Anda di halaman 1dari 3

Bahagian 2

Soalan 1

Secara asasnya proses kaunseling dibahagikan kepada lima tahap


iaitu membina hubungan, membuat penerokaan, membuat keputusan,
melaksanakan keputusan dan menamatkan sesi. Oleh itu, saya sebagai
kaunselor di sekolah Ahmad akan menggunakan proses kaunseling tersebut
sebagai perancangan untuk bekerja dengan Ahmad.
Di tahap pertama, kaunselor harus membina asas yang kukuh untuk
mewujudkan satu perkongsian bekerjasama dimana perhubungan tersebut
dapat menanam kepercayaan Ahmad terhadap kaunselor. Ada 4 tugas utama
dalam tahap ini iaitu, mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi.
Kedua, menentukan matlamat awal kaunseling, ketiga menstruktur hubungan
dan membina kepercayaan.
Tugas pertama iaitu dalam mewujudkan suasana yang menggalakkan
interaksi yang pada mulannya, Ahmad tidak yakin pada diri sendiri dan pada
kaunselor itu. Maka, tugas saya sebagai kaunselor pelajar akan bersikap
terbuka dan mesra terhadap Ahmad. Selain itu, kaunselor juga harus menjadi
pendengar dan memberi respon yang baik agar Ahmad rasa selamat dan
dihormati.
Kedua, menentukan matlamat awal kaunseling. Ahmad diminta datang
untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah disebabkan satu kesalahan yang
telah dilakukannya iaitu menipu di dalam kertas peperiksaan. Sebagai
seorang kaunselor, kita harus menjelaskan kepada Ahmad bahawa perbuatan
itu adalah salah dan melanggar peraturan sekolah. Oleh itu, tugas kaunselor
adalah membantu pelajar yang bermasalah agar tingkah laku negetif boleh
diubah.
Ketiga, penstrukturan ini akan menentukan sifat, batasan dan matlamat
perhubungan menolong. Kaunselor boleh memberitahu Ahmad langkah-
langkah yang diambil bagi menyediakannya arah yang sedang dituju.
Perkara yang biasa dinyatakan dalam penstrukturan adalah konsep
kaunseling, proses kaunseling, jangka masa sesi dan aspek kerahsiaan.
Jangka masa sesi kaunseling bergantung kepada kebijaksanaan kaunselor
dan kerjasama klien(Ahmad) dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Tugas kaunselor yang terakhir dalam tahap pertama ini adalah
membina kepercayaan. Sebagai seorang kaunselor adalah wajib berpegang
kepada etika keprofesionalan kaunseling dengan memberi aspek kerahsiaan
klien. Ahmad harus dijelaskan bahawa dia boleh bercerita tentang masalah
berkaitan tanpa diketahui oleh orang lain kerana ia adalah aspek kerahsiaan
antara dia dan kauselornya dan menekankan tugas kaunselor adalah untuk
bekerjasama dengan klien(Ahmad) membantu isu yang dihadapi oleh Ahmad.
Tahap kedua dalam proses kaunseling adalah tahap penerokaan. Iaitu
kaunselor akan semakin mengenali klien terutamanya dari segi pendirian,
matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantu kliennya.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh kaunselor di peringkat ini
ialah terus mewujud dan mengeratkan hubungan agar wujud perasaan yakin,
percaya dan selamat di pihak klien terhadap kaunselor, klien di waktu ini
digalakkan untuk meneroka masalah dan perasaannya bagi mencapai
kesedaran kendiri.
Seorang kaunselor harus memastikan Ahmad sedar tentang kesalahan
yang dilakukannya. Oleh itu, kaunselor akan mencari tahu kenapa Ahmad
melakukan kesalahan tersebut adalah disebabkan sikap yang suka menipu
atau melibatkan masyarakat di persekirannya contohnya ibu bapa atau rakan-
rakan. Sebagai contoh faktor persekitaran seperti takut dimarahi oleh ibu
bapa jika gagal dalam peperiksaan dan disebabkan itu ia mendorong kepada
jalan pintas iaitu meniru dalam kertas peperiksaan.
Kaunselor juga perlu menggunakan segala kemahirannya untuk
meneroka persoalan klien. Menurut Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat
ini merupakan proses berlakunya komunikasi yang didorong oleh keikhlasan
dan kejujuran serta berterus-terang terhadap peranan sebenar yang hendak
dibincangkan antara kedua-dua pihak. Segala perasaan tidak logik, tidak
rasional sama ada dalam diri kaunselor atau klien mestilah dikikis dan
dihindari segera supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat
sebenarnya. Perhubungan yang erat sangat penting untuk menimbulkan
keyakinan sehingga klien dapat berasa bebas, selamat dan selesa serta
terbuka dan sedia berkongsi perasaan dan masalah dengan kaunselor.
Tahap yang ketiga dalam proses kaunseling ialah, tahap membuat
keputusan merupakan tahap membentuk satu matlamat untuk klien.
Kaunselor seboleh-bolehnya menolong kliennya merancang strategi-strategi
yang hendak diambil termasuk langkah-langkah perlaksanaan strategi
tersebut. Peringkat ini lebih merupakan peringkat memperjelaskan matlamat
yang diharapkan oleh klien dan menyesuaikannya dengan tindakan yang
bakal diambil. Di tahap ini, proses perancangan sudah hampir kepada tahap
