Anda di halaman 1dari 52

KAJIAN KES

SEJARAH
DISEDIAKAN OLEH : ELYCIA NG MEI HUEY
GURU PEMBIMBING : CIKGU ASMI MD JAIS
KELAS : 4A1
INDEX
bil. Perkara slide

1. Pernyataan Masalah 4

2. Kajian Literatur 5

3. Objektif Kajian 9

4. Kaedah Kajian 10

5. Sumber Rujukan 11-17


INDEX
bil. Perkara slide

6. Analisis Data 22-25

7. Laporan Kajian 26-48

8. Kesimpulan 49
PERNYATAAN MASALAH
DASAR PENDUDUK JEPUN DI NEGARA KITA
TELAH MENINGGALKAN KESAN
YANG AMAT MENDALAM TERHADAP
MASYARAKAT PADA MASA ITU,
TERUTAMANYA DALAM BIDANG SOSIAL
YANG BOLEH DIANGGAP SEBAGAI
SATU MIMPI NGERI. BUKTIKAN.

KAJIAN
LITERATUR
i. Kajian Literatur merupakan ulasan maklumat
yang diperoleh daripada jurnal,buku,
dokumen,penyelidikan lepas,atas talian (laman
web) dan sebagainya.
Menulis Tinjaun Literatur dapat memberikan idea
dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan
dilakukan.Ianya ditulis mengikut susunan subtopik
tertentu dan mengikut susunan topik pemboleh
ubah kajian.Kesimpulannya,ulasan tinjauan
merupakan suatu proses meneroka,mengenai pasti
dan menganalisis maklumat berkaitan dalam
perkara yang dikaji,sama ada maklumat tersebut
sudah sedia ada dalam bentuk bercetak kulit keras
ataupun yang baharu ditemui di atas talian.
ii. Kajian Literatur merupakan sekumpulan
penjelasan dari berbagai ilmu pengetahuan yang
digunakan sebagai panduan dan informasi dalam
melakukan penelitian. Kajian Literatur atau kajian
pustaka berisi deskripsi mengenai bidang atau
topik tertentu.

iii. Menurut Kamus Dewan, Kajian Literatur ialah


kajian lepas.
iv. Kajian Literatur pada dasar adalah penyatuan satu
badan maklumat yang diperoleh dari sumber
sekunder seperti buku, surat khabar, majalah dan
sumber lain yang sesuai. Maklumat ini adalah
kandungan yang khusus dan biasanya berputar di
sekitar tema atau isu tertentu. Ia mewakili pemilihan
idea yang teliti diperoleh daripada hasil penemuan
orang lain tentang topik tertentu atau kumpulan topik
yang dianggap berkaitan dengan beberapa cara.
Sumber yang dipilih haruslah berwibawa dan ditulis
dengan baik dalam tatabahasa yang baik dan harus
memberi penerangan mengenai kajian yang akan
dijalankan.
OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian dalam kajian kes
saya ialah:
i. Mendapat pengalaman bermanfaat
semasa menjalakan kajian.
ii. Mengaplikasikan disiplin ilmu sejarah
dalam kehidupan seharian
iii. Membentuk sikap dan tingkah laku
murid dalam ruang lingkup peristiwa
dan pengalaman lepas
iv. Membina semangat patriotisme dalam
diri murid
KAEDAH
KAJIAN
Kaedah kajian adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan
fakta, sumber, bukti kemudian mewujudkan idea dan mengadakan
analisis sesuatu kajian. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah
seperti berikut:-
i. Kaedah Temu Bual
ii. Kaedah Pemerhatian
iii. Kaedah Perpustakaan
iv. Kaedah Media
v. Kaedah Tunjuk Ajar Guru
Daripada 5 kaedah, saya telah memilih 4 daripada 5 iaitu kaedah
pemerhatian, perpustakaan, media dan dri tunjuk ajar Cikgu Asmi
MD Jais.
KAEDAH KAJIAN

Kaedah Media
Saya telah melayari Internet
dengan menggunakan Google
untuk mendapat maklumat dan
gambar tentang dasar dan
kesan penduduk Jepun di Tanah
Melayu.
KAEDAH KAJIAN

