Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN PSIKOLOGI KAUNSELING

PEJABAT KESIHATAN DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA

UJIAN PERSONALITI DESTINASI

PILIHAN 1 – KEBEBASAN

Anda merupakan seseorang yang sukakan kebebasan.. Anda memerlukan ruang dan masa untuk
melakukan sesuatu perkara mengikut adunan tersendiri. Anda adalah jenis yang suka berdikari
dan suka melawan tetapi bagi anda pergaduhan bukanlah sesuatu yang bijak Anda sukar untuk
menerima seseorang atau sesuatu yang baru.Tekanan adalah perkara yang anda benci kerana
anda suka menikmati kehidupan.

PILIHAN 2 – INDIVIDUALITI

Anda jenis yang suka bergerak secara bersendirian. Suka memerhati, berfikir dan menyelesaikan
perkara yang bermain di benak fikiran anda. Anda seorang unik dan mempunyai perspektif yang
mendalam dalam sesuatu perkara. Anda melihat dunia dalam cara yang unik, dan orang sekeliling
anda boleh bermanfaat darinya. Anda seorang ‘loner’ tetapi anda boleh menjadi rapat dengan
seseorang tetapi ia akan mengambil sedikit masa.

PILIHAN 3 – BERWARNA-WARNI

Hidup anda penuh dengan keceriaan kerana anda adalah seorang yang ceria. Anda suka
berinteraksi dan orang sekitar anda senang untuk berinteraksi dengan anda. Anda suka
memulakan perbualan, dan bertanya banyak soalan. Sifat ingin tahu anda yang tinggi
menyebabkan anda belajar lebih dari orang lain. Anda seorang yang cerdik dan dalam masa yang
sama lucu. Anda akan berfikir lebih bagi memastikan orang sekeliling anda dipenuhi dengan gelak
ketawa.
BAHAGIAN PSIKOLOGI KAUNSELING
PEJABAT KESIHATAN DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA

PILIHAN 4 – MENARIK

Anda akan menjalani kehidupan yang menarik dan juga mencabar! Anda selalu melihat
kehadapan di dalam hidup Biasanya, apabila tiba masa untuk membuat keputusan, anda akan
membuat keputusan tanpa berfikir panjang, tapi biasanya semua keputusan yang anda buat
adalah sentiasa menjadi! Peraturan adalah perkara yang kurang disenangi oleh anda dan dalam
masa yang sama anda adalah seorang yang ‘careless’. Anda seorang yang spontan dan juga
suka mencari keseronokan.

PILIHAN 5 – KEDAMAIAN

Kedamaian dan keamanan antara perkara yang dipentingkan oleh anda. Selain itu, anda juga
seseorang yang ‘low-maintainance’ Anda tidak suka diganggu/ dihalang. Apabila tiba masa untuk
membuat keputusan, anda akan mengambil keputusan yang paling mudah sekiranya boleh. Anda
tidak suka membenankan diri anda. Orang disekeliling anda akan merasa sokongan yang anda
berikan kerana anda seorang yang ‘supportive’. Anda terkenal sebagai seorang yang konsisten
dan juga seorang yang melihat sesuatu secara menyeluruh.

PILIHAN 6 – SUNYI & TENANG

Anda sukakan keadaan yang sunyi dan tenang. Anda boleh menghabiskan masa secara
berseorangan tanpa merasa sunyi. Anda ingin mengerti kesemua aspek yang timbul di dalam
kehidupan anda. Setiap perkara yang anda lakukan mempunyai sebab dan anda sudah berfikir
dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. Kawasan yang dipenuhi orang ramai akan dielakkan
oleh anda tetapi bukan bermakna anda tidak sosial. Anda mementingkan perhubungan yang sejati
dan suka berinteraksi secara berdua-duaan.

Anda mungkin juga menyukai