Anda di halaman 1dari 8

MODUL PERSONALITI

8. APAKAH ITU PERSONALITI

Himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan

kosisten dengan masa

8.1 MODUL PERSONALITI

Modul ini mengandungi pelajaran dan pengalaman tentang bagaimana kita boleh

tahu apakah ciri-ciri personality . Tenaga pengajar bagi modul ini adalah Puan

Emma Surya Binti Abu Samah. Beliau merupakan seorang yang mempunyai

kredibiliti yang tinggi dan sangat berkelayakan untuk mengajar modul ini. Melalui

pembelajaran dalam modul ini, saya dapat belajar apa itu personaliti dalam usia

saya ini.

8.2 5 CIRI UTAMA ORANG INTROVERT


INTROVERT

1. SERING BERFIKIR MASAK-MASAK DULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN

Apabila orang introvert perlu membuat keputusan, mereka biasanya memerlukan

masa yang agak lama sebelum mencapai kata putus. Ini akan membuatkan mereka

lebih yakin dengan keputusan yang dibuat serta lebih bersemangat untuk bertindak

kemudiannya

2. LEBIH SELESA UNTUK MENGELAK KONFLIK

Kajian mendapati orang introvert biasanya lebih sensitif bila berhadapan dengan

respon yang negatif. Ini membuatkan mereka memilih untuk mengelak daripada

situasi yang berisiko tinggi. Mereka juga lebih suka untuk refleksi diri berbanding

berkongsi pendapat dengan orang secara terbuka.

3. BOLEH MENGEKSPRESIKAN IDEA DENGAN LEBIH KREATIF

Memang benar kebanyakan orang introvert tidak selesa untuk menyuarakan idea

secara terbuka dengan orang ramai. Oleh itu, mereka dilihat lebih kreatif untuk

berkongsi ilham melalui medium lain seperti menulis, melukis atau muzik. Orang

introvert juga lebih suka mengasingkan diri untuk berada dalam ‘dunia sendiri’ yang

cukup unik. Melalui dunia inilah orang introvert boleh berimaginasi bagi mencipta idea

yang di luar jangkaan.

4. SEORANG PENDENGAR YANG BAIK

Berbanding berinteraksi dengan orang, mereka lebih gemar untuk mendengar dan

mengambil perhatian tentang apa yang berlaku di sekeliling. Mereka bukanlah

pemalu, tetapi mereka lebih gemar mengamati persekitaran berbanding berinteraksi


dengan orang. Dengan kebolehan untuk fokus pada persekitaran, mereka juga boleh

sumbangkan idea secara bernas.

5. ORANG INTROVERT PERLUKAN MASA UNTUK DIRI SENDIRI

Apabila terlalu lama berhadapan dengan orang, orang introvert perlukan masa untuk

‘recharge’ diri. Ini bukanlah bermaksud mereka sering elakkan interaksi dengan

orang lain. Sebaliknya, mereka lebih suka untuk berkongsi tenaga sosial yang

dimiliki dengan kawan rapat sahaja. Orang introvert juga biasanya tidak nampak

keperluan untuk memiliki banyak kawan, cukuplah beberapa kawan rapat yang

mereka selesa untuk bergaul.

8.3 5 CIRI UTAMA ORANG EXTROVERT

1. ORANG EXTROVERT TIDAK TAKUT UNTUK MENCUBA PERKARA BARU


• Adakah anda seorang yang berani untuk cuba perkara baru, tak

mudah gelabah bila tukar plan ‘last minute’? Jika ya, personaliti anda adalah

lebih kepada extrovert!

• Tanpa berfikir panjang, orang ekstrovert lebih memilih untuk bertindak

dahulu dan tidak terlalu risau akan kemungkinan yang boleh berlaku.

• Orang juga selalu mengganggap personaliti extrovert sebagai orang

yang selalu bertindak mengikut gerak hati.

2. LEBIH MUDAH UNTUK EKSPRESI DIRI

• Orang berpesonaliti extrovert pula tiada masalah untuk berkongsi

pendapat, atau isi hati tidak kira sama ada perkara kecil atau besar.