Kaedah
KaedahTunjuk
Pemerhatian
Ajar Guru
Bimbingan
Saya memerhatikan
dan tunjuk ajar yang
berterusan daripada Cikgu Asmi
Mohammad Jais, mata pelajaran
Sejarah kelas saya telah
meningkatkan hasil kajian kes
saya kali ini.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah Perpustakaan
Kaedah Pemerhatian
Kajian ini juga saya lakukan dengan
Saya memerhatikan
mencari maklumat melalui buku
rujukan yang terdapat dalam
perpustakaan, iaitu Ranger Revisi
Cepat SPM Sejarah Tingkatan 4 & 5,
Revisi Cepat SPM Sejarah KSSM dan
Buku Fokus Sejarah SPM Tingkatan 4
& 5 KSSM
KAEDAH KAJIAN

Kaedah Pemerhatian
Kaedah Pemerhatian
Saya telah
Saya memerhatikan bahawa
memerhatikan
terdapat perkuburan Jepun di Melaka.
Perkuburan tersebut berhampiran
dengan sekolah saya, iaitu SMK
TINGGI ST. DAVID.

GAMBAR PENCARIAN TENTANG


PERKUBURAN JEPUN MELAKA 1
KAEDAH KAJIAN

Kaedah Pemerhatian
Saya memerhatikan

GAMBAR PENCARIAN TENTANG GAMBAR PENCARIAN TENTANG


PERKUBURAN JEPUN MELAKA 2 PERKUBURAN JEPUN MELAKA 3
SUMBER
RUJUKAN
SUMBER RUJUKAN
Buku Rujukan
1. Buku Teks Tingkatan 4
Riduan bin Hasan Sharifah Adifah binti Syed Hamid Muslimin bin Fadzil
Subramaniam a/l Raman, Rohaida binti Baharudin Ahmad Sayuti bin Mohd
Yusob, Suhaily bin Ahmad Isa Khairunnisa binti Ma'at Rahimah binti
Badulu.dll. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2019.

2. Buku Fokus Sejarah SPM Tingkatan 4 & 5 KSSM


Nazril Aiman, Masariah Mispari, Ahmad Mustapha .dll. Fokus Sejarah SPM
Tingkatan 4 & 5 KSSM, Johor Bahru: Penerbitan Pelangit Sdn.Bhd. ,2021.
Buku Rujukan

3. Buku Ranger Revisi Cepat SPM Sejarah Tingkatan 4 & 5


Lee Sin Lian, Akashah Ismail, Masariah Mispari. Ranger Revisi Cepat SPM
Sejarah Tingkatan 4 & 5. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan
Pelangit Sdn.Bhd. ,2021.

4. Buku Revisi Cepat SPM Sejarah KSSM


Mohd. Syaheer Daniel Sulaiman. Revisi Cepat SPM Sejarah KSSM.
Petaling Jaya: Penerbit Ilmu Bakti. ,2021.
Laman Web
1. Apa itu Kajian Literatur - Retrieved Julai 10 dari
https://www.scribd.com/presentation/485777849/Apa-itu-Kajian-Literatur
2. Dasar Pendidikan Semasa Pendudukan Jepun Dalam Tempoh Pendudukan -
Retrieved Julai 7 dari
https://www.coursehero.com/file/p4q1e8tf/17-Dasar-Pendidikan-Semasa-
Pendudukan-Jepun-Dalam-tempoh-pendudukan-Jepun-1942/
3. Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945 -
Retrieved Julai 8 dari
http://klikweb.dbp.my/?p=16362
4. DASAR DAN KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU -
Retrieved Julai 5 dari
https://www.academia.edu/22840571/DASAR_DAN_KESAN_PENDUDU
KAN_JEPUN_DI_TANAH_MELAYU
Laman Web
5. Dasar Pendudukan Jepun DI Negara Kita (Dasar Soisal) -
Retrieved Julai 11 dari
https://www.weacademia.com/my/sejarah/tingkatan-4/sejarah-t4-bab-
3/sejarah-t4-bab-3-6

6. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 - Retrieved Julai 5 dari


https://anyflip.com/orcm/yqbw
ANALISIS
DATA
GAMBAR PENCARIAN TENTANG KESAN GAMBAR PENCARIAN
PENDIDIKAN JEPUN DI TANAH MELAYU TENTANG DASAR SOSIAL
(DASAR PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA)
GAMBAR PENCARIAN TENTANG MAKSUD GAMBAR PENCARIAN TENTANG PENDIDIKAN
KAJIAN LITERATUR MASYARAKAT SEMASA PENDUDUKAN JEPUN
GAMBAR PENCARIAN TENTANG MAKSUD GAMBAR PENCARIAN TENTANG SIKAP JEPUN
KAJIAN LITERATUR TERHADAP AGAMA
LAPORAN
KAJIAN

