Anda di halaman 1dari 2

Rantaian Mutiara Kata dalam penulisan

1. Sebagai penggulung bicara, semua pihak yang terlibat haruslah bersendel bahu/memadu
tenaga/ menggembleng tenaga/ berganding bahu memerah otak mengatur strategi yang
strategik untuk mengatasi masalah.............Filsuf Woodrow Wilson pernah bermadah,
hidup bukanlah berfikir semata-mata tetapi bertindak.

2. Walhasil, semua pihak/ibu bapa/ kerajaan haruslah mengambil inisiatif dan berusaha
dengan bersungguh- sungguh demi mencapai kejayaan dalam usaha mengatasi
masalah................ Ahli falsafah India, Mahatma Ghandi pernah bernukil, kepuasan itu
terletak pada usaha, bukan pada pencapaian hasil. Berusaha keras adalah kemenangan
besar.

3. Apabila menghadapi masalah, remaja perlu merujuk kepada guru-guru atau ibu bapa
kerana merekalah yang dapat membantu kita tetapi bukannya bertindak secara hentam
kromo dan melulu. Lao Tze, filsuf China yang terkemuka pernah bernukil, lebih baik
bertanya sepuluh Kali daripada tersesat.

4. Kata mutiara filsuf Lao Tze, untuk melangkah perjalanan yang jauhnya beribu-ribu batu,
mulakanlah dengan langkah pertama. Justeru, untuk mengatasi masalah ..... ,kerajaan/ibu
bapa perlulah bergerak sederap, sehilir semudik, ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni dengan mengimplementasikan/ menguatkuasakan/ mendidik.......untuk .......

5. Kempen kesedaran ini perlulah diimplementasikan sehingga membuahkan hasil tetapi


bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Dr Hm Tuah Iskandar al-Haj bermadah,
genggam bara api biar sampai menjadi intan.

6. Setiap pelajar perlu membanting tulang berhempas pulas menelaah pelajaran kerana
kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka, madah Charles Cahier.

7. Sepotong rantai mutiara kata daripada filsuf barat El Leseur, tanpa semangat tidak ada
satu kerja pun yang dapat dilakukan. Rentetan itu, semua pihak mestilah bersemangat
dalam usaha mengatasi masalah....../semua pelajar perlulah bersemangat ketika menelaah
pelajaran/ ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan/ ibu bapa
perlulah bersemangat ketika mengajar dan mendidik darah daging mereka.
8. Untuk menempa dan meraih kejayaan, para pelajar perlu rajin berusaha tanpa merungut
tidak mempunyai masa yang mencukupi. George Washington Carver bernukil, 99%
kegagalan datangnya daripada orang yang suka memberi alasan.

9. Kita perlu merancang terlebih dahulu sebelum bertindak untuk mendapat hasil yang
lumayan dan memuaskan. Kata mutiara William G. Sieger, manusia tidak merancang untuk
gagal tetapi mereka gagal untuk merancangnya.

10. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang positif untuk dicontohi oleh anak-anak mereka
kerana setiap anak dilahirkan dengan fitrah dan ibu bapalah yang menjadikannya sama
ada Yahudi, Nasrani atau Majusi (Daripada Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
11. Untuk mencicip kemanisan, mulakanlah dengan mengupas kepahitan. Semua pihak perlu
bersinergi mengorbankan masa dan tenaga mencari alpukah yang holistik untuk
membanteras masalah........supaya kesejahteraan dan keharmonian hidup dikecap.

12. Intihanya, usaha mengatasi masalah mestilah diteruskan sehingga membuahkan hasil.
William Shakespeare bermadah, jangan hentikan usaha selagi hasilnya belum kita kecap.

Anda mungkin juga menyukai