Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KOD DAN NAMA PUSAT BERTAULIAH

PENILAIAN PRESTASI AKHIR SET A


KOD PROGRAM BC-030-3 : 2013

NAMA PROGRAM PEMBINAAN BANGUNAN RESIDENSI

NAMA CALON

NO. KAD PENGENALAN

MASA 5 Jam

TARIKH

Arahan

1 Kolej Vokasional bertanggungjawab merancang dan melaksanakan penilaian prestasi


akhir bagi semua calonnya.

2 Pihak kolej hendaklah memastikan penilaian prestasi akhir ini dilaksanakan dengan
sempurna dan mengikut jadual. Pengawasan rapi daripada pihak kolej amat penting.

3 Kolej Vokasional hendaklah menyediakan segala kemudahan kepada calon untuk


melaksanakan penilaian prestasi akhir, penyediaan kawasan, bahan dan peralatan yang
diperlukan. Segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak kolej. Bahagian Pendidikan
Latihan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan
mengeluarkan sebarang peruntukan untuk mengendalikan penilaian prestasi akhir ini.

4 Semua calon diwajibkan menjalani penilaian prestasi akhir yang ditetapkan oleh Bahagian
Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia di kolej
masing-masing secara individu.

5 Pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional, Kementerian


Pendidikan Malaysia atau wakilnya akan melakukan lawatan dari semasa ke semasa
untuk memastikan penilaian prestasi akhir dilaksanakan mengikut peraturan dan jadual
yang ditetapkan.

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 7 MUKA SURAT BERCETAK TERMASUK MUKA HADAPAN
SULIT

A. TEMPOH : 5 JAM

B. KETERAMPILAN : BINA TEMBOK DAN TIANG BATA DENGAN


SAMBUNGAN MORTAR JENIS KEMAS IKAT RATA.

C. TUGASAN

1. Anda dikehendaki membina tembok dan tiang bata dengan sambungan mortar jenis
kemas ikat rata mengikut cara kerja yang betul, penggunaan peralatan dan bahan serta
langkah yang ditetapkan merujuk kepada lampiran 1,2 dan 3..

2. Tembok dan tiang bata yang dibina perlu mengikut dimensi dan spesifikasi yang telah
ditetapkan.

2
SULIT
D. SENARAI BAHAN

Ukuran Kuantiti
Bil Bahan
( Bahan : Calon )

1 Bata penuh - 60 : 1

2 Bata kerat ½ - 9:1

3 Bata penutup ¾ (king closer) - 2:1

4 Bata kerat serong besar - 2:1

5 Bata kerat ¾ - 6. 1

6 Mortar - Secukupnya

E. PERALATAN / KELENGKAPAN

Ukuran Kuantiti
Bil Peralatan dan Kelengkapan
(Peralatan : Calon)

1 Sudip - 1:1

2 Alat aras spirit - 1:1

3 Sesiku pemidang - 1:1

4 Tolok - 1:1

5 Baldi jurubina - 1:1

6 Penyodok - 1:1

7 Benang - secukupnya

3
SULIT

F. KRITERIA PENILAIAN

Prestasi anda akan dinilai berasaskan kriteria berikut:

1. Perkara Kritikal:

a. Tembok dan tiang bata dibina mengikut lukisan kerja yang dilampirkan dan
sambungan mortar dikemaskan dengan kemas ikat rata.

b. Tembok dan tiang bata dibina mengikut dimensi dan spesifikasi kerja yang
ditetapkan.

2. Proses Kerja
Proses kerja bermula dari perancangan sehingga terhasilnya tembok dan tiang bata
dengan sambungan mortar jenis kemas ikat rata mengikut spesifikasi dan dimensi
seperti di dalam lukisan yang dilampirkan dengan mengambil kira aspek-aspek
keselamatan.

3. Hasil Kerja
a. Ketepatan dimensi dan ukuran yang ditetapkan.
b. Ketegakan pada tembok dan tiang bata.
c. Jajaran pada tembok dan tiang bata.
d. Kepersegian dan kelurusan
e. Kerataan tembok dan tiang bata.
f. Offset ¼ B pada bahagian kepala bata.
g. Keseragaman hujung bertangga; dan
h. Sambungan mortar tembok dan tiang bata menggunakan jenis kemas
ikat rata.

4. Sikap/Keselamatan/Persekitaran
a. Persediaan diri dan komitmen;
b. Penggunaan peralatan dengan betul;
c. Kekemasan dan kebersihan sekitar kawasan kerja; dan
d. Memakai pakaian yang sesuai.

4
SULIT

Lampiran 1

5
SULIT

Lampiran 2

6
SULIT
Lampiran 3

7
SULIT

Anda mungkin juga menyukai