itu, neraka yang
diperuntukan oleh Allah untuk hamba2Nya yang masih ada imannya itu, itulah neraka yang bernama
neraka Jahannam, neraka yang sangat kita takuti, tapi sebenarnya, ia adalah neraka yang terpaling
ringan sekali. terpaling lama seeorang hamba akan hidup dalam api neraka Jahannam itu, ialah selama
7000 tahun untuk menjalani hukuman dari Allah SWT. Setelah orang ini keluar dari api neraka
aJahannam, maka kosonglah api neraka Jahannam itu, dan dia menjadi seperti tutup bungkusan bagi
neraka2 yang di bawahnya. Dan dibawahnya tu tak dapat keluar lagi untuk selama-lamanya. Ahli
neraka sangat2 menggerunkan akan mereka itu. Mereka sangat haus. Dahaga yang mereka tangung
saudara2 sekalian, bermula dari sejak mereka putus nyawa ketika di dunia dahulu. Orang2 yang
derhaka kepada Allah taala, bahkan setiap insan ketika menghadapi sakaratul maut, akan merasa
saaanngatt haus dan dahaga, sehingga jika diberi minum, dengan air sebanyak air dipermukaan bumi
ini sekalipun, tidak akan dapat menghilangkan dahaganya. Namun orang2 mukmin, setelah putus
nyawanya dicabut nyawanya, maka akan diberi minum, akan dihilangkan dahaganya oleh Allah SWT.
Orang2 yang derhaka akan terus menanggung kehausan itu, sehinggalah putus nyawanya, sehingga
masuk kubur dalam keadaan haus, disoal kubur tidak dapat menjawab dalam keaadan haus, diseksa
kubur hingga betahun-tahun, hingga terpelosok dalam lubang kubur seperti api neraka itu, dalam
keaadan haus dan dahaga, minum tak minumnya apabila jatuh ke dalam api neraka. Dan minuman
mereka itu adalah timah mendidih, ataupun air yang mendidih ataupun air nanah. Namun mengapa
meraka minum jugak air yang begini, kerana tersangat hausnya. Begitu mereka menghampiri akan air
timah ini, lecur terus muka meraka, hingga hancur luluh. Namun kerana hausnya dihirup juga mereka,
diminum juga hingga terbakar muka kerana tegukan mereka. Begitulah seksanya api neraka saudara2
sekalian.

Orang2 dalam api neraka itu sentiasa dipebaharui Allah taala akan kulit2 mereka. Kerana setiap kali
mereka disambar oleh api neraka dengan sekali sambaran sahaja, hancur luluh dagingnya hingga
berkecai, dan segera dijadikan Allah Taala semula tubuh badannya, agar senantiasa merasai seksa.
Mereka memintak supaya dimatikan oleh Allah Taala sahaja, namun satu kematian tidak cukup bagi
mereka. Maka mereka mintak supaya dimatikan berulang ulang kali sampai mereka dapat benar2 mati
dan musnah, kerana tidak tertanggung akan azab neraka. Tetapi tidak ada kematian lagi sesudah mati
yang didunia. Begitulah azab dan seksa orang2 neraka. Maha suci Allah SWT, barang dilindung oleh
Allah taala, supaya jangan kita dimasukkan kedalam api neraka, supaya petang ini Allah taala berikan
kita keammpunan dan taubat, supaya tidak kita keluar dari rumah ini kecuali, nama kita dah
disenaraikan dalam ahli syurga, walau bertapa besar sekalipun dosa kita, walau bertapa tidak ada
langsung amalan kita, dan banyak kecuaian kita, hanya semata-mata dengan Rahmat Allah taala.
Orang2 yang akan menghuni api neraka, jasad meraka akan dibesarkan oleh allah SWT. Sehingga
dalam sebuah Hadis, Nabi SAW pernah menyebut, gigi garhamnya org ahli neraka adalah besarnya
seumpana satu jabal uhud besarnya. dan jika orang ahli neraka itu duduk, maka sekali dudukya tu
memenuhi, seperti jarak antara Mekah dan Madinah. Begitu besarnya ahli neraka, supaya sangat2 dia
rasakan azab yang dibakarnya itu kepada meraka. Begitu la ahli neraka. Dan ahli neraka, wajahnya
sangat hodoh. Wajahnya senantiasa menyeringai, kerana mananggug sakit dan panasnya dalam
neraka. Azab neraka yang terpaling pedih sekali adalah diperuntukan untuk iblis. Kerana dialah hamba
yg terpaling derhaka dan pertama menderhaka kepada Allah SWT. Dan kemudian selepas itu adalah
kuncu2nya, dari jin dan manusia. Dan

azab neraka yang terpaling ringan sekali, terpaling ringan sekali azab neraka ialah dipakaikan sandal
atau selipar api neraka, sehingga mengakibatkan otaknya mendidih dan menggelegak. Dan begitu
jugak perut mendidih, hingga keluar otak dan perutnya dari betisnya, dan dia merasa itulah azab yang
teramat pedih sekali. Sehingga, walaupun seseorang penah mengecapi nikmat yang sebesar2 nikmat
dalam dunia, sejenak saja dia dimasukkan ke dalam api neraka, dia merasa luput segala nikmat,
seolah2 dia tidak pernah merasa nikmat, kerana begitu dahsyatnya azabnya siksa api neraka.

Maka ketahui saudara2 sekalian, bahawasanya rahmat Allah SWT sangatlah luas, sangatlah luas
rahmat Allah SWT, bagi orang yang masuk dlm api neraka pun, masih boleh ada harapan untuk
dikeluarkan lgi. Bagi mereka yang sudah dalam kubur sekarang ini, yg sedang diazab kubur oleh Allah
taala, masih boleh terlepas daripada azab lagi, jika diampunkan Allah taala, jika dimintakkan ampun
oleh saudara2nya. Dan ahli neraka yang sudah jatuh dlam api neraka, masih boleh dikeluarkan lagi,
jika mendapat syafaat dan pengampunan daripada Allah SWT. Inikan pulak kita yang masih hidup.
Janganlah putus asa, janganlah menyerahkan diri kita, janganlah tempah api neraka itu dengan
kederhakaan kita. Hentilah daripada maksiat, taubatlah kepada Allah SWT, mohon syurga Allah SWT,
berlindung daripada api neraka, yang azabnya tidak terhingga. Baginda SAW pernah menyebut dalam
sebuat hadis yang maksudnya, bentengilah diri kamu dari api neraka walaupun dengan separuh biji
tamar. Lihat begitu murah Allah SWT, memberikan kita peluang untuk menyelamatkan diri kita
daripada api neraka, maka rebut peluang ini saudara2 sekelian. Dan nabi kita jugak pernah
meyebutkan bahawasanya, sedekah itu memadamkan dosa2, seperti air memadam akan api. Dalam
sebuah hadis lain ade menyebutkan, sedekah secara rahsia itu memadam murka Allah, seperti air
memadamkan api. Begitulah murahnya Allah SWT. Dan di antara amalan2 lain yang boleh kita lakukan,
untuk mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke dalam api neraka, supaya senantiasa kita berdoa,
seumpama doa, Allamumma Nassaluka ridhaka wal Jannah……… dan seumpamanya. Dan kita baca 3
kali, kerana setiap kali kita membaca untuk mendapat syurga dengan 3 kali, maka syurga akan
memohon kepada Allah Taala, Ya Allah, nampaknya hambamu ini beriya-iya benar untuk menjadi
ahliku, jadikanlah di ahliku. Dan jika kita berlindung dari api neraka dan kita mintak 3 kali, maka api
neraka akan merajuk kepada kita, dia akan berkata kepada Allah, Ya Allah, nampaknya hambamu ini
benar2 tidak suka menjadi ahliku, maka jauhkan dia daripadaku. Dan Nabi SAW jugak mengajar kita
beberapa amalan lain, di antaranya sentiasalah membaca, lazimkanlah membaca surah tabarakallazii
biyadihil mulk(Al mulk). Surah itu, dapat memelihara kita daripada mula hari mati kita sehingga kita
boleh dapat terlepas daripada soalan kubur, bagi siapa yang melazimkann ayat ini.

Anda mungkin juga menyukai