Anda di halaman 1dari 15

CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL

MUIS HALAL HUB

GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL


(JURUAUDIT HALAL)

1
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL


(JURUAUDIT HALAL)

1. PENGENALAN
Garis panduan ini memberi maklumat mengenai fungsi dan peranan Pegawai Pemeriksa
Halal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemeriksa halal di negeri Sabah.

2. SKOP
Garis panduan ini hendaklah digunapakai sebagai panduan kepada Pegawai Pemeriksa Halal
Negeri Sabah untuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Pemeriksa Halal.

3. DEFINISI

3.1 Pegawai Pemeriksa Halal


Pegawai Pemeriksa Halal adalah individu yang dilantik oleh MUIS Halal HUB untuk
menjalankan pengauditan atau pemantauan Pensijilan Halal Malaysia. Pegawai
Pemeriksa Halal hendaklah berkebolehan secara teknikal berkenaan sistem pensijian
halal dan audit, khususnya dalam bidang shariah dan bidang teknikal (merangkumi
sains teknologi atau bidang pemprosesan makanan) dan dilantik secara rasmi oleh
Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui MUIS Halal Hub.

3.2 Audit
Pemeriksaan berasaskan bukti, yang dilakukan secara bebas dan sistematik, dilakukan
oleh anggota terlatih, bagi mengenalpasti sama ada aktiviti elemen pensijilan halal dan
keputusan berkaitan mematuhi perundangan yang disusun, dan sama ada ianya
dilaksanakan secara efektif dan bersesuaian dalam mencapai objektif status makanan
halal.

3.3 Audit Pematuhan (Compliance Audit)


Aktiviti untuk mendapatkan bukti bahawa elemen pensijilan halal telah dijalankan
secara efektif dan pelan HAS telah dilaksanakan dengan betul serta dapat dikekalkan.
Ini termasuklah audit kecukupan (adequacy), audit lapangan (on-site) dan audit
susulan (follow-up). Audit pematuhan dijalankan secara bebas, adil dan secara objektif
bertujuan untuk memastikan segala kriteria Skim Pensijilan Halal dapat dipatuhi
sepenuhnya.

2
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

3.4 Penilaian Semula (Reassessment)


Audit lapangan yang dijalankan oleh juruaudit ke atas SPHM yang akan tamat tempoh
bagi tujuan pembaharuan.

3.5 Sistem Jaminan Halal / Halal Assurance System (HAS)


Sistem jaminan yang sistematik untuk memastikan integriti produk halal terjamin
statusnya melalui Sistem Jaminan Halal (HAS) yang dilaksanakan oleh semua
pemegang SPHM.

3.6 Produk Makanan Dan Minuman


Produk makanan dan minuman Bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan
untuk manusia.

3.7 Barang Gunaan


Barang gunaan bermaksud barang-barang bukan makanan dan minuman.

3.8 Premis Makanan


Bermaksud sebarang bangunan atau apa-apa struktur, kekal atau sebaliknya bagi
penyediaan, penyajian dan penjualan sebarang makanan seperti restoran, medan
selera, kafeteria, kedai bakeri, kedai kek dan pastri, restoran makanan segera, restoran
francais, kantin, kiosk, katering, dapur hotel dan lain-lain.

3.9 Rumah Sembelihan


Rumah sembelihan bermaksud tempat atau premis untuk menyembelih dan
memproses binatang secara komersil.

3.10 Logistik
Logistik bermaksud perkhidmatan pengangkutan barangan dan/ atau perkhidmatan
rantaian kargo atau penggudangan dan aktiviti berkaitan atau peruncitan yang
berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian makanan, minuman dan barangan.

3.11 Pengilangan Kontrak / Original Equipment Manufacturer (OEM)


Pengilangan kontrak atau OEM bermaksud pengilangan atau syarikat yang
menjalankan khidmat pengilangan kepada syarikat lain untuk menghasilkan produk
jenama sendiri.

3
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

4. SYARAT PEGAWAI PEMERIKSA


4.1 Pegawai Pemeriksa Syariah
i. Pegawai Pemeriksa Syariah hendaklah dilantik oleh Setiausaha MUIS;
ii. Mempunyai kelulusan Ijazah Pengajian Islam dan mempunyai pengalaman kerja
sekurang-kurangnya 6 bulan dalam bidang pensijilan halal atau bidang yang
berkaitan; atau
iii. Diploma Pengajian Islam atau STAM/STPM dan mempunyai pengalaman kerja
sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang pensijilan halal atau bidang yang
berkaitan; dan
iv. Hadir dan lulus Kursus Industri Halal dan Kursus Asas Auditor Halal yang
dianjurkan oleh badan/agensi/pihak yang diiktiraf.

4.2 Pegawai Pemeriksa Teknikal


i. Pegawai Pemeriksa Teknikal hendaklah dilantik oleh Setiausaha MUIS;
ii. Mempunyai kelulusan Ijazah Sains Makanan dan mempunyai pengalaman
kerja sekurang-kurangnya 6 bulan dalam bidang sains makanan atau
bidang-bidang yang berkaitan; atau
iii. Diploma Sains Makanan atau dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan
ingredient dan haiwan atau yang setara dengannya dan mempunyai
pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang pensijilan
halal, sains makanan atau bidang berkaitan; dan
iv. Hadir dan lulus Kursus Industri Halal dan Kursus Asas Auditor Halal yang
dianjurkan oleh badan/agensi/pihak yang diiktiraf.

4
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

5. BIDANG KUASA PEGAWAI PEMERIKSA HALAL (SHARIAH DAN TEKNIKAL)


a) Pegawai Pemeriksa Halal yang diberi kuasa hendaklah dengan sewajarnya boleh
pada setiap masa yang munasabah, memasuki mana-mana premis, kawasan, ruang,
bilik dalam kawasan pihak syarikat dan/atau pemohon bagi maksud menjalankan
pengauditan atau pemantauan serta menjalankan tugasan yang berkaitan dengan
skop Pensijilan Halal Malaysia;

b) Pegawai Pemeriksa Halal hendaklah berhak melaporkan kepada Panel Pengesahan


Halal Sabah jika terdapat syarikat dan/atau pemohon yang enggan memberi kuasa
akses, menghalang, melengah dan enggan memberi maklumat dan Kerjasama kepada
Pegawai Pemeriksa Halal;

c) Pegawai Pemeriksa Halal hendaklah berhak mengambil sebarang sampel bahan


mentah atau ramuan, pembungkusan, label, produk atau lain-lain yang difikirkan
perlu bagi maksud menjalankan tugasan yang berkaitan dengan skop Pensijilan Halal
Malaysia;

d) Pegawai Pemeriksa Halal hendaklah diberikan kebenaran untuk mengambil gambar


dan mendapatkan salinan dokumen dan rekod yang difikirkan perlu bagi tujuan
pengauditan atau pemantauan Pensijilan Halal Malaysia;

e) Pegawai Pemeriksa Halal hendaklah berhak mengarahkan pihak syarikat dan/ atau
pemohon untuk hadir di hadapannya sekiranya difikirkan perlu bagi mendapatkan
maklumat lanjut berkaitan permohonan Pensijilan Halal Malaysia; dan

f) Pegawai Pemeriksa Halal hendaklah berhak membuat apa-apa syor yang difikirkan
wajar berkenaan permohonan Pensijilan Halal Malaysia atau syarikat pemegang
SPHM kepada Panel Pengesahan Halal Malaysia.

6. KAEDAH PEMERIKSAAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL SHARIAH DAN TEKNIKAL


a. PEGAWAI PEMERIKSA HALAL SHARIAH
Pegawai Pemeriksa Halal Shariah hendaklah memeriksa perkara-perkara berikut :
i. Dokumen (sijil halal produk yang sah, fail pensijilan halal syarikat, fail HAS);
ii. Kakitangan (pengenalan diri para pekerja, amalan ajaran Islam, sijil sembelih yang
sah);

5
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

iii. Ingredien Berisiko Tinggi (asal dan unsur daging, lemak dan arak);
iv. Pemerhatian (patung sembahan, pergaulan pekerja, persekitaran yang sesuai).

b. PEGAWAI PEMERIKSA HALAL TEKNIKAL


Pegawai Pemeriksa Halal Teknikal hendaklah memeriksa perkara-perkara berikut :
i. Dokumen (Product Specification, sijil MeSTI, GMP, HACPP)
ii. Kakitangan (rekod suntikan TY2, kebersihan diri, SLPM)
iii. Ingredien (Pensampelan ingredient/produk, unsur, thoyyib)
iv. Pemerhatian (Amalan pengendalian makanan, tahap sanitari premis)

7. DOKUMEN DAN PERALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PEGAWAI PEMERIKSA


HALAL SEMASA MENJALANKAN PEMERIKSAAN DI LAPANGAN
a) Jadual Pengauditan (Lengkap dengan maklumat syarikat);
b) Borang Pengesahan Kehadiran Pegawai Pemeriksa Halal;
c) Borang Senarai Semak Dokumen (A-MHH:01);
d) Borang Catatan Pemeriksa (A-MHH:02);
e) Borang Laporan Audit Halal (A-MHH:03);
f) Alat tulis;
g) Kamera;
h) Alat Pengimbas (Scanner);
i) Cop Rasmi Pegawai Pemeriksa Halal; dan
j) Cop Rasmi MUIS HALAL HUB.

6
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

8. DOKUMEN YANG PERLU DIPASTIKAN OLEH PEGAWAI PEMERIKSA HALAL SEMASA


MENJALANKAN PEMERIKSAAN DI LAPANGAN MENGIKUT SKIM

a. Skim Rumah Sembelihan


a) Borang permohonan MyeHALAL syarikat/premis yang telah dicetak;
b) Sistem Jaminan Halal (HAS);
c) Rekod suntikan anti-thypoid (jika berkenaan);
d) Salinan sijil halal/produk spesifikasi yang lengkap untuk penapis air yang
digunakan di premis.
e) Rekod pembelian/invois
f) Rekod Sembelihan
g) Surat Tauliah Penyembelih dari MUIS
h) Sijil Kesihatan Veterinar / Surat Perakuan dari JPV
i) Pelan premis (Layout Plan).
j) Rekod kawalan makhluk perosak
k) Sila susun dan failkan dokumen mengikut turutan senarai semak

b. Skim Logistik
a) Rekod sistem Pengesanan Halal. Contoh : Rekod pergerakan terkini kontena;
b) Rekod sertu (sekiranya ada dijalankan);
c) Aliran pergerakan operasi;
d) Salinan terkini Senarai produk dan Senarai Pelanggan berserta alamat;
e) Rekod suntikan antitifoid;
f) Rekod kawalan makhluk perosak;
g) Rekod latihan Halal;
h) Pelan premis (Layout Plan)
i) Sila susun dan failkan dokumen mengikut turutan senarai semak.

c. Skim Premis Makanan


a) Sistem Jaminan Halal (HAS);
b) Salinan surat / sijil pengkelasan bintang (Star Rating) dari Kementerian
Pelancongan Malaysia;
c) Rekod maklumat pekerja;
d) Salinan sijil halal/produk spesifikasi yang lengkap untuk penapis air yang
digunakan di premis;

7
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

e) Rekod Suntikan Anti Thypoid;


f) Sijil Kursus Pengendali Makanan;
g) Rekod pembelian/invois;
h) Rekod kawalan makhluk perosak;
i) Pelan Susun Atur Premis (Layout Plan);
j) Sila susun dan failkan dokumen mengikut turutan senarai semak.

d. Skim Produk Makanan / Minuman


a) Mohon cetak borang permohonan MYeHALAL
b) Fail Permohonan halal lengkap
c) Sistem Jaminan Halal
d) Rekod pembelian/invois
e) Salinan sijil halal/produk spesifikasi yang lengkap untuk penapis air yang
digunakan di premis.
f) Rekod suntikan anti-thypoid
g) Sijil Kursus Pengendali Makanan
h) Rekod kawalan makhluk perosak
i) Rekod Pengilangan Produk
j) Pelan Susun Atur Kilang
k) Sila susun dan failkan dokumen mengikut turutan senarai semak

e. Skim Barang Gunaan


a) Salinan sijil halal/produk spesifikasi yang lengkap untuk penapis air yang
digunakan di premis.
b) Rekod kawalan makhluk perosak
c) Rekod maklumat pekerja
d) Rekod pengeluaran produk
e) Rekod pembelian/invois
f) Plan premis (Layout Plan)
g) Sila susun dan failkan dokumen mengikut turutan senarai semak

f. Skim Pengilangan Kontrak (OEM)


a) Salinan kontrak (Pengilang dan pemilik jenama)
b) Salinan dokumen sistem pengurusan jaminan halal (Halal Assurance Management
System)
c) Rekod pembelian/invois

8
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

d) Senarai sijil halal pemilik jenama


e) Salinan sijil halal/produk spesifikasi yang lengkap untuk penapis air yang
digunakan di premis.
f) Rekod sertu (sekiranya ada dijalankan)
g) Rekod suntikan antitifoid - Jika berkaitan
h) Rekod Pengilangan Produk
i) Rekod kawalan makhluk perosak
j) Rekod latihan Halal dan latihan berkaitan
k) Pelan kilang (Layout Plan)
l) Sila susun dan failkan dokumen mengikut turutan senarai semak

9
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

9. PROSES PENGAUDITAN LAPANGAN


Pengauditan lapangan hendaklah merangkumi perkara yang berikut :

MESYUARAT PEMBUKAAN

SEMAKAN DOKUMEN
(FAIL HALAL SYARIKAT/PREMIS)

PEMERIKSAAN
(KAWASAN PREMIS)

PENYEDIAAN LAPORAN

MESYUARAT PENUTUP

SELESAI

10
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

10. CONTOH BORANG-BORANG BERKAITAN PEMERIKSAAN HALAL DI LAPANGAN

Rajah 1 : Cadangan Borang Senarai Semak Audit Dokumen (BORANG A-MHH:01) Muka Surat 1

11
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

Rajah 2 : Cadangan Borang Senarai Semak Audit Dokumen (BORANG A-MHH:01) Muka Surat 2

12
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

Rajah 3 : Cadangan Borang Laporan Halal (BORANG A-MHH:02) Muka Surat 1

13
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

Rajah 4 : Cadangan Borang Laporan Halal (BORANG A-MHH:02) Muka Surat 2

14
CADANGAN GARIS PANDUAN PEGAWAI PEMERIKSA HALAL
MUIS HALAL HUB

Rajah 5 : Cadangan Borang Catatan Pemeriksa (BORANG A-MHH:03)

15

Anda mungkin juga menyukai