penyelesaian.
Dalam tahap ini, Ahmad sudah sedar tentang kesilapannya dan akan
bertanggungjawab untuk mengatasi masalahnya. Contohnya, sebelum ini
Ahmad seorang yang sombong dan sanggup menipu semasa peperiksaan
untuk mendapat markah tertinggi hanya sekadar untuk mendapat pujian
daripada rakan sekeliling kepada cara pemikiran yang lebih optimistik iaitu
menerima kelemahan diri dan berusaha memperbaikinya dengan cara belajar
dengan rajin dan menjawab soalan kertas peperiksaan dengan jujur. Selain
itu Ahmad juga harus menerima kritikan dari orang sekeliling dengan hati
yang terbuka dan menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih
rajin berusaha sehingga berjaya. Kaunselor harus meyakinkan Ahmad
bahawa jika dia berusaha dan jujur dengan diri sendiri maka segala usahanya
mendatangan kebaikan dan berjaya dalam hidup.
Tahap yang ke-empat adalah tahap pelaksanaan. Semasa di tahap ini,
kaunselor akan berusaha untuk menurunkan kerisauan Ahmad tentang
penyelesaian masalahnya ini. Mungkin pada pandangan Ahmad, mungkin dia
tidak lagi diterima masyarakat sekeliling apabila dia mengakui kesilapan
lalunya. Contohnya, jika sebelum ini dia mendapat markah yang baik dalam
peperiksaan kerana dia menipu, dan apabila dia berhenti meniru secara
automatiknya markah Ahmad jatuh pastinya dia merasa malu dan risau
tentang pendapat orang di sekelilinya terutamanya ibu bapa. Oleh itu, tugas
kaunselor adalah meyakinkan Ahmad jika dia tidak berubah sekarang, sampai
selama-lamanya dia akan rugi kerana tidak jujur dengan kemampuan diri
sendiri. Kaunselor akan menggunakan pendekatan yang sesuai, dan memberi
tumpuan kepada kesedaran Ahmad dari segi fizikal, mental, emosi dan
rohani.
Selain dari faktor pengalaman dan pengetahuan kaunselor, pengaruh
orang terdekat Ahmad juga dapat mempengaruhi keberkesanan kaunseling,
contohnya keluarga. Kaunselor boleh memanggil ibu bapa Ahmad untuk
datang berbincang tentang bagaimana cara untuk membantu Ahmad berubah
kepada tingkah laku yang lebih positif. Kaunselor akan menjelaskan kepada
ibu bapa Ahmad bahawa dia sudah mengakui kesalahan dan
bertanggungjawap untuk memperbaiki kesalahnya dengan tidak mengulangi
perbuatan itu lagi. Oleh itu, ibu bapa sangat berpengaruh dalam membimbing
dan membantu membina tingkah laku positif anak mereka.
Tahap menamatkan sesi kaunseling adalah tahap yang paling akhir
dalam proses kaunseling tersebut. Ia adalah tahap kaunselor membuat
rumusan apa yang telah berlaku dalam sesi kaunseling dan kesannya. Sama
ada ia mendatangkan kesan positif atau sebaliknya dalam diri Ahmad. Jika
ada isu kebergantungan, kaunselor harus menanganinya sebelum
menamatkan sesi kaunseling ini. Selain itu, kaunselor akan membuat
rumusan tentang perkembangan proses dari awal hingga akhir sesi. Dan,
sebelum sesi itu tamat, kaunselor harus merancang tentang perkembangan
Ahmad selepas sesi kaunseling tamat. Oleh itu, kaunselor akan memerhati
jika selepas kaunseling matlamat berjaya dan Ahmad berubah maka
kaunseling, maka segala pendekatan yang digunakan adalah sesuai dengan
Ahmad. Jika tidak berjaya, kaunselor boleh meneruskan proses kaunseling
dari mula dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang lain contohnya
mendapatkan sumber bantuan lain.
Menurut Maznah Baba & Zainal Madon (2003) terdapat beberapa
panduan untuk menamatkan sesi iaitun sebelum menamatkan sesi ,
kaunselor perlu membuat rumusan perkara yang dibincangkan sepanjang
sesi yang lepas dan memberi tugasan yang sesuai atau menyatakan apakah
rancangan dan perkara fokus pada sesi akan datang dengan memberi
ingatan dan dorongan kepada klien melaksanakan tugasan yang diberi
seterusnya memberi ruang kepada klien menerus atau menamatkan sesi dan
merancang temu janji akan datang.
Oleh itu, kaunselor disarankan membuat penyusulan sama ada melalui
jangka pendek iaitu tiga hingga enam minggu atau melalui jangka panjang
iaitu sekurang-kurang selepas enam bulan penamatan. Kebiasaanya terdapat
empat cara untuk membuat penyusulan iaitu menjemput Ahamd ke sesi untuk
membincangkan kemajuan berterusan dalam memenuhi matlamat yang ingin
dicapai atau melalui telefon. (jika sudah tamat sekolah). Jelas di sini bahawa
proses menamatkan sesi pertemuan pertama ini merupakan satu penilaian
terhadap kaunselor yang cuba melihat sejauh manakah peranan kliennya
selepas dia menetapkan strategi yang bakal diambilnya. Dari sini dapatlah
dinilai sama ada perkhidmatan yang telah diberikan dan proses pertemuan itu
berjaya dan bermanfaat atau sebaliknya. Justeru itu, mereka boleh mengukur
adakah mereka sama-sama telah memenuhi kehendak masing-masing atau
jika sebaliknya adakah mereka telah menetapkan langkah seterusnya bagi
sesi yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai