Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN

PROGRAM PEMULIHAN KHAS


SK AIR BARUK
2021
PENYERAHAN KIT PEMBUGARAN
‘ MODUL LITERASI DAN NUMERASI’

Disediakan oleh;
Cikgu Nazariah binti Rahanin
PENGENALAN
 Pemugaran Literasi dan Numerasi merupakan satu strategi
untuK memperkukuh kemahiran asas literasi dan numerasi dalam
kalangan murid Tahap I yang belum menguasai kemahiran asas
literasi dan numerasi. Pemugaran ini akan dikendalikan oleh Guru
Pemulihan Khas atau guru yang dilantik (bagi sekolah yang tiada
GuruPemulihan Khas).

OBJEKTIF
❖ Murid dapat:
i. Menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.
ii. Mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) atau
Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bersesuaian dengan
tahap keupayaan
mereka.
iii. Meneruskan pengukuhan literasi dan numerasi dalam
pembelajaran
seterusnya.

SASARAN
❖Murid Tahap I yang belum menguasai kemahiran asas
literasi dan numerasi.
PELAKSANAAN
Pelaksanaan adalah seperti berikut:
1. Guru Besar memberi taklimat kepada semua guru tentang
Pemugaran Literasi dan Numerasi.
2. Pihak sekolah mengenal pasti murid yang belum menguasai
kemahiran asas literasi dan numerasi.
3. Pihak sekolah menetapkan KPI program Pemugaran Literasi dan
Numerasi.
4. Pihak sekolah memberi taklimat kepada ibu bapa.
5. Guru merancang PdP/PdPR dengan merujuk Panduan Umum
Pelaksanaan Pemugaran Literasi dan Numerasi serta Modul Asas
Literasi Bahasa Melayu dan Modul Asas Numerasi.
6. Guru melaksanakan PdP/PdPR dengan merujuk kepada Modul
Asas Literasi Bahasa Melayu atau Modul Asas Numerasi.
7. Guru bekerjasama dengan ibu bapa/penjaga dalam
pembelajaran murid.
8. Guru melaksanakan pentaksiran dari semasa ke semasa untuk
mendapatkan maklumat perkembangan murid. Guru boleh
mendapatkan kerjasama ibubapa/penjaga untuk membantu
melaksanakan pentaksiran.
9. Guru menggalakkan murid membaca bahan bacaan
tambahan.
10. Bimbingan berterusan hendaklah diberikan kepada kumpulan
murid ini untuk mendorong dan mengekalkan semangat belajar
mereka.
11. Guru hendaklah melaksanakan ujian pelepasan dan
berdasarkan pertimbangan profesional bagi menentukan tahap
penguasaan literasi dan numerasi murid.
12. Guru menyediakan pelaporan pencapaian individu murid.
13. Pelaksanaan keseluruhan diterangkan seperti rajah 1
PELAKSANAAN
JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Encik Nizam bin Aziz ( Guru Besar )


Pengerusi : Encik Nizam bin Mohamed ( GPK 1)
Naib Pengerusi 1 : Encik Zuhri bin Hassan ( GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Sarathamani A/P Ramaiah ( GPK KOKU )
Naib Pengerusi 3 : Encik Yghaparollah bin Kosnan ( GPK PPKI )
Setiausaha : Pn. Nazariah binti Rahanin ( Penyelaras Pemulihan)
AJK : 1) Pn. Hjh. Zaliha binti Md Diah (KP BM )
: 2) Pn. Norliza binti Azam ( KP MT )

: 3) Pn. Hjh. Marhaini binti A. Rahman ( Guru B&K)


: 4) Pn. Norriah binti Musa (Guru BM THP 1)
: 5) Pn. Siti Yuzimah binti Abdul Samat ( Guru BM THP 1)

: 6) Pn. Zulfa binti Ismail ( Guru BM/ MT THP 1)

: 7) Pn. Nour Janna binti Fahruddin (Guru MT THP 1)

: 8) Pn. Norfaizah binti Mohamed ( Guru MT THP 1)

: 9) Pn. Rohana binti kamis ( Guru MT THP 1)


PENUTUP
Pemugaran Literasi dan Numerasi diharap dapat
mengurangkan bilangan murid Tahap I yang belum menguasai
asas literasi dan numerasi. Justeru itu, semua pihak perlu
bekerjasama bagi memastikan hasrat ini direalisasi dan murid
dapat meneruskan pengukuhan literasi dan numerasi dalam
pembelajaran seterusnya.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

………………………………. ……………………………….
( NAZARIAH BT RAHANIN ) ( )
Setiausaha
LAMPIRAN

http://meet.google.com/ksh-efru-gad
Pada 4 Okt 2021 Bersama guru-guru BM/MT tahap 1
beserta Ketua Panitia BM & MT

Persediaan sebelum penyerahan KIT literasi & Numerasi


LAMPIRAN

Penyerahan KIT Literasi & Numerasi


kepada ibubapa Murid Tahun 1
LAMPIRAN

Penyerahan KIT Literasi & Numerasi


kepada ibubapa Murid Tahun 2 Dinamik
LAMPIRAN

Penyerahan KIT Literasi & Numerasi


kepada ibubapa Murid Tahun 3Dinamik

Anda mungkin juga menyukai