• Kebolehan untuk berkomunikasi secara terus terang ini mungkin

menyebabkan orang sekeliling berasa tidak selesa namun ia boleh menjadi

ciri-ciri yang positif untuk orang extrovert.

3. TIDAK SUKA BERSENDIRIAN

• Jika anda lebih suka untuk bertemu dengan orang bagi meredakan stres,

kemungkinan besar anda ialah orang extrovert!

• Ciri-ciri lain bagi extrovert ialah mereka mudah rasa tak keruan apabila

terlalu lama berseorangan. Mereka sering mengelak daripada bersendirian

dan suka bersama dengan orang pada kebanyakan masa.

4. BERSIKAP LEBIH OPTIMISTIK

• Orang extrovert juga sering dikaitkan dengan sikap optimistik.


• Seperti orang lain, mereka juga akan terkesan jika perkara buruk

berlaku. Bezanya, mereka lebih mudah kenalpasti sisi baik dalam apa-apa

situasi sekali pun.

• Mereka tidak berasa sedih terlalu lama dan mudah fokus untuk segera

bangkit daripada situasi buruk.

5. LEBIH TERBUKA UNTUK BERKAWAN

• Sikap terbuka dalam bersosial memang cukup sinonim dengan orang

extrovert.

• Mereka biasanya mempunyai kawan yang lebih ramai serta mudah

untuk bergaul dengan orang yang tidak dikenali. Namun ini tidak bermakna

orang extrovert tiada kawan rapat.

• Walaupun kawan-kawan ramai, orang extrovert pasti ada beberapa

orang kegemaran yang dijadikan teman rapat.

8.4 5 CIRI-CIRI ORANG AMBIVERT

1. BOLEH MENYESUAIKAN DIRI APABILA BERSENDIRIAN ATAU DENGAN

ORANG RAMAI

• Berbanding personaliti introvert dan extrovert, orang ambivert pula

tiada masalah untuk bersendirian atau bersosial.

• Mereka mudah menyesuaikan diri pada kedua-dua situasi.

• 2. Mendengar Secara Aktif


2. MENDENGAR SECARA AKTIF

• Orang ambivert juga mempunyai kebolehan untuk mendengar dengan

lebih aktif. Seorang pendengar yang aktif akan lebih melibatkan diri dalam

perbualan.

• Berbanding hanya sekadar mendengar atau terlalu cepat memintas

perbualan, orang ambrivert lebih cenderung untuk fokus mendengar supaya

dapat memberikan respons dengan lebih baik

3. LEBIH FLEKSIBEL DALAM MENYELESAIKAN MASALAH

• Orang yang berpersonaliti ambrivert juga bersikap lebih bebas dalam

menghadapi masalah.

• Ada kalanya anda rasa selesa untuk mengemukakan idea secara lisan,

ada kalanya lebih mudah untuk ekspresikan idea melalui nota atau penulisan.

• Cara fleksibel ini amat baik bagi mengenalpasti sudut pandang yang

baru dalam menyelesaikan masalah.

4. LEBIH CEPAT BUAT KEPUTUSAN

• Orang introvert akan mengambil masa yang lama untuk buat keputusan,

orang extrovert pula lebih cenderung untuk bertindak dahulu tanpa berfikir

panjang.

• Bagi orang ambrivert pula, mereka biasanya akan bertindak selepas berfikir

sejenak.
• Informasi yang ringkas dalam suatu perkara sudah cukup bagi mereka untuk

buat keputusan.

5. BERSIKAP SERBA BOLEH DALAM KUMPULAN

• Antara kebolehan yang dimiliki oleh orang ambrivert ialah mereka selalu

menjadi penggerak kepada kumpulan. Disebabkan personalitinya yang lebih

fleksibel, mereka selesa untuk bercakap bila diminta pendapat.

• Pada masa yang sama, mereka juga beri ruang kepada ahli lain untuk

kemukakan idea. Mereka juga cenderung untuk rajin bertanya dan memberi

saranan bagi mencapai matlamat.

• Sikap inilah yang menyebabkan orang ambrivert mudah bergaul dan

disenangi dalam sebuah kumpulan rakan atau di tempat kerja.

Anda mungkin juga menyukai