PENGENALAN

PENGENALAN ii. Jepun mengambil tindakan untuk


menyerang negara-negara Asia yang
i. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
kaya dengan bahan mentah bagi
bermula pada 15 Februari 1942
keperluan perindustrian dan
sehingga 12 September
ketenteraan. Walaupun tempoh masa
1945.Pendudukan Jepun di Tanah
pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
Melayu dan Singapura berlangsung
adalah singkat namun Jepun telah
selama 3 tahun 8 bulan.Pendudukan
berjaya menguasai politik, ekonomi, dan
Jepun ke atas Tanah Melayu adalah
sosial Tanah Melayu.Kejayaan ini
kerana desakan perkembangan
membawa kesan yang mendalam
perindustrian dan ketenteraan yang
terhadap masyarakat di Tanah Melayu.
berlaku di Jepun.
DASAR PENDUDUKAN
JEPUN DI NEGARA KITA
i. Dasar Sosial

ii. Dasar Pentadbiran

iii. Dasar Ekonomi


DASAR SOSIAL
-PENDIDIKAN-
DASAR SOSIAL
Pendidikan
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Jepun
menerapkan Dasar Niponisasi iaitu dasar Penjepunan
terhadap Tanah Melayu.Antara dasar yang
diterapkan ialah layanan yang berbeza diberikan
kepada penduduk tempatan oleh pihak Jepun. Semua
kaum iaitu orang melayu, Cina dan India mengalami
penyeksaan, penderitaan, kebuluran, ketakutan dan
pengangguran.Layanan yang berbeza ini
menyebabkan atau mewujudkan permusuhan kaum
antara orang Cina dengan orang Melayu.
Dalam tempoh
pendudukan Jepun, Sistem pendidikan
bahasa Jepun telah berdasarkan bahasa
digunakan sebagai bahasa Inggeris dan Cina
perantaraan dalam bidang telah disekat.
pendidikan.

Pentadbiran Jepun tidak


menunjukkan inisiatif untuk
mengganggu sistem
pentadbiran Melayu.
Jepun bertindak menutup sekolah Inggeris
dan Cina. Terdapat bangunan sekolah tersebut
digunakan untuk keperluan pentadbiran tentera
Jepun. Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan
untuk membentuk semangat persaudaraan
sejagat (Hakko Ichiu), mencapai teknologi
industri, meningkatkan disiplin dan menerapkan
nilai Jepun. Tentera Jepun berusaha untuk
memupuk nasionalisme Asia, menghapuskan
pengaruh Barat dan menanam kesetiaan kepada
Jepun melalui bidang pendidikan.
Dalam tempoh tahun 1945 – 1970 merupakan
peringkat ke arah pemupukan semangat
kesepaduan sosial dalam bidang pendidikan.

Dalam tempoh tahun 1945 – 1970


Namun, usaha ini kurang berhasil kesan
merupakanperingkatkearahpemupukanseman
daripada latar sosial
gatkesepaduan belakang budaya
dalam dan warisan
bidang
peradaban yang berbeza.
pendidikan.

Setiap pihak berusaha mempertahankan sistem


pendidikan dan bahasa ibunda masing –
masing.
Kursus dan seminar bahasa Jepun sama ada bagi jangka
pendek atau panjang dirangka untuk guru-guru di Tanah
Melayu supaya mereka terlatih dan mahir mengajar subjek-
subjek pelajaran dalam Nippon-go. Ini termasuklah pelajaran
dalam bidang kesenian, sejarah dan geografi Jepun. Seiring
dengan itu, elemen seishin turut dimasukkan dalam silibus
kursus melalui latihan jasmani, kawad, latihan kendo dan adat
istiadat Jepun. Latihan bahasa untuk orang dewasa turut
dijalankan oleh Institut Syonan Nippon Gakuen yang
menawarkan kursus bahasa selama tiga bulan. Manakala, di
sekolah dan pejabat kerajaan, aktiviti harian dimulakan dengan
upacara menaikkan bendera ‘kebangsaan’ (Hinomaru) dan
menyanyikan lagu ‘kebangsaan’ (Kimigiyo) dengan menghadap
istana maharaja dan melakukan tunduk hormat (Saikeirei).
DASAR SOSIAL
-SIKAP JEPUN
TERHADAP AGAMA-
Bagi membendung kegiatan
Bukan itu sahaja, tentera
penentangan
Jepun juga tidak campur
terhadap pendudukan Jepun,
tangan dalam adat Melayu
tentera Jepun
serta adat resam tempatan
menghormati agama Islam

