Anda di halaman 1dari 5

Objektif Soalan temuduga

Apakah pemahaman DR tentang ketidakfungsian seksual?


Terdapat berapa jenis disfungsi seksual dan bolehkah terangkan
serba sedikit tentangnya?
Bolehkan Dr terangkan tentang punca berlakunya ketidakfungsian
seksual?
Bolehkan Dr terangkan tentang rawatan ketidakfungsian seksual?

Soalan : Apakah pemahaman DR tentang ketidakfungsian seksual?

Responden berpendapat bahawa ketidakfungsian seksual adalah gangguan yang


menyebabkan seseorang tidak mampu melakukan aktiviti seksual ataupun mendapatkan
kepuasan seksual. Gangguan pada fungsi seksual ini biasa dialami oleh lelaki atau perempuan.
Ketidakfungsian seksual berkaitan dengan faktor otak, sistem saraf, hormon dan fizikal. Menurut
Franckowiak (2017), ketidakfungsian juga didefinisikan sebagai kecelaruan yang berkaitan
dengan masalah yang menekankan, berpanjangan dan berulang-ulang melibatkan keinginan
seksual, bangkitan seksual atau kenikmatan yang berkaitan dengan seks dan kemuncak.
Kecelaruan ini masalah yang boleh berlaku semasa mana-mana fasa kitaran tindak balas seksual
dan mewujudkan kebimbangan dan rasa bersalah, kompulsif, atau yang menyebabkan rasa tidak
selesa kepada diri sendiri dan juga pasangan yang terlibat. Manakala, menurut DSM-5
ketidakfungsial seksual memerlukan seseorang untuk merasa tertekan dan interpersonal tekanan
selama minimum 6 bulan (tidak termasuk ketidakfungsian seksual yang disebabkan bahan atau
ubat).
Soalan : Dr. Terdapat berapa jenis disfungsi seksual dan bolehkah terangkan serba sedikit
tentangnya?
Responden menyatakan pada umumnya disfungsi seksual terbahagi kepada 13 jenis.
Manakala DSM-5 kategorikan disfungsi seksual kepada 4 jenis. Jenis pertama ialah gangguan
keinginan seksual (sexual desire disorders). Iaitu kekurangan atau ketiadaaan keinginan seksual
untuk bebrapa jangka masa. Keadaan ini wujud kerana kekurangan keinginan seksual untuk
pasangan semasa. Ia mungkin bermuka setelah jangka masa normal fungsi seksual atau orang itu
mungkin tidak mempunyai keingianan seksual. Menurut Delamater (2012), gangguan ini
merupakan gangguan akan kurangnya minat seksual yang terjadi secara berulang. Gangguan ini
biasanya terjadi kerana beberapa faktor seperti gaya hidup seseorang, faktor sosiobudaya atau
usia seseorang. Menurut DSM -5, gangguan keinginan seksual lelaki dicirikan oleh pemikiran
atau khayalan seksual yang kurang berterusan atau keinginan untuk melakukan aktiviti seksual.
Gangguan minat seksual perempuan dedifinisikan sebagai kekurangan atau penurunan secara
signifikian, minat a\ yang menunjukkan sekurang-kurangnya tiga gejala iaitu tidak ada sedikit
minat, tidak ada pemikiran seksual atau tidak ada beberapa percubaan untuk memulakan aktiviti
seksual.

Jenis kedua yang diterangkan oleh responden adalah gangguan rangsangan seksual
(sexual arousal disorders). Gangguan ini merupakan ketidakmampuan untuk mencapai atau
mempertahankan respon psikologi yang terkait dengan rangsangan seksual yang mendorong
kepada hubungan seksual. Pada kebiasaanya, hal ini melibatkan kesulitan untuk menjadi
teransang secara seksual. Hal ini jelas menurut Hockenberry dan Masson, 2017) iaitu beliau
menyatakan gangguan ini sebagai kesegaran pada wanita dan mati pucuk pada lelaki. Mati pucuk
dikenali sebagai disfungsi ereksi. Beliau menyatakan mungkin terdapat asal-usul fisiologi untuk
gangguan ini, seperti penurunan aliran darah atau kekurangan pelinciran vagina. Penyakit kronik
juga boleh menyumbang serta sifat hubungan antara pasangan.

Jenis ketiga dijelaskan oleh responden ialah gangguan orgasme (orgasm disorder). Bagi
lelaki gangguan ini meliabtakan kesulitan mencapai orgasme setelah melalui suatu pola normal
dari hasrat kerana ejakulasi yang terlalu cepat yang disebabkan oleh rangsangan yang minimum.
Manakala, bagi perempuan pula kesulitan mencapai orgasme setelah ada hasrat dan rangsangan
seksual dalam tingaktan yang normal. Menurut, Phanjoo (2019), walaupun lelaki dan perempuan
bersama-sama mengalami gangguan orgasme, tetapi gangguan orgasme menyerang sekitar 1
daripada 3 perempuan. Gejala utama gangguan ini adalah ketidakmampuan mencapai klimaks.
Contohnya ketika seseorang maerasa mengalami orgasme yang tidak memuaskan dan
membutuhkan waktu lebih lama untuk mencapai klimaks.

Jenis keempat yang dinyatakan oleh responden , gangguan sakit (sexual pain disorders).
Iaitu di mana adanya rasa sakit yang berulang pada daerah genital yang mana rasa sakit ini tidak
memungkinkan untuk melanjutkan hubungan seksual atau untuk melakukannya. Menurut
Jafarbegloo et al (2017), ada sakit yang terjadi terus-terusan setiap kali melakukan hubungan
seksual dapat menandakan adanya masalah pada fungsi seksual. Pada perempuan, rasa sakit saat
hubungan disebabkan oleh keadaan vagina kering, gangguan pada otot vagina, hingga infeksi
saluran kemik (ISK). Bukan hanya itu, sakit saat berhubungan seks pada perempuan biasanya
disebabkan perubahan hormone, menopause, dan faktor lainnya.

Soalan : Bolehkan Dr terangkan tentang punca berlakunya ketidakfungsian seksual?

Responden menyatakan terdapat dua jenis sebab ketidakfungsian seksual. Iaitu faktor
fizikal dan faktor psikologi. Ketidakfungsian seksual yang terjadi akibat faktor fizikal dapat
disebabkan oleh pelbagai penyakit. Iaitu gangguan harmon, penyakit jantung, diabetis, tekanan
darah tinggi, penyakit saraf, cedera pada saraf (terutama saraf yang mengatur ereksi) dan kesan
daripada ubat-ubat seperti antidepresen. Gangguan harmon akan berlaku pada lelaki ataupun
perempuan. Sebagai contoh, penurunan kadar harmon estrogen saat menopause dapat
menurunkan hasrat seksual pada wanita. Manakala, penurunan testosterone pada lelaki juga
dapat mengurangkan hasrat untuk melakukan kegiatan seksual. Menurut Sadock et al. (2017),
kanser dan rawatan seperti kemoterapi, radioterapi dan juga kesan komplikasi pembedahan juga
diklasifikasikan sebagai faktor fizikal berlakunya difungsi seksual.

Selain gangguan fizikal, disfungsi seksual juga dapat terjadi akibat gangguan psikologi
seperti, stress, kecemasan, kerisauan yang tinggi akan perhubungan seksual, masalah dalam
hubungan atau perkahwinan, depresi, perasaan bersalah dan trauma masa lalu. Disfungsi seksual
juga berisiko tinggi pada orang-orang yang memiliki beberapa faktor iaitu kebiasaan merokok,
obesity, usia lanjut, kecanduhan alcohol, pernah menjalani radioterapi pada daerah selangkangan
dan penyalahgunaan NAPZ.
Soalan: Bolehkan Dr terangkan tentang rawatan ketidakfungsian seksual?

Responden menyatakan rawatan bagi masalah ini adalah bergantung kepada puncanya.
Kebanyakan peskit mengalami masalah ini yang berpunca kepada gangguan psikologi. Oleh itu,
dengan bantuan psikoterapi, sesi bimbingan dan kaunseling dapat mengatasi masalah ini. Pesakit
biasanya dinasihati bagi menghadiri sesi rawatan dengan pasangan untuk pemulihan yang lebih
berkesan. Terdapat banyak bantuan lain seperti terapi seks yang dikendalikan oleh ahli terapi
untuk membantu pasangan yang bermasalah dalam mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.
Terapi tingkah laku pula adalah untuk membantu pesakit atau pasangan dalam mengetahui tabiat
seks yang selamat dan tabiat yang membahayakan hubungan. Ia juga mengajar pesakit
kemahiran seperti teknik rangasangan bagi mereka yang menghadapi masakah mencapai
keghairahan dalam seks.

Menurut Volsky (1998), rawatan seperti psikoterapi yang boleh membantu pesakit
mengatasi trauma akibat penderaan seksual. Mereka yang merasa gemuruh atau bimbang dengan
prestasi seks dengan pasangan, atau pesakit yang merasa rendah diri dengan keadaan fizikal
mereka. Pendidikan seks turut memainkan peranan dalam memperbaiki masalah ini. Komunikasi
antara pasangan adalah antara perkara penting dalam mencapai perkembangan positif rawatan,
selain membantu pasanagna lebih memahami antara satu sama lain, ia juga membolehkan
hubungan seks yang sihat dan selamat boleh berlaku.

Selain itu, penggunan ubatan dan alatan boleh membantu dalam merawat masalah
disfungsi reksi. Ubatan yang boleh digunakan adalah seperti uanat yang mengandungi hormone
bagi wanita dan lelaki yang mengalami masalah kekurangan hormone dalam tubuh. Bagi lelaki
yang menghidap masalah disfungsi ereksi, ubat-ubatan seperti Viagra atau Levitra dapat
membantu memberikan ketegangan pada zakar dengan meningkatkan pengaliran darah ke
bahagian tersebut. Alatan yang yang wujus di pasaran untuk membantu lelaki mencapai ereksi
adalah seperti alat vakum ataualat impian pada zakar. Untuk golongan wanita, alat yang
dinamakan Dilator digunakan bagi membantu mereka yang mengahadapi masalah lubang faraj
sempit. Sebagai seorang individu, cara mengatasi gangguan seksual ini harusnya bermula dari
dengan langkah dari dirinya sendiri. Menurut Zoldbrod (2018), beliau menyatakan terdapat
beberapa langkah yang oleh diambil dari dirinya sendiri. Beliau menyatakan sekiranya seseorang
merasa keinginan seksual berkurang atau lebih rendah dari yang pasangan diingini, seseorang itu
perlu membuat perubahan terhadap rutin yang biasa dan lakukan ketika melakukan hubungan
seksual. Manakala bagi wanita yang mengalami masalah kesakitan ketika melakukan hubungan
seks maka mereka boleh menggunakkan cecair pelincir untuk mengurangkan kerengsaan pada
faraj. Pasangan kepada wanita yang mengalami masalah ini dinasihati memanjangkan waktu
keghairahan bagi memastikan faraj wanita diselaputi lendir.

Menurut Hirschberger et al., (2019), seseorang perlu meningkatkan kepercayaan dalam


diri, menerima bentuk fizikal diri dengan rasa syukur, kurangkan tekanan dari tempat kerja,
mengamalkan gaya hidup sihat dengan kerap bersenam, beriadah, dan mengambil makanan
seimbang. Tambahan lagi, beliau juga berpendapat rawatan yang terakhir harus jumpa dan
dapatkan pandangan dan nasihat doctor sekiranya mengalami masalah dalam hubungan seksual.

Anda mungkin juga menyukai