Anda di halaman 1dari 16

Bahasa SMS Yang Menggerunkan

Idea untuk tajuk dapat dari blog. Gerunnnn Gerunnnn Gerunnnn. Tapi aku nak tulis pasal Bahasa SMS Yang Menggerunkan. Serius aku gerun kot nak baca. Mari lihat contoh Bahasa SMS Yang Menggerunkan. Bahasa SMS yang digunakan untuk updated status Facebook. (gambar cekau dari blog Yonna):D

Setahu aku Facebook tak limitkan berapa patah perkataan boleh ditulis. Ok.Ok. Mungkin kau akan cakap "eh suka hati aku lah. Facebook aku" but tak terfikir ke orang yang baca tu akan salah anggap dengan short form yang kau pakai. Aku mengambil seminit untuk paham apa maksud ayat-ayat di atas. Baca dekat dua tiga kali. Ouh. Baru paham Bahasa Yahudi digunakan. Ni penggunaan hurup w kat belakang setiap perkataan. Contohnya "je" jadi "jew". Apa tu? JEWISH - tengah cakap pasal yahudi ke? Nape - napew. Heh. Langsung tak fun apatah lagi comel tulis macam tu. Rosak bahasa wehh. Kena buang segala mala hurup w kat belakang tu baru aku paham. Istilah maths digunakan. Contohnya: "dia" di-short formkan menjadi "dy". Aku hanya mengenali dy/dx dalam calculus. Tak tahu pula "dy" tu maksudnya "dia". Hebat heh korang. Istilah maths jadikan Bahasa Melayu. Bravo! Pernah ke korang pergi mana-mana blog mat salleh tu dia short form-kan English dia? Tak pernah rasanya. Yang tulis short form kat blog tu cuba korang translate-kan blog korang kepada English. Apa jadi? Kucar kacir. Satu patah haram pun tak faham kan. So apa jadi kalau blog korang ada readers asing? Pengsan kot tengok English yang kucar kacir.lol. Sayangilah Bahasa Melayu. Bahasa Jiwa Bangsa.

Bahasa SMS
Artikal ini diperolihi sumbernya di harian Metro bertarikh 30 Januari 2009 yang boleh dilayari di http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/itMetro/20090128091423/Arti cle/indexv_html

Singkatan cemar bahasa?


Oleh Afiq Hanif afiq@hmetro.com.my MASALAH bahasa ringkas dalam dunia digital seperti 'mn ko nk pegi?' atau ayat sebenarnya 'ke mana kau mahu pergi?' bukanlah isu baru namun ia belum mendapat perhatian ramai. MASALAH bahasa ringkas dalam dunia digital seperti 'mn ko nk pegi?' atau ayat sebenarnya 'ke mana kau mahu pergi?' bukanlah isu baru namun ia belum mendapat perhatian ramai.Kalau dulu ringkasan melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) mungkin disebabkan had teks sebanyak 150 perkataan yang ditawarkan dalam telefon bimbit menjadi penghalang, namun apa pula alasannya jika bersembang atau chatting di ruang siber kerana jumlah teks tidak pula dihadkan? Tentunya, bahasa ringkas membawa implikasi besar dalam kehidupan manusia kerana ia membabitkan komunikasi harian serta membabitkan jati diri setiap bangsa diwakili.Pakar bahasa dan motivasi, Dr Rubiah K Hamzah, berkata bahasa singkatan menjadi amalan harian memandangkan ia sentiasa didengar, dilihat dan dipertontonkan terutama dalam teknologi semasa."Amalan seharian yang diguna pakai ini menjadi ikutan remaja diperturunkan daripada ibu bapa sehingga mereka mengadaptasikan sebagai bahasa ringkas dalam perbualan siber," katanya. Menurut beliau, remaja akan sentiasa peka menggunakan setiap perkara yang didengar, ditonton dan dilihat setiap hari termasuk penggunaan bahasa ketika mereka menggunakan teknologi seperti ruang sembang siber, SMS dan blog."Ledakan teknologi menyebabkan bahasa turut masuk dalam arus perkembangannya memandangkan ia bentuk komunikasi digunakan seharian."Secara tidak langsung ia mempengaruhi komunikasi secara online apabila pengguna mahu menggunakan bahasa ringkas atau rojak untuk berhubung antara satu sama lain," katanya. Katanya, penggunaan bahasa ringkas dan rojak secara berleluasa tanpa sekatan mengakibatkan remaja malas untuk mempelajari bahasa sebenar secara menyeluruh."Bahasa ringkas dan rojak digunakan lebih meluas berbanding bahasa sebenar kerana penerimaannya lebih selari dengan aliran kini sehinggakan remaja kurang berminat untuk berkomunikasi melalui bahasa terutama bahasa Melayu yang memiliki tatabahasa dan frasa lebih tersusun," kata Rubiah. Beliau berkata, penggunaan ayat dalam ruang sembang siber seperti Yahoo Messenger, GoogleTalk dan MSN Messenger mengurangkan pengayaan bahasa dalam jiwa remaja."Boleh dikatakan teknologi memperkenalkan bahasa yang kurang tersusun dari segi tatabahasa, frasa dan banyak aspek lain memandangkan ia tidak diambil berat dalam bidang terbabit," kata Rubiah. Menurutnya, jika keadaan itu berterusan, masyarakat akan membenarkan bahasa terutama bahasa Melayu rosak memandangkan keindahan ayat terkandung di dalamnya bakal terhakis."Sebaik fenomena terbabit menular tanpa kawalan di kalangan remaja, mereka beranggapan tutur bahasa

yang baik dipandang enteng kerana penggunaan bahasa ringkas lebih diutamakan dalam perbualan online," katanya. Rubiah berkata, amat sukar untuk mendidik remaja menggunakan bahasa dengan tepat dalam perbualan harian serta mengelak untuk mempelajari lenggok keindahan bahasa apabila beranggapan penggunaannya tidak perlu serius."Tentunya ramai menyuarakan pandangan, apa perlunya bahasa yang dipelajari secara tersusun jika bahasa ringkas lebih mudah dan kerap digunakan seharian," katanya.Beliau berpendapat, generasi yang terhasil daripada pembangunan teknologi tidak seimbang boleh mengundang keanehan kaedah komunikasi lebih kasar berasaskan bahasa kurang sopan." Malah, kedudukan bahasa itu sendiri akan tergugat mengakibatkan keindahannya terhakis dek campur aduk istilah sehingga mengganggu strukturnya sendiri yang secara tidak langsung memupuskan ketamadunan bangsa," kata Rubiah.Tambahnya, aspek jangka panjang akibat masalah bahasa ringkas di ruang sembang siber dan SMS boleh mengakibatkan generasi baru tidak lagi terliur untuk mempertahankan bahasa sebenar mereka memandangkan bahasa ringkas lebih sebati dalam jiwa."Inilah virus lebih teruk daripada serangan virus yang menular ke sistem komputer apabila 'virus jiwa' dibawa teknologi itu sendiri tidak disedari manusia secara terangterangan walaupun kita bukanlah mahu menidakkan perkembangannya," katanya. Menurutnya, manusia kerap berbicara mengenai tahap pemikiran tertinggi, tetapi terlupa memperkatakan tahap bahasa yang semakin rendah akibat perkembangan arus teknologi."Hilang bahasa bermakna terhapuslah jati diri manusia itu sendiri seterusnya menghilangkan martabat yang sepatutnya dipertahankan."Kita tidak dapat mengelak daripada ledakan teknologi, tetapi jika tidak terkawal, ia menyebabkan orang ramai 'ditapaikan' dengan penggunaan bahasa kurang cantik sehingga adab sopan pun boleh terabai," katanya. Beliau menasihatkan masyarakat agar tidak menciplak bahasa ringkas atau rojak sebagai bahasa rasmi melalui ruang teknologi yang ada ke dunia sebenar sehingga menjadikan bahasa sendiri parah diserang tanpa disedari."Semua pihak perlu memberi kerjasama dalam mempertahankan keindahan bahasa sendiri kerana ia adalah nadi bangsa seterusnya membina masyarakat berakhlak mulia di zaman letusan teknologi melanda dunia," katanya. Masalah bahasa ringkas membabitkan seluruh bahasa dituturkan masyarakat sedunia, malah terdapat laporan di Dublin sedikit masa lalu yang mendapati SMS mengancam kemampuan pelajar sekolah menulis, menurut ahli akademik.Menurut Suruhanjaya Peperiksaan Dublin, kesalahan nahu dan tatabahasa pelajar kini di tahap membimbangkan."Kewujudan telefon bimbit dan peningkatan penggunaan SMS dalam komunikasi nampaknya memberi kesan kepada tahap penulisan pelajar," menurut laporan itu. Dalam banyak keadaan, laporan berkenaan menyatakan, pelajar gemar menggunakan perkataan ringkas, ayat mudah dan perbendaharaan kata terhad.Sementara itu, pensyarah bahasa Inggeris Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Raishah Abd Hamid, berkata masalah bahasa ringkasan di arus teknologi membabitkan semua bahasa di dunia dan mampu mengundang masalah jangka panjang."Masyarakat gemar meringkaskan bahasa dengan menggunakan ayat tertentu, tetapi tidak menyedari ia dilakukan tanpa perbendaharaan tepat sehinggakan bahasa jadi tunggang terbalik," katanya. Menurut Raishah, ejaan yang digunakan dalam Yahoo Messenger, GoogleTalk, MSN Messenger dan sebagainya mempengaruhi kosa kata digunakan ketika belajar dan mengarang esei."Saya sendiri berpengalaman memeriksa ayat ditulis pelajar mendapati ada antara mereka yang sudah biasa menggunakan bahasa ringkas melakukan perkara sama ketika belajar,"

katanya.Menurutnya, ia mengundang kesalahan ejaan yang ketara seperti penggunaan 'U' bagi menggantikan 'You' tanpa disedari akibat terlalu biasa dengan perbualan harian di ruang siber." Tidak cukup dengan itu, pelajar yang mengaplikasikan bahasa teknologi malas untuk mengarang esei panjang apabila merasakan ia menyusahkan mereka," katanya.Raishah turut berpendapat tahap komunikasi masyarakat akan merudum kerana terlalu berhubung dengan mesin berbanding manusia.Pakar bahasa, Prof Dr Datuk Nik Safiah Karim pernah menceritakan keadaan di Amerika Syarikat satu ketika dulu apabila seorang guru mengeluh kerana tidak memahami perkara yang ditulis pelajarnya memandangkan bahasa digunakan tidak menyerupai bahasa Inggeris biasa. Beliau berkata, budaya bahasa dalam teknologi mempengaruhi pengguna komputer dan telefon bimbit sehingga lahir satu generasi yang amat gemar perhubungan melalui cara ini kerana beranggapan ia lebih cepat, ringkas dan canggih. Nik Safiah melahirkan kerisauan apabila dari sudut bahasa itu sendiri, ia boleh mengakibatkan bahasa yang buruk, ejaan tidak betul serta sifat bahasa yang terlalu ringkas sehingga melanggar kemurnian dan keaslian bahasa. Menurut Nik Safiah, pelajar perlu dipupuk supaya dapat membezakan antara bentuk rasmi dan bentuk tidak rasmi bagi mengelak timbulnya kerisauan mengenai kecacatan bahasa.Sebaliknya, terdapat kajian yang dilakukan pensyarah universiti tempatan suatu ketika dulu berpendapat bahasa ringkas melalui SMS mampu merevolusikan bahasa Melayu.Kajian Prof Madya Dr Supyan Husin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika itu yang dibentangkan beberapa tahun lalu beranggapan, bahasa ringkas tidak boleh menggantikan bahasa Melayu rasmi, tetapi memungkinkan komunikasi jadi lebih pantas berdasarkan beberapa kategori bahasa. Lima kategori singkatan yang boleh diterima pakai adalah singkatan lazim, singkatan gugur vokal atau konsonan, singkatan lazim kolokial, singkatan perwakilan bunyi dan singkatan kata ganda, sementara dua kategori lagi boleh mencemar bahasa.

Tesis bahasa SMS Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah@bharian.com.my 2011/06/08


Pensyarah kesan pelajar IPTA terbiasa guna singkatan dalam tugasan KUALA LUMPUR: Fenomena penggunaan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber yang semakin serius mempengaruhi pelajar sekolah turut melanda pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sehingga ada yang menggunakannya dalam penulisan tesis dan tugasan. Malah ada pensyarah yang berasa tidak dihormati dan menganggap pelajar bersikap biadap kerana menghantar SMS yang singkat dan tidak formal seolah-olah memandang remeh batasan hubungan antara pensyarah dan pelajar.

Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad... ~al-qhazali~

Tindakan lebih tegas harus dilaksanakan ke atas mat rempit yang didapati terlibat dalam perlumbaan haram bukan sekadar menghimpunkan mereka, dijalankan ujian air kencing dan kemudian dibebaskan.Cadangan untuk merampas motosikal serta mengantung lesen mereka yang terbabit dalam gejala lumba haram dilihat sebagai satu inisiatif yang boleh membantu dalam menangani masalah ini. Ini adalah merupakan antara cadangan yang akan dimasukkan dalam pindaan undang-undang berkaitan yang kini dalam proses penelitian oleh Kementerian Pengangkutan. Secara tidak langsung, ini juga akan memberi isyarat yang nyata bahawa kerajaan memandang serius gejala mat rempit ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah drastik bagi menangani masalah ini.Namun demikian, peranan ibu bapalah yang paling penting sekali kerana rata-rata mereka yang terlibat dalam kegiatan ini didapati kurang mendapat perhatian dari ibu bapa mereka. Malahan, ada segelintir ibu bapa dengan mudah membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal walaupun mereka tahu anak-anak mereka itu langsung tidak mempunyai lesen. Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut.Selain mengenakan tindakan tegas ke atas mat rempit, tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini, kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan gejala ini dari menjadi lebih buruk lagi.Apa sekalipun, yang pasti, masalah ini kini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak adalah merupakan kunci yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini. Kini bukan sekadar mat rempit yang datang membawa masalah. Tetapi juga golongan minah rempit turut memberi imej buruk kepada masyarakat kini. Minah rempit kini semakin berani meletakkan diri mereka di dalam carta sampah masyarakat berikutan penyebaran beberapa klip video kumpulan itu di internet dalam keadaan memalukan. Jika sebelum ini banyak kumpulan mat rempit merakam aksi berani mati, kini minah rempit pula bertindak lebih dahsyat apabila secara sukarela membiarkan aksi jijik mereka dirakam dan kemudian dimuat turun di internet, termasuk laman web antarabangsa. Kebanyakan klip video itu boleh didapati di laman web YouTube dengan menaip perkataan Minah Rempit. Laman web itu kemudian memaparkan 63 transaksi atau klip video berkaitan kumpulan berkenaan.Bagaimanapun, Metro Ahad yang melayari laman web itu hanya mendapati lapan daripada klip video berkenaan memaparkan aksi melampau minah rempit, dengan tiga menunjukkan aksi kelucahan melampau yang memalukan. Klip video terbaru minah rempit yang dimuat turun ke laman web YouTube seminggu lalu adalah paling berani bertajuk Drunken Minah Rempit Show Off (DMRSO) memaparkan seorang minah rempit membuka baju dan menunjukkan payu daranya ketika membonceng motosikal ditunggang seorang mat rempit.

Dalam klip video selama 46 saat itu, minah rempit bertopi keledar itu turut menunjukkan isyarat lucah kepada penunggang dan pembonceng motosikal yang mengekori untuk merakam aksinya.Walaupun baru seminggu dimuat turun dalam YouTube, klip video itu mencapai lebih 6,000 hits atau ditonton 6,000 kali oleh mereka yang melayari laman web itu. Ini perkembangan terbaru yang bukan saja memperlekehkan kewibawaan penguatkuasaan undang-undang, tetapi juga mencemarkan imej negara, terutama klip video itu dimuatkan turun ke laman web antarabangsa, sekali gus boleh ditonton di seluruh dunia.Selain DMRSO, klip video yang turut mendapat sambutan hangat di internet bertajuk Mat N Minah Rempit memaparkan aksi minah rempit berdiri lalu membuka baju dan menunjukkan payu daranya dalam aksi mengghairahkan. Di belakang minah rempit terbabit ialah seorang mat rempit memakai topi keledar. Klip video lain bertajuk Awek Rempit Kena Raba pula menunjukkan seorang mat rempit meraba dan memasukkan tangannya ke dalam coli seorang minah rempit di warung sambil diperhatikan beberapa rakan mereka. Sebelum ini, klip video bertajuk Awek Kedah Merempit (AKM) yang menunjukkan seorang minah rempit secara selamba tanpa rasa takut berdiri di belakang motosikal ditunggang secara wheelie oleh seorang mat rempit mendapat sambutan hangat di laman web berkenaan berikutan ia dikatakan aksi paling hebat pernah dilakukan minah rempit. Begitupun, di dalam YouTube ada beberapa klip video yang sama dengan AKM tetapi mempunyai tajuk lain seperti Remix Mat Minah Rempit Mengganas, Minah Rempit dan Awek Kedah.Aksi lain minah rempit di laman web YouTube ialah klip video bertajuk Minah Bertudung Pacak menunjukkan dua gadis bertudung cuba melakukan aksi wheelie. Satu lagi klip video sama pula menggunakan tajuk Apa Le Nak Jadi. Klip video bertajuk Minah Rempit U pula menunjukkan sekumpulan minah rempit yang tidak memakai topi keledar menunggang lima motosikal di kawasan jalan utama, manakala Awek Tenggek membabitkan aksi minah rempit membonceng motosikal sambil menaikkan punggungnya untuk menarik perhatian mat rempit lain. Klip video terakhir ialah Rempit yang menunjukkan minah rempit di atas motosikal pada siang hari menonton sekumpulan mat rempit menunjukkan pelbagai aksi berbahaya.Semua klip video itu turut disebarkan menerusi telefon bimbit dan e-mel. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, berang dengan apa yang berlaku dan menyifatkannya sebagai usaha menduga kesabaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).Beliau dipetik sebagai berkata, kehadiran klip video yang mudah diakses melalui

internet dan telefon bimbit itu akan menimbulkan masalah apabila ada pihak, terutama remaja cetek akal, ghairah meniru aksi berkenaan. Penyebaran klip video terbaru itu menunjukkan kumpulan rempit, termasuk minah rempit, semakin ganas dan sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian masyarakat, seolaholah perbuatan mereka sesuatu yang glamor. Aksi ganas minah rempit terbaru ialah pada 18 Ogos lalu apabila seorang remaja perempuan berusia belasan tahun menendang motosikal anggota Skuad 42 Polis Trafik Kuala Lumpur untuk menyelamatkan teman lelakinya ketika cuba ditangkap dalam operasi mencegah mat rempit di Bandar Tun Razak, di sini. Berikutan itu, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Hamza Taib, mengumumkan Skuad 42 yang diwujudkan khas untuk membanteras lumba haram yang kini hanya beroperasi di ibu kota akan diperluaskan ke negeri lain, terutama Pulau Pinang, Perak, Johor dan Selangor. Bukan mudah untuk menangkap dan menggempur kegiatan lumba haram kerana mereka licik dan berani. Sebab itu perancangan lebih teratur dan fokus perlu dilaksanakan, termasuk melakukan penyamaran, katanya.Beliau berkata, sejak 2005 hingga Julai tahun ini, seramai 1,557 pelumba haram ditangkap mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan Melayu seramai 1,436 orang, Cina (51), India (63) dan kaum lain (tujuh). Kanak-kanak seawal usia enam hingga tujuh tahun pun ada perasaan malu dan tidak sanggup membiarkan alat sulit mereka dilihat orang lain.Apa yang mereka (minah rempit) lakukan memberi gambaran ada yang tidak kena dengan perkembangan kognitif (kemahiran berfikir secara rasional) mereka, kata Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mastura Badzis. Beliau mengulas keberanian minah rempit melakukan aksi lucah untuk dirakam, termasuk menunjukkan payu dara yang kini tersebar di internet dan telefon bimbit. Dr Mastura yang terkejut dengan pendedahan itu menyifatkan pelakuan minah rempit terbabit satu petanda gejala sosial yang sangat buruk dan ketara. Katanya, pelakuan seperti itu mungkin dapat dielakkan jika ibu bapa minah rempit berkenaan mengambil berat pergerakan anak mereka.Di mana ibu bapa mereka? Sepatutnya ibu bapa memantau pergerakan anak. Ibu bapa perlu tahu di mana anak mereka dan dengan siapa mereka berkawan. Sekurang-kurangnya tindakan itu mampu menghalang pelakuan seperti itu, katanya. Dr Mastura berkata, minah rempit yang terbabit dengan pelakuan memalukan itu perlu dibantu supaya tidak terus hanyut dengan dunianya.Katanya, antara bantuan yang boleh diberi ialah mengalih perhatian mereka kepada perkara positif dan berfaedah yang sesuai dengan jiwa mereka.

Kita tidak tahu mengapa mereka sanggup berbuat begitu. Mungkin bermula daripada tekanan, mahu bebas dan tiada hala tuju.Disebabkan itu, mereka bercampur dengan mat rempit dan bergelumang dengan maksiat sehingga pada satu tahap tiada perasaan malu, katanya. Sementara itu, Presiden RD Club Malaysia, Azhanyzam Zakaria, berkata pelakuan minah rempit terbabit mungkin didorong perasaan mahu membuktikan mereka lebih hebat daripada minah rempit lain.Katanya, tidak hairan, ada yang berani melakukan aksi lucah, kononnya supaya mereka lebih dihormati. Di kalangan minah rempit memang wujud sentimen seperti itu. Gara-gara mahu dilihat lebih hebat, mereka sanggup melakukan apa saja.Mereka tiada perasaan malu, malah berbangga dengan perbuatan yang dilakukan, katanya yang aktif bersama ahli kelabnya mendekati mat rempit dan minah rempit untuk memberi kesedaran. Azhanyzam berkata, ada kemungkinan minah rempit yang sanggup melakukan perbuatan memalukan itu di bawah pengaruh dadah.Apabila dalam keadaan tidak sedar, mereka tidak menyedari perbuatan mereka. Suruhlah mereka berbuat apa saja, mereka akan melakukannya, katanya. Sejak isu mat rempit ini menjadi lebih panas dengan paparan di kaca TV tentang skill mat rempit beraksi dengan aksi berdiri, terbaring terlentang selagak superman, dan berbagai aksi skill yang merbahaya tapi mengkagumkan, isu ini mula mendapat perhatian sewajarnya. Di tambah pula isu mat rempit merosakkan harta penduduk di Bangsar hanya kerana kerana di tegur supaya lebih berhemah Apakah mat rempit sudah semakin berani untuk melanggar undang-undang?...gagalkah penguatkuasaan pihak polis membendung gejala rempit ini? Kenapakah gejala sosial di kalangan remaja tidak pernah putus?... selepas reda dengan isu bohsia, bohjan, gejala buli membuli, meledak pula isu mat rempit inibelum lagi bercerita tentang isu penyalah gunaan dadah, pil khayal, rogol, dan gangsterisma.. Remaja sekarang begitu terdedah dengan pelbagai isu yang akan merosakkan masa depan, memudarkan sinar wawasan 2020.. Kenapa ini berlaku? Siapa yang harus dijadikan kambing hitam dan memikul beban untuk dipersalahkan. Kemelut mat rempit ini bukanlah satu isu yang mudah untuk ditangai.Sebagaimana isu sosial yang lain, mencari kesalahan dan meletakan kesilapan itu pada individu tertentu tidak dapat mengatasi masalah, isu sosial remaja timbul akibat tekanan dan permasalahan yang wujud di persekitaran. Punca-punca kemelut sosial ini saling berkait dan dan sukar untuk memastikan punca sebenar yang menjadi dalang kepada isu ini. Individu Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup.Mengecapi bentuk hiburan yang murah ..berbekalkan RM 4 untuk minyak dan keberanian untuk beraksi..ada

yang mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dikalangan mereka, menyuburkanlagi gejala ini. Kemalangan jiwa bukanlah menjadi galang untuk merempit, tidak sedikit rakan telah cedera atau maut, tapi kerana seronok, itu bukanlah menjadi masalah. Malah ada yang berbangga dengan parut dan berapa kerat tulang yang patah..Pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan untuk remaja terlibat sama. Kenapa tidak terpengaruh kepada rakan sebaya yang baik? Kajian oleh Dr Hassan Ali 1977 mendapati remaja mudah terpengaruh dengan gejala yang membunuh sahsiah. Modenisasi Perubahan gaya hidup,ekonomi, institusi keluarga dan masyarakat adalah harga untuk sebuah kemodenan. Perubahan cara hidup dan corak asuhan mempengaruhi sikap remaja untuk bertindak. Dunia yang makin hilang sempadan ini memungkinkan pelbagai unsur negative diserap ke jiwa remaja. Kesibukan ibubapa mengejar kemodenan ada sehingga mengabaikan anak di rumah. Kasih sayang yang hilang, jiwa yang kosong dan pelbagai godaan di luar menawan remaja untuk bertindak. Merempit salah satu alternatif yang ada untuk hilangkan kebosanan dan ketegangan di rumah.Merempit juga menjadi alat untuk mendapat perhatian ibu bapa. Amat sukar sebenarnya untuk menangani gejala mat rempit yang menjadi satu isu sosial yang membebankan. Seperti isu sosial yang lain, isu mat rempit tidak harus dipandang ringan dan pendekatan mestilah dengan penuh rasa empati, mengambil pendekatan untuk mencegah dan membimbing. Memang diakui kerajaan telah melakukan pelbagai program untuk membendung masalah ini antaranya: ~memantapkan institusi keluarga dan komuniti dengan menerapkan nilai-nilai murni dan kesedran sivik antara programyang sedang berjalan ialah Program Khidmat Negara, Kursus bina Insan dan program rakan muda. ~menggalakn amalan hidup sihat dan harmoni dari segi fizikal, mental dan rohani, antara program yang dilakukan ialh program cara hidup sihat ~memperbanyakkan program komuniti yang melibatkan remaja untuk turut serta seperti Jiran muda rukun tetangga ~memperkukuhkan program sukarelawan yang membutuhkan remaja untuk sama-sama melibatkan diri. Program sebegini mampu menanamkan rasa tanggungjawab dan membina sahsiah diri yang murni. ~penguatkuasaan undang undang, sekatan jalanaraya dan rondaan polis trafik merupakan langkah jangkapendek untuk mengurangkan gejala ini Beban untuk mengawal masalah ini dari terus menular, bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan semata-mata. Pihak lain seperti NGO, parti- parti politik dan ahli masyarakat, ibubapa harus berganding bahu dan patut memainkan peranan masing masing.

Langkah terbaru sebuah parti politik untuk menaikkan imej mat rempit harus tidak dipandang ringan. Ia bertujuan untuk mendekati golongan mat rempit, cuba mengenalpasti masalah mereka dan menyediakan satu platform aktiviti berfaedah yang menyeronokkan. Dengan pelbagai aktiviti yang di cadangkan, diharapkan gejala mat rempit dapat dikurangkan. Nampak elok dan berkesan ketika di kertas cadangan tapi mampukah ia menarik minat mat rempit Pada 9 Januari 2007, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Datuk Seri Azalina Othman Said telah melancarkan program Sukan Malam bagi menangani masalah mat rempit di kalangan remaja. Azalina menyatakan bahawa kajian terkini Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) mendapati para belia amat berminat dan optimis terhadap sukan tetapi tiada kemudahan disediakan untuk mereka. Kesuntukan masa pada waktu siang menyebabkan para belia tidak mempunyai ruang yang cukup untuk bersukan justeru program seumpama ini dapat membantu mereka beriadah. Program tersebut merangkumi program sukan bermotor seperti motosikal, kereta dan go-kart sementara bagi program sukan konvensional termasuk bola jaring, futsal dan 3 x 3 bola keranjang. Saya pasti bahawa program Sukan Malam ini telahpun dijalankan di seluruh negara dengan perbelanjaan yang cukup besar melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana Azalina yakin bahawa kajian IPPMB telah dibuat dengan teliti. Di Parlimen Kluang sebagai contohnya, penekanan terhadap Sukan Malam diberikan terhadap sukan Futsal. Kain rentang dan poster-poster diedarkan ke serata tempat bagi menarik golongan muda khususnya Mat Rempit untuk berhenti merempit dan beralih arah ke sukan Futsal. Hakikatnya, mereka yang menyertai Futsal adalah golongan muda yang sememangnya menjadikan aktiviti tersebut sebagai aktiviti rutin mereka tetapi mat rempit terus memperuntukkan masanya dilitar lumba haram. Hari ini, Azalina menyarankan pula agar semua kerajaan negeri dan kerajaan tempatan menyediakan kemudahan litar lumba sebagai kaedah terbaik membanteras gejala "Mat Rempit" atau lumba haram di kalangan golongan muda yang semakin berleluasa sekarang. Kita harus sedar ada ketikanya sesuatu perkara yang remeh atau kecil itu mempunyai rantaian kesan yang berpanjangan. Demikian masalah mat rempit yang hangat diperkatakan sekarang. Isu itu menenggelamkan isu bohsia, bohjan dan lepak, walaupun ia masih wujud. Sekarang kita boleh melihat pelbagai gejala sosial ini mempunyai pewaris tersendiri terutama golongan kanakkanak. Mereka menggelarnya sebagai rempit junior. Saya sendiri melihat kanak-kanak berumur 10 tahun menunggang motosikal dan berlumba basikal pada waktu petang. Selain itu, kanak-kanak wanita pula tidak ketinggalan menunggang motosikal tanpa sedikit

kebimbangan. Mereka juga berani melakukan aksi sama seperti mat rempit. Ia berlaku kerana ada pengaruh golongan remaja atau dewasa yang menunggang motosikal. Bagi ahli psikologi tentunya mereka memahami bahawa keadaan ini berupaya membentuk peribadi kanak-kanak liar dan tidak terkawal apabila semakin dewasa. Sebab itu kita perlu menghapuskan golongan rempit yang memaparkan contoh tidak baik kepada masyarakat. Saya berfikir bahawa mat rempit perlu diberi pengajaran atau hukuman yang boleh menginsafkan mereka. Hanya hukuman penjara yang boleh membuatkan mat rempit sedar dengan kesalahan mereka. Tetapi, mengapa pula hukuman penjara ini tidak dijalankan. Mengapa perlu wujud persoalan hukuman penjara hanya akan merosakkan masa depan mereka. Kita perlu melihat hukuman penjara ini daripada perspektif berbeza. Kerajaan tidak boleh terlalu bertoleransi dengan golongan mat rempit dengan hukuman sekadar menggantung lesen dan merampas motosikal mereka. Langkah ini tidak efektif. Yang melakukan kesalahan ialah manusia bukannya lesen atau motosikal. Jadi, mengapa hanya lesen digantung dan motosikal dirampas tanpa menghukum pesalah sebenar. jika seseorang itu mempunyai kesedaran, walaupun memiliki motosikal dan lesen, mereka tidak akan membabitkan diri dengan lumba haram sehingga membahayakan pengguna jalan raya serta orang awam. Kalaupun pihak berkuasa menggantung lesen pemilik, ia tidak menghalang mereka berlumba semula kerana di kalangan mat rempit juga kebanyakannya tidak ada lesen memandu. Gejala mat rempit akan melahirkan lebih ramai individu jika tiada undang-undang yang berat dikenakan kepada mereka. Malah, bukan saja mat rempit, gadis belasan tahun terjebak sebagai pelacur, selain itu ramai ahli mat rempit menjadi perompak, kaki lepak, perogol, peragut, kumpulan samseng dan penagih dadah. Pengaruh cara hidup ahli kumpulan bermotosikal dari Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai Hell-Angel di kalangan mat rempit amat membimbangkan masyarakat terutamanya polis kerana dilihat mampu memesongkan akidah dan meruntuhkan akhlak rakyat di negara ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberitahu, pegangan hidup kumpulan tersebut yang mementingkan kebebasan serta bergelumang dengan jenayah dikhuatiri akan meruntuhkan akhlak rakyat terutamanya remaja di negara ini kerana ia mula menjadi ikutan mat rempit. Mat rempit di negara ini mula terikut-ikut cara hidup kumpulan tersebut dan sedang menyebarkannya di kalangan ahli kumpulan yang lain.Penularan ini amat membimbangkan kerana kumpulan Hell-Angel banyak terlibat dengan jenayah, penyalahgunaan dadah seperti ganja, syabu dan heroin serta menjalinkan hubungan seks bebas. Jika mereka berpaksikan kepada kumpulan itu maka gejala sosial dan jenayah di kalangan

remaja di negara ini akan menjadi semakin teruk,'' katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Gejala Sosial: Hakikat Masa Kini pada Konvensyen Pendekatan Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. Menurut Musa, sehubungan dengan itu beliau menggesa orang ramai terutama ibu bapa supaya memandang berat perkara ini dan memantau kegiatan anak mereka supaya budaya kuning yang dibawa oleh mat rempit ini tidak menjadi ikutan anak mereka.Selain itu, Musa ketika membentangkan kertas kerjanya berkata, ketidakstabilan ekonomi di kalangan rakyat Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dikesan antara pendorong utama kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini. Beliau memberitahu, daripada penilaian terhadap jenayah yang berlaku di negara ini setiap hari mendapati tahap ekonomi yang tidak stabil mendorong seseorang untuk melakukan jenayah.Kebanyakan mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah di negara ini terdesak melakukannya kerana mempunyai masalah ekonomi. Bila terdesak, mereka akan terdorong untuk melakukan jenayah bagi memastikan dapat meneruskan hidup di negara ini terutamanya bagi mereka yang tinggal di kota-kota besar,'' katanya Musa berkata, penghijrahan masyarakat luar bandar ke bandar bagi mencari pekerjaan juga dilihat sebagai salah satu punca mendorong kepada peningkatan kadar jenayah. Mereka datang ke sini untuk mencari pekerjaan tetapi bila tak dapat kerja mereka menganggur dan mula terlibat dengan jenayah seperti merompak kerana desakan hidup,'' ujarnya.Beliau berkata selain penghijrahan penduduk luar bandar, kebanjiran pendatang asing ke sini turut dilihat mendorong kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini. Rakyat asing yang datang ke sini juga banyak terlibat dengan jenayah rompak, duit palsu dan gaduh sesama sendiri.Ini amat membimbangkan kerana ia bukan sahaja meningkatkan kadar jenayah di negara ini tetapi turut memberi kesan negatif terhadap masyarakat,'' katanya. Tambah Musa, walaupun indeks jenayah semakin meningkat di negara ini tetapi peningkatan itu sejajar dengan pertambahan penduduk di sini. Kadar jenayah di negara ini bagi tempoh Januari hingga September lepas meningkat 12.57 peratus iaitu 170, 481 kes berbanding 151, 444 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.Curi motosikal sahaja sebanyak 47,163 kes dan ini menunjukkan mereka yang menjalankan kegiatan ini amat terdesak untuk mendapatkan wang,'' ujarnya. KISAH kaitan Melayu dan motosikal cukup menarik untuk dirungkai. Ramai penunggang motosikal adalah orang Melayu. Meskipun orang Melayu paling ramai menggunakan motosikal, bidang penjualan, pengedaran, servis dan pembaikan motosikal tidak pula dikuasai Melayu.Kerana menggunakan motosikal juga, orang Melayu menjadi kaum yang paling ramai maut akibat kemalangan jalan raya. Ada lagi perkara yang mengganggu fikiran iaitu fenomena lumba motosikal haram oleh mat

rempit. Semakin ramai anak muda Melayu terjebak, menjadikan jalan raya di Lembah Klang sebagai medan menunjuk lagak.Rasanya tiada bandar raya lain di dunia yang menyaksikan penunggang motosikal bermaharajalela dengan aksi liar, melainkan di Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar di negara ini. Orang ramai sudah lama kecewa dan marah kerana gejala mat rempit sampai tahap memudaratkan keharmonian dan keselamatan. Pelancong pula asyik tergamam, bagai tidak percaya bahawa itu juga menjadi tarikan di sebalik slogan kelembutan, keramahan dan imej Malaysia negara Asia sebenar. Yang hairannya gejala ini makin menjadi-jadi. Lebih membimbangkan, sebahagian mat rempit ini selalunya mengambil dadah. Tetapi pihak berkuasa masih gagal menanganinya, seolah-olah ia lebih rumit daripada menangani ancaman militan. Bukan bermakna pihak polis tidak bertindak bahkan ada anggota polis yang mati dan cedera parah ketika bertugas membanteras lumba haram. Sepatutnya ia tidak berlaku demikian apatah lagi berulang menimpa anggota polis dan ini secara tidak langsung menampakkan kelemahan pengurusan kita. Pendekatan yang diambil tidak holistik dan ada kalanya bermusim. Menangani gejala seperti penagihan dadah dan lumba haram, tidak cukup setakat berkempen dan berceramah.Kita tidak boleh mengulangi kesilapan dan kealpaan. Disebabkan agak pasif, kegiatan seperti Ah Long dan tonto misalnya sudah menjadi institusi di negara ini. Akhirnya, agensi-agensi di bawah nama keselamatan negara ternyata tidak mampu merungkai permasalahan ini, meskipun begitu banyak perbincangan diadakan. Mereka sering dilabelkan sebagai kelompok tidak takut mati, tidak serik dan tidak pernah insaf. Begitulah sikap sebenar pelumba haram atau Mat Rempit yang tidak pernah puas menyusahkan kerajaan, membahayakan diri serta pengguna jalan raya lain.Lebih menyedihkan, majoriti golongan terbabit adalah generasi muda yang masih di bangku sekolah, mentah serta punya peluang membina masa depan lebih gemilang.Sayangnya, masa depan mereka dikorbankan di jalan raya atau hilang upaya pada usia muda kerana mengikut nafsu. Kematian dan kecederaan membabitkan pelumba haram sungguh mendukacitakan semua pihak kerana golongan ini sebenarnya tenaga penggerak kepada ekonomi dan masa depan negara. Sebelum ini, pelbagai kisah hidup pelumba haram yang cedera parah dan kurang upaya dipaparkan di pelbagai media massa sebagai pengajaran, namun golongan itu tetap meneruskan aktiviti liar mereka demi kepuasan diri.Bagi mereka, berlumba haram satu kepuasan untuk menunjukkan kehebatan sedangkan jika semangat itu dimanfaatkan untuk pendidikan pasti apa jua dihajati mampu dicapai. Tidak dinafikan juga pengaruh rakan dan persekitaran antara faktor pendorong kepada kegiatan tidak berfaedah itu.Walaupun pelbagai kempen membabitkan kos jutaan ringgit dilaksanakan kerajaan, geng Mat Rempit masih belum berubah, malah mereka kini lebih berani tanpa

mempedulikan nasib anggota keselamatan yang menjalankan tugas. Kes terbaru ialah kejadian malang menimpa Konstabel Meor Mohd Armi Abdul Latiff, 20, dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang parah dirempuh pelumba haram Januari lalu.Sikap berani tidak bertempat pelumba haram itu menunjukkan betapa mereka perlu dikenakan hukuman berat supaya insaf. Kejadian seperti itu bukan pertama kali berlaku tetapi ia sebahagian daripada episod malang yang terpaksa ditempuhi anggota polis dalam membanteras lumba haram. Jika dibiarkan berterusan, sudah pasti aktiviti itu menjadi parasit kepada keharmonian masyarakat serta memburukkan pelbagai versi gejala sosial yang melanda remaja masa kini.Sebagai ingatan, pelumba haram yang ditangkap boleh didakwa mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 33), atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda minimum RM5,000 atau maksimum RM15,000 atau penjara tidak lebih lima tahun manakala bagi kesalahan kedua dikenakan denda minimum RM10,000 atau maksimum RM20,000 atau hukuman penjara maksimum 10 tahun.Jika menyebabkan kematian, pesalah boleh didakwa mengikut Seksyen 41 akta yang sama yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun atau denda minimum RM5,000 atau maksimum RM20,000. Namun ia masih dipandang sepi, pelumba haram terus mencabar undang-undang, bagi mereka selagi ada jalan raya dan penonton menyokong ia tetap dilakukan demi kepuasan.Menyedari undang-undang sedia ada masih belum memadai, kerajaan kini bercadang meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan.Ia bukan saja dikenakan kepada pelumba haram, tetapi penonton dan penganjur kegiatan berbahaya itu juga bakal menerima hukuman sewajarnya. Selain pelumba haram yang bakal menerima hukuman penjara mandatori tidak melebihi lima tahun atau denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika disabitkan kesalahan, penonton juga tidak terlepas.Mereka yang menonton jika diberkas boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan jika didapati bersalah oleh mahkamah. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, dalam kenyataannya sebelum ini berkata hukuman sedia ada masih dianggap terlalu ringan oleh golongan berkenaan.Berdasarkan undangundang sedia ada, tidak ada sebarang peruntukan bagi menghukum penonton dan penganjur. Dua kelompok itu turut menjadi penyumbang kepada gejala itu.Bagi khalayak ramai, pendekatan terbaru itu cara terbaik untuk menghukum mereka terbabit selain mengurangkan pembabitan remaja dalam lumba haram.Pendekatan tegas ini diharap mampu melindungi pengguna jalan raya lain supaya tidak menjadi mangsa kegiatan buas geng Mat Rempit terutamanya di lebuh raya dan laluan Persekutuan.

Malah, hukuman penjara yang lebih lama juga satu pengajaran kepada pelumba haram untuk berfikir panjang sebelum menerima sebarang cabaran atau menunjukkan ego mereka di jalan raya.Walaupun wujud pelbagai pandangan berhubung cadangan terbaru ini, ia dilihat satu pendekatan agresif kerajaan membendung gejala yang tidak berkesudahan itu.Dari satu aspek lain, pembabitan semua pihak menanganinya perlu dilaksanakan segera terutamanya peranan ibu bapa memberikan kesedaran kepada anak-anak. Cadangan mengenakan hukuman terhadap ibu bapa yang anak mereka terbabit dalam lumba haram juga wajar dilihat dari sudut positif supaya pengabaian tidak terus berlaku.Dewasa ini, kebebasan mutlak diberikan kepada remaja sering menyebabkan mereka terjebak dalam pelbagai kegiatan tidak sihat antaranya dadah, pergaulan bebas, lumba haram serta jenayah juvana.Kesannya, golongan ini menjadi korban kepada pengabaian berkenaan dan apabila ia terkena batang hidung sendiri barulah ibu bapa sibuk menuding jari ke sana dan ke mari. Sebagai remaja, mereka memerlukan bimbingan daripada ahli keluarga sendiri untuk membina peribadi dan bukannya meniru acuan rakan lain.Jika tidak mampu membimbing atau mengawal, ibu bapa boleh menggunakan pendekatan kaunseling sebagai jalan keluar membantu anak mereka yang bermasalah. Dalam masa yang sama juga penguatkuasaan perlu dipertingkatkan seiring dengan pindaan dilaksanakan supaya mereka terbabit dalam gejala itu tidak terlepas. Penguatkuasaan yang berterusan dilihat mampu membanteras gejala itu sehingga ke akar umbi serta memberikan kesedaran kepada mereka terbabit.Jika kerjasama serta penguatkuasaan itu seiring dengan usaha membanteras lumba haram sudah tentu ia mampu menyelamatkan ribuan anak muda daripada terjebak atau menjadi mangsa kepada keghairahan mereka sendiri

Anda mungkin juga menyukai