Majlis Agama Negeri


Kelas pengajian al-Quran dibentuk dan persidangan
dan sekolah agama agama Islam diadakan
juga diteruskan semula. di Singapura dan Kuala
Kangsar.
DASAR SOSIAL
CATUAN &
PENGHASILAN
MAKANAN
Semasa di bawah pendudukan Jepun, Tanah Melayu
terpisah dari bekalan daging dan ikan menjadi satu-satunya
bekalan sumber protein bagi rakyat tempatan. Demi
mengembangkan industri perikanan, nelayan telah diajar
kaedah memancing cara Jepun dan semua hasil tangkapan
akan dijual menerusi persatuan yang dilantik oleh JMA
sahaja. Kolam ikan yang baru telah dibuka di kawasan
pedalaman, manakala kilang telah dibuka di Pulau Pangkor
untuk mengetin hasil ikan yang berlebihan. Kegiatan
tersebut tidaklah begitu produktif serta disebabkan amalan
orang Jepun suka pemakanan ikan mentah, kebanyakan
hasil tangkapan terbaik selalunya dijual kepada mereka.
Pihak pentadbiran Jepun telah menggalakkan pengeluaran
makanan melalui kegiatan pertanian sara diri iaitu penduduk
tempatan menanam makanan sendiri seperti sayur-sayuran,
jagung dan ubi kayu. Kekurangan jumlah dalam bekalan
makanan melalui program catuan makanan oleh pihak
tersebut dan beras telah diletakkan sebagai barangan
kawalan di bawah pihak pentadbiran Jepun.
Bukan sahaja semua beras dikumpul, diurus
oleh mereka malahan simpanan beras
dikehendaki untuk diisytiharkan bagi setiap
keluarga pada zaman itu. Import dan
eksport beras hanya dibenarkan setelah
mendapat kebenaran daripada pihak
pentadbiran Jepun.
BEBERAPA LANGKAH TELAH DIJALANKAN ATAS ARAHAN
JEPUN BAGI MENAMBAHKAN PENGELUARAN BERAS TANAH
MELAYU. SALAH SATU CARA TERSEBUT IALAH
MENGGALAKKAN PENANAMAN PADI SEBANYAK DUA KALI
SETAHUN, BENIH PADI YANG LEBIH BERKUALITI BAIK
DARIPADA TAIWAN TELAH DIPERKENALKAN. SELAIN ITU,
TANAH PERTANIAN BARU TELAH DIBUKA, NAMUN BEGITU,
PENGELUARAN BERAS TANAH MELAYU TETAP TIDAK
MENCUKUPI UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN
PENDUDUKNYA DAN PENDUDUK TANAH MELAYU
TERPAKSA BERGANTUNG KEPADA TANAMAN LAIN SEPERTI
JAGUNG, PISANG, UBI KAYU DAN SEBAGAINYA.

Pentadbiran tentera Jepun juga


menggalakkan penduduk menanam bahan
makanan sendiri melalui kempen “Tambah
Lebih Banyak Makanan” untuk mencukupkan
makanan dalam negeri.

Keperitan hidup menjadikan penduduk negara


kita lebih kreatif dalam kehidupan. Mereka
berdikari dan menghasilkan ciptaan baharu
berasaskan bahan tempatan untuk kelangsungan
hidup seperti menghasilkan tempe daripada biji
getah.
DASAR SOSIAL
LAYANAN
TERHADAP
PENDUDUK
LAYANAN
TERHADAP
PENDUDUK
Pentadbiran tentera Jepun memberikan layanan
berbeza-beza mengikut kaum berdasarkan
kepentingan tentera Jepun.
Orang melayu diberi layanan yang baik kerana Jepun ingin
mengambil hati orang melayu. Disebabkan itu, lebih ramai
orang melayu diambil bekerja dalam perkhidmatan kerajaan
terutama dalam bidang pentadbiran awam, polis dan tentera.
Ini bertujuan memastikan orang melayu tidak bersatu dengan
penduduk Cina menentang Jepun. Walaupun orang melayu
diberi layanan yang baik dengan diberi peluang bekerja dalam
pentadbiran, namun mereka turut merasakan penderitaan
apabila pihak Jepun tidak ada rasa tanggungjawab ke atas
tanah jajahan mereka. Hal ini jelas di paparkan apabila berlaku
kekurangan makanan dan kenaikan harga yang melampau
tiada tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh pihak Jepun
malah mereka lebih menumpukan kepada peperangan yang
berlaku di Jepun dengan membekalkan segala keperluan
makanan dan lain-lain kepada tenteranya.
Orang India mendapat layanan yang agak baik semasa
pendudukan Jepun. Hal ini kerana, Jepun ingin mendapatkan
sokongan orang India dalam usahanya menawan Negara
India dengan cara menubuhkan liga Kemerdekaan India dan
tentera Nasional India (INA). Namun orang India juga tidak
terlepas daripada layanan buruk terutama dalam aspek
ekonomi. Banyak pekerja-pekerja ladang yang berbangsa
India dipaksa bekerja dalam projek-projek Jepun seperti
membina jalan kereta api maut antara Siam dan Burma.
Namun ada juga pekerja ladang India yang ditipu oleh Pihak
Jepun dengan menawarkan pekerjaan misteri serta gaji yang
lumayan padahal itu hanya tipu daya pihak Jepun sahaja.
Projek membina landasan kereta api itu telah menyebabkan
banyak nyawa yang terkorban. Disini dapat dilihat walaupun
Jepun cuba berbaik-baik terhadap orang India namun mereka
tetap hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan serta sering
di paksa oleh Jepun.
Orang cina juga dikenakan
Bagi orang Cina pula, tentera
Jepun memberikan layanan kejam cukai mengikut jumlah
kepada mereka lanjutan kekayaan sebagai contoh:
permusuhan daripada Perang i. Harta bernilai $3000
China-Jepun. Orang cina dikenakan cukai 8 % daripada
mengahadapi masalah yang besar jumlah hartanya.
ketika penjajahan Jepun. Orang ii. Perniaga Cina dikenakan
China telah dikenakan bayaran cukai 5-12% daripada harta
sebanyak $50 juta sebagai tanda miliknya.
penebus dosa ke atas
iii. Pekedai dikenakan 5-12%
penentangan mereka. OCA telah
daripada stok yang ada dalam
diberi tugas oleh pemerintahan
Jepun untuk mengutip wang
kedainya.
tersebut daripada orang Cina. iv. Cukai kepala sebanyak
$3.00 bagi setiap ahli keluarga.
Dasar pendudukan Jepun meninggalkan pelbagai
kesan kesengsaraan dan penderitaan kepada
rakyat. Pengalaman tersebut membentuk jiwa
masyarakat tentang kepentingan ketahanan fizikal
dan mental semasa menghadapi cabaran hidup.
Penduduk memperoleh keberanian, kepercayaan
diri, semangat spiritual dan mental yang kuat bagi
menghadapi kekejaman pentadbiran tentera
Jepun. Keadaan ini seterusnya mencetuskan
penentangan rakyat dalam pelbagai bentuk
terhadap pendudukan Jepun
di negara kita.
KESIMPULAN
Saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kajian
tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal saya berserta
sejarahnya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Sepanjang menjalankan kajian tentang masyarakat di
kawasan tempat tinggal saya, banyak pengetahuan,
pengajaran dan nilai positif yang telah saya pelajari.
Saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan
dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi.
Hasilnya, saya dapat merumuskan bahawa pendudukan
Jepun telah meninggalkan kesan yang amat mendalam
terhadap masyarakat.
Pendudukan Jepun memberi pengajaran kepada kita untuk
menolak semua bentuk penjajahan sama ada dari Barat atau
Timur.
Kita mestilah menjaga kemakmuran dan kedaulatan negara
agar dapat menjaga kedaulatan negara dan kemerdekaan yang
telah dicapai oleh wira-wira negara dalam memerangi penjajah
asing untuk mencapai keamanan dan kemerdekaan kepada
negara supaya rakyat dapat hidup dalam kehidupan yang
aman dan harmoni